
Salam hari Isnin.. (*_*)
............... (*,*)
........................... (*~*)
Pening-pening sket pagi ni. Monday blues barangkali~ hehe. Aku cuti Jumaat lepas. Petang Khamis aritu naik bas jam 4.45pm ke Melaka. Sampai lebih kurang jam 6 .45pm. Tunggu punya tunggu, hampir maghrib baru wan sampai. Muncung aku dah panjang sedepa..... ;p Penat woo.. sebab pagi tu seawal 5.30am aku bangun then kul 4.15pm baru dapat kuar, terkejar-kejar ke stesen bas. Berbakul lah pujuk rayu, aku dek kan je. Sampai rumah, mandi n magrib jap pastu terus gerak gi empangan.
Ada apa kat empangan? Ahaa.. gi memancing! Jangan tanye macamana aku bole terjebak dalam aktiviti memancing neh.. Aku terpaksa ikut sebenarnya. Sebab wan dengan kawan-kawan dia tengah mancing kat situ dari petang tadi. Balik jap sebab nak fetch aku je. Last-last aku yang lebih-lebih.. sibuk menangguk udang kat tepi-tepi tu. Hehe.
Sebelum nak gi empangan tu ada la satu kejadian kelakar yang hampeh. Memandangkan nak gi fishing jek, baik pakai t-shirt je, aku pun pakailah satu t-shirt ni yang tertera 'VOTE FOR FISHING' kat depan t-shirt tu.. Sekali ada ka patut wan suruh aku pi tukar baju lain. Alasan dia, baju tu kolar lebar. Ok fine.. malas nak argue. Tapi ada ka patut bagi aku t-shirt buruk dia. Nasib baik wangi. Aku tau lah t-shirt ada brand tapi giler lusuh beb. Standard buat baju tido je tu. Hampeh je.. saje la tu nak suruh aku memburukkan diri depan kawan-kawan dia. Pastu dah nak kuar, aku sarung la sandal biasa aku tu.. sekali itu pun dia tak bagi! Katanya, nanti kena air. Dia hulur kat aku selipar jamban kaler kuning striking. Dah sebijik badut aku aritu. Biru, hitam, merah, kuning.. ha semua ada! Aduh!! Wan.. wan.. takut benar. Dia ingat gf dia ni cantik bebeno sampai semua orang nak ngorat. Hmm.. *geleng pale sambil senyum*
Esok malamnya kitorang gerak dari Melaka lepas magrib. Sepatutnya nak balik Sabtu tapi nenek wan admitted kat hospital Seremban. So mama dia suruh dia balik, nak mintak ambilkan kerusi. The best part bila aku bole plak lupa aritu ari Jumaat iaitu hari dimana tiket bas konfom sold out. Nasib baik ada tempat untuk transit kat seremban. Rumah kay. Masalahnya.. malam tu kay ada keja mengandam. Tak tau jam berapa habis. Mama wan dah 2,3 kali tefon tanye da sampai ke belum. Aku cakap kat wan, tinggal je aku kat kedai makan, kedai mamak ke.. aku bole minum sambil tengok tv sementara nak tunggu kay so dia bole la proceed dengan mama dia. Kesian orang tua tu tunggu lama. Tapi lepas load barang, elok je dia belok jalan nak ke hospital. Aku pandang dia.
"nak gi mana ni?"
"hospital lah"
"err.. nanti mama u.."
Tiba-tiba phone bunyi.
"ha dah nak sampai ni. mama tunggu kat entrance"
Aku pandang wan lagi. Dia buat muka selamba. Muka selamba dia memang tak membantu aku. Aku telan air liur.
"u.. jangan la macam ni.. i tak prepare apa pun ni.." Gelabah giler aku time tu sambil buat muka kesian. Dia senyum. "takot ke..?" Aiik, bole tanye pulak.. mestilah!
"err.. takpe ke i pakai macamni?" Aku tak la pakai baju ketat or pendek cuma aku bayangkan pertemuan pertama dengan bakal mertua (kot..) dalam keadaan lebih bersedia dari pelbagai segi esp mentally.
"habisla u.. mesti mum i cakap, 'apalah pakai macamni malam-malam. pakai la baju kurung'.. mesti kena rejek punye la.. hahahaha!" Dia menakut-nakutkan aku.
Aku diam je.
"alah, takpe. kalau mum i tak nampak u.. u duduk je diam-diam. kalau nampak u kuarla."
Aku, ok. Sampai je ke destinasi, wan beritahu, "ha tu mum i.." Aku duduk diam. Tak bergerak. Dia kuar dari kereta, gi kat mama dia. Tiba-tiba pintu kereta dibuka dari luar dan terdengarlah satu suara, " eh, i thought nobody inside..", sambil gelak kecil. Maka aku pun kuar gak lah dalam keterpaksaan itu. Salam cium tangan okkey ;P Lepas di interview serba sedikit, wan dengan mama dia naik ke wad hantar barang dan aku tak pasal-pasal kena jaga kereta. Wan siap pesan, "jangan bawak lari kereta tau.." Ceh!
Lepas dorang naik, degupan jantung aku masih belum normal lagi. I need someone to share laa.. Tohlong... Tengah calling-calling dengan kawan aku, pak guard suruh aku alihkan kete. Merasa gak lah aku bawak kete ikan wan tu. Hehe. Alah bukan gi mana pun, gi parking kat depan tu je. Sembang punye sembang, dorang turun. Aku hulur kunci kat wan dan follow dia since dia tatau aku parking kete ikan dia tu kat mana. Elok je sampai kat kete, wan beritahu,
"eh, napa u tak teman mum i."
"err.. bukan dia bawak kete lain ke?"
"yelah, tapi parking kat bawah, dia nak tumpang kita dulu.."
"mana i tau.." Perlahan je suara aku. Giler punya rasa bersalah tau. Macam dah buat silap besar gedabak! Alahaii, minus point lagi... ;p
Yeah, finally sampai part where i did a huge mistake. Serius takleh lupa.
Mum dia kuar dari kete, "ok, dah sampai.. u can have ur seat back .."
So aku pun kuar dari tempat duduk belakang. Bole tak aku, "ok auntie.. drive safely.." sambil cepat-cepat aku masuk dalam kete. Aku dah tak mampu menahan tekanan lagi. Aku nak balikkkkkkkk........ Elok je aku duduk.., "salam laa.. apasal u tak salam?!!", wan cakap tertahan-tahan sebab tak mau mama dia dengar sebab tingkap terbuka. Aku, nak kuar balik, macam dah terlambat. Aku tunduk pastu cam nak nangis sket. Pastu wan panggil mama dia, "ma.. jom kita gi makan kat man tomyam" Mama dia ok and follow kitorang tapi kereta lain-lain la.
Dalam perjalanan tu.. wan keep asking and keep repeating, "nape u tak salam, u ni.." Aku tau aku salah.. tapi aku dahlah gabra tahap dewa.. bila da gabra, memang mudah sangatlah buat silly mistake. Janganlah marah. Aku sendiri pun rasa frustated sangat dengan diri sendiri.
Aku, "susah-susah sangat u drop i kat mana-mana kedai. 7e ke.. mana ke. kay pun da nak sampai"
Dia, "alah.. i tak marah laa. kan i da cover untuk u balik. nanti lepas makan, u salam lah. ok? sini bukan tempat u, u tau i takkan tinggalkan u kan.." Aku diam buat muka serius tapi sebenarnya nak nangis dah tu. ;p
Sampai kedai makan, aku masih diam. Macam batu. Mama dia sampai, baru aku paksa-ceriakan muka aku. Then macam biasalah.. sambung sessi interview tadi tapi kebanyakkannya ayat penyata atau dalam maksud lain, mengulang balik cerita yang wan dah cerita kat mama dia tentang diri aku. And finally henfon ku berlagu.. yes!! Kay tefon, dia dah sampai kat depan kedai tu. Dengan sopannya aku meminta izin balik dulu dan SALAM CIUM TANGAN mama dia. Ha puas ati sayanggg?!!!!!!!! Sambil jeling kat wan. Masa aku salam tu mama dia sempat pesan, "nanti datanglah lagi.." Oooo.. macam lulus jek ;p Otw nak gi kat kete.. wan cakap, "ha macam tulah..", sambil tepuk bahu aku, sengih-sengih. Blewwkk.. aku jelir lidah. Dalam hati, tunggu kau jumpa mak aku pulak! Huh~
Kawan aku terkekeh-kekeh bila dengar cerita ni. Dah puas gelak pastu baru cakap, "aku rasa ko mesti trauma lagi kan.. dengan 'mak mertua-salah faham' dulu tu.. tu yang mengarut-ngarut ko buat aritu.."
Hmm.. cerita lama dah tu. Perasaan terkilan tu masih ada tapi biarlah. Lupakan.
Esoknya, hari Sabtu di seremban.. aku balas balik kat wan. Hahaha.. Giler jahat ;p Kakak kay buat bufday party untuk anak dia petang tu. Malam tu pulak wan nak bawak aku kuar gi JJ. Elok je dia sampai aku tak kuar. Aku suruh dia masuk dulu. Dengan aku boleh lah berdolak dalih, tapi bila kay da berdiri depan pintu.. hmm kuar pun. Malu-malu kucing masuk umah orang.. amik makanan pon sket.. pastu kena interview dengan mak, kakak and abang kay pulak. Kontrol je... senyum-senyum. Muahahaha! Semalam ngata aku. Hu~
Paling cute malam tu bila anak buah kay tiba-tiba tarik dan tamau lepas tangan aku bila aku nak kuar. "kakak.. tamau lah pegi..", geleng-geleng kepala sambil tangannya kuat memaut lengan aku. Dia hanya lepaskan tangan bila mak dia kata, "ha tengok uncle tu marah nanti.." Dalam kereta dia mengusik aku, "budak 3 tahun pun suka u. habis lah i..." Ceh!!!!!!!
Cuti hujung minggu kali ni memang macam-macam lah. Gembira.. takut.. geram.. marah... rindu... bahagia.. Lepas ni apalah pulak.. tunggu jelah (",)
*
*
*
Panjang pulak entri neh. sabar jelah ye :D
29 comments:
Gelabah betul ekk jumpa bakal mak mertua. Tak apa, nanti-nanti dah biasa, oklah tu....
He he he.
waaaa tinta baca pun dah sengih, org yg menulis ni agaknya baper kali dah tersengih sengih...hehe... ;D
sweet~~
mak eh panjangnya entry ko ni..
wah2.. mmg tahap mr loba2 nih.. 1st time mesti la gubra skit kan.. hehe ;p
err ku pong fening2 lalat neh.
pekh. kechuakan ketika jumpa mak mertua hehe.
oits..khkeheheheh!~!~!~!kelakar(88kali)khehehkehekheh~!~!~!~!~!~!khehehehk~!~!~!
bp,
itulah.. first time ni :)
tinta,
masa hari kejadian memang tak mampu nak tersengih pun tapi da 2,3 hari ni bila diingat blk mmg kelakar sgt! ;D
achik,
hahahaha!! unplanned lak tu.. hesh.. sila jgn lakukan tiru aksi seperti ini okkey ;)
ad3ck,
tunggu ar time ko plak.. tgk cane.. ;p
r0b|n,
mentang2lah ko da lepas... eksen ngn aku eh~
;D
oits anne~!~!~!khehehehkhe..aku doakan semoga ni lah jodoh kau n bahagia sampai dlm syurga.Amin.
he he he...gabra ke gubra? tak pe kalau dah jumpa berkali-kali harapkan yang baik2 je ok, sebabnya jumpa sekali dua tak tau macam mana... dah jumpa berkali-kali baru le kita tau macam mana...
[apa punya berbelit2 la ayat ni ke ke ke]
Bila baca cerita2 camni, sy rasa seronok tgk kawan2 alami keadaan camni. Best je tgk. Mencuit hati dan bahagia je rasa. Huhuhu.
Kalau ada rakaman video cerita ini dan ditontonkan depan penonton, mesti ada bunyi...
"aaaaaaaaaaaaawwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww.."
sewitnye...hihihi
r0b|n,
aminnnnnnnnnn~ :)
kak alin,
kehkehkeh.. ayat belit2 xpe, jgn terbelit jek hehe ;D betul la tu kak. harap2 mcmtu.
nd,
sy dulu dgr cite kwn2 mmg seronok gak tapi haa.. tunggu la bila turn awk pulak... ha, tau lah betapa 'seronoknya' ;p
sila jgn rakam okkey ;p ada copyright tau
nak tolong apa ye? tolong gelak boleh la ha ha ha
another step further dalam hubungan korang. tahniah utk anne!
aku dulu rasenye lulus 85% dalam cobaan pertama. adela kantoi slack sikit2 tapi malula nak cite ;b
err. nak tanye kat org berpengalaman. selalunye pompuan jumpe mak laki dulu ke laki jumpe mak pompuan dulu? hehe.
king,
ooo.. eksen jugak eh..
orang biasa,
tenkiu2 :D
hahahaha!!! citerlaa.. leh share sket ;p
ad3ck,
err.. tanye kat aku ke ni?
mmm..depends la kot. tp lbh baik laki tu jmpa mak pmpuan dulu kot sbb nnti senang sket lau nak bwk anak dia kuar. takde bnyk soal. da kenal.
tp kes aku dah terbalik ;p
hoh!
renjis renjis dipilis....
cak pong cak pong!!!
hahha :D
perghhh.. pjg giler.. nsb baik citer best.. sempat jgk hbs kan baca..
hmm.. masa pancing tu dpt ikan apa..
13may,
heppp!!!
apa renjis2 gilis2 nih??!! ;p
flush,
excited.. nk wat camane. hehe.. taip dgn kadar edit yg minimal.
2 ekor! ikan empangan tau2 jelah.. keli. tapi pastu lepas kat longkang. apadaa.. penat jek tangkap LOL
wokay la tu... mama dia siap cakap 'nanti datanglah lagi' tu dah kira lulus peringkat pertama dah... :D
hahahaha.. macam2 hal okey. Memang seram kalau jumpa bakal mak mertau nie. saya pun masih takut2 lagi, haihhhhhhhhhhhhhh...
aku 1st time jumpa bakal mak mentua, kete buruk aku kantoi bateri abis
hampeh btol khekhe
sas,
hahaha.. sy pun harap mcmtu gak :D
ceera,
yeke? camana nk ilangkan rs takut2 tu eh? kita bkn takut apa cuma nk semuanya b perfect kan
tedungs,
hahahahhahahahaha..... ;D
Entri ni best. Hikhik. Wah, gabra gak ek jumpa bakal mak mertua buat pertama kali. Apapun, semoga btol-btol itu ar mak mertua Arianna nanti :-) Smoga berbahagiaaaaa...
so sweet... mesti gabra ek..?? hehe :D taklama lah tu... Amin :D
Salam.
Waaaaah...manyak panjang lo lu punya celita. Satu hali bulum tuntu habis lo! Tapa...wa sulah baca kasi habis. Lu mancing ikan...pigi hospital...ho! Lajin aa lu! Bagut! Wa suka olang lajin.
Ok lo! Kasi wa lalu ho! Telima kasih.
kak puteri ezza,
thanks kak. :)amin.. insyaAllah... doakan yg terbaik utk kita semua eh kak
acik aminbakish,
gabraaaaaaaa... hehehehe. insyaAllah.. amin :)
ah kim,
salam. aiyaaa.. lu mesti manyak skip aa wa punya enteli.
tapaa.. tapa.. lalu.. lalu.. wa kasi jahlan.
;p
Hi Anne..
Wah pekembangan bagus tu.. Future MIL dah positif..
minnie,
hiii.. :)
hopefully segalanya berjln lancar. bunga2 diterima tu dah ada lah jugak. insyaAllah.. kita doa yg baik2 jelah eh ;D
wah wah first impression yang bagus tu...semoga cepat bertemu jodoh..:)
Post a Comment