Friday, May 29, 2009

retail-therapi cara saya ;)

memandangkan suasana agak tense lately.. tengahari td i decided to cuci mata.. gi jengah body shop sale kat sacc. end up dengan satu benda yang tak plan pun nak beli- as usual. hehe. based on kadar pertumbuhan kewangan aku yang so-so.. kira worth buying la. dalam sepuluh dua puluh ringgit je. bak kata orang dulu-dulu, alah membeli menang memakai! tak gitu :)

okla. hv a great weekend ya!

Wednesday, May 27, 2009

Tahniah!

sabtu lepas, sahabat sejak zaman sekolah.. leen telah pun selamat melangsungkan pernikahannya. alhamdulillah.. teringat cerita bertahun dulu. sampai senget sebelah bahu ni jadi tempat luahan air mata.. bukan dia je, teman-teman lain pun menumpang jugak.

tak sangka ye, berguna gak bahu kecik aku ni.. :) masing-masing pun dah selamat kawin. beranak pinak pun ada. hmm.. wat frens are for. itu saja yang aku mampu. cuma kata-kata semangat.

memilih aku sebagai teman bicara soal hati mungkin kerana sejarah hidup aku. melihat bagaimana aku bangun setelah jatuh terduduk dan kembali tersenyum. atau mungkin kerana jiwa aku sendiri.. sensitiviti yang tuhan anugerahkan buatkan aku memahami dan merasai. macam span yang menyerap.

aku tak pandai sangat untuk memotivasi orang lain.. bagi aku kebanyakkan orang tak perlukan motivasi. apa yang dia perlu adalah teman. yang ikhlas mendengar.. dan memahami rasa yang membebankan hati dia. dengar, kemudian baru suarakan apa yang perlu. orang yang hatinya dah tenang, lebih mudah nak menerima pandangan orang lain. ewah! ;p ha, dah cukup-cukuplah kempen motivasi. hehe.

berbalik cerita majlis pernikahan leen. aku datang sebagai tetamu je sebenarnya. tiba-tiba terpaksa bidan terjun jadi pengapit! dah la pakai baju kurung cotton jepun je..memang sempoi giler. tp sebab wan yang beli so aku rasa cukup cantek dah.. [bodek sket.. hahahaha!!]

first time kena duduk sebelah orang menikah.. tipulah kalau aku tak rasa apa-apa. dalam hati rasa macam diperah-perah. huhu~ sampai kadang-kadang aku yang mengangguk.. rasa kadi tu macam cakap kat aku je.. macam aku pulak yang nak kawin ye ;p itu pun kan, nasib baik bukan kat johor. kalau tak.. mau meraung aku kat situ dengar teks penyerahan mak bapak tu. hu~

malam tu cuma aku dan eda je kawan sekolah yang sempat datang. kebetulan husband eda outstation 2 minggu so dia balik rumah mak bapak dia kat klang. sempat aku mengusik dia, "ko da mintak izin belum nak balik lewat-lewat ni??" maklumlah.. lepas kena tazkirah dgn kadi. huhu.

to leen, i'm sooooooooo hepi for u. setelah puas menangis di bahu aku dulu, dia berani melangkah. berjaya menerima proses transisi dan memulakan fasa baru dalam kehidupan. semoga terus bahagia. doakan untuk aku sekali ya :)

Friday, May 22, 2009

Godek-godek

Aku sangat gembira menggodek benda ni.

Bila stress mengadap keje, godek.. godek.. huhu.

Inilah antara hasilnya.. Ok la tu daripada kacau orang lain.. lagi haru.. huhu~

Orait, have a gud weekend ya :)

Wednesday, May 20, 2009

Retail Therapy~

haritu.. teman wan gi shopping. as a gf merangkap bodigad huhu.. haruslah ikut. niat hati ni bukan nak shopping sangat pun. just nak jalan-jalan je. walaupun orang kata aktiviti macamni kurang berkualiti utk spend time together.. tapi kalau itu je cara, peluang dan masa yang bole aku selit dan curi untuk spend time dgn dia.. berkualiti atau tidak, belakang kira. yang penting, dapat sama-sama. huuuu~ cam melo-melo pulok ye. huhu~

so berbalik cerita shopping aritu.. 3,4 shopping complex yang kitorang jejak, as i mentioned memang tak de apa pun yg aku beli. walaupun sana less sini less.. tatak mood la. unless ringgit dalam poket tu banyak, definitely i'll buy something.. correction!!! lotttttts of thing la..!! hoho~ but for now kena lay back sikit. kena motivasi diri lebih sikit. hehe. wat to doooo.. next month roadtax & car insurance dah nak kena renew and yet there's another 'event' will coming on june- ouchh!

tapi itu kisah tragis aku la.. huhu. wan pulak lain kisahnya.

kalau orang selalu kaitkan shopping dgn perempuan.. sebenarnya skill lelaki bershopping ni bole tahan jugak tau ;p.. sekarang ni bukan perempuan saja yang sanggup panjat tangga turun naik shopping complex for shopping.. tak caye tanye wan. hehe~

beliau memang bersungguh-sungguh kalau bab shopping!! tu diaaa... hasil rembatan beliau adalah sepasang kasut dr isetan klcc. sepasang dr isetan sg wang. sepasang dr pavillion dan sepasang lagi dr metrojaya. nasib baik dah nak tutup metrojaya tu.. kalau tak, haruslah ada senaraiiiii panjang kat sini.. hehe~

ms bodigad dah surrender. hehe. biar tuan punya kaki pusing & pilih sendiri. pastu buat catwalk depan bodigad. biar bodigad jadi juri je ;p

mula-mula rasa macam nak geleng kepala banyak kali.. ish ish.. tp bila diingat-ingat balik.. rasanya dia tak pernah shopping kasut sejak mula keje setahun dulu. so... ok la kot. dah keje penat-penat, test itu, test ini,... anggap jelah hadiah untuk diri sendiri ye :) bodigad nak kasi tak mampu huhu. yang penting pakai.. jangan buat tukun sudah.. <---- ayat ni ditujukan utk kak masy jugek ye. muahahhahaha~

.

.

.

bz sikit. nk layan melo pun tak dapat. haish~

Monday, May 18, 2009

Nak benci ke nak cinta ni? Huhu~

Benarkan ku 'tuk berbicara... Bicara terus ke hati mu.. Hati mu.. Hati yang penuh rasa ragu.. Jangan terus pergi Tanpa mendengar ku.. Mungkin mudah.. Untuk kau terus berlalu.. Nanti dulu.. Berikanlah waktu,Untuk aku, untuk kamu..

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku.. Kaku aku melihat mu .. Lidah kelu sedangkan aku.. Mahu kau tahu.. Aku cinta pada mu.. Benci pada mu.. Cinta pada mu..

Ke tepi lihat ku berlalu..Pasti itu yang terbaik untuk ku.. Tiada lagi mahu ku tahu.. Tentang hidup kamu.. Tentang mati kamu.. Aku tahu, Engkau tahu apa yang mata ku tahu... Apa yang kau tunggu.. Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku.. Kaku aku melihat mu.. Sedang aku mahu kau tahu.. Dengar kata ku.. Aku cinta pada mu.. Benci pada mu.. Cinta pada mu.. Sakitnya aku.. Membenci kamu.. Sakit lagi mencintai mu.. Dan aku pergi.. Tapi kembali.. Benci aku mencintai diri mu.. Ku benci... Kamu.. Ku cinta... Kamu..

Friday, May 15, 2009

Korang rasa camane?

orang dok tegur, mata ku merah harini. 'mesti balik subuh tadi', kata dorang. fyi la kan.. aku dah lupa bila kali terakhir aku keluar malam balik tengah malam or sesubuh buta. kalau tak balik tu pun.. sebab aku balik rumah family.

aku rasa mata ni merah sebab mengantuk kot. ye ye.. saya kena tido 8 jam macam baby kalau tak macamni laa. hoho~

they may tot that single life kena ada nite life jugak.. mungkin.. tapi bukan aku la. aku ni cinderella.. bukan pontianak harum sundal malam. hohoo~

lately aku macam takut-takut sikit. nak parking, kena tengok kereta sebelah-menyebelah dulu. nak naik lif kena pandang kiri kanan dulu. ini bukan cerita pasal pontianak tau tapi cerita real ni.. aku tak nak tuduh-tuduh tapi.. cara orang tu macam stalker.

aku tau wan mesti akan gelakkan aku lagi bila aku cerita hal ni ;p hahahaha.. maklumla, first time ever in my life aku diapproached oleh seorang lelaki india yang aku pernah nampak beberapa kali. sebab same floor.

last week, masa aku baru nak berjalan dari tempat parking, tiba-tiba je dia muncul entah dari mana, menyebut nama aku dengan tepat. begitu juga tempat kerja dan dengan siapa aku tinggal. kalau kau jadi aku, mesti kau pun cuak!

tanpa berlengah lagi dia tanye aku ada bf tak sebab dia interested nak kawan dgn aku. tergamam campur curiga. tapi aku jawab gak la macam biasa. bila aku bgtau wan, dia macam tak puas hati je jawapan aku, 'single but i've bf' hahahaha.. tapi betul lah kan jawapan aku tu?! hahahhaha~ lepas bitau aku ada bf, aku rs dia faham undirect-rejection tu kot. aku tgk dia angguk-angguk dan terus mintak diri. aku memang tak toleh lagi dah. nak cepat-cepat balik ke rumah. hahahaha~

2 hari lepas tu aku ternampak dia dalam kereta. betul-betul sebelah aku. bila aku keluar dia pun ikut keluar. dan cuba berborak-borak dengan aku. housemate aku kata, dia macam tunggu aku. ah, biar betik?? nasib baik semalam takde. so harap-harap mcmtu la sampai bila-bila. errr.. tiba-tiba rasa lain macam pulak. macam serem-serem.. huhu. paranoi ke aku?? ke memang patut aku rasa macamtu??

Thursday, May 14, 2009

Dokter cakap..

sekarang ni kat ofis tengah ada health and safety campaign. pagi tadi pergi buat fitness test. bila sebut fitness mesti dalam fikiran kita ni.. kena pakai baju sukan rite?! tapi bila tanye dengan seketeri semalam, dia kata pakai baju keje macam biasa. ha, hasilnya... 'poor & need to improve' ditulis dalam borang hasil ujian tu. cis~ walaupun dorang gelak-gelakkan aku sebab aku keep komplen yg result tu kerana baju tak sesuai.. tapi tak kira.. memang salah baju tu jugak.. walaupun diri sendiri yang tak fit. hehe.

aku suspect baju aka uniform pink aku ni macam da shrink sikit so bila lurus tangan ke depan macam hantu cina tu kan..terasa ketat sangat dan hujung tangan jadi pendek. err.. tak payah lurus pun, angkat sikit pun da terasa. cis~

ooo selain fitness test, ada medical test jugak. aku buat bone scan dgn blood test. aku tak terfikir pun nak buat blood test tapi bila di ofer secara PERCUMA, why not?

disebabkan aku ni ada sejarah silam dgn blood test.. makanya tadi beria-ia aku melayan orang berborak semata-mata nak mengalih perhatian. dan yes!! memang tak sedar langsung.. tau-tau je orang yang ambik darah tu kata, "ok.. sudah" cakap smpai dua kali pulak tu. hehe. nampak sangat leka berborak.

then pegi buat bone scan. sister tu kata, 'no need to do this. it is only for women age 40 and above..' but again.. free maaa.. why so lokek! tak kira, aku beratur gak. ada dua tiga orang manager yg bising-bising. katanya, "korang muda.. belum kawin. tak beranak lagi. tak payah laa..". helloo.. prevention is better than cure ok. lgpun aku rasa diri aku tak sesihat dulu. esp lepas sakit tulang belakang. diri kita, we know ourselves better kan. mebi sebab korang da tua.. sbb tu rasa kitorang muda tapi kitorang pun rasa kitorang da tua sebab ada lagi orang yg lagi muda.. ha~ berbelit lidah ;p

ok sambung cerita. masa nak sampai turn tu, nurse tu senyum sambil sebut nama aku kuat-kuat. "ulfaaa.." kawan aku gelak kuat-kuat jugak. "nampak sangat selalu pergi klinik sampai nurse in-house pun tak lupa nama kau". cis~

"ur still young, should b ok la no problem..", nurse tu cakap. beberapa saat lepas dapat result, berubah muka dia. "bagi form.." entah apa dia tulis ntah then bg kat sister. "owh~ masuk jumpa doctor ye.."

aduh~ cuak ni. masa tolak pintu klinik, semua mata memandang serentak. ofismate aku duduk kerusi hujunggg sekali bersuara, "macamana2?" aiseh.. malu la nak cakap.

pelan-pelan bagitau, "kena jumpa doctor. osteopenia -1.4". "eh, sama dengan makcik la..", tiba-tiba makcik kat sebelah aku menambah. semua orang pandang aku dengan pandangan yang, 'biar benar kau ni'. aku pun dah malu tahap tak tau nak kata. tapi selamba aku cover, "err.. saya memang ada sakit tulang pun..". semua orang macam, 'ooo..' dan sambung borak sama diorang. huhu. i am 28 and makcik tu 52 okeh.. dan result tulang aku sama dengan dia!! omg..

ni baru first time aku tau yang osteopenia ni refers to bone mineral density lower than normal but not low enuf to classify as osteoporosis. so lepas sesi borak-borak dgn doctor, he suggested to drink anelene yg michelle yeoh minom tu.. [cis.. nenek michelle tu lagi kuat tulang dia drpd aku..] dan pegi farmasi beli calcium caltrate +D 600mg. huh~ dah dua doctor suruh aku cari benda yang sama ni. yelaa..yelaa.. nanti saya cari hu~

so i'm still waiting for my blood test result. for diabetes esp.. owh~ as i'm nearly 30's and my mom has it so my chances to have it is very very high. dah lah pemakanan tak jaga. main belasah aje. risau.. risau.. batinku nangis risau.. hoho~

.

.

.

tak sabar nak jumaat. tak sabar nk cuti.. semuanya tak sabar la. hehe~

Tuesday, May 12, 2009

Bertunang Suda.... Kahwin, Tunggguuuuu...

alkisahnya... dua minggu lepas, abang ku telah selamat melangsungkan majlis pertunangan. mak awal-awal lagi dah bagi amaran, "balik awal! jangan sabtu baru nak balik!". itu pun hari jumaat malam baru aku balik. otw balik, abang sms suruh aku singgah destinasi fav dulu. rumah mak ijah. makcik-makcik aku tengah siapkan hantaran. sampai 15 dulang! perghh~ memang beria-ia makcik-makcik ku memasing.

halwa betik ni kata mak andak, buah sulung dari pokok betik kat depan rumahnya.

coklat ni, sepupu yang buat. bakulnya tu pastry. bole makan kalau nak. hehe.

itulah antara hasil sentuhan orang kuat aka makcik-makcik aku. sorang tokei kek, sorang tokei gubahan andaman. perfecto! awal-awal lagi mak andak kata, "o*** nanti mak andak buat kaler pink pulak.." aku, tak kisah.. org nak sponsor.. jgn ditolak. hoho~

kul 2 pagi baru gerak balik ke rumah. mandi dan terus tido depan tv. bilik aku telah di-konker oleh makcik aku dan anak-anaknya. tau-tau jelah tido depan tv ni mana la lena pun.. aku tersedar jam 8 pagi tengok da riuh suara orang lalu lalang. angkat bantal dgn alas, pindah masuk bilik pulak! hahaha~ setengah jam lepas tu lagi kuat suara orang siap gelak ketawa bagai. tak boleh jadi ni.. terpisat-pisat bangun. tiba-tiba dengar abah kata, "tolong angkat hantaran dlm kete uncle mat!" haa.. terus kena buat keje ke. hmm..

lepas angkat barang, susun itu ini, alih itu ini, snap itu ini, makan itu ini... baru sedar tak mandi lagi. hohohohoho~ busuk la ini olang ;p cecepat mandi, pakai baju pink yg telah diiron oleh sepupu ku. huhu~ mekasih eh.. org memain jek. tapi kalau nk iron satu lemari pun bole jugek ;p

o btw, sebelum gerak tengahari tu.. ada kenduri doa selamat sikit. tapi aku tak nampak macam sikit sebab penuh sesak rumah plus makanan.. makaih.. ko sebut aje. hampir semua jenis ada!! jangan mintak western food udah ler.. atenye kenduri umah melayu. lain ler umah melanau ke.. mungkin aderla ulat sagu sekali. huhu. tapi memang mewah betul la makanan. ada nada kejelesan di situ.. well~ abang kan cucu & anak buah sulung sebelah abah yg melangkah ke alam gitu-gitu.. so meriah la kiranya. takpe..tunggu ar aku nanti. ah~ jeles lagi di situ. huhu.

aku kira ada lebih kurang 9 biji kereta yang ikut menghantar. aku malas nak drive. just duduk belakang sambil pegang hantaran. kira mem 2nd class la tu.. hehe. sepanjang perjalanan ke nilai yg sepatutnya mengambil masa cuma 30mins tu da jadi sejam lebih sebab ada yg terlajak ke kl. sabooo jelaaa..

mak malu-malu nak sarungkan cincin.. macam dia pulak nak bertunang. hehe~

urusan pertunangan tu kejap aje pun. lepas pantun-pantun.. madah-madah bagai, setel la. wakil tuan umah siap tersasul cakap nogori. yeee.. harap maklum, tunang abang aku adalah orang nogori. masak lomak cili api kau.. pastu sambal cili api tumis ikan kering.. ha berapi mulut. macam iklan megi kari berapi tuu.. huhu.

aku rasa family aku je dah penuh satu khemah. macam sesi berkumpul bersama keluarga pulak. gelak bersuka ria memasing. dengan tunang abang aku tu, just ambik gambar and wat else.. erm, that's all kot. hehe. mak andak aku jelah yang rajin melayan. aku still tak biasa. tak reti la nak gedik-gedik tanye itu ini.

sebagai adik, mestilah aku gembira abang aku dah bertemu jodoh! walaupun aku ingat aku yang dulu. hahaha. cuma secara peribadi, aku kurang setuju bila dapat tahu pihak perempuan tetapkan 10k untuk hantaran juga set serba satu. which costs about 20k! bagi aku ianya agak membebankan bagi abang aku yang kerjanya biasa-biasa. secara jujur, aku sendiri tak pernah menetapkan berapa hantaran yang aku nak. asal tak terlalu sedikit hingga menimbulkan cakap-cakap orang sudahlah..

nowadays orang selalu kata, if lagi tinggi pendidikan wanita yang ingin dikahwini, lagi tinggi hantarannya. ataupun kahwin artis, anak dato' tan sri ke.. harap maklum la ye.. tak kurang 20, 30k! so orang biasa yang cuma ada qualification dr universiti tempatan macam aku.. dan juga yang cuma habis sekolah menengah macam dia.. bagi aku ,agak keterlaluan untuk meminta-minta. bukan tak boleh!! boleh.. kalau pasangan korang tu orang kaya~ faktor lain, mungkin family dia masih kuat mengamalkan adat minang.. kan orang nogori.

apapun aku tetap respect sikap abang aku. aku sangat-sangat menghormati kesungguhan lelaki yang sanggup melakukan seperti itu untuk wanita yang dicintai. berusaha keras untuk membuktikan kesungguhan. kesungguhan adalah sesuatu yang paling mahal bagi aku. kalau aku jadi wanita itu, lepas kahwin mungkin aku pulangkan semula duit dia, separuh mungkin. yela, aku bukan nak duit sangat, aku nak bukti kesungguhan..kan?! lepas kahwin pun dapat duit belanja jugak kan.. so buat apa tamak. tak baek tauu.. ;p

cakap banyak pun tak guna. bukan aku yang nak kahwin pun..hoho. apatah lg mak abah macam tak kisah je, siapalah aku untuk tiba-tiba bersuara pulak kan?? doa yang baik-baik jelah. moga dia bole jaga mak aku nanti dengan baik.

sekadar nak beringat-ingat. untuk diri sendiri jugek ;D kadang-kadang kita lupa.. alpa.

apapun, tahniah untuk abangku.. semoga berbahagia ;)

Monday, May 11, 2009

Hari ini kau datang riang!

walaupun dah terlepas semalam, tak kira! tetap nk wish selamat hari ibu utk semua ibu-ibu.. *tak kira la ibu kuceng pun aci je laa.. hhehe*

cerita psl kuceng... aduh~ si yaya telah menggigit kaki ku hingga luka pagi td. cis~ kuceng makan tuan ;p tapi aku kewl. tak marah-marah.. ataupun pehambat beliau. aku lap luka, ubuh minyak gamat pastu terus gi ofis.

itu baru satu.. belum lagi kes dia poo poo dlm toilet masa aku nak mandi pagi td. aku mengaku laa bab satu ni aku penggeli sikit. biasanya abah yg bersihkan. hahaha~ tapi pg tadi, rilek je aku bersihkan.

macam da hilang deria 'ke-kesahan' <--- ada ke perkataan ni.. aje aku ni. hoho..

semalam celebrate mother's day kat kfc je. mak yg nak makan situ. aku on aje. pastu melarat-larat tapau utk semua org kat umah. siap belanja yaya dgn kitam friskies sekilo lg tu. amboiii murah hati betul kakak korang ni ye tam.. hahahaha~ ala kitam & yaya kan nk jadi mama tak lama lagi. so belanja in adv la eh... hehe.

o, btw cerita entri lepas tu.. erm, tak ada apa-apa la. aku terlalu emosi masa tu. perkara da lama.. patutnya dari dulu lagi aku lepaskan-buang jauh. apapun.. terima kasih pada yg prihatin :)

Friday, May 08, 2009

Itu Yang Terbaik Untukmu

ketika aku bersemangat hendak pulang.. hasrat ku dimatikan dengan suatu 'perkhabaran'. disaat aku 'membaca perkhabaran' itu, berkumandang pula lagu 'izinkan ku pergi' by kaer. demm!!! muzik latar tu betul-betul menghancur-remukkan hatiku.

tiba-tiba saja jadi lemah. kalau kau tolak aku ketika ini.. aku pasti tak mampu bangun semula.

sukar utk dijelaskan dgn kata-kata apa yg aku rasai ketika ini. sesukar utk aku beritahu apa yg telah berlaku.

aku tak tahu mengapa ada rasa yang pelik ini.. aku sepatutnya rasa gembira. tapi sebaliknya aku menangis. mengapa??

yg pasti, inilah akhirnya... satu pencarian yg telah ketemui jawapannya.

.

.

terima kasih kerana mengingatkan aku yg aku masih punya satu hati yg harus dijaga.. disayangi.. dan yg penting sekali, dia menyayangi aku setulus hati.

.

.

dgn ini.. aku izinkan kau pergi.

Apa yg penting kengkawan?

minggu amanah saham johor dah selesai. in two weeks time, minggu mini pulak. lokasinya adalah sarawak. aku tak berharap sangat kali ni.. *ah tipu sgt* ;p kebarangkalian untuk aku diselitkan adalah 0.000000001%. kena guna mikroskop baru nampak! hahahaha.

kesan kes tu memang sudah ternampak sana sini. setakat semalam, sudah 3x ajakan, aku masih buat bodo saja. beralasan itu ini. sampaikan ada sekali tu, aku sudah bersiap tapi tukar fikiran di saat-saat akhir. terus duduk mengadap tv. kecik hati kah aku?? erm...

selebihnya aku memang nda ada mood untuk bersuka ria. walaupun wan yg bergelut sampai nak gila katanya, mengadap buku dan simulator.. aku pulak yang tak ada mood. haha. macam span pulak. menyerap tenaga-tenaga positif negatif di sekeliling.

dan semalam masa unit meeting.. aku senyum aje bila 2nd bos kata, "first of all, ur mins very good anne.. good job..". ok stop di situ! nak kata kembang hidung tak juga. betul ni.. tak caye tanye hidung. huhu~

aku kan dari jurusan secretary exec. so malu la kalau tak bole buat mins. but not to exaggerate, bole tu tak bermaksud perfect. sesungguhnya perfection itu adalah milik Dia.. *ehem, jd budak surau kejap* cumanya... otak aku masa tu mentafsir kata-kata tu dalam bentuk prosa yang berbeza. betapa kecilnya pandangan mereka terhadap aku. hurm~

apapun.. itu semalam. hari ini aku sudah letakkan itu pada satu aras positif. alhamdulillah. aku tahu aku lebih baik daripada apa yg mereka fikirkan terbaik. esok, aku akan usaha lebih baik lagi! chaiyo~

Wednesday, May 06, 2009

malas aku nak layan!

aku mengaku aku da put on weight. walaupun org kata, "alaaa tak gemuk pun". iye mmg.. cuma put on weight aje.. BELUM gemuk.

tapi aku kurang gemar betul bila budak sorang ni asik la dok tegur, "eee keluar lemak", "ha ngko.. belemak!" diikuti dgn statement, "tgk sy takde pun"..

mula2 aku tak kisah sgt.. sbb ye.. ye.. aku tau aku da put on weight.. * ha berapa kali aku da bgtau ni haa..* jd tak mustahil la muncul lelemak di sana sini. cumanya yg aku tak fhm kalau satu hari 2,3 kali ko nk ckp benda yg sama, motiffffffff????!! pastu jumpa org sana sini ckp benda yg sama kat diorg.. motiffffffffffffffffffffffffffff????????!!

balik semalam cecepat aku tgk kat cermin. bergaya-gaya aku depan cermin nak tgk spot yg dia kata belemak la sgt tu.. yeke sampai terkeluar-keluar?!! puas pusing-pusing.. angkat tangan, kuak tangan.. tak ada pun yg keterlaluan bagai dikata. rs bengang pulak. kenapa nk kecoh2. aku guna duit ko tambah lemak??? duit ko abis ke aku belemak???? huh~ annoying

Monday, May 04, 2009

Sebenarnya...

... aku rasa tak besh. badan di sini. fikiran entah di mana. melayang-layang rasanya. nasib baik juga tak ada banyak benda urgent harini. bole relax-relax sambil menaip di sini. hehe.

teringat cerita pagi td. masa aku tgh siok tido, mak masuk bilik. dia buka lampu. "tak keje ke?", dia tanye. aku buka mata sebelah, tgk baru jam 6. tak cakap apa, terus pejam balik. aku da set alarm 6.15. rugi wooo 15mins tu.. hahahahaha~

so ms otw gi ofis tadi, terpikir-pikir juga kenapa mak tanye. tp sekarang aku rs aku da tau kenapa.. kalau aku kata, 'tak keje' tadi.. konfem dia ajak aku balik kg time tu jugek!! hehe.

sebenarnya... hari ni genap hari ke 7 pak lang aku kembali kerahmatullah. al-fatihah utk arwah. dia meninggal di hospital kota tinggi. so 2 hari aku EL minggu lepas, ke sana la. arwah asalnya bukan tinggal kat kota tinggi. tapi kat kg asal, sabak bernam. semenjak arwah sakit teruk beberapa bulan lepas, mak andak ambil dia tinggal sama-sama di kota tinggi. at least ada org tengok kan.

kebetulan pulak minggu lepas baru ni, majlis bertunang abg. mak andak, mak ngah dgn 2 anak dia pun datang jugak. dan baru semalam pagi-pagi gerak balik kg. arwah pak lang sebenarnya tak berkahwin. jadi dia sorang-sorang la yg menjaga rumah pusaka kat kg nun. aku masih ingat waktu kecik dulu, bila balik kg.. kami pergi rumah sedara hujung kg dulu. jadi bila melintas depan rumah mesti kepala masing-masing terteleng-teleng menengok kalau-kalau ada basikal pak lang kat bawah rumah. kalau ada, ertinya, adalah dia kat rumah. kalau tak ada, kami pusing pekan dulu, cari dia dan beritahu kami da balik. :) hm.. kenangan...

so kalau tak silap, mungkin tahlil malam ni di sana la kot. dats y makcik-makcik aku gerak awal. rombongan mengemas rumah kenalah pegi awal sikit kan :)

dari semalam lagi aku da tau mak memang nak pegi. yela.. abg dia kan. unfortunately kete makcik aku tu tak mampu nak muatkan beliau di dalam itu. hehe. memasing debak~ hoho. dan dia pun masih letih dengan kepah kenduri semalamnya. so memang tak ikut la sudahnya semalam tu. tapi dia ada gak hint kat aku. masalahnye cuti aku da tahap kritikal. so cepat-cepat aku tukar topik lain. hehe. erm.. tak sampai hati la nak kata tidak.. ;( haish.. bila la aku nak dapat cuti penuh ni..

.

.

sudah 2 hari tak kedengaran lagu 'Pianka'. selain rasa sepi yg memenuhi ruang, aku tak tahu nak describe apa lg yg aku rasa.

aku ini cuma mentimun. bergolek luka, digelek pun luka.

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...