Tuesday, December 09, 2008

salam aidiladha. aku da masuk keje. macamana cuti raya korang? cuti raya aku biasa-biasa aje. hujan sepanjang hari dan malam. aku dah lama tak tgk org buat keje korban. err.. rasanya seumur hidup mungkin sekali je kot. itu pun sbb buat korban kat umah arwah atok. aku tak ingat masa tu umur berapa.. tp aku tau org kaya pak ngah tajudin ramli yg bg lembu-lembu tu. berapa ekor ntah lupa dah. tp yg aku ingat aku tak makan daging korban tu sbb org kata kalau kita rasa kesian, kita takleh makan daging tu kan..

so tu sekali jelah pengalaman korban yg aku tgk dgn mata telinga sendiri. lgpun, nak buat katne dah.. tanah umah atok dah diambik orang sejak atok da takde ni. org kaya tu pun da tak sponsor lg. tunggu dia menang kes saman kerajaan kot baru sponsor balik =p. kot la.. aku pun dah lama tak dengar cerita dia since blah celcom. tak mcm ms aku kecik dulu. sikit-sikit pak ngah din. giler jakun ar ada sedara kaya! hahaha. tp da tua-tua ni, tak rasa apa da. tu cerita budak-budak. biar la dia dgn hidup dia, kita dgn hidup kita. titik.

aku sebenarnya teringat banyak kisah kanak-kanak aku sekarang ni. semuanya refresh balik. makcik aku lah ni bukak stori. semalam aku beraya dgn sepupu-sepupu. mak bapak diorang balik kedah. tinggal depa 2 orang. tu yg kami pegi beraya umah makndak kami tu. ntah macamana bole pulak keluar cerita zaman kanak-kanak. berdekah-dekah ketawa. memang kelakar gila bila teringat balik!!

cerita mandi ramai-ramai.. main nyorok-nyorok.. main jual-jual guna daun jambu jadi duit.. panjat pokok rambutan la.. hehehe.. paling hebat, main pondok-pondok dgn kerusi rotan lps tu punggah selimut buat khemah! bila mak abah datang, kami pun ikut balik. tinggal lah sepah tu macamtu je. tu yg mengamuk makcik kami sorang tu. sbb dia kena kemas! terngiang-ngiang jeritan dia marahkan kami. tak leh lupa. hahaha~

kami lebih kurang sebaya. abg cucu pertama & d only lelaki besar. dia takde geng sbb kami sepupu-sepupu semua pompuan. tp bila dia join esp time cuti sekolah mmg da ada aktiviti wajib. kami suka main bola sepak dlm rumah! aku, abg dgn pak anjang. syiok giler ah... selalunya sepupu-sepupu pompuan tak join. dorang tipikal budak pompuan yg tak suka lasak-lasak. bila kami main pondok-pondok baru dorang join. hehe.

kalau main nyorok-nyorok, syaratnya tak bole kuar dari rumah. abg selalu yg last ditangkap. sebab dia ngelat. kadang dia nyorok atas alang! kadang dia bergayut kat tiang tingkap! jgn kata dia, aku pun penah bergayut kat tiang tu =p tiru perangai abg la ni.. haish.. tp yg tak bole blah sepupu aku lah. bole dia nyorok dalam mesin basuh! kalau ringan tak pe gak.. ni yg paling domok antara kami. abis rosak terus lepas tu tau.. tak pasal-pasal mak dia kena ganti baru. kehkehkehkehekeh~

lg satu kami suka main cikgu-cikgu. maklumlaa.. bapak-bapak kami semuanya cikgu belaka =) berkat main cikgu-cikgu tulah, 2 sepupu aku bakal jadi cikgu. aku, bekas che'gu =p hehehe.. tak lekat ar. dasar hati memberontak gitu la. kehkeh~

kelakar betul mengingatkan masa dulu. walaupun tak semuanya indah.. tp aku gembira!

9 comments:

Sofi. said...

main kawen2 palinh best haha..

rasp said...

zaman kanak2 mmg best kan, no worries, no responsibilities, no hutang etc... enjoy aje..those were the days...sweet memories!

Hajime said...

slamat hari raye...

HEMY said...

mmg best kalau igt citer zaman kecik2..sgt menyeronokkan dan menharukan...

arianna adrizal said...

chuppy,
kita tak cukup org nk main kawin2 laa.. hehehe


rasp,
betul2.. =)


hajime,
selamat hari raya jugek


anul,
mana dtg hemy lak ni?? huhu..

achik said...

mmg best kalau ingat zaman kanak2.. :D

Anonymous said...

haippppppppp!!

bese tu memberontak pulekkkkk dia. hahahah

arianna adrizal said...

achik,
mmg kan =)


qas,
kehkehkehkeh~

Suka Bebel said...

selamat ari raya gak la wlupun dah abis raya.hehe...maklum lah baru balik berbulan madu

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...