Tuesday, December 15, 2009
Wednesday, December 09, 2009
aku sedang susah hati dengan hal famili. susah hati sgt. sehingga aku tak tahu mana satu realiti mana satu keinginan. aku tak pasti apa lagi yang aku boleh buat.. selain mengharapkan rahmat turun dari langit. aku mahukan kebahagiaan datang memelukku erat-erat. untuk sekali ini.. tolong jangan lepaskan.. kerana aku mungkin tak akan kembali.
Ku selalu memikirkan tentang kita
Apa pun yang harapan yang dikejar
Kerna aku masih penuh rasa ragu
Melihat kau seperti tak bersungguh
Jika kau mencinta
Berikanlah ku rasa
Diriku dah berikan yang terbaik
Dan bukannya nak mengungkit
Siapa benar siapa salah
Siapa menang siapa kalah
Dah berikan yang terbaik
Memaksa hati merisik
Mungkin kau bukan teman hidup
Yang terbaik untukku
Memang benar ku amat mencintai mu
Dan harapkan di sana pun begitu
Tetapi kau tak luahkan perasaan
Apa lagi memberikan ku kasih.
.
.
~yang terbaik ~
Wednesday, December 02, 2009
bicara di kala hujan ;p
shawl dari india. ai loike purple! bos ku yang pergi recce baru-baru ni yang bagi. nampak tak 'mata' bulat belakang atas tu, kamera cctv yang setia memerhati aktiviti ku~ adeh.. dats y aku rajen ;p
.
.
bulan ni banyak cuti tapi kerja tak surut pun. sabar jelaa.. apa-apa pun so far semua da place in order, manageable la orang kata. kurang la sikit kacau-bilau dalam kepala otak ni. nothing much to worry.
setakat ni aku belum dengar lagi cerita pasal azam. biasanya da hujung tahun ni selalu kecoh sikit dengan kes azam baru & azam lapuk ;p hmm.. as for now, aku rasa azam tak perlu tunggu tahun baru la. cuma mungkin kebetulan, banyak perkara macam bayar nak study loan, wed thingy, parent thingy, savings - asb & tabung haji, bil astro.. most of it aku set up baru-baru ni so automatically acara memotong gaji secara besar-besaran shall start next year.
frankly speaking, memang terasa la bebannya bagi orang yang bergaji rendah macam aku ni tapi terpaksalaa.. adat berhutang, dah pinjam.. bayar lah. selebihnya saving untuk masa depan yang tatau lah cerah ke gelap.. huhu.
biar la tak ada duit nak shoppin pun.. daripada tido tak lena, asik ingat hutang. daripada dok teringat kalau aku takde, macamana hidup mak abah.. huishhh. sangat mencabar minda okeh. tak apa lah.. aku percaya aku takkan sampai mati kering sebab tak makan. hehe. insyaAllah.. rezeki itu ada :)
cara aku cakap, nak bayar itu nak bayar ini, macam orang bakal dapat banyak increament je hujung tahun ni ye.. hahahhaha! sok sek sok sek.. memang macam-macam. tapi wallahualam. tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi harapan aku.. cewahh ;p~ ah tak kisah la. malas nak fikir. huhu.
ciao~
Tuesday, December 01, 2009
Kadang-kadang bersinis lebih mudah nak buat org faham :)
tadi my f&b manager cakap tentang 'bagaimana orang lelaki berbahasa kepada orang yang dah berbudi' esp melibatkan berlainan jantina.. dan dengan tiba-tiba je hati aku ni macam terdetik. rasa macam nak tau sangat pasal sesuatu ni. cumanya.. aku benci nk mulakannya semula. satu, sebab aku pasti soalan aku akan dipandang secara negatif. seolah aku lah manusia yang paling buruk perangai dalam dunia ni. tapi bukan ke orang yang takut nak beritahu kebenaran ni biasanya menyembunyikan sesuatu. hmmm..
dua, sebab aku tak mahu dikata asik mencari pasal. dituduh merosakkan suasana yang kelihatan agak harmoni lately. jadi aku buang keinginan untuk tahu itu jauh-jauh ke dasar hati. dan memujuk hati bahawa yang dah lepas, biarkan lepas. walau tak tahu duduk letak hal ini yang sebenar, lebih baik aku beri kemaafan awal-awal. maafkan saja. itu yang aku termampu.
haihhhh~
cerita lain.
orang tu viewed aku lagi. apa lagi la kali ni.. kau baca blog aku ni kan?! tolong beritahu aku, dulu bukan kau ke yang beria nak pergi sekarang buat apa cari aku lagiii eh?? aku ada hutang kau eh? bak la acc no.
cerita lain lagi.
aku paham masalah kau. kau kata aku penting tapi fikiran kau semak. ye aku paham. tapi kalau dah 365 hari asik semak dengan hal sendiri, korang rasa dia bole ke jumpa 'aku' dalam semak samun kepala otak berjambul dia tu?? payah la kan.. asik pikir hal sendiri je.. so sori laa. aku bosan ok. titik.
cerita abis.. ;p
daa~
Hello, once again~
Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...

-
Bismillahirrahmannirrahim. I guest it's about time to update. It's been ages since my last post. I feel like doing nothing. But wh...
-
Nov 2018, London - France - Netherlands - Belgium - France - London. Sort of last mins plan yang betul betul tak sangka. Walaupun...
-
Salam 2023. It's January again. The past 12 months was a reminder for me to take care of health more seriously. Well of course i'm o...