Friday, March 31, 2006

Because u make me so smile..

Kehidupan aku akhir2 ni mcm berserabut sikit but at the same time rasa mcm tenang.. especially sebelum tidur. Da jadi habit pulak sebelum tidur mesti nak dengar lagu2 from lite n easy. Then baru dapat tidur yang best!

Eventhou aku tak apdet blog 2,3 hari ni tp aku tetap apdet journal aku. InsyaAllah one day i shall publish my journal.

Rutin hidup aku lately,.. 8am pi ofis then balik 8 to 8.30pm. Sampai rumah tengok citer korea kat 8tv then continue kat ntv7. Lepas abis citer2 tu, br pi mandi, solat dan bukak buku. Dinner memang tak masuk agenda hidup aku. Tp da 3 hari aku tak bukak buku besides aku dgr lagu pulak.

Sebenarnya aku tak follow citer korea yg br abis ni.. Green Rose. Tp setiap kali nak baca buku,.. tumpuan aku teralih bila terdengar lagu tema nya. Lagu korea yang paling menyentuh perasaan. Akhirnya, aku tertengok jugak citer tu sampai abis! Sape ada lagu tu,.. dipersilakan bagi kat aku.. ngeh, ngeh..

Citer yg baru ni siri drama terbaik di korea tahun lepas. Citernya memang kelakar.. mengingatkan aku dengan Full House. Tp dalam kelakar2nya tu.. ada sesuatu yg membuatkan ketawa aku mati tiba2. Ini sebahagian kata2 dlm My Lovely Sam-soon yg membuat aku terkedu.

episod per-1,

' dia memberi aku kebahagiaan yang selama ini aku impikan..'

'cintanya umpama musim2 indah yang memberi kebahagian dalam hidup aku..'

episod ke-2,

' aku inginkan lelaki yang akan memperkenalkan aku sebagai kekasihnya dengan rasa bangga. tp dia tak pernah nak mengenalkan aku dengan ahli keluarganya'..'

' itu sebab kerana dia masih ingin berpoya-poya. kau yang bodoh kerana tak tau tentang itu.'

episod ke-3,

' bila kehilangan cinta seolah2 kehilangan keyakinan diri..'

'dulu..., aku percaya pada kata2 manisnya. walaupun aku tau ianya bohong belaka.'

' bila aku lihat matanya,.. aku rindukan segala kenangan manis dulu..'

Kenapa aku terkedu??! Sebab kata2 tu kata2 yang pernah aku lafazkan dulu dan.. kata2 yang memenuhi ruangan journal aku 2 tahun lepas. melihat perempuan itu seolah2 melihat diri aku! perbezaannya, aku tak se'clumsy' dia dan aku belum bertemu penyelamat aku lagi!

Aku tak tau sampai bila bayang2 itu akan mengikut aku. .. Aku da tak sanggup nak membawa beban tu sepanjang hidup aku.. Aku nak lepaskan semuanya..

Aku rasa aku da penat sangat. Hmm, takpelah, esok aku ada trip ke JB. Teman kawan baik aku yang ada seminar kat sana. Walaupun aku tatau apa yg best kat JB tp aku harap dengan berjalan2,.. aku bole release sikit tension.. dan bole keluarkan segala kesedihan yang terperuk dalam diri aku selama ini.

Okla, kuis ketepi citer sedih.. kat bawah ni aku upload gambar2 kitorg,.. ofismet aku masa karnival sukan December 2005. Bersukan ni salah satu cara utk release tension jugak. Aku sendiri pun memang minat bersukan so memang enjoy giler la!! pulak tu group kitorg menang 4 daripada 5 acara!!! so, enjoy d pics k..

acara 'boling'!! berat giler kelapa tu. aku rasa kelapa tu da macam bola 15. tp da takde choice, belasah je..

Blackrose!! Blackrosee..!!

kesian kakak ni kena bungkus.. saba kak ye.

6 comments:

Sham said...

lek arr.. takmo arr sedey2.... idup ni tak lamo.. kalao asyik sedey.. rugi arr idup.. betoi tak?

Masy said...

aaaaa arianna..
mmg kekadang tu skrip2 cite korea ni keneee je dgn kite kan?sama ada kita pernah ucapkan, atau org penah ucapkan pd kita.

cite Full House nk kuar balik kat tv - 8tv starting dis wiken. pukul 4, ok laa tu..hehehhe

Sham said...

tak payah tunggu kluar 8tv.. pinjam jer vcd akak awak tu... boleh tgk sampai lebam.. ahahahaha

Masy said...

hoohohooho..ade org len da pinjam daa..sibbaik ade 2 copy vcd tersebut kat umah..lalalalalla

Sham said...

"sib baib baik aderr 2 copy" maknanya ader lagi ler kay umah tu.. ahakssssss

arianna adrizal said...

sham,
rugi ek.. okla. betoi kot..tp kekadang perasaan sedih menjdkan diri kita lbh humbl. tp jgn keterlaluan sampai defenseless pulak.

kak,
wah2.. kul 4 pulak. nmpak nyer gumuks dpn tv jelaaa.. *bis petang2 kan ms yg enak utk menjoggingkan diri*

eventhou da de vcd, da nengok 40, 50 kali tp kalau da suka... tetap kena tengok jugak!!!!!! ;)

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...