Monday, October 29, 2007

Cerita Raya + Kerja

Hari minggu pertama selepas raya haritu aku terpaksa kerja. Duty kat rumah CEO. Ada open house. Pagi tu macam liat je nak bangun sebab hujan. Tau-tau jelah kalau hujan ni lagi sedap tarik selimut kan.. ;) Dalam keterpaksaan tu aku bangun jugek laa.. karang bos aku tepon pulak. Setengah jam sampai ofis, saing manager aku. Angkut apa barang yang patut dan bergegas ke rumah Dato'.

Siang tu sebenarnya aku pakai baju kurung kaler purple tapi tak jumpa pulak gambar curik. Yang ada ni jelah.. shift malam je. Dah tukar uniform da. Bila tengok gambar ni teringat aku satu cerita. Dek kerana terpaksa kerja di hari cuti makanya kitorang mencuba bakat dalam acara 'membodek' bos ;p Yang hadoinya.. tak sempat aku nak bodek bos, bos bodek aku dulu! " cantik u harini.." Aduh!! Apakah ertinya itu???!! Adakah akan ketiadaan bonus? Adakah? Adakah?? Terus terbantut niat aku nak membodek. Ceitt!

Kakak yang sorang tu beritahu, "bos hepi lah tu.. orang ingat dia datin. asyik salah panggil dia datin je dari tadi.." OOOooo... Hehehe..

Malam tu dapat jugak aku tengok dari dekat Sorayah Dean. Selalu tengok dekat tv je. Walaupun da anak sorang, maintain jek!!

Walaupun headache mai tiba-tiba malam tu.. tapi aku still maintain kiut! huhu~ Taklah.. maintain senyum je.. Usher, kenalah tenyuuum.. :) Sempat lagi bergurau dengan ofismet sorang ni. Macam pakat pakai black & white. Haha..

Sampai rumah, tak tunggu lama. Lepas buat apa yang patut.. terus zzzz! Tersangat lah letihnyaa.. hu~

Thursday, October 25, 2007

Sembang kosong

Arini aku nak bebel kat sini sebab semalam aku 'dibebel-i oleh itu orang. Huhu~

"u ni complicated. bukan perkara tu yang complicated tp u sendiri.."

"i've told u before.. i dah kata i mmg complicated kan"

"mana ada.. u ckp u 'aquarium' adalah.." ~ trying to make fool lah konon

"i did sayyyy.."

Complicated sangat ke aku ni?

Dah puas bebel-bebel tiba-tiba itu orang cakap,

"i rindu u la.. rindu i tak?"

Aduh.. mudahnya tuned. Aku ni, hati da hangat kena bebel.. tadak maknanya rindu-rinduan. Kalau rindu pun tadi jelah. Jadi cakap jujur.. Tidak!

"Haa?? tak??? bla.. bla.. bla"

Jadi jujur pun susah rupanya. Kena bebel jugak sampai laa.. ;D

Gambar di atas tu tak de kena mengena dengan kisah bebel tadi. Saja letak sebab arini aku pakai baju yang sama :D

*

** Sesiapa yang dah buat ortodontik surgery or treatment leh share info tak kat mana yang ok & reasonable price. Tgh pertimbang nak betulkan crowding + 'rabbit' tooth sementelah itu orang nak sponsor dengan UCAPAN KHAS "nanti dah cantik jangan u lari lepas tu dah laa.. " Amboi statementttt... Hahaaha!

Wednesday, October 24, 2007

..............

Aku agak terkejut bila ada yang menyoal, tentang sesuatu yang berlaku pada raya kali ni. Jelasnya impak itu wujud dan terkesan pada tingkah laku dan sudah tentu pada wajahku. Ya, aku akui lebih banyak berdiam. Dan tak henti berfikir. Tak hairanlah kebelakangan ni head ache makin menjadi-jadi. Hmm.. Terlalu banyak cerita.. cuma yang dapat aku kongsikan di sini, satu kisah tentang kehilangan di bulan Syawal.

Aku tak menangis langsung walaupun aku tau aku telah kehilangan. Bukan kerana tidak sedih tapi aku tak boleh menangis.. Tiada airmata. Aku akui aku sudah bersedia menerima kepergiannya. Aku sudah menjangkakannya. Walaupun berat hati nak terima.

Hari ini, genap 7 hari kepergiannya. Tiada lagi suaranya.. Tiada lagi dirinya meneman tidurku.. Tiada lagi dia yang seperti bayi kecil tidur lena di atas dadaku. Tiada lagi dia yang duduk tegak di sebelahku dan mata bulatnya memandangku memandu ketika ku membawanya ke kedai atau ke mana-mana sekalipun. Tiada lagi semua melainkan kenangan..

Walau sekejap masa bersamanya.. aku tetap terasa kehilangan. Kalau aku sedih, emak lebih lagi. Aku rapat dengannya sejak bulan puasa sedang emak dah lama. Malah emak yang membawanya balik. Tak hairanlah emak menangis beria-ia haritu. Teringat nota emak pada abang pagi tu, 'kalau meela mati, tanam. tak payah bagitau mak'. Dan sepulangnya emak dari kerja bila dia tak muncul, hati emak pecah. Emak tahu dia dah tiada.

Aku masih ingat hari terakhirnya, ketika aku hendak ke ofis.. dia memandangku dan menungguku di depan pintu. Rupanya itulah pandangan yang terakhir darinya sebelum menutup mata.

Orang tua-tua kata, jangan ambil gambarnya.. nanti pendek umur. Tapi waktu ini aku dah dapat rasakan kehilangannya. Pucat. Nyatanya dia sedang bergelut dengan sakit. Aku rindukannya..

Sekarang aku dah boleh menangis..

Monday, October 22, 2007

Kerja.. kerja..

Cuba nak apdet since last week tapi tak berjaya. Harini pun dah tunjuk tanda-tanda tak bole. Entah apa masalahnya ni.. asyik tak berjaya je nak mengupload gambar. Lantak la.. biaq pi.

Kepada mereka-mereka yang baru memulakan tugas harini.. selamat menjalankan tugas. Ermm.. jangan sampai lupa pulak switch komputer tu kat mana! Haa.. tu kes lemau namanya..

Aku dah mula masuk kerja sejak Rabu lepas. Seteretttt sampai Sabtu. Company ni memang cuti Sabtu tapi last Sabtu, ada Raya Gathering or Open House Dato' CEO.. dan aku kena jadi usher pulak haritu. Mula dari pagi jam 9 hingga malam jam 10.30. Penat woo~

Tapi aku lagi suka ada kerja daripada takda kerja.. tatau nak buat apa. Melangut jee.. macam sepanjang bulan puasa haritu, terpaksa jaga galeri yang adoo.. bosan giler! Nak tau apa aku buat untuk menghilangkan bosan?? Ha, ni lah keja aku....

Amik gambar diri sendiri!!! ;P Tetiap hari pulak tuu! Sampai da full photo album dalam hp. Selalunya masa syif petang la.. kalau syif pagi tak sempat sebab selalunya ada benda lain nak buat. Petang-petang sambil tunggu time nak balik sambil pk nak buka apa petang tu.. sambil tu snap snap.. tau-tau je da time balik ;D Hahahahaha...

Lagipun saja nak tepek gambar ni sebagai kenangan.... sebab raya ke-5 aritu aku da say bye-bye kat sebahagian rambut aku. Lebih 7 inci gak laa kena kerat. Lepas dapat approval.. hehe! Sayang jugak.. tapi dah tak tahan simpan rambut panjang. Rimas. Semua orang kata rambut raya.. tapi aku kata, rambut lepas raya laa! ;p

Nak tengok rambut baru?? Hahaha.. tunggguuuu...

Wednesday, October 17, 2007

Raya aku.. Raya korang?

Setiap kali raya pasti ada coretan sejarahnya tersendiri. Antaranya.. pertama kali drive balik kampung.. selalunya jadi penumpang je. Pertama kali beraya cukup sekeluarga selepas 3 tahun berturut-turut abang tak cuti raya.. Mm.. macam-macam la lagi.

Cuti raya tahun ni pun cukup syarat je. Sempatlah beraya ke rumah saudara raya pertama dan balik kampung mak raya ke dua. Beraya tetap beraya tapi hati tu tak terasa nak beraya sangat. Hard to explain y but i have my own issues. Ada tak ada.. adalah satu perkara yang seronok raya ni. Cuba teka?!! Dapat duit raya daaa... :D Sila jelesss..

Inilah famili aku. Exclusive ok :) Raya tahun ni tak sedondon. Colourful! Adik aku yang berbaju merah tu beli baju last minute. Puas aku kejut pagi sebelum raya suruh beli baju raya. Abang aku lagi la ngelat.. abah bagi duit 'ber-rat-rat'.. dia beli baju mydin je. Hampeh.. tapi material cantik la. Yang paling bergaya, adik bongsu aku ni lah.. baju melayu brand 'orlando' yang harganya boleh dapat 3 pasang baju kurung aku. Dah tu pakainya sekejap je.. setengah hari dah tukar. Hmm...

Raya pertama as usual sepupu terdekat datang beraya. Riuh rendah sekejap. Memang family dorang ni riuh sket tak macam family kitorang.. senyap jek. Lagipun barulah cukup korum.. ada geng pompuan!

Raya kedua balik Sabak Bernam. Adik yang sorang tu tak nak ikut, dia nak beraya rumah mak angkat dia so selamat aku.. naik 1 kereta je.. takyah drive. Huhu~ Penat woo drive balik sana.. balik hari pulak tu.

Tambahan abah jenis yang suka singgah makan sana-sini. Tengahari tu kami berhenti makan tengahari di Bukit Melawati. Pekena mee hailam.. syok wooo~ Abang aku neh suka bebenor buat muka serius cam cikgu disiplin.. ;p

Rumah kampung. Ucu dengan anak-anaknya berlawan bakar mercun roket dengan jiran nun seberang kampung. Maklumlah.. duduk bandar.. mana nak dihalakan mercun tu.. depan rumah, tepi rumah, belakang rumah.

Otw balik singgah minum kat Kuala Selangor. Kedai mamak. Aku ni bukan type yang cerewet. Contohlah kan.. aku ni walaupun tak suka sayur tapi selalunya aku oder macam biasa pastu pandai-pandailah asingkan sayur. Tak pernah la pulak aku suruh si penghantar air tunggu aku merasa dulu air tu cukup manis ke, cukup gula ke.. Selalunya orang letak, aku minum je. Mengarah orang.. aku rasa itu bukan kepandaian aku la. Tapi kalau tiba-tiba je aku jadi cerewet, haaa... luar biasa la tu.

Malam tu aku mintak air teh o suam je. Tunggu punya la lama, dia siap tanya 2 kali air yang aku nak minum. Bila sampai, bukan suam tapi panas menggelegak.. dah tu tawar hambaq. Aku sabar lagi. Dok kacau-kacau bagi lekas sejuk. Tapi sebab gelas kaca, kacau punya kacau still tak sejuk. Sampai lah abah dah abis makan, da bangun masuk kereta.. air aku baru luak tak sampai suku! Panas lagi. Melecur mulut. Mak suruh aku bawak gelas gi kitchen suruh orang tu bungkus. Aku diam je. Dah start hangin la tu. Emak bingkas bangun bawak gelas aku tu. Mak suruh orang tu tambah gula pastu buh dalam plastik. Boleh tak si tukang buat air tu pandang je.. Aku rasa dia tak paham apa yang mak aku cakap. Last2, emak yang bubuh sendiri gula, sendiri bungkus! Aku.. jangan cakap la.. rasa nak telan je orang tu. Tapi tau tak sedap.. tak kuasa aku.

Sampai rumah, continue tido.. Letih beb. Esok paginya tak kemana-mana. Lepak rumah je. Badan pun lenguh-lenguh macam orang tua. LOL.

Semalam pun tak kemana. Cadang nak keluar beraya tapi tak cukup korum. Tahun ni paling terasa. 2 orang kawan karib dah kawin. Tentu susah nak ikut rombongan beraya lagi dah.. Tinggallah aku dan 2,3 orang lagi. Tapi masing-masing dah kerja. Akhirnya tak kemana lah aku semalam.. Pakai baju raya cantik-cantik *cantik ke....* pastu gi kedai makan. Tu je ;p

Boring kan raya aku?!!

Thursday, October 11, 2007

Salam Lebaran

Salam.

Dah nak raya rupanyaaa... ish.. ish.. tak sangka sekejapan je rasanya. Belum puas nak bermanja-manja dengan Ramadhan. Bermanja-manja la sangat.. hu~

Harini last day kerja before cuti raya *yang tak lama*. Rabu dah mula kerja balik. Event banyak gilerrr lepas raya ni. Matilah aku... Tapi walaubagaimanapun aku rasa ok lah jugak since aku dah dapat balik tempat aku semula dan yang penting internet connection aku semulaaaa... muahahahahaha.

Saja nak tunjuk korang inilah 'gua' tempat sementara aku haritu. Dek kerana dihantar ke sinilah aku tak dapat nak bermesra-mesra dengan korang semua ;) Takpa.. takpa.. janji aku da dapat balik tempat lama. Fuhh! Legaaa..

Oklah.. aku ambik kesempatan ni *amboii suke jer amik kesempatan ;P* untuk ucapkan kepada korang semua selamat menyambut aidilfitri. maaf atas keterlanjuran bicara dan juga perbuatan. Sesungguhnya yang baik itu dari Nya, yang buruk itu datangnya dari saya *eceh.. saya pulek* sendiri. Sambutlah raya dengan kegembiraan.. bukan tangisan jadi, berhati-hati di jalan raya.

Oh ya.. siapa yang berhajat datang beraya ke rumah.. dipersilakan.. calling2 okek :D

Wednesday, October 03, 2007

Miss me ha?...

* tak sempat apdet. sori ya. jumpa masa buka puasa esok k! sape yg sempat2 tu join skali la eh. sangat dialu-alukan. apa2 bole refer blog kak masy. ok, chiow. :D

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...