sekarang ni musim virus kembali menyerang. so agak risau la jugak kalau jatuh sakit. jangan demam, jangan demam. ulang kata-kata tu berkali-kali pada diri sendiri. aku tak nak demam sebab minggu ni ada kenduri kawin sepupu + wan ada kat sini + nak kekalkan rekod zero mc untuk tahun ni.. insyaAllah.
malam tadi masa nak balik from dinner kat sacc, hujan turun selebat-lebatnya. wan fetch depan foyer berbumbung. so memang tak kena hujan la.. setakat kena air hujan tempias-tempias manja je. dia la yang berhujan sebab nak ambik kereta.. kesian dia. tapi bila da sampai rumah, memang tak ada jalan lain la. by hook or by crook i had to. kena jugak meredah hujan yang menggila tu.
sampai rumah kak ila, terus mandi. cuci rambut segala tengah-tengah malam tu. dengan air suam-suam panas. lepas tu terus berkelubung. hasilnya aku tido lena dan pagi ni alhamdulillah.. tak rasa nak demam.
gelombang h1n1 kali ni, so far dah ada 2,3 kes kat ofis ni.. tapi company tak boleh tutup. just monitor siapa-siapa yang sakit, make sure pakai mask supaya tak sebarkan virus. yang positif pulak samada warded atau kuarantin kat rumah. hopefully takde la tambah kes lagi..
Friday, May 07, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hello, once again~
Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...
-
Salam. Dalam proses meluahkan perasaan dalam entri lepas, ada satu nama yang aku terlupa untuk berterima kasih. Maaf ya! Sms dia haritu, ...
-
currently i'm listening to i'm lucky one. . "..ku persembahkan satu citaku.. setulus hati hanyalah untukmu.. dan ku laku...
No comments:
Post a Comment