Wednesday, March 27, 2013

No need title.


Aku baru perasan dah lama tak show off muka sendiri kat blog sendiri.

So sebab malas nak taip panjang panjang dan juga supaya aku bole sengih sorang sorang tengok gambar merapu merepek event dalam setahun dua ni, dan juga..

supaya aku sedar yang life dan keja aku taklah bosan sangat sebenarnya..  *motivasi diri kejap*

So here goes gambar secara rambang a.k.a malas-aku-nak-susun oii.. hehe


Corporate Comm memang suka men-diva. Bila time event, kebanyakkan item juga accessories di tubuh badan memasing adalah FAKE. Harap maklum :) Matiklah bocorkan rahsia. Hehe.



Lepas event ni abis, orang lain terus lesap tapi puak puak ni berdesup berposing macam nak buat cover album puas puas sampai laki kena tunggu bagai. T_T

Event : Annual Dinner, Palace of Golden Horses 2012




Ini dari album yang agak purba sikit. But as usual Corp Comm men-diva v.2. Mana taknye, kat rumah memasing takde pondok camni. Maka ramai-ramai menghenyak pondok ni sampai bergegar. Nyaris tak runtuh je.
Event : Hari Raya Open House, UMW 2011





Bersama primadona Eilin dan one of the volunteer apa ntah nama abang ni aku lupa lak tetiba..


Awesome volunteers! Muka letih tapi bergaya tak nak kalah :) My 4th time dah rupanya. Same old same old. Hajat untuk menang tike MAS ke Kathmandu, gagal lagi T__T Tgh fikir mau cuba lagi ke idak tahun depan.. Hmm..

Event : MERCY Annual Fund Raising Dinner, KL Hilton 2012





Ah yang ini, segala yang fake kena simpan. Datang dengan muka polos suci murni saja. Program kuCintai bumi kita. 'Sampah' yang paling banyak dijumpai, kondom. Serious talk k. Cheapskate punya orang! Aku meriam bontot korang sekor- sekor baru tau. Bodo. Apa yang best event ni sebab dapat makan cendol kuala selangor yang pemes tuuuu!!! Walaupun motif terpesong sikit, tak silap aritu berkilo-kilo tau dapat pungut sampah. *tepuk bahu sendiri*

Event : Gotong-royong di Bukit Melawati, Kuala Selangor 2012





Owh.. this is one of my feveret event.  Jaga booth kononnya. Padahal not really jaga pun... Buktinya, sila refer gambarajah di bawah....

.

.


Awww.. dapat bergambar bersama Champs!! Itu pun selepas adegan tolak menolak dengan segerombolan kanak-kanak.. pfftt.  O btw, i mish my dear colleague Erma. 'Hey, u ingat i lagi tak?' *lambai lambai ala Miss World*   

Event : GLC Open Day, Kuala Lumpur Convention Centre 2011
  



Ni pun faveret event gak *dah semua feveret dah..* sebab dapat lucky draw berupa laptop mini dan printer. Tajuk gambar : Abang Nuar tengah tunjuk gaya berpusing 45 darjah celcius. Dia kata, kena mengadap cahaya, nanti gambar tak cantik. Begitu concern sekali! Nampak tangan kat bahu tu? Yes memang tengah mengambil kesempatan meraba bahu beliau. Alaa apa la sangat berbanding hamba Allah mana ntah yang sempat meraba vontot beliau malam tu. Dengar khabar, aksi itu berjaya ditangkap sang photographer. Hahahha. Amaran : Ini wajah asli beliau sebelum bertukar menjadi susuk-man.

Event : Annual Dinner, Nikko Hotel 2011





Safety briefing ke nak bertakbir ke.. sendiri konfius. Aku kan paling tak berkenan bila tengah serabut pale otak dengan keje sampai rambut pun tak sikat pagi tu sekali tetiba kena panggil jadi MODAL photoshoot. pfftt..

Event : Photoshoot Shawl & Tudung for Corporate event




My boy Suresh!! Awww sampai sekarang ingat nama dia. This boy tak reti cakap. Memang sepanjang bershopping tu tak cakap langsung.  Tapi bila orang cakap dia faham la jugak walaupun macam ayam dengan itik. Pengalaman shopping baju budak adalah fun! Lelebih lagi yang tak banyak karenah ikut saja citarasa mak tumpangan yang taste ZARA, Givenchy tapi nak harga JUSCO ni. Obtw, tu lolipop ke 3 dah. Rasuah supaya mudah diheret ke sana sini. End of the day, budak ni jadi hyper gula. Nak patah pinggang aku dokong dari JUSCO ke Burger King hujung sana nun. Baru ku paham apa kegunaan stroller.

Event : Deepavali Shopping Spree, Mid Valley 2011





Ini event tarbiyah untuk diri sendiri T_T.



Tapi fun jugak. Siap ada Geng Raja Lawak. Btw 'sorry ye, i dont get your name..' Hehe. Nampak sangat tak tengok tv.

Event : Gotong-royong & Sambutan Hari Raya di Rumah Orang Tua 2011





Ahaa. Ada gaya petani moden tak? Hehe.  Ini event serampang dua mata. Sambil tanam pokok sambil berkubang. Tak tau lah hidup ke idak pokok yang teman tanam tu.. semoga berkembang mekar dan bisa menahan jika ditakdirkan terjadinya bencana. Amin...



Sambil tanam pokok sambil shuffle.  Ko adaaaa?! Hahaha..  Kasut Phua Chu Kang tu asyik lekat dalam selut. Lagi lama stay kat satu tempat lagi dalam kaki terbenam.


Tu bukti buat keja. Nampak macam dua tiga orang je yang buat kan.. tapi sebenarnya

.

.


Nah! Dah rupa macam pelarian kena tahan imigresen dah memasing... Hewhew.

Event : Mangroove Tree Planting, Sg Pelek 2012




Ah dah la tu. Kot nanti rasa nak show off lagi, will tepek some more :D

Till then..

Monday, March 18, 2013

Wanita yang menggoncang dunia




Selama aku membesar dan mendewasa ni *tetaplah takmo la cakap tua kan*, abah secara fizikalnya lebih kuat berbanding mak.  Yelaaa, dah kejadiannya orang pompuan lemah gemalai gitu kan. Tp under certain circumtances, pompuan yang lemah gemalai tu mampu menggoncang dunia!~

Tapi tu cite lain la. Ni cite pasal mak. Kalau nak diikutkan, mak aku memang bukan sihat sangat. Orang diabetik ni tau tau jelah. Ubat berkotak-kotak tu biasak ahh.  Jari kaki tu dok bertampal je dari tahun lepas. Pastu sikit sikit demam. Sawan pengantin la. Badi mayat la. Macam macam mak aku ni tau. Tapi sejak abah sakit awal tahun haritu, aku cuma baru dengar sekali je dia mengadu, "rasa macam nak demam tapi tak jadi.." Tu je.

Sepanjang abah sakit ni, bila abah gi ofis dia ikut.  Abah gi hantar surat dia folo. Sebab dia tak reti bawak keta maka dia jadi bodigad aje. Abah sakit tengah malam dia jadi nurse. Tido ntah kemana, entah makan entah tidak. Memang superwoman abes *tinggal tak pakai sependa di luar saja heheh*..

Serious aku kagum.  Tapi aku faham.  Jiwa pompuan macam aku cepat faham kenapa dia jadi camtu.  Selalu aku tengok dalam tv je. Sandiwara malam ini la, cerekarama la..  Ini kali depan mata, real punya.

Hmm.. Kita ni, akan jadi kuat bila orang yang kita sayang dalam keadaan susah, sakit.

Tetiba lak aku rasa serabut.  Haishh..

Oh btw, abah dah beransur sihat dan bekerja seperti biasa. Makan pun macam dah ok jugak. Dari jauh dah bole dengar slurpp slurpp menghirup mee sup haritu. Hehe.


 

Friday, March 08, 2013

Wednesday, March 06, 2013

Gagal hari ini tak bermakna gagal selama-lamanya~

I can consider myself a pasta person.

Buktinya, walaupun terorder pasta kaler hijau mendak yang rasanya macam makan klorofil masa cuti CNY tempoh hari, the next day when we went out for my ganti birthday dinner i still gigih ng-oder pasta jugak.  Cumanya kali ni perasa tomato basil yang so far tak penah gagal buat air liurku kecur.  I ate till titisan tomato yang terakhir i tell ya. Huhu.

Dalam erti kata lain, kegagalan pertama bukan ukuran untuk takut mencuba lagi.  Perggghhh ayattt.. Hahaha!



Macam ni la lebih kurang gambaran green pasta tu. Cuma aku punya haritu BIG portion.  Amekaw~..  Salah aku gak laaa main order je.  Tapi tak aci la blame me 100% jugak sebab time pegi makan tu, kekedai semua tengah pakat nak tutup sebab nak pegi makan besar! So we just bedal saja.  Dapat menu, belek 3 saat sesatu page terus order.  Tak pasan langsung ada tulis GREEN di situ T__T. Lagi unfortunate nya, nak buat second order dah tak bole. "Maaf, chef kami dah nak balik nak makan besar"

OOoooo ko kira makan besau korang aje.. Abis tu makan besau sempena besdai aku cemanaaaa lak.. T__T 

Nasib badan lah besedai time raya cina.  Tapi takpelaaa.. Disebabkan gagal meraikan this special girl on her special day, dua kali aku dapat makan besauuuu punya! Hehehe.. Kenyang sangat. Alhamdulillahhh..

Tq for the tomato basil pasta yang nahhh melaut garlic dalamnya (rasa macam nak tapau garlic tu balik leh buh dalam sardin nan seperiuk)... namun tetttappp sedappp~ Tak kurang juga, salmon grill yang masam masam manis masin ahhh complete sangat rasanyaaa... *meleleh jugak air liur aku menaip sambil imagine ni.. hahahaha* Tapi satu je regret.. takde gambar.  Hmmm.. Next time la.  Kalau diijinkanNya :)


Ah lapar pulak.  Nak gi makan sat na. Daa~

Tuesday, March 05, 2013

Entri Tapi

Aku dok batuk-batuk and flu sejak dua tiga minggu lepas. Tapi batuk yang manja saja bunyinye.  Bukanlah macam jenis batuk kering tu.  Ni semua gara-gara badan panas semacam mau demam. Pastu tak semena-mena je menggilakan minuman berais. Makin panas badan, makin nak yang beraissss ajee. Tu yang jadi batuk n flu tu kot.

To be exact end Jan lagi da start panas badan yang tetiba je. Rasa panas je tapi tak sakit macam selalu bila time demam.  Tapi pegi jugaklah in house clinic n doc bagi ubat demam n flu as usual. Dia kata demam sikit.  Aku, ooo yeke.  Tapi ubat tak makan pun. Huhuhu.  Dah tak rasa sakit buat apa makan ye dak. 

Maka minggu depannya mai lagi demam dan flu yang manja-manja gitu.  Nasib da ada ubat.  Nak harap pegi clinic memang malas la. Kemudian nak dijadikan cerita lagi sensasi.. minggu lepas birthday haritu, mendemam lagi. Sampaikan time tido malam mesti hidung blockage cam longkang.  So nafas ikut mulut sampai bunyi bunyi n even worst pedih tekak.  This time pegi jugak clinic sebab nak mintak ubat batuk n flu. Doc bagi ubat demam sekali. Tapi tak makan pun ubat demam tu. Membelasah ubat batuk sajor sebab sakit tekak melebihi rasa demam. Tapi cukuplah dua tiga hari saja.. lepas tu aku buang dah ubat tu sebab susah nak bangun pagi! Bukan la tak bangun langsung cuma susah je.. Hehe. Dengan muka membengkak lagi. Hilang keayuan ai.. Nampak sangat tak sihat kan :P

Sekarang ni pun still ada sikit lagi kahak-kahak n flu tu tapi ais TETAPPPlah minum malah makin bertambah adalaa! Adoii.. Kena kurangkan balik ni. Haishh..

Tapi better kot rasanya sekarang ni banding haritu.  InsyaAllah :) So korang korang pun silalah jaga kesihatan ye.

O btw aku da register StanChart KL Marathon :) 10km tuuu... Tak tau lah bole complete ke tak within 2 hrs tu. Hehe..  Alaa motif pun sebab nak suka suka aje sambil tu nak jugak menjaga bodi yang dicompliment pasal kes cheongsam tempoh hari.  Hahaha sempat lagi :P Terima kasih ya Allah atas pinjaman-tanpa-faedah Mu ini.. :)


## ntah berapa banyak tapi daaa dalam ini entri :P


Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...