Thursday, November 29, 2007

I'm back!!

Salam.

Anne is back! I'm feeling better now. There's few things keep bugging my mind tp sekurang-kurangnya rasa takut-takut tu dah berkurang dan aku da bole tido as usual. I don't want to talk further on what all about coz i don't even have the answer to any question pun. But i found i've been sorrounding by lot of people who are cares about me. i can feel the love.. Thank u frens :D

aku tatau kenapa tapi i'm bit skeptical la especially when it comes to 'jeolousy' issue. i know most of us won't like dis kinda attitude. i just can't help myself laa.

i'm definitely be frens wif guys.. but it remain as it called, frens.. which means a guy who knows me, my status & no feelin2 towards me. most of the time i feel nah.. it's ok je to give bufday wishes ke apa ke to a guy fren but seriously, i don't feel gud when my ehem ehem do the same thing to someone else [ a gurl who don't even know my existance la!] hey, of couse he won't tell me about it but i'll & i'll always know. the 'things' just come to 'mama'.. or bahasa mudah.. ala-ala kantoi laa! i know it's nothing, no big deal to u.. but to me, it's something. it can't be acceptable.

i know people will say, 'alaa as long as dia syg u..& u percaya dia.. nothin won't happen laa.' as simple as that? bole ke? hu~ tak suka! tak suka! geget karang~

*

*

aku tak marah pun.. cerita je ;p

*

*

Tuesday, November 27, 2007

..kalaulah kau boleh rasa apa yang aku rasa

Episod stress aku akhirnya melarat jadi depressi. Aku menghadapi kesukaran untuk tidur. Apatah lagi untuk lena seperti sediakala. Rasa takut, berdebar-debar yang keterlaluan.. Berfikiran yang bukan-bukan. Walau aku cuba untuk pejam mata tapi degupan jantung tetap laju. Kalau keadaan masih tak berubah mungkin tidur aku malam ini sama seperti malam tadi. Bergantung ubat tidur.

Aku tak pasti apa yang berlaku. Mungkin petanda sesuatu. Seperti pengakhiran sebuah kehidupan? Atau mungkin hanya seperti kata kak Ungku, cuma PMS?.. Kalau benar cuma PMS, inilah syndrom yang paling teruk pernah aku lalui. Dan aku berdoa sangat-sangat-sangat-sangat semoga ianya memang cuma satu syndrom. Biarlah cepat berakhir kerana aku sangat takut melaluinya... sendirian.

.... selesai menaip ayat terakhir di atas, hp berbunyi dan aku tak dapat nak kawal emosi bila dengar suara wan. akhirnya aku menangis semahu-mahunya.

" maaf kalau buat u terkejut tadi.. "

sehingga waktu untuk pulang, mata aku masih basah. kalaulah kau boleh rasa apa yang aku rasa..

Friday, November 23, 2007

Grrrrrrr...

Aku stress.. tapi takleh nanges. Paksa punya paksa pun takleh. Degil betul! So angin aku sangat tak baek arini. Ada la 2,3 orang try buat lawak depan aku pagi-pagi tadi.. Aku rasa macam kecikkkkk je dorang tu! Hu~

Thursday, November 22, 2007

all about us

Me, ur little bunny ;D

"akak bahagia tak dgn bf akak?"

"akak sayang ke dgn bf akak tu?"

"akak tak nak cari orang lain??"

3 soalan ala-ala maut gitu dituju khas untuk aku. Masa dia tanye soalan pertama, aku biasa je. Soalan kedua aku dah mula jeling.. Kali ketiga aku terus pusing, pandang dia dan tanye,

"apasal? ko ni ada masalah dgn bf ko ke?"

Dia senyum.

"mana ada.. saya ok je. akak laa, saya tengok macam tak bahagia je.."

Aku, gelak!

"akak nak tunggu dia ke? akak tu bukan muda lagi tau.."

Aku, berhenti gelak.

Argghh, isu sensitif ok. Kurang 3 bulan dari sekarang i'm gonna be 27! Kurang 2 bulan dari sekarang juga dah genap setahun aku jumpa wan balik.

"akak nak pilot jugak ke?"

Aku, jegil mata.

"ni apasal tanye soalan-soalan pelik ni?"

Dia, senyum.

"takdelaa.. akak macam tak hepi je. jarang jumpa pulak tu.. saya ingat nak kenalkan akak dengan abang bf saya.."

Aku, gelak lagi. Sampai puas.

"ooo.. ini muslihatnya yang dok tanye soalan pelik-pelik tadi ye.. macamni la, tima kasih sebab prihatin tapi kan apa kata ko doakan yang baik-baik untuk akak. td ko kata akak da tua kan, ha memang pun! aku da tak larat la nak bercinta-cintun lagi.. nak mula balik lagi. doakan jelah akak bahagia ok.."

Dia, sengih-sengih. Balik gi tempat dia. Aku, geleng kepala.

Bila difikir-fikir balik, kenapa kata aku tak bahagia? Mungkin sebab aku tak macam orang lain yang selalu berjumpa so tanggapan dia aku tak bahagia lah.. begitu? Tak semestinya kan.. Ada ramai lagi orang yang da kawin tapi berjauhan. Sebulan sekali berjumpa. Bahagia jugak. Walaupun sukar tapi itu jalan yang dorang pilih atau terpaksa pilih.

Aku pun sama. Memang susah tapi ini yang aku pilih. Aku pilih dia, yang tak akan selalu ada dengan aku. Tapi aku selalu rasa dia ada dekat dengan aku. Selalu.

Tuesday, November 20, 2007

Entri 221 sudah..

Tatotnyee sayeee...

Ada orang kata aku nampak lembut tapi ada juga orang yang kata aku agak berani, keras & strict. Aku sendiri rasa.. bergantung keadaan jugak. Kadang-kadang aku bole jadi lembut kadang-kadang bole jadi garang, degil. Mungkin sebab ada background dan kecenderungan 'ala ketenteraan' yang agak kuat jugak dulu. Plus adik-beradik yang semuanya lelaki. Tapi dah namanya perermpuan.. keras macamana pun, bila usia menginjak.. secara semulajadinya akan jadi wanita jugak kan. Dan sebenarnya dalam keras-keras tu, dalam berani-berani tu.. deep down inside aku sebenarnya seorang yang lemah semangat. Atau bahasa mudah, penakut jugak sebenarnya..!

Dulu ada satu kejadian masa jadi fasilitator di universiti. Berlaku di kolej kediaman masa perhimpunan. Bermula dengan seorang menangis hingga berlakunya gangguan halus. Aku hampir hilang nafas bila lebih 1000 pelajar menyerbu ke arah kami dengan jerit pekik. Aku tergamam. Diam. Kaku. Semangat aku terbang. Walaupun tak diganggu tapi aku pun 'dirawat' jugak. Sejak peristiwa tu, bila ikut program itu ini selalunya kawan-kawan akan 'guide' sepenuhnya bila ada kes gangguan berlaku. Mula-mula aku tak faham. Aku pelik kenapa dorang bawak aku gi tempat lain. Sembang ramai-ramai, berkumpulan. Rupanya dorang takut aku terkena sebab aku lemah semangat. Langkah berjaga-jaga la tu kot. Alhamdulillah sejak tu takde apa-apa pun berlaku. Aku ok je sampai harini.

Lagi satu, aku akan lemah dan sengal satu badan bila jalan yang tak pernah jam tiba-tiba jammed teruk. Berdebar-debar macam nak kena heart attack pun ada. Sebab aku sangat penakut yang amat kalau ternampak accident! Lebih-lebih lagi kalau aku yang memandu. Nak tak nak aku kena lalu gak jalan tu kan. Lagi parah kalau siap mangsa still ada kat situ. Dengan darah-darah bagai. Aduhh! Memikirkannya ni pun dah pusing kepala. Apatah lagi kalau di tempat kejadian. .

Aku ni jugak antara orang-orang yang takut tinggal sorang kat umah. Kalau aku sorang aku akan make sure aku tido. Tengok tv pun bole gak tapi masalah yang timbul bila tertengok iklan or sedutan cerita hantu ke seram ke.. dah sudah.. berdebar-debar jelah lepas tu.

Baru-baru ni pulak masa aku kat rumah sorang-sorang, malam la kan.. aku terdengar orang menjerit mintak tolong. Mula-mula dengar, aku terkejut. Terus tutup muka dengan selimut. Senyap sekejap. Kemudian bersambung lagi jeritan tu. Dengar pulak bunyi hon dari seberang jalan. Dalam takut-takut tu, aku bangun jugak jengok kat tingkap. Terus ternampak sorang perempuan keluar dari semak seberang jalan memegang tudung kejar sorang lelaki ni sambil terjerit-jerit. Satu kereta dari seberang jalan berhenti dan kejar lelaki tu. Malangnya sebab jarak yang agak jauh aku tak pasti apa cerita sebenarnya. Tapi yang pastinya jantung aku berdegup kuat, berdebar woo. Tak tau nak buat apa, terus called kak masy. Ketaq-ketaq cerita. Hu~ Sampai pagi tu sakit dada.

Tulah antara cerita seorang penakut seperti aku. Hehehe.. Tapi dalam penakut-penakut ada jugak yang terlebih berani. Aku bole je travel sorang-sorang.. drive sorang-sorang. Aku berani je kalau pergi mana-mana selagi aku tak tau cerita.. Tapi once orang dah cerita, maap la nak gi lagi. Hu~ If berjalan dalam gelap, ada bunyi pelik-pelik.. aku mesti nak tertoleh-toleh nak tau apa yang berbunyi tu! Hahahaha ;p

Friday, November 16, 2007

rojak + short + sweet

Hi everyone! I've been bz these past few days. Hectic sangat till got headache.. O, btw! i would like to thank u all for the gud luck wishes. Thanks alot ya! ;D

Haritu, I met wan after work at mamak restaurant . We're not alone.. his gud buddy, Tuah also with us. Wan dengan office attire nya.. [fuuh.. i like dat ;)] he seems excited + exhausted. Kesian. Dengar dorang sembang-sembang itu ini.. most of it hal interview tadi, hal aircraft.. which i dun understand pun tapi bole la celah mana yang patut. hehe.. Sedar-sedar abis roti nan aku makan sorang. Huu~ selalu tak abis. Lapar kot..

Lepas makan-makan [or shall i say minum je yang lebeh.. ada orang tu sampai 4 gelas! ;p] n sembang-sembang, it's time to say bye-bye to Tuah. Then wan & i proceed to sacc mall. Takde buat apa pun. Saja tawaf ;p.. janji dapat spent time sesama, only for two of us. Tak lama. Almost 9pm wan drove me back to kedai mamak. Kereta tinggal kat sana. Around 10.30pm kot he arrived home. Sian. Tulah.. sape suruh duduk jauh! Blewwk!! Huhu~ ;D

Btw, ni pics taken during the Brand Launching Prog @ Stadium Melawati. Candid! Tak hengattt masing. Hahahaha!! Have a great weekend everyone! :)

Monday, November 12, 2007

~~untitled

~~~ tomorrow wan ada job interview + test. tapi aku pulak yang kena sindrom 'butterflies' ;p

~~~ i know it won't be easy as we thot but i always pray for u. kalau itu rezeki u.. insyaAllah. watever happened, i want u to know that i'll always here for u.. gud luck sayang! chaiyo!! ;D

Friday, November 09, 2007

my 217 entries~

i am supposed to write something.., the vacation thingy but.. not in a gud mood to talk bout it. my fren & i, we had a serious conversation just now.. & it really turned me off. i just wanna go home & hug my giraffe.

Wednesday, November 07, 2007

Dinner @ Istana Hotel

Arini ada mood sket nak apdet. So apa kata aku post gambar dinner Mercy kat sini. Ekceli ni kira gambar 'basi' gak laa.. berzaman da ni tapi baru semalam dapat.. tu pun sebahagian je. Malas nak tunggu lagi. So ni je yg ada.

Kitorang ingat special guests dok meja lain. Sekali tengok HR director dok semeja. Kenmain behave memasing ;p.. FYI, sebenarnya kitorang ni tak involved pun dalam kerja Mercy tu... ;D Tau2 je company suruh attend dinner. Compulsory pulek tu! Reasons, nak kitorang the Public Affairs Div familiarise dengan event cenggitu. Dan jugak sebab kitorang as 1-stop-info of the company. Katanya laa.. Huh~ Tak kisah laa..

As usual la dinner cenggini for sure ada artis kan. Mmm.. adalah beberapa orang. Datuk Yusni Hamid, Harith Iskandar dengan lawak CSI nye tu [ better than d show yg kita tengok dalam tv tu ], pastu CT datang dengan DK, dia pun kena nyanyi gak. But we're expected Raja Zara datang tapi tadek pun. PIL je as penaung Mercy. Biasala.. time tu dia tengah popular.. ramai yang nak tengok secara live, tinggi ke.. kurus ke.. cantik ke.. ;p huhu~ Ok, enuf said.

Btw, menarik jugak if nak join Mercy. Satisfaction as a human being. If that what u'r looking for laa. Speak for myself, I must say.. insaf woo tengok klip Mercy tu. Tu baru tengok.. Hanya orang yang betul2 kuat mental & physical bole go thru dis kinda 'job'.

.

# cuti aritu ok la.. cuma sekejap sangat. sedih tau.. next entri la baru stori ohkey ;)

~~ *err.. b, leh citer tak ni?*

Friday, November 02, 2007

4 in 1

cerita 1

i'm going out of town to watch sunset this weekend. 1 more day to go.. can't wait!

cerita 2

last weekend aku ajak few frens datang beraya kat rumah. biasalah orang melayu ni.. bila orang da datang rumah takkanlah hidang air je kan. dat day aku masak nasi ayam. senang, cepat & mudah.

to those people yang sudi datang, tahniah kerana berjaya juga jumpa rumah aku malam-malam buta aritu ;) dan sudi habiskan nasi ayam, malah pada yang bertambah lagi tu.. i take it as a compliment. korang ni memang bertuah sebab julung-julung kali aku memasak tau :D even wan pun komplen kata aku tak aci! dulu aku pernah masak untuk dia.. tapi cuma masak telor goreng je. dah dia yang mintak telor goreng je. hahahhaha!! dalam komplen sempat kutuk lagi tuu.. kata aku masak untuk dia lagi 'best'! puyuh goreng pedas, kangkung belacan, ayam masak merah. aku sebenarnya nak masak untuk dia masa tu tapi betul-betul tak sempat makanya aku beli je. tu yang jadi bahan sampai la ni. hampeh ;p

cerita 3

cerita pasal wan, hmm.. raya tahun ni wan tak datang pun. aku tak nak fikirkan sangat tentang tu. secara peribadi ya rasa sedikit terkilan tapi logiknya.. lelaki mana pun, kalau dalam situasi wan tentu 'nipis' kulit muka kalau terpaksa jumpa bakal mentua. dia kata tunggu tahun depan dia dah kerja, then tak payah suruh pun. nak tak nak tetap kena datang! ;p

cerita 4

aku sakit kaki. sakit belakang. kelmarin buat part time kat open house speaker negeri. served food vip, dato fatah ada.. dato aini ada, dato shafie ada.. mb je tak nampak padahal belakang rumah dia je. first time ikut dorang ni. saja nak cari duit lebih dan alhamdulillah memang lebih daripada biasa. cuma balik tu ada miscomm sket so aku terpaksa drive balik telok. sampai rumah around 12.30. tak tunggu lama, zzz terus. semalam pulak ada company brand launching. keluar ofis kul 3 dan terus-terusan la berdiri sampai abis program.

balik tu supposed aku kena jumpa sorang kawan ni nak mintak tolong dia hantarkan resume. tapi memandangkan aku yang berkot bagai macam uniform ala-ala airasia gitu.. lupa kan jelah. karang aku jugak yang tak senang duduk, orang dok pandang. pelik. btw ahbang nd, bak meh pics curik ittew!! o, dengan yang bukan curik tu jugek la skali eh... :D

Sekian.

*

** apdet: akhirnya blog ni da dikesan.. habislah 'komplot' kita semua hahahaha! ;p.. say hello to wan! dia sedang membaca ni.. ahaks! ;D

Thursday, November 01, 2007

mmmm..

Akhir-akhir ini banyak perkara yang berlaku hingga aku tak tahu nak ceritakan yang mana. Tapi tiba-tiba aku teringat akan sesuatu yang pelik, kelakar pun ada dan agak gila sket la yang nampaknya makin menjadi-jadi dalam kehidupan seharian aku. Ok, aku mulakan dengan soalan. Perkara apa yang akan membuatkan korang jadi obses/taksub/mesti tgk, baca/ lepas tu macam ada satu perasaan meresap. Berkobar-kobar.. cemburu.. kagum.. bersemangat.. takut? Contoh la.. macam baru-baru ni aku ada terbaca kat blog sape ntah.. wife dia pantang tengok, dengar or baca cerita tentang angkasawan negara kita tu. Bukan pantang apa.. pantang yang keluar kat tv, mesti tengok! Pantang keluar kat suratkhabar, mesti baca! Haa.. perkara-perkara yang macamtu. Ada tak?

It may sounds weird, funny or whatever.. but it's true. Aku sendiri pun ada kepantangan yang hampir serupa tapi bukanlah pasal angkasawan tu. Bukan.. Ini sesuatu yang lain. Persamaannya hanya penggunaan 'ruang angkasa' je. Aku malas nak sebut apa bendanya. Benda ni aku sedar baru-baru ni je. Tapi tak sangka sampai jadi habit. Bila ternampak atau dengar kat tv, aku sanggup berhenti buat apa yang aku tengah buat *err.. yg bole jelah* .. if kat suratkhabar, mesti baca!.. if aku tengok secara live samada terjumpa ke.. atau apa-apa saja yang related secara langsung atau tidak dengan benda tu. Akan terasa suatu rasa yang sukar ditafsir. Rasa itu sebenarnya menakutkan sebab terasa sakit yang halus di dalam. Lebih-lebih lagi bila selalunya cerita yang keluar tu tentang sesuatu yang buruk. Arghh.. Susahnya nak jelaskan!

Oh dan satu lagi! Dah lama rasanya tak jatuh cinta ;D Kita tuned cerita sket eh.. Huhu~ Jatuh cinta ni kan sebenarnya bole awet muda dan untuk mendapatkan seri muka * bukan kueh seri muka tau!* Sebab bila dilamun cinta.. atau masa jatuh cinta, ada satu istilah sains yang kalau ditranslate ke bahasa mudah, masa muka jadi merah-merah tu kan.. sebab malu bukan marah ye.. ha masa tu darah yang memenuhi ruang muka tu umpama air yang disiram kat pokok. Terus jadi segar bugar. Tu yang awet muda tuuu.. :D

* Aku hampir jatuh cinta semalam.. oppss! Tidak.. aku masih setia ;D

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...