1.
kau tau aku mahukan apa sekarang?
aku mahukan kehidupan + di"acknowledge" sebagai manusia.
aku mahukan mak + abah tak malu aku jadi anak mereka.
aku mahukan keluarga sebab keluarga lah aku mahu hidup. dan ada komitment untuk hidup.
aku mahukan anak. walaupun bukan anak sendiri. kerana anak-anak buat aku mahu hidup dan melihat keajaiban Tuhan.
aku mahukan disayangi oleh orang yang aku sayang kerana perasaan itu tidak boleh di jual beli. sangat mahal dan berharga.
aku mahukan kehidupan, kesusahan, kesenangan dan segala apa yang aku ada dikongsi bersama orang yang aku sayang dan aku berharap dia akan lakukan yang sama juga.
aku mahukan didengari kerana aku mahu dihargai sebagai wanita dan pasti aku akan menghargainya kembali dengan cara aku sendiri. pasti!
dan aku juga cuba memahami mengapa aku perlu tulis begini sedangkan itu adalah asas kehidupan yang mudah. budak-budak pun tau.. tapi kenapa bila semakin dewasa ianya menjadi semakin sukar difahami?
..
.
.
.
2.
sampai sini saja..
aku pilih berhenti. walaupun hati tak mahu. tapi aku terlalu kasihan melihat hati sendiri yang sudah compang-camping. miskin. kehidupan apa entah yang telah aku lalui. sampai kini tak ada tujuan. tanpa destinasi. untuk apa diteruskan?
aku tidak mahu menjadi barang. disimpan, disorok. tidak diketahui. akhirnya luput dan dilupai orang.
aku takut.
...
....
kerana aku sudah penat. juga kerana aku semakin takut menjadi luput dan dilupai.. jadi aku pilih berhenti. sekarang.
13 comments:
salam anne
lama tak berupdate tetiba story sedih..nak berhenti dr aper nie
anne, u go girl! mana yg baik utk anda, akak angguk tanda setuju :)
mungkin berhenti ini yg terbaik. who knows.. hukhukhuk~
sesekali kita perlu berhenti.....
beri peluang pada diri sendiri... all d best!
sya tahu awk kuat tuk buat sesuatu keputusan...Insya'allah awk bleh!
bila penat berhentilah..
dan berehat
huhuhu.. :(
thanks to all.
aku tidak mahu menjadi barang. disimpan, disorok. tidak diketahui. akhirnya luput dan dilupai orang.
saya pernah melalui fasa ini..... rasanya saya mengerti..
Memang susah buat keputusan. Tapi adakalanya itu yang terbaik.
Tabah!
knowing what you want is always a good thing.
i doakan yg terbaik untuk apa saja pilihan yg u buat.
Selamat ari raya maaf zahir batin! Dah lama sangat rasanya tak singgah ni, maklum aja lah.macam macam hal jadii kebelakangan ni.semoga ceria ceria di sisa sisa hari raya ni.hehe
ko nk benti pa ni??benti merokok? berenti bercinta...???ekekkee
u r strong, determined and focus girl!
and i know u know what's best for you...
you've got my 200% support!
*hugs*
aminbakish,
terima kasih kerana mengerti.
satu penghormatan bsr bg sy.
anne,
thank u~
suka bebel,
xapa. selamat hari raya juga.
anul,
dua2!
sis rasp,
thank u sis *hugs*
Post a Comment