Monday, January 25, 2010

Because am worth it

just received some gud news. alhamdulillah. syukur sgt2. Tuhan dah lorongkan jalan, tinggal aku utk pilih yg terbaik utk diri sendiri & family. thanks to all for ur support.. :) appreciate dat.

aku perasan lately ramai yg jatuh sakit. bosses bergilir-gilir ambik mc. aku, sedaya upaya nak mantain sihat. sejarah awal tahun lepas, tak memihak pada aku. asik jatuh sakit. tahun ni nak cuba bertahan. ada bnyk perancangan utk menyihatkn badan. kena susun satu2 ni.

sedar tak sedar, ni dah hujung bulan satu. serius aku tak perasan. kurang 2 minggu dari sekarang aku akan ke bandung utk kali kedua. actually ada satu lagi perkara penting bulan dua ni. tapi hal bandung mcm dah overshadow sampai aku lupa hal yg satu lagi tu. nampaknya aku lebih sibuk kan nk ke bandung compared to celebrate bfday :) silap2 bole lupa ni nnti. hmmm..

.

.

sedang pertimbangkan utk move on. utk masa depan. dan utk diri sendiri. aku dah terlalu banyak mensia-siakan waktu muda dgn menunggu dan membuang masa. totally not worth it. maaf. aku juga punyai impian. bukan kau saja.

Thursday, January 14, 2010

Entri Pertama 2010

2009 dah lama melabuhkan tirai. 2010 pun dah hampir separuh bulan menjengah. baru ni aku mengapdet. tak ada apa yang penting. cuma cerita tentang aku.

tahun ni aku lalui dengan hati yang terbuka.. berhadapan dengan kedewasaan dan semakin menikmati kematangan.. walaupun ramai yang kata aku matang sebelum usia, aku percaya masih ada seorang ini yang tak pernah mengakuinya. terpulang.. harapan aku, semua yang positif. semoga perbezaan pendapat dapat merapatkan jurang. hopefully.

itu adalah harapan. dah namanya pun harapan.. belum tentu kita dapat. apa yang aku inginkan.. sangat berbeza dengan apa yang aku rasai. tahun ni permulaan tahun yang paling teruk pernah aku lalui. cakap saja mengenai apa. kerjaya, kewangan, family, relation semuanya yang paling corot aku pernah lalui. cuma satu yang aku bole rely on. persahabatan. itu satu-satunya perkara yang buat aku gembira.

persahabatan itu konsisten. bukan hanya masa bila kau perlu aku, kau ada. bila aku perlu kau, kau hilang. persahabatan itu 'bermuka tebal'. walaupun aku bad mood sepanjang hari, dia tak pernah pergi. sentiasa ada di sebelah. kerana sahabat tau.. aku bukan manusia pemarah tapi yang berselindung disebalik amarah adalah rasa kecewa dan kesedihan yang mendalam. persahabatan itu mendengar, merasai, memahami.. menyokong.

hmmm... jangan tanya berapa kali aku menangis tahun ini.. haha! terlalu murah harga airmata. mungkin kebahagian masih belum berpihak kepada aku. masa masih panjang.. 2010 pun baru bermula. sabar. sabar. sabar. itu yang aku terus pegang supaya tak tergelincir.

..

"people may doubt what u say, but they will believe what u do"

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...