dah lama aku takde gambar yang riang-ria macamni =) last mungkin masa pergi cameron dulu kot.
lokasi pengambaran adalah di kaki gunung kinabalu. sejuknya usah tanya. lagi-lagi dengan tema pakaian yang tak sesuai tu. rasa sama macam cameron waktu dah nak malam. tak ada terik cahaya matahari langsung. kalau ikutkan dua kali aku ke kaki gunung ni, dua-dua kali itu jugak la cuaca hujan.
itu saja serba sedikit tentang gambar. cerita lain, erm.. nothing much.
kalau bole, aku harap harini belum jumaat. terbalik pulak ye. selalu tak sabar nak jumaat. hehe.
sebabnya... sejak cuti raya haritu, dah 2 minggu berturut aku tak balik rumah mak. dalam situasi aku sekarang ni.. kalau bole, aku malas nak balik. bukan apa.. duduk rumah, tak ada benda nak buat. nanti aku akan semakin banyak fikir. maka makin menjadi-jadi fikir itu fikir ini. end up, susah hati. so untuk apa aku balik? serupa aku tak ada aje.
tapi kalau tak balik juga, aku tetap tak akan ada mood dengan tiba-tiba pun.. nak keluar pun mesti orang bosan tengok muka aku yang tak bersemangat ni. hahhahaha~ the only gud point dat at least takde la mak aku yang jadi mangsa.. terpaksa mengadap muka toye aku nanti. huhu. lagipun.. aku tak akan punye la nak 'reveal' keadaan sebenar pada mak. kena jadi hipokrit. itu yang aku tak suka. haish.
at dis very particular moment, keadaan terkawal. amarah? tiada. aku tidak pernah marah dengan apa yang berlaku. yang ada cuma sedih dan kecewa. selebihnya aku cuma TAKUT. bila sebut perkataan tu.. air mata mesti bergenang tiba-tiba. nape entah. trauma kah aku? ah! lupakan tentang itu.
apa kata kita cerita tentang makan-makan. selera aku jatuh merudum lately. sehingga aku bole ingat dengan tepat apa yang aku makan sejak seminggu lalu :)
masa di kk aku sempat minom air avocado. enak! kenapa dekat sini rasanya lain eh? macam rasa pencuci muka aje =P
lauk pauk nasi padang as usual, banyak. dagingnya macam papan. hehe. pemandangan pun best. dekat jeti jesselton. sambil makan sambil dibuai angin sepoi-sepoi bahasa sabah.. :P aku kan suka pantai.. suka laut.. suka pulau.. suka sunset.. suka suka suka sgt! semua tu dekat dengan jiwa aku yang konon keras tapi rapuh tu. hehehe.
and once again, nak makan apa malam ni ye.. hmmm..
12 comments:
aduiii.. jelesnya.. aku dah lama teringin ke kinabalu.. x dapat naik pun x per.. asalkan sampai...
tp kalau dah sampai,rsnya aku akan gagahi jugak naik ke atas... (walau fizikal kureng bagus..)
teringinnyaaaaaaa!....!!!!!!!!!!!
ko gi sabah ke? aku gi sabah hr tu tak gi pun gunung kinabalu.
jiwa ko keras dan rangup la anne..eekekeke
aku sudah naik itu gunung! huhu
anne.. rsanya kita berada dlm mood yg sma.. even aku xtau ape prob ko.. hopefully ko tabah.. aku pun tgh cuba menyimpan apa2 yg patut ketat2 dlm hati spy tak terlepas keluar..
tapi ntah la smpi bila bole simpan...
nak gi pantai!
zona,
la teringin eh.. mari2 kita pegi lagi hehehe. aku pun smpai kaki gunung pun jadila.. =)
tulip,
aah utk kali ke 5. ko keje mmg la xsempat nk gi kaki gunung. mcm aku 2 trip yg awal aku gi shoppin je pun. lps2 tu br xplore sket2.
anul,
hahahhahaha~ ko ni mmg tau =p
moment,
wah ye ke?!! ni harus zona lg jeles ni hehehehe.
thanks wafa.. wlpun mslh kita mungkin xsama.. aku harap ko tabah jugak.
jom piknik!
jom piknik!!
jom piknikk!! haahhaa..
situasi mood kita sama la..sedih....
me pantai kureng skit sis,
takat gi tepi pantai,
tgk sunset bagai suka lah...
cari kedai seafood, makan lagik suka :)
nak turun main air tak suka coz rasa melekit...
u take care tau!
mmg ceria sungguh gambar tu.. ai laike!! :D
comelnya awak!!!
kak masy + kurzz,
sila sila.. =)
ena,
kenapa ni sedih2?
sis,
samala. mandi pantai so so je.
tp lepak2, sgt2 suka! hehe. thanks =)
achik,
ceria eh.. hehehhehe
kak mya,
ha tang mana comel tu meh tgk sket.. hahaha. thanks neway :)
Post a Comment