
aku mahu tidur~~
.
.
sejak post entri terakhir dua hari lepas, keadaan pada hari ini masih tak banyak perubahan. sehingga ke detik aku menaip entri ini saja, sudah 4 perkara yg telah membuatkan aku terasa begitu kecewa.
itu baru 8 jam celik mata, dah macam-macam. kalau diikutkan hati, aku mahu terus tidur. tak mahu diganggu dan dikecewa. tapi itu kalau ikutkan hati.. hurm~
merungut, tidak akan membantu. mengadu juga tidak akan menyelesaikan masalah. cuma mungkin perlu sedikit luahan. tapi aku tak mampu nak meluahkan. mengingatkannya saja da rasa sebak yg membuak-buak. macamana nak bercerita??
kekecewaannya aku terhadap manusia sudah tak dapat disembunyikan lagi. tapi kerana aku juga manusia, aku cuba memahaminya. sekadar memahami sudah memadai.. kerana aku tak mahu menjadi seperti mereka.
bunyi macam org da putus harapan aje. tapi percayalah....... aku rasa aku dah cukup dewasa untuk memahami yg hidup ni tak semuanya mudah.. dan indah.
apa yg berlaku memang menyakitkan. terasa bagai dihiris-hiris dgn pisau yg tajam. namun begitu, walau sakit bagaimanapun, walau kesal bagaimanapun.. aku terima seadanya. kalau ini yg Tuhan kata terbaik utk aku... supaya aku jadi manusia kuat semangat, aku terima.
dan dalam masa yg sama aku bersyukur punyai blog. yg merelakan apa saja untuk aku coretkan. aku menyayangi blog ni mungkin lebih daripada aku menyayangi org lain.
kadangkala aku rasa blog ni lagi punya hati daripada manusia..
12 comments:
ape cer neh?
cer..pen kot
nape ni anne?
take care..
ermm..jgn sedey2 cik anne..jom bowling jom...yeyyybeda....beeeduuuuu ;p
****z
lor...
naper pulak nih
fuh marah sungguh ni
annne.... nape... jom kita tgk wayang, merayau-rayau... jom makan, jom g karoke, jom g mana-mana je la anne...
betul3x blog la tempat kita melepaskan segalanya yg terpendam..kan kan kan anne :D
wat hapen anne?semoga semuanye akan selesai ehh, tapi mmg blog ni mmg seswai nak luah segalanye ..apepon jgn simpan dlm ati nnt leh membunuh diri sendiri huhu, take care n i miss you...:))
achik,
tenkiu.
kurzz,
tak habaq pun...
nurmala,
entahla..
king,
bkn marah..tp kecewa
kak ila,
org ajak joging pun ghaib..huhu
ena,
itulah.. tp lately agak terhad
aleeya,
itulah kan.. hehe. blm smpai nk membunuh diri la. hehe.
tenkiu.. mish u too :)
uiks naper nie sis...
hope u feeling much better now after dah luahkan kat sini...
take care tau!
sis,
bole laa sikit2
tq :)
Post a Comment