Wednesday, May 18, 2011

ke 670..

aku labelkan diri aku sebagai orang yang tidak begitu berani mencabar diri.  apa yang dilorongkan itulah pilihan aku.  cuma mungkin ada sesekali aku sendiri yang mencari sesuatu di luar kebiasaan. atau kalau aku memang tak boleh langsung, sedari awal aku pilih jalan berhenti.

sebab tiada keinginan dan keberanian mahu mencabar diri, aku rasa aku tiada ramai musuh begitu juga kawan.  dan aku juga ambik masa yang lama untuk sedar potensi diri.  sebagai contoh, selepas hampir 5 tahun diunjuk depan muka berbagai iklan, baru dua tahun sudah aku pergi interview stewardess.  itupun atas desakan hati sendiri.  senang kata, orang lain desak bagai nak rak pun kalau hati sendiri tak terbuka, no point.

nak buat hati terbuka ni pun bukan bole dibuat-buat. dimintak-mintak.  selalunya bila da ada sebab yang pasti baru rasa macamtu.

selagi tak ada sebab yang pasti dan aku pun rasa tak terbeban sgt otak dlm situasi tu, aku ikutkan aje.  aku malas nk berfikir sgt sebab aku ni dlm golongan yg ekstrem kalau bab berfikir.  end up gastrik or migrain.  pilih je yg mana. hm.

lagi satu aku rasa mungkin aku cepat percayakan orang.  sebab kalau kita tak percaya baik duduk dalam hutan sorang-sorang.  aku percaya bila orang tu kata, dia fikirkan situasi aku.  dia faham keadaan aku.  dia faham keinginan aku.  so aku percaya. 

tapi aku takut.  aku takut sebab aku dah labelkan diri aku sebagai orang yang tidak begitu berani mencabar diri.

hmmm... mungkin dah tiba masanya untuk aku mula cabar diri sendiri.  bermula dengan satu langkah.  

dan seterusnya.

insyaAllah. 

3 comments:

zonaku said...

go slow..

kingbinjai said...

Salam. Selamat mencabar diri

kak masy comel said...

dah bertindak ke?

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...