kadang kan bila aku beritahu yg aku ni jenis lasak sikit, orang susah nak percaya. "who? u? nehi nehi kabi nehi.."
haritu masa jawab tag tu pun bila kata aku ala tomboi sikit masa kecik, mesti orang tak terbayangkan. ~
hakikatnya kalau punya ramai adik beradik lelaki dan takde adik beradik perempuan, tak banyak.. sikit mesti terjebak punya. krisis identiti. tapi nasib aku tak kritikal. huhu. meh tgk gambar!

ni masa aku tingkatan 1 kalau tak silap. bukan gambar scan so agak blur. gambar asal pun memang kabur.. tp sekali pandang mesti orang akan andaikan 4 beradik lelaki.

ni masa tingkatan 4 ke dah abis spm. lupa. abaikan gaya aku ikat rambut tu. yg penting tgk gaya pakaian tu ha.. kalau tutup muka, mesti org ingat tu badan org jantan okeh =p~~
kehkehkeh..
masa kat itm pulak, aku menggila nak masuk navy. tapi masa nak register, dorang gelakkan aku. katanya, belum ada sejarah budak seketeri masuk navy. so aku ditendang bulat-bulat. dek amarah tu, aku berazam nak tunjuk kat depa.. budak seketeri pun bole buat.
so aku gi ujian komander kesatria. dan berjaya. yeahuuu~ so bermula la aktiviti berkawad sampai hitam legam. berlari satu itm, bagi command sampai tercabut anak tekak. semua la.

zaman gemilang betul time ni. wpun aku gemuk. muahahhaha~ ms ni dapat buat pentauliahan kat kem tentera. siap buat lintas hormat lg tuuu.. kat machang. trained komander baru. one of them, aku jumpa kat ofis ni. ofismet. tak sangka dia ingat aku. haha. kecik dunia kan =)
demi bersusah payah tu, dapat lah naik satu lagi calit =p tp yg tak terbayar harga pengalaman bila dapat 'berduet' eh.. bukan bukan! tapi dapat peluang duty dgn super senior.
aku sama scheduled dgn bro ni. siap bulu ayam, selepang bagai. hehe. bro ni tinggi pangkat dia. tu tgk tongkat tu.. org koman-koman cam aku takleh sesenang dpt. kena gi peksa bagai. huhu.
so ms duty hari tu siang dia cover, belah mlm bro ni suruh aku cover. kena bg command bagai. ah sudah! ketaq beb.. 100 over students. karang silap malulah aiii ;p tp bro ni kata, ini peluang utk belajar.. kalau tak sampai bila-bila pun kita tak tau kemampuan kita. itu yg mahal. termakan woo kata-kata dia tu. so dlm ketaq tu bagi gak la command.
today, aku rs bangga gak bila ingat balik. sebab dalam ramai-ramai junior yg nak naik pangkat.. aku sorang je yg berpeluang bg command. yg lain semua harapkan senior buat semua =)
rasa puas la bila kenang semua ni. at least ada benda yg boleh dibanggakan. dari sisi aku yg lain.
.
.
..err.. aku tau aku gomok dulu. jgn kutuk haa. ~