Friday, July 31, 2009

...kerna aku dah terbiasa

apologize for no updates recently. am stranded in this so called undefined-atmosphere here. ada la satu tabiat yg aku hanya fokus dgn benda @ perkara yg fokus @ berada dlm lingkungan aku saja. if lama sikit benda @ perkara tu jauh @ menghilang it take ages for me to 'feel' it back. when i don't feel u.. then u become a stranger to me. and am not talkin to any strangers ok. hmm tatau la if ada orang lain do feel the same way. atau hanya aku seorang alien di muka bumi ni. hu.

kadang-kadang jugak when am toooooo focus into something, am tend to left other things behind. macam akhir-akhir ni.. cuma fokus dgn kerja jela. semalam, 8.00 am terus buat profit loss calculation for mid year review. repeat, 8 in the morning. bertemankan segelas coffee+milk. berpinar-pinar mata. tapi takpe. aku suka numbers. sanggup tinggal keje lain semata nak buat kira-kira. rs macam geek pulak. huhu.

almost noon, da siap satu hal, cont yang lain tp yg ni less complicated. tak banyak numbers cuma nak kena digging punya digging dalam inbox semata nak cari yang perfect. sebab boz nak buat sample to present to auditor. u know la auditors.. haha.

habis dua benda tu, kena buat consultation kat org yg buat booking psl event & procedures.. speaking for myself, nk bagi org paham adalah sangat mencabar. tambahan lagi aku memang takde bakat bab cakap-cakap macam lawyer. and it s proven bila aku cuma dapat C- ke D ntah for law paper. kuikuikui.. everybody has their own thought. bila da mcmtu, biar je la. menyampah nak lawan-lawan cakap. aku tak suka create konflik. aku suka aman. bukan yaman ok ;p. tapi nak buat camane, dah dasar kerja.. senyum dulu lepas tu baru explain satu-satu bersama nas-nas yang bernas. hehehe.

o btw, isnin haritu ada mid term appraisal. alhamdulillah.. boz kata, "u did a very gud job.. keep up the gud work.. boz A also says bla bla bla.. boz B pun kata u r capable bla bla bla.." phewww.. Tuhan saja yang tau perasaan aku. bukan berbangga, tapi rasa sedih. kerana dah terlalu lama aku berharap. apa yang akan jadi hujung tahun nanti, tawakal aje.

owh~ panjangnye iklan!! hahahahaha~

back to the main stori, kes tabiat tadi tu.. sejak beberapa hari lepas aku cuba nak apdet tapi.. i just don't feels like blogging. rasa macam tak reti. tak biasa. akhirnya terbiar sepi macam tu je. same goes to my personal thingy. emm.. am losing my soul~. and at dis very particular moment, i just wanna go out of town... to watch sunset.. alone. hmm.. membayangkan aja dah rasa tenang. bunyi macam melo je pulak. wateverrrr~

really mish those days la~

.

.

.

@2.20 pm

Monday, July 27, 2009

Durian oh durian~

ni cerita basi.

tapi durian mana bole basi.. ke bole? ;p

ada la satu hari tu.. tak sedar diri batuk tak baik-baik lagi..

tapi sbb teringin, pi belasah wantan soup dgn cili padi+kicap. bagai nak rak makan..

sudahnya.. batuk-batuk tak henti sampai nak muntah.

dah jadi macam tu still tak sedar diri lagi...

dalam batuk-batuk tu sanggup singgah kat 'pesta buah-buahan' kat seberang jalan nun..

si penjual tu kata,

"jgn tgk luaran.. mmg tak cantik tapi isi dalam elok.."

aku, "mcm nak kata diri sendiri je abg ni... haha!"

tanpa banyak kesah, borong terus 4 biji durian = rm10.

kak masy mengeluarkan sedikit jarum, dapat free sebijik lagi kehkeh.. gud job sista~

akhirnya 5 biji dibawa pulang dengan gumbiranya.. lalalalalalaaa~

so 5 biji durian dimakan oleh dua org ini.

repeat, dua orang saje tau..

kak masy as tukang kopek. kerana beliau gagah perkasa ;p

saye sbg tukang makan. dan buang sampah nunnnnnnnnn di rumah sampah. jauh tau.. huhu.

btw, betul la kata si penjual tu. isi dia molek-molek belaka. puas ati.

kalau tak silap 3 hari berturut-turut kitorang makan durian.

housemate yg sorang tu bawak dari kg.

tapi hari ke-3 tu paling haru laaa.. durian yg last tu cacat kot. payah gilerrrr nak kopek. kakak yg gagah perkasa tu pun faul laa. sampai 3 orang bergabung tenaga mengopek! perghh..

err.. bila nak makan durian lagi nih??

ada sesapa ada dusun durian ke.. sila jangan memalu ajak kita ;p

Friday, July 24, 2009

unspeakable II

akhir-akhir ini, aku selalu balik lewat. dah macam play hide and seek. entah sampai bila aku pun tak pasti. so sementara nak tunggu jam 7, aku baca cerita lama. saja suka-suka. cerita tahun 2006. tahun masa tengah single. puas senyum sengih sendiri. haha. walaupun senyum.. it doesn't mean aku suka jadi single. dan tak kata jugak tak suka.. life macam tu lah. u loose some, u gain some.

dalam banyak-banyak tu.. aku tertarik dengan cerita tentang ini.

"Nak cari isteri kena tengok emaknya dulu"

Owh! Muka ku berubah. Nasib baik cuma di talian, tak nampak. Dia sambung,

"Kalau emaknya lemah lembut bercakap, pandai masak, baik layanannya dengan ahli keluarga. pandai urus keluarga.. ha, baguslah anak perempuannya tu"

Owh! Aku diam. Berfikir. Otakku berputar. Terbang ke kampung..

Dulu, ketika masih kecil masa dan kenangan aku banyak di rumah arwah atok. Bersama abang dan pakcik. Kesukaan kami, main bola dalam rumah. Gilir-gilir menjaga gawang. Gawang kami ketika itu cuma pintu ruang tengah rumah kayu yang akan bergegar seisinya setiap kali antara kami terjatuh atau menjerit! Dan setiap kali itu jugalah akan kedengaran suara atok menjerit dari dapur.

"Roboh rumah aku uuuiii..."

Bagai terdengar hilai tawa kanak-kanak perempuan berpewatakan lelaki itu.

Ketika usia menginjak ke 7 tahun aku mula bersekolah. Abah bawa aku pulang ke rumah. Lebih dekat dengan sekolah. Pergi dan balik bersama kawan-kawan. Kadang-kala berbasikal. Kadang-kala berjalan kaki. Pulang makan tengahari, aku sendiri yang memasak nasi dan menggoreng telur atau kentang, kesukaanku. Malamnya selepas menonton, aku terus tidur. Aku tidak seperti kanak-kanak lain yang selalu bercerita dengan emak tentang sekolah. Tentang kawan-kawan. Aku tak pernah rasai itu semua.

Usia remaja menjengah, abah hantar aku di sekolah yang jauh dari rumah. Berulang-alik setiap hari menaiki bas. Pagi dan petang bersesak-sesak seperti mahu ke tempat kerja. Tidur di dalam bas adalah kesukaan aku. Aku biarkan tingkap terbuka luas-luas dan biar angin menerobos mengulit kulit muka. Selesa sungguh! Walaupun begitu, belum pernah aku terlepas perhentian. Pulang dari sekolah, tempat kesukaan aku adalah bilik. Pernah aku tak keluar bilik selama 2 hari. Aku mungkin remaja yang agak pasif semasa zaman ku dulu. Aktifku cuma di sekolah. Semasa mengambil SPM aku menumpang di rumah kawan sekelas. Lebih dekat dengan sekolah. Pagi sebelum ke sekolah untuk menduduki peperiksaan, emak kawanku itu mencium pipi dan dahiku. Aku terkedu. Aku sudah hampir lupa bagaimana rasanya dicium emak.

Kemudian aku menyambung ke Universiti. Pertama kali tinggal di asrama. Anehnya aku tak rasa seperti pertama kali. Malah aku tak kekok untuk menguruskan diri sendirian. Tidak seperti rakan yang lain. Asyik menelefon emak meminta itu dan ini. Untung juga aku sudah biasa berdikari. Aku tak perlu itu dan ini. Aku cuma perlu doa emak saja. Itu yang kupinta dalam hati.

Cukup sehingga usia 23 tahun. Baru aku pulang ke rumah. Baru aku cipta kenangan di rumah. Dan aku sudah cukup dewasa untuk berfikir apa yang benar dan apa yang tidak. Perselisihan memang selalu. Mungkin kerana kami punya cara hidup yang berlainan. Emak sedikit keras. Caranya. Kata-katanya. Berbeza dengan aku yang lebih suka kepada peranan psikologi. Aku lebih tenang. Menyusur mengikut keadaan tanpa tekanan. Aku bukan anak yang suka berkurang ajar kerana aku tak pernah lupa kisah si Tanggang. Teguran secara baik itu adalah tanda aku sayangkan emak yang melahirkan aku. Beritahu dan tunjukkan di mana kesilapannya supaya dia tahu dan faham. Jika dia tidak dapat menerima, aku biarkan saja dan aku akan buat hal ku sendiri. Sekurang2nya aku dah jalankan tanggungjawab ku. Suaraku amat mahal di rumah.

Memang benar, anak-anak kebiasaannya akan mudah terpengaruh dengan apa yang selalu dilihatnya. Seterusnya membesar dengan apa yang difahami didorong oleh faktor sekeliling. Sekaligus mencontohi ibubapa mereka sendiri. Betul! Tapi bagaimana dengan aku yang selama 23 tahun membesar dengan pengaruh orang lain selain emak. Adakah adil jika orang itu mahu menilai emak bagi membuktikan aku perempuan yang bagaimana?? Jika aku tak berpeluang merasai perhatian sepenuhnya seorang emak adakah aku ini perempuan yang tak bagus? Hmm.. soalan itu hanya kekal di situ. Dan orang itu masih bercerita lagi. Tentang bermacam-macam lagi pendirian dan teorinya dalam mencari pasangan. Aku hanya diam, mendengar. Biarkanlah. Ah, kau takkan mengerti...

Corak kehidupan yang berbeza dari orang lain buat aku jadi manusia yang kental ujian dunia. Aku belajar dari pengalaman yang tak ternilai harganya. Sesuatu yang berguna bila aku punya keluarga sendiri kelak. Aku harus berterima kasih pada emak dan abah. Jika tidak, mungkin aku sudah jadi manusia yang terlalu bergantung. Manusia yang tak berani keluar dan melihat kehidupan. Manusia yang hanya pasrah dan mengharap. Tuhan memilih aku untuk melalui semua itu pasti ada sebab. Syukur.

itu cerita tahun 2006. kisah 3 tahun lalu. usia aku pun dah bertambah lagi 3. tapi masih lagi mengekalkan angka 2 di depan hehe.

aku tak pasti 'dia' di mana sekarang. we're just two people yang bz dan tenggelam dengan kehidupan masing-masing. apa pun aku harap dia dah jumpa dengan pilihan yang kena dengan teorinya tu :)

tentang mak.. hmm, terlalu banyak beza mak dulu dengan mak sekarang. sometimes aku rasa, betul ke ni mak aku??? hahahahha. kadang-kadang rindu jugak nak bergaduh macam dulu-dulu. hahaha. cuma satu yang masih menten tak berubah. suaraku tetap mahal di rumah. aku tetap begitu. kadang-kadang aku teringin jugak nak bercerita dan share soal personal, tapi aku masih tak reti. dan keinginan itu terus tersimpan dan mendap dalam hati. mungkin bukan sekarang.. mungkin satu hari nanti bila aku dah berkahwin, mengandung dan melahirkan.. mungkin ketika tu kami akan makin dekat.

aku sudah hampir buntu menanti detik itu.

Monday, July 20, 2009

Satu minggu yang sesuatu..

minggu lepas aku rasa masa berlalu macam tu aje. blog ni pun apdet gitu-gitu aje. ada takde, taip sikit, delete. taip sikit, tinggal sampai nak balik petang tu.. delete. macam tu je la. semacam betul hidup aku last week.

masa awal-awal pagi isnin, hari aku agak manis. terima pujian melangit. orang luar selalu begitu. betul-betul menghargai. tapi tak puas aku nak mengumpul mood, terganggu dengan orang-dah-buat-salah-pastu-cari-mangsa-nak-tuduh. seharian aku sakit kepala. seharian jugak mood aku zero.

hari-hari seterusnya, masalah lain melanda. telefon ofis berbunyi tak sudah-sudah. dari pagi sampai ke petang. aku sangat terganggu dengan panggilan telefon dari luar tu. err.. yang ini cerita lama. ingat lagi tentang cerita jiran sesuatu tu? aku ingat dah habis. nampaknya tak serik lagi. budak-budak ofis aku da habis modal nak bohongkan dia. aku sendiri lagi la.. langsung tak berani nak cakap dengan dia. sebab aku penakot. bila aku takot kat ko, aku lari. dengan harapan, bila aku lari setiap kali.. ko jadi letih dan penat nak kejar. dan tamat cerita.

malangnya cerita tu tak tamat-tamat. macam telenovela sepanyol yang beratus-ratus sirinya tu. hu~ daripada aku takot sikit, terus jadi takot banyak.. dan banyak dan banyakk!! kesudahannya nak balik rumah sendiri pun takot-takot. nak keluar rumah pun terjengok-jengok. memang tahape-hape.

ngadu kat wan. respon sangat menyedihkan. terasa hidup sebatang kara sekejap. huhu. nak buat camane.. dia sendiri tgh dlm tensi mode. aiseh. dua-dua tensi. dua-dua negatif.. memang tak bole buat apa la.. but thanks to him.. at least dia dengar dan respon jugak la dengan masalah aku walaupun setelah muncungku panjang sedepa. hehehe! dan aku rasa sangatttt releaseeeeee dari masalah aku. walaupun masalah tu tak selesai lagi.. walaupun wan takde kat sini to protect me .. tapi rasa bersemangat dan dah tak takot sangat dah :) ye aku sangat manja. ada ke orang yang tak suka dimanja-manja?? ;p

hopefully dis week ahead, akan berlalu lah perkara-perkara yang bisa bikin gwe bingung juga tensi.. doakan ya :)

Friday, July 17, 2009

Hv a Great Day

never depend on anyone else to be happy.

being happy is like a job.

have to do it. it is not optional.

for men quarrels are silly while we women remember who said what to whom and where. we expect acknowledgement of and the ointment for our hurt feelings while men take ages to have feelings. it is all like water on a lotus leaf for the men but for us women, our feelings and emotions are the fuel for life!

Wednesday, July 15, 2009

Borak 0

tatau mana nak mula. topik masa lunch tadi masih melekat di fikiran. dan mempengaruhi mood aku..

kebetulan pulak sejak dua menjak ni.. dalam kepala ni memang asik terfikir benda yang berkaitan.

i dont mind sharing.. but.. too difficult to write in here. maybe next time kot..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

aritu..

puan manager mintak kami jadi model untuk satu photoshoot ni.

untuk mock up dulu la..

tandakan dulu..

ok.. smileeee!!

.

.

and..

dis is the real one..

for co annual report.

.

.

.

at least kitorang ni dapat la merasa jadi big boss walaupun sekadar purak-purak saja. huhu.. ;p

Friday, July 10, 2009

Main Masak Masak lagii..

dinner semalam rasa macam makan kat restoren.

lebih tepat lagi, macam makan kat restoren tepi laut...

bukan sebab angin sepoi-sepoi bahasa...

atau bunyi ombak memukul pantai... cewah! ;p

bukan.. bukan.. tapi...

sebab lauknya..

.

.

.

.

.

ada ketam...

.

.

ada lala...

.

.

nyum.. nyum..

tapi perasan tak lauk dalam gambar tu dah macam tinggal separuh je?

hahahhaa...

mana taknye... masing-masing kelaparan. dah half way makan baru teringat nak ambik gambar. ha.

lauk pauk ni semua housemate yang masak. patut aku ambik gambar lauk kat dalam kuali la. baru real sikit. huhu. apa-apapun mekasih bebanyak la kerana mengenyangkan perut kami. hehe. dia takde blog. dia kata malas. huhu. takpelaa.. walaupun dia malas buat blog tapi dia rajin masak. aci la kan.. :D

so semalam aku cuma goreng kentang. appetizer katanya. hehe.

dan buat ni aje..

.

.

ulam bendi!! pastu ada sambal belacan! huhu...

sambil makan sambil tengok citer ala-ala ghost hunter pulak tu. memang layannn..

tp bahaye gak kalau makan sambil layan tv. nanti dok ralit sangat, asik sangat.. tau-tau je ha, sampai 3 pinggan ko! huhu.

eh tapi semalam takdelaaaa sampai 3 pinggan pun.. ;p tatau la samada aku makan sikit atau aku makan cepat sebab most of the time, aku da habis.. dorang dok layann lagi. sampai kekadang tu aku saje duduk balik konon nak try la sambung join dorang.. malangnye, memang tokleh nak masuk lagilaaa.. rugi betul tank kecik ni. hehe.

next week ingat nak buat ikan bakar cicah air asam la pulak. memememe~

.

.

*ice age tonite! yeahoo~

picnic on sunday~ can't hardly wait. cepat la baik batuk niii..

Thursday, July 09, 2009

One big happy family~

lama tak stori pasal kucen. both kucen yang bunting kat umah tu da beranak. selang beberapa hari je. makin 'ramai' laaaa peneman mak abah kat umah tu.. ke pengacau jek. hehe.

mak letak sangkar asing-asing. satu sangkar kitam, satu lagi sangkar bintang.

memperkenalkan, anak-anak kitam. 3 hitam+ kelabu dan sekoq olen oo..

ini pulak bintang's babies. 2 olen 2 kelabu +itam. manyak gumuk woo~

so jumlah keseluruhannya adalah 8 ekor. fensann jap ;p

kitam ni degil sikit. masuk sangkar kejap je pastu sibuuuuuuuk sgt nak keluar. tu yang babies dia semua tak reti duduk diam. masing-masing duduk tegak, tunggu peluang nak dilepaskan..

tak macam anak bintang. asik tidooooooooo aje.. hujan ke petir ke, tidoooooooooo aje. hehe. mak depa ni kalau letak dalam sangkar tu, bole tahan setengah hari tak keluar-keluar. sangat berhemah menyusukan babies.

btw i da lost count ni kali keberapa bintang beranak! ;p

dan ketika aku tengah menaip entri ni, mak sms;

"belikan pil kucing. si ya da menggatal"

hahahahhahahahahaha~

ya tu yaya. si kucen olen yang comel lote. mak jaga betul dia tu. jelesssss ai ;p

***edit:

bole pulak aku tertinggal part ni.. ish~

ada la satu hari tu.. bintang telah salah masuk sangkar dan selamba je menyusukan anak-anak si kitam. adik aku yang kebetulan lalu, terus menjerit. "oiii anak orang lain la..", sambil keluarkan bintang yang buat muka tak bersalah. hahaha..

Wednesday, July 08, 2009

Take advantage of the mood i'm in

pagi ni aku bangun dengan rasa sihat berbanding hari-hari sebelum ni. dan aku rasa hepi! betul hepi ni :) mmm, mungkin hasil acara makan ini..

juga minum ini..

dan sedikit retail therapy semalam. huhu.. atau mungkin fikiran ku dah tenang so bole fikir kewajarannya. tak kisah la, mana-mana aje.

tentang hal yang aku cerita dalam entri-entri lepas.... sebenarnya kan, bila aku ketepikan hal aku.. and put myself in his shoes.. ye, aku faham dia mesti rasa serba salah. aku nk datang and at the same time kena pegi training yang he can't say no.. tau jelaa reputation thingy. lgpun, da lama sangat dia tunggu nak pegi training tu. after completed ground course and ntah apa-apa lagi since may.. and now da july dok menunggu aje, finally.. baru dapat. maka amat wajarlah aku mengalah dan dok diam-diam kat sini konon supportive laa :) walaupun kekata ni ada unsur bodek.. huhu.. tapi aku percaya dia tak baca blog ni dalam seminggu dua ni. so takde effect pape pun. lalalala.. hehe.

sementara mood aku ok ni, aku ambik kesempatan untuk setelkan hal m*x*s yang aku tak sanggup nak setelkan hari-hari dan minggu-minggu yang lepas. bukan apa.. aku takut aku ter-amok kat customer service tu. aku pulak yang takut eh.. hehe.

alkisahnya bulan lepas bil aku tiba-tiba jadi 3x penggunaan biasa. pelik betul. bila online bil sampai, bole pulak takde details semua padahal aku da request lama da. camane aku nak cek?? bila mintak, dia kata aku tak register. aku suruh dia tengok balik betul-betul. then baru dia kata dia akan pos. bila da dapat, tengok-tengok yang bulan sebelum tu punye. apadaa..

aku call kali ke 2, dia kata nak emel sekarang. tapi sekarang tu sejak 2 minggu yang lepas, sampai sekarang yang harini.. apa pun tadok!

so tadi aku call untuk kali ke 3. aku tak marah pun.. cuma mungkin sebab aku batuk so sore aku korang leh agak la cane kan.. garau-garau gitu hehe. pastu dok tekan kat situ, "dis is my 3rd time asking for d same thing u know... don't pray pray hoh" err.. yang last tu aku saje tambah. baru nampak dramatik sikit. huhu. then barulah nampak ada unsur-unsur gelabah sikit sampai nak kurier terus. bagus. kita tunggu jelah nanti hasilnya.

.

.

#ubat batok apa yang ok nak kasi batuk kahak baik cepat?

Tuesday, July 07, 2009

Malas nak fikir lagi..

sori la lama tak apdet. err.. tak lama pun hehe. aku demam panas sejak hari khamis. a zillion thanks to osmet ni sebab tolong hantar aku ke klinik tengah-tengah malam tu. waaaa.. terharu! harus la tolong, karang orang kunci pintu tak bagi masuk baru tau! muahahhaha.. takdela.. memain jek ;p

so dpt 1 hari mc. dokte bg complete set ubat demam, antibiotik, ubat selsema & batuk. first time aku makan ubat dengan betul. meaning.. takde skip-skip macam selalu. huhu.

sabtu petang, mak singgah kejap. dia suruh aku balik. so malam lepas magrib, badan da rasa suam-suam kuku.. baru aku gerak pulang.

ahad, bekalan ubat da abis.. tapi demam tak surut lagi. omak den apo laie.. "gi cek darah!" so semalam mc lagi. gi kelinik kesihatan, abe kelate yg dok cek & amik darah tu asik la melawak. terkekeh-kekeh mak ketawa. amboiii suka nampak.. yg aku ni tgh demam.. mood takdok. monyok jela walaupun dalam hati rasa nak menjawab.

result cek darah,... negative daripada segala gejala-gejala yang tak diingini. syukur alhamdulillah..*buat gaya cam nenek bio-aura tu*

arini dah masuk ofis. tapi batuk ni tak baik lagi. terkokok-kokok dari tadi. br bulan july tahun ni je aku da mc 6 hari!! tahun banyak penyakit gamaknye. masa aku sampai kat tempat aku pagi tadi, entah umat mana ntah pi letak risalah-risalah pandemik influenza elok je kat meja aku. nak mendengki la tu..

kalau diikutkan... harini je aku keje. sebab esok aku cuti sampaiiiiii jumaat. isnin baru masuk ofis semula. best tak?!!

fortunately/unfortunately wan kata, baru pagi ni ofis panggil dia suruh pi training... tepat-tepat hari aku nak pegi. so dat is it. tak jadi la aku fly to kk tonite. babai airbus yang berangan aku nak naik tu. babai layanan 5stars tapi bayo murah yang aku tingin nak rasa tu. huhuks~

takpela. aku ok.... betul ok ni. hmmm...

selagi aku tak teringatkan tentang plan kitorang nak tengok transformers.. selagi tak teringatkan ayat dia, "nak survey-survey, nti bole datang sini.." bila sibuk ke sana sini. manukan la.. karambunai la bawak kezen dia. aduh.. sesungguhnya aku jeles.. sebab masa tu aku da dapat rasa yang cuti-cuti kali ni macam tak jadi. so takdo maknanyeee nk survey pun! o ye, dan pasal karambunai tu, rs macam da 2x dgr ayat yang sama. everytime pegi situ, tu jelah ayatnye.. yang pasti, aku ni... tetap tak pegi-pegi pun. wuarghhhhh~~~ tadi kata ok.. huhu.

technically, aku memang tak berapa suka bila nak pegi ke satu tempat tu bersama dengan aku, tapi dia dah pernah pegi dulu tempat tu. keterujaan pengalaman pertama takkan sama dengan kedua ketiga keempat kelima waima keseribu pun.. tak sama. ye, aku complicated. aku tau.

hu.. abaikan je la. aku pun da weng. salahkan ubat batuk tu.. huhu.

Wednesday, July 01, 2009

Pusing..

sedari pagi cuaca mendung kat luar tu. buat aku rasa makin tak sihat je.

actually aku da lali rasa macam ni. rasa nak demam tapi tak demam. dalam 3 minggu ni je pun, berkali-kali jugak la.

bangun pagi td lagi da rasa sakit tekak. ini pun da puas minum air suam dari pagi. and now nak try option lain. makan ubat sakit tekak. and result, telinga rasa semacam je. macam bila naik tempat tinggi. adeh.

hurm.. cerita lain.

tinggal 6 hari lagi untuk aku bercuti-cuti. cuti pun da lama approved. flight ticket pun da ada. tinggal nak pergi je!

unfortunately........ ramalan secara telepati mengatakan most probably... tak jadi pergi. so now aku tengah fikir what should i do?

kensel plan tu, burn je ticket dan pergi jalan-jalan tempat lain?? atau kensel cuti dan datang keje macam biasa??? hurmm~~

kalau aku sebut harga tiket, mungkin orang akan kata "takpela kalau tak jadi.. murah aje". memang betul pun. ticket mas [bukan masy eh..;p] yang terpaling murah aku pernah dapat.. everrr!! tapi rasa sayang pulak kalau tak jadi. mungkin sebab pertama kali dapat yang murah-giler.. tu yang macam ada sentimental value di situ. hu~

tambah lagi bila da plan nak berloba-loba, lepas tu kensel dan kena datang keje. rasa macam da takde hati jee nak buat keje. tapi kalau nak diikutkan.. selama ni pun, macam la aku adaaaaa je hati nk buat keje.. kekadang hati tu melencong gak kan.. ;p

entah laa...

malas nak fikir lagi. makin tak sihat jadinya.. nak berehat kejap la.

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...