Monday, March 31, 2008

Good Morning!!

*Huarghh..* Ngantuk sangat ni. 2,3 hari lepas jadual tido aku da jadi kelam-kabut. Elok2 time tido sebelum kul 12 dah jadi awal pagi atau dah nak pagi. Bangun tu paham2 jelah.. konpom kul 12! hehehehe.

So pagi ni back to normal. Sebab keje. Tapi kantuknyaa... Tak terkatalah. Menguap dah 2,3 kali neh. Mata pun dah memerah. Huhu~ Tapi dalam kantuk2 tu aku masih rasa bahagia. Sempat lagi nak berjiwangs ni.. ;p Hehe!

Hmm, i oredi missin u la!!! Nak nanges bole tak.. ;( Tatau la macamana 3 tahun nanti. 3 minggu pun dah rasa teruk je. Entahlah.. Tolon~~~

Friday, March 28, 2008

Sabar jelah...

Pagi ni macam 2,3 hari yang lepas.. budak2 kosmo [surat khabar tu..] dok bersidai kat depan ofis. Dorang tengah wat promo, jual surat khabar tu dgn harga 50sen je. Maka tetiap hari sebelum kuar kete, aku siap2 cari duit 50sen ketoi.

Selalu bila da free2 sket baru aku baca. Kadang2 da petang baru sempat. Tapi harini, awal pagi aku dah membelek. Sebab mata aku ni tertangkap satu tajuk kecik kat bawah tu, 'Anuar rela dicium' What d ****?!!!! Cepat2 aku buka halaman 36 baca dan baca dan baca... Dan ini reaksi aku, "yearks!!!" Adoii laa.. pepagi Jumaat ni bila terbaca stori ala2 gitu.. mmg tak terkata la. Kalau korang nak tau stori selanjutnya, gi la cari Kosmo. Btw kak alin pun ada buat entri pasal hal ni jugak.

Itulah..keluar statement tak beringat.. Hm, kalau ada 'pihak' gam artis ni nanti.. memang tak heran la. Aku sendiri.. mmg pissed off. Takpelah, takmo jatuh 'hukum' sewenang2nya. Tunggu statement balas dari dia nanti.

Wednesday, March 26, 2008

261

Stori Donut.

Haritukan ada citer pasal teringin nk mamam donut kan.. Petang Khamis lepas baru dapat. Hooyea.. ;D Tu pun puas la buat muka kesian dulu. Hehehe. Sampai sana biasalah.. Q panjang. Tak macam kat Seremban..*wink kat kak ungku*

Orang tu kata, kepala dia pusing rasa macam nak pengsan. Suruh duduk, tamau pulak. Aku takut jugak kalau tetiba tumbang. Adeh laaa.. Kalau ringan takpe gak. Tapi nasib baik takde jadi pape. Huhu~ Sekali aku amik 12 ketoi! Orang tu pandang aku. Dah teringin sangat ni.. Hehehe.. Senyum2 sambil buat muka shomel. Shomel ke? Blewk.

Tunjuk kotak jelah eh.. sebab isinya semua dah ditelan dengan rakusnya! Hahaaha..

Stori lagi.

Ada satu hari tu.. padat dengan kes MIA. Hahaha. Masa tu kat shopping complex yang ala~ala tu.. Kitorang masuk satu kedai ni. Da puas pusing, tunggulah sorang kakak ni kat luar kedai. Punyalah kita tunggu dia, tak kuar2. Hati da berdebar2 da. Aish.. takkan kena culik kot? Rupa2nya dia pun tak jumpa kitorang so terus gi spa tempat sorang lagi kakak ni wat facial. Aiseh... Kalu budak kecik, memang da kena ketil tau. Takut aii.. Hu~

Pastu kakak yang buat facial tu punyalah lama.. Berjam2. Kitorang tunggu kat depan The Store. Sampai roller shutter diturunkan, dia tak sampai2 lagi. Aiseh.. Last2 tunggu kat kete dia. Tu sempat posing2 ni.

Kak Masy, akak berjaya mengkuruskan diri dalam ini gambar la.. Huhu ;D

Tak boleh berdiri tegak. Kakak ni spesis renek. Muahahaha.. ampun.. ;p

Sampai rumah, tengok tv dan zzz depan tv.. as usual la. Tapi tiba2 terbangun. Hp munyik2. Dalam mamai2 pastu teruih kemas2 barang & balik. Esok pagi2 kak masy ym,.. "mlm tadi g mana arrr.. " Aiseh.. soklan cam mak tiri tuu.. "blk ek.." Hehehehe.. Ha, tatottt... Hebat kan diriku ini buat magik!! ;D

Dah la tu stori. Nak balik titon.

Monday, March 24, 2008

Aisehhh...

Ada samting yang berlegar2 dalam kotak fikiran aku ni. Sejak semalam lagi mintak diterjemahkan.. [ayat cam besh jee!]. Baru2 ni macam ada flashback kat dalam 'kotak bergerak' ni. Zass.. zass..zass. Satu2 babak muncul. Adehh..

Mula2 aku agak ragu sket akan kewajaran bercerita tentang ini di sini. Aku tak mahu ehem ehem fikir aku masih menaruh rasa atau menanti sesuatu. . Atau apa saja yang negatif kerana hakikatnya bukan begitu. Tapi lepas tolak campur darab bagi.. plus jari aku ni mengeletek nak menaip jugak, maka aku memilih untuk bersikap jujur. Aku rasa tak salah aku meluahkan. Ha.. bedal ajela.

Citernya bermula begini.. Ada satu pagi tu, aku follow kak Masy gi satu stesen minyak dekat ngan umah kitorang. Alkisahnya aku follow sebab aku tak tau kewujudan setesen tu kat area tu. Senornya bukan tak tau tapi tak perasan. Bila ternampak 7E tu baru perasan. Plus nampak kedai mamak yg tandoori masyuk punya tu. Laa sini ke..*dalam ati* Dan petang tu aku balik lalu jalan yang sama. Tak ikut kebiasaan. Motif?? Aku terkenangkan beberapa perkara. Satu, pakcik aku used to live there. Masa kecik2 aku suker ber'kamera' kat umah dia. Sekarang dia da pindah S8 dokek ngan umah tumpangan aku sekarang. Dua, abah used to b d headmaster kat sekolah tu. Betul depan jalan umah pakcik aku. Tiga, seseorang tinggal di belakang umah pakcik aku tu. Seseorang itu yang rupanya hampir serupa gambar di bawah.

Aku kenal dia secara yang entah.. Sesuatu yang tak terjangka. Ada sedikit persamaan dengan perkenalan aku dengan ehem ehem dulu.

Masa tu aku sem 2 lagi. Tengah kaya ok ;p. Maka ex classmet aku ajak g vacation. So sebelum tu kenalah buat survey dulu kan. Plan time tu nak ke Genting makanya aku selaku 'Cik Puan Bendahari' set satu committe bersama 'class rep'. So masa tu kitorang 4 orang ni g sewa kereta dan membelah kabus menuju ke Genting.. [ceeewah!] Hasil surveyan kami menemui jalan buntu. Mahai nau! Awal petang kami da terpacak kat S.alam. Tapi sebab da sewa keta sehari maka adalah amat rugi jikalau kitorang biarkan kereta tu begitu saja kan kan kan.. ;p So kak Sha merangkap driver kitorang bawakla g jalan2 kat uptown. FYI tu lah first taim aku jejak kaki kat sana. Maklumlaa.. budak kampung. Pingitan gitu. Huhu~

Sebelum tu kak Sha tu kata ada kawan2 dia yang akan join sekali. Aku da lupa kitorang jumpa katne tapi aku macam terpandang gakla umat2 yang kat dalam kete satu lg tu. Macam ramai lelaki jek.. Aku dah alamak2 dalam ati. Kata pingitan kan.. Muahahaha. Ok2.. kejadian lepas tu agak kabur sket. Tapi yang paling aku ingat, dalam group tu ada sorang ni yang kalau berdiri mungkin ketinggiannya cuma paras cuping aku, ha dia ni peramah. Suka sembang. Nama jangan tanye laa.. aku mmg tak ingat dah.. *nampak sgt tak penting kan..* Dengan yang lain2 tu aku segan. Alaaa dorang pun segan ngan aku gak tu. Huhu~ Tapi dalam segan2 tu, aku tak tersengaja mengenakan mamat sorang lain ni. Dia duduk depan belah kanan aku. Aku dah tak ingat flow citer tu tapi sesuatu berkaitan chopstick! So aku panggil dia mamat chopstick la. And.. because of d lawak bengong of mine tu.. terjadinya kesinambungan cerita.

Ahaa.. yang ni kelakau! Next day aku gi kelas, kak Sha bitau ada orang kirim salam. Aiseh.. Dorang pedajal aku ke ni.. Korek punye korek akhirnya rahsia hampir bocor. Katanya salah sorang dalam group tu laa. Nak tau sape, klunya bunyi camni.. "Sha, ko rasa aku nampak pendek tak kalau berdiri sebelah dia.." Maka dengan itu aku terus dapat tangkap siapa. Laa.. takkan la dia kot. Cakap depan2 selamba, ni kirim salam belakang2 pulak. Pastu kak Sha cakap petang karang dorang nak fetch kita balik kelas. Aku, well..

Masa yang ditunggu2 pun sampai. Ok, ada 2 wajah yang aku kenal. Sorang mamat rendah tu dengan mamat chopstick! G minum2, sembang2 biasa.. pastu hantar kitorang balik kolej. Perasaan aku masa tu biasa je. Aku belum reti nak berfeeling2.. tapi if ada orang minat kat kita tu.. aku rs berterima kasih sangatlah. Sekurang2nya aku dihargai kan. Cuma rasa tak percaya tu tebal giler.. Biar benar ada orang minat kat aku. Wehhh.. betul.. Dah la time tu aku cam chubby. Tak reti bergaya. Gaya ala tomboy. Selekeh. Serius..

Ok, back to d stori. The next day kak Sha tanye, "camane??" Aku macam biasa angkat bahu je. Kak sha senyum dan bitau after magrib tu orang tu nak jumpa aku. Kali ni dia kata nak amik aku kat kolej. Aku tak kisah. Sampai waktu yang dijanjikan, aku pun tunggu kat bawah tu. Then aku nampak satu kete masuk. Aku nampak dia. Tapi bukan dia yang aku tunggu.. Orang lain. Mamat chopstick tu!!

Laaa.. alkisahnya selama ni aku salah orang la rupanya. Mati2 aku ingat mamat pendek tu yang dok berkirim salam. Rupanya orang lain daa. Hahaha!! Sebab kasi klu pasal 'tak tinggi' tu so aku teruih dok ingat mamat rendah tu.. Nasib baek aku tak cakap pape kat dia. Huhu~ Lepas2 tu baru aku perasan mamat chopstick pun tak tinggi sebenarnya. Kalau aku pakai tumit 2" pun da nampak ketara. Dia tak nampak pendek sebab dia kurus. Dan aku terasa sangat gemuk ok! Tak soka~

Then kitorang kawan cam biasa. Tak ada sebarang ayat2 declaration. Close frens je. Pernah tengok movie sama2 tapi sekali aje. Sebab aku pemalu nak mampos kalau tengok movie dengan lelaki ok~ Sila percaya. Tak tipu ok.

Punca kitorang jadi tak close hurm.. walaupun dia tak cakap tapi aku tau berpunca daripada aku. Aku ingat lagi bila masuk sem baru, aku tak dapat klik yang sama. Kak Sha ke kelas yang lain. Jadi aku built klik yang baru. Yang agresif sket. So mamat chopstick ni pernah bitau kat aku yang dia kurang berkenan dengan mereka2 yang aku kawan time tu. Aku masih ingat lagi, "kenapa awak dah tak kawan dengan kawan2 awak yang selalu tu?" Aku tau dia maksudkan Jue, Kak Sha.. Bukan tak kawan.. Masalahnya kitorang dah berlainan kelas, berlainan kolej. Semua lain. Physically, kalau nak wat comparison dengan klik yang lama tu.. memang lain. Dulu tu kira klik2 yang ala2 lemah gemalai.. ayu2 persis dara pingitan gitu. Berbanding klik baru yng nampak agresif. Mana2 kat school mesti akan nampak kitorang [ala2 Charlie's angel huhu~ femes woo..]selalu ketawa gembira, pun begitu masih tak lupa dunia ok..

Kitorang mmg suka jalan2 tp kitorang jalan2 dengan kitorang jelaa.. Takdelah sibuk berkepit ke apa ke. Sebab time tu pun all of us memang single. Ops.. ada sorang 'double' tapi jenis yang available memanjang sebab bf dia jauh & she itself memang jenis belasah je... And i do remember ada satu malam tu aku menelaah buku PR dalam kete kat depan MC D Jalan Bangsar ok! Sebab esok pagi ada test. Tapi mana dia percaya. Yelah.. orang pegi tempat mcmtu sebab nak bersuka ria ye tak. So time tu aku tau orang tak suka. Aku biarkan aje.. Time tu berharga sangat sebab banyak kenal karenah manusia. Making frens! Tu yang paling aku suka time tu. And one of them, my ehem ehem sekarang ni laa.. ;D

So kisah mamat chopstick tu.. aku bole katakan ianya da berakhir lama dulu.. masa aku gi praktikal kat Celcom. Malam tadi tiba2 memori tu muncul. Aku teringat masa tu aku, fifi & abang. Abang tengah drive, fifi kat depan & aku kat seat belakang. Tiba2 hp bunyi. Tertera nama dia. Mamat chopstick. Aku jawab.. tapi dengan hendak tak hendak. Reason? Sebab abang tu adalah bf aku time tu & dia tak bagi aku ada contact dengan lelaki lain. Itulah kali terakhir dia menghubungi aku.

Err tapi kan, aku mengaku la pernah contact dia balik. Tak malu kan... ;p tapi ikhlas sebab aku fikirkan kebaikan dia & dasar persahabatan.. Antara sebab aku berani contact dia, masa tu aku dah takde bf lagi dah. Tapi bukan nak menggatal balik laa.. cuma cuba nak mintak maaf. So setelah bermaaf2an lepas tu masing2 sepi. Dan kali terakhir aku berhubung dengan dia masa tengah rancak AF2. Just bcause of dis mamat name Kaer!! I bet ya he's 90% look similar wif dat guy!! Dan hati aku pagi ni menggelodak nak buat entri ni sebab semalam aku tengok Kring2 si Aznil tu. Pasal Kaer laa.. pasal dia nak menetap kat Jakarta selamanya tu. Bole tak aku sentap kejap?!! Honestly aku tak penah sentap pasal Kaer sebelum ni. Tak kisah pun. Eventho dengar lagu dia pun aku rasa biasa je. Tapi tulah.. Asal eh aku sentap.. Sebabnya sebelum tu aku ada terfikir pasal mamat chopstick! So macam kena panah petir la. Tingat kat lelaki lain. Ha, tulah.. Cuak aku woo.. ;p Tapi kejap je. Sape kata aku dah tak sayang ngan wan?? Huiii very d tak sayang muluttt... Huhu~ Aku okla.. Bila wan sms.. aku baca. Terus senyum. Aku rasa berbunga2 je. Pastu bila dia call pulak, aku rasa berdebar2 je. Hahahahaha!! Aku amat pasti aku memang tak ada apa2. Aku masih di alam percintaan! Muahahaha~ Lega rasanya tau.

Benda2 remeh ni kan, muncul disebabkan perasaan ingin tahu yang tiba2. Rumah aku kan kat S8. Seberang jalan tu pulak S6. Pada yang tau, Shah Alam [sebelah kediaman] ni bukan besar sangat pun. Kebarangkali untuk terserempak dengan seseorang agak tinggi la jugak. Ex ofismet aku sendiri pun kata da 3x dia terserempak aku dijalanan. Dok ngekor kete aku. Aku je yang tak pasan.. Haha, aku memang macam tu. Huhu~ So persoalannya kenapa aku tak pernah terserempak dengan dia eh?? Atau pernah sebenarnya. Hanya aku yang tak perasan. Hmm.. tgk lah tu. Penyakit semulajadi. Sindiri tanye, sindiri jawab. Huhu~ Takpelah.

Coretan tentang mamat chopstick ni aku biarkan berakhir dan berlalu... Tutup buku. Aku masih sedar apa yang aku paling sayang, aku paling inginkan. Aku takkan sia2kan apa yang aku ada, yang aku miliki harini. Hanya kerana kisah lalu.

Monday, March 17, 2008

Saya Meng-apdet Lagi

Malas betul nak apdet. Huhu~ Sejuk sangat sampai kemalasan menjadi-jadi. *Salahkan ujan* Huhu. Ikutkan hati aku ada manyakkkkk nak stori. Man-man lo..

Cerita 2 minggu lepas. Aku gi Ikea. Tak plan pun. Terus gi aje. Dalam fikiran memang ada benda nak cari. Err cari jee... beli belum tentu. Hehe. Sampai sana pun da almost 9pm rasanya. Tapi masih ramai orang. So relaks.. ronda2 dengan tenang.

Ini adalah benda yang memang aku nak beli. Ada 1 kat umah Shah Alam. Nak 1 lagi nak letak kat umah TPG.

Pastu aku terpengaruh dengan lampu-lampuan yang comel [bagi aku comel mesti besar hahaa..] Nasib baik ada bodi-gad bole tolong angkat barang. Huhu~

Cerita minggu lepas. Aku balik rumah Sabtu petang. Sebelum balik tu lunch dengan ehem ehem kat Asiari. Untuk kali ke2 aku order Lemongrass Chicken. Yummy-liciousss!! Pastu tamak, tambah order Canai Roll. Woohoo~ Tapi sebab sedap kan so licin gak laa..

Tinggal daun ni je.. 'Daun Lamaran'. Hahaha.. Memang la tak makan pun kan. Hehe.

Btw ada ceritanya mengapa aku panggil daun ni macamtu. Alkisahnya.. boleh tak si ehem ehem tu pegang daun yang super cenonit tu dan cakap kat aku, "u.. i nak melamar u.." Aku tak boleh lupa laa situasi tu. Aku rasa kalau ada cermin mesti kelakar sangat rupa aku. Ish2. Aku letak tapak tangan kat dahi dia. Mana la tau demam panas ke. I know it was a joke tapi... tak rasa nak gelak. Hari selepas2 tu baru aku boleh gelak bila teringat atau terfikir. Hahahaha..

Giler!

Aku teringin nak makan ni. Donut! Nak pergi Jco sikit punya dekat. Takpelah.. tunggu je kalau2 ada orang sudi memberi.. Huhu~~

..

..

Tadi Ashraf Sinclair meeting kat sini dengan 2 orang boz [pompuan]. Aku nyelit jap je.. Tepat-tepat miting habis, seketari boz called. "Si Ashraf tu tak abis lagi ke miting dengan 'bunga-bunga' tu???" Aku, hehehehe!!! Ye.. aku tau nak panggil 'bunga' apa. Muahahahahaha... *keji2* Tulah.. sape suruh asik2 marah aku jek..

..

..

Oklah, mau pulang udah.

Thursday, March 13, 2008

Sembang waktu hujan..

Seperti semalam dan hari2 sebelumnya, hujan turun lagi harini.. Sejuknya bukan main. Sampai ke tulang keting! Kadang2 aku rasa macam di Alaska aje. Suhu di bawah paras beku. Gegegege.. Sudah lah sebelum ini pun aku dah cukup terasa asing di tempat sendiri. Arghh aku malas berbicara tentang itu. Yang penting, bersyukur & live forward. Itu dah memadai dengan status aku. Kalau ada pun.. aku cuma kasihankan abah. Lewat baru aku tahu semuanya. Kisah sandiwara manusia alpa. Dan mungkin kerana perasaan kasihan itu, aku mimpi abah dah 'tiada' malam tadi. Ini entah kali keberapa ntah. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini memang aku selalu mimpi tentang itu. Orang kata, perkara sebaliknya akan berlaku & insyaAllah panjang umur. Aku harap begitu juga. Semoga abah sentiasa dalam lindunganNya. Ok, enuf. Lagi panjang cerita makin dalam pula emo aku nanti.. sekaligus membenarkan catatan di bawah ni pulak. Malu.. malu ;p

U

Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

N

Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

Aku sendiri senyum bila baca tentang ni; Initial aku UN. Tentang kelemahan tu, well agak jelas juga. Selalu je aku jadi gagap dan berkata entah apa2 bila pertama kali bersua atau berasa gugup dan tak selesa. Mudah bersedih hati? Hmm.. sebenarnya kalau aku duduk diam2 sambil berfikir2 atau buat kerja sendiri, air muka aku mesti nampak macam orang kesedihan. Macam nak menangis, orang kata. Haha!

Ha, yang ni ehem ehem punya! ;D

K

Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

A

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

Intro nya saja dah tepat!! Mungkin kebetulan.. tapi tak mengapa sebab aku suka apa yang aku suka!! Ahaks.

Thursday, March 06, 2008

Annual Dinner ~ Nite of Star

Ok2.. atas permintaan ramai [ramai ke? kekeke ;p] .. ye ini dia entri pasal annual dinner haritu. Nak mula dari mana eh.. mm, mula dari cerita pilih baju la eh. Hehe.

2 hari sebelum berlangsungnya dinner tu, aku ikut nd n frens gi Sunway Pyramid. Dorang pun heboh nak cari baju jugak tu. Pusing punya pusing terberkenan la kat satu baju ni.. kaler ijau pelik! Tapi santekkkk la pada pandangan mata aku sebab latest design pastu nampak kiut2 je. Siap try lagi tapi tak beli pun.. sebab rasanya nak kena QC dengan ehem ehem jugak tu. Pendapat dia penting tu.. ;D [apatah lagi pendapatan.. kekekekeke ] So balik umah tu takdela termimpi2 sangat pun baju tu.. tapi ader la teringat sket. Hehehe..

The next day barulah perasaan risau [sebab takde baju] tu datang. Tu pun lepas dok sembang dengan kak masy pasal baju mana yang cantik, design mana yang kureng.. Sembang tak ingat... kalah designer project runaway! Hehe.. Balik dari ofis, tgk tv sat pastu sms wan. 'kata nak gi shopping, jom!' Lepas mandi aku baca sms wan, 'u serius ke nak pegi ni??' Pulak.. Senornya a day before, wan ada bitau dia tak dapat nak gi dinner tu atas sebab yang tak dapat dielakkan. Aku nak hangin pun tak guna gak.. so maintain kewl. Tapi... aku bitau dia, in return kena bawak aku gi shopping! Haa.. baru aci!!

So malam tu lagi sekali aku jejak kaki ke SP. Sebab da tau kedai yang mana so terus terjah je kedai tu. Ekceli aku agak malu2 sket nak masuk kedai tu sebab apa tau.. sebab semalam kan da gi pastu siap try bagai. Masuk2 je aku terus tunjuk baju yang aku suka tu. Wan senyum je. Hahaha.. ye~ aku tau ;p Mesti dia tak sangka aku nak pakai baju camtu. Hahahahahahahahaha.. Pastu wan tunjuk kat aku satu baju lain kaler biru + hijau. Pada aku so so je baju. Sebab hati da dok berkenan kat yang ijau tu. Masa nak pilih2 tu time tulah kakak staf tu cakap, "adik ni datang semalam try baju hijau kan.." Alamak! Aku siap ikat rambut supaya dia tak cam tapi boleeeeee gak dia cam aku. Ha, maluuuu~~~~

Lepas try satu, satu,.. wan cakap biru + hijau tu cantik. "tapi.. yang ni nampak cam low sangat. xpe ke sexy2 ni?" Aku yang naif ini bertanya. "ala sama je.. yg ni low tang tu yang tu low tang lain.. memang kat sini dah semuanya baju sexy pun" Adeh... yeker ;p . Lepas dok ber, "sure cantik ni??" 3,4 kali.. aku amik jugak pilihan dia tu. Huhu~

Esoknya, petang hari kejadian, dok cari rantai hitam. Pusing punya pusing baru jumpa. Kitorang [ngan kak masy] gi makan kat Asiari pastu aku gi blow rambut. Punyelaaa lama makaihhh... macam ada bara je kat punggung aku ni sebab aku dah lambat! Da dekat pukul 6pm. Aku kena ada kat ofis 6.15pm. Aku tumpang manager aku gi dinner tu. Apa lagi.. macam lipas kudung la aku. Sampai umah, mandi sket pastu terus sarung baju. Make up pun main taram je. Sepantas kilat! Aku baru nak kuar umah, manager aku call. Alamak! Too fast too furious gaklah aku drive petang tu. Huhu~ Lepas parking, berlari2 la pulak dengan heels 4 inci tu. Nasib baik takde sebarang aksi stunt. Berjaya jugak aku sampai sbelum 6.30pm. Fuh~~~ Dengan muka bersalahnya aku cakap kat dorang, "maaf2.. saya lambattt.. *sambil buat muka kesian* sebagai balasan, jom saya belanja makan kat klcc!" Kehkehkeh.. Semuanya gelak. Hu~ nasib.. ;p

Kitorang sampai da dekat magrib. Ramai gak yang da sampai. Dok pandang2.. senyum2. Masa register dapat ni.. siap ada nama lagi tu. Ok gak bagi selendang ni.. kat ofis ni sejuk sangat.

Acara malam tu bole la.. Ni mamat ni jadi host! Bengong tahap gaban.

Kitorang dok meja depan sebelah vip. Tapi tengok laa... kitorang 5 orang je! Rugi2...

Acara makan2 malam tu bole la tahan. Chinese set.. tau jelah smpai 8 course kalau tak silap aku. Yang paling aku dok tunggu sharkfin je laa.. tapi tak sedap sgt. Biasa2 je.

Sampai course yang ni aku dah tak makan lagi dah.. Meletop perot den! Mana tak nye.. makan sket je, bergelak ketawa je yang lebehhh.. Ngan si afdlin buat lawat bengong.. pastu sape nama ntah, one of the performer malam tu. Mat saleh. Dia pandai tiru gaya orang. Dia nyanyi lagu P.Ramlee.. nyanyi lagu dangdut, cina, india.. abisla semua lagu dia nyanyi.

Lagi satu perkara yang buat aku kenyang sebab kan.. dua tiga org committee bitau aku, "anne, prepare tau.. nnti u kena naik stage! kitorang da vote u for best dress!!" Aduh.. Ni yang lomah ni! Masa kat co lama, aku pun penah kena gak. Utk best dress jugak. Tapi yang tense nye bila kena dera kat atas stage. Kena menari! Lagu tradisional pulak tu. Manalaaa aku reti. Huhu~ Dapat adiah pun tak berbaloi sebab malu sangat.

Tapi mungkin sebab faktor umur.. ceh konon matured la kan.. bukan tua tau ;p hehehe. Aku cuba men'sporting'kan diri aku seboleh yang mungkin. Malangnya aku memang agak terkaku sket la bila bertentang mata ngan encik host tu. Kelu lidah untuk berkata-kata. Kekekekkee. Aku ni bole dikategori big fan of afdlin gak tau. Tu yang jadi agegegegege.. *sambil geget kuku* ;p. Tapi macam aku kata tadi.. yea at least aku buat apa yang disuruh dengan sportingnye :D Betul tak kenkawan?!!! Huhu~ Tak caye? Jom tengok gambar..

Sessi interview dengan finalis best dress malam tu. Afdlin sangat jahat ok. Kutuk gwa. Hu, takmo geng! Blewkk!!..

Kena buat gaya kucing jalan. Malu jugak.. tapi sporting la beb! Once in a lifetime kot.. Hehe..

Ha, nah. ambik!!! ;p

Ha... ambik lagi!!!

Poseeee!!!!

Pose lagi!!!

Haa.. pueh ati??.. Btw aku pandang bwh tu sebab ada photographer kat bwh tu.

Kalau tanye pendapat aku, jujurnya aku tak sangka langsung terpilih atau untuk menang. Bila da terpilih finalist tu kan, aku rs kakak sebelah aku yang pakai baju putih tu dapat. Sebab baju dia cantik + dia comel sangat. So bila afdlin announced yang chinese lady tu 3rd place.. so aku pk,' oo, i'm 2nd.. not bad'. Tapi bila afdlin sebut kakak tu 2nd, aku macam,.. 'oo.. my gudness!!!, am i dreamin??' Hahaha..

Anyway.. tq so much. to voters.. ahaks! Macam af la pulaks.. ;p Thanks to commitee sbb pilih aku for best dress. Appreciate it. :D

So aku dapat ni. Aku ok je.. :)

Lepas tu turn Shafinaz pulak performed. Bole laa.. gitu2 je. Dah la time tu dah almost midnite tau pastu dia pulak nyanyi lagu yang ala2 soprano gitu.. meremang bulu roma! Ada sket2 cam ponti pulak.. hehee.

Acara yang semua orang tunggu pas tu adalah lucky draw. 10 top prize. 1 prize dapat motor. Aku pun dapat gak, dapat hamper je. Jadilaa~ Aku pun tak expect sgt untuk dapat apa2.. apa yang aku dah dapat malam tu pun dah cukup. Rasa shocked tu blm hilang sepenuhnya lagi.. Hehe.

Almost 1am kalau tak silap la, baru abis. Apa lagi.. sessi terakhir sebelum pulang. Bergambar bersama 'peminat'! Ceh~ ;p

Ezwan. One of d committee members.

Ni sape xkenal.. Nd. Thanks Nd amik gambar santekkk sangatttt :D Ni semua gambar Nd la ni aku curik with permission. Heheehe~

Last but not least.. wif male best dress, Fahmi. Semuanya geng kitorang gak. Best couple dress pun geng kitorang gak. Haahahaha~.

Reached home around 2 something kot. Bukak hadiah ngan kak masy. Kul 3am baru masuk tido.

Hmm.. dat's all. Hari yang penuh warna-warni.. :)

p/s: sampai harini aku masih terima ucapan tahniah. hehe.. mekasih eh! ;D dan ucapan terima kasih tu aku nak panjangkan pada encik tukang pilih baju. mekasih b!! ;D

Wednesday, March 05, 2008

Cerita takde.. Gambar je ada!

Annual Dinner @ KL Convention Centre.

.

.

.

... Esok2 la stori. Kasi saspen sket.. [padahal tadek mud] Hehe.. ;p

Monday, March 03, 2008

Kacut caye!

Salam.

Arini nak apdet pasal dinner baru2 ni tapi blm dapat gambar lagi. So tunggu.. ;D

Takpe. Sementara tu nak apdet pasal kasut. Hihihi.. Baru2 ni kan aku ada gi shoppin kasut kan. Haa.. jom tengok!

Aku beli yang ni dulu. Sebab nak pakai gi kenduri kawen Jue kat Segamat awal Feb aritu. Tak match pun dengan baju aku plus mahal sebab new arrival.. tapi sebab aku rasa kasut ni selesa sangat.. so amik je.

Yang ni aku da tertengok lama daa.. cam shomel je. So aritu ada less 50% untuk kasut yang ini & 30% untuk kasut yang bawah ni. So apa lagi.. tak tunggu lama. Kaut jek ;p

Kasut ni aku terpandang sekali je.. terus rasa cam suka. Lagipun aku memang takde kaler2 yang macam ni. Selalunya kasut aku asik2 itam.. itam.. itam!

Pastu macam bole match dengan kain yang wan bagi ni. Sedang elok la tuuu.. ;D

So rasanya dalam sebulan 2 ni aku tak beli kasut lagi dah kot. Hehe.. Kalau jalan2 kat shopping complex pun cover2 sket mata dari kedai kasut. Hehehe.. Macam2..

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...