Setiap kali aku post entry ala-ala jiwa lara macam last week, mesti aku nak update entry baru cepat-cepat. Sebab aku rasa segan... Malu bila orang 'tengok' kita bersedih. Tapi sebagai manusia biasa aku perlu meluahkan apa yang aku rasa. Jika terlalu lama dipendam, kelak memakan diri. Hendak meluah kepada kawan, mereka pun dah tepu dengan masalah sendiri yang tak surut-surut. Jadi hendak tak hendak, di sinilah tempat meluah rasa hati. Tempat mengurangkan beban. Rasa lega juga!
Selain daripada meluah kat sini, aku pergi massage. Memang elok sangatlah bagi kita mengurangkan stress. Tapi bagi yang perempuan macam kita ni, kenalah pilih-pilih sikit tempat mengurut tu. Nanti jadi macam aku dan kak shaz haritu.. Haru!
Kitorang dengar ada pusat urut tradisional baru dibuka kat area sini. Jadi tengahari tu kitorang pun bergegas la ke tempat tu seawal 12.30 tengahari lagi. Sampai-sampai, tengok kedai tu agak besar juga. Rongga hidung kami dipenuhi bau minyak angin yang begitu melegakan.
kak shaz: kami nak urut kaki
orang tu: boleh. tapi lg elok cik ambik set satu badan baru rm50 je. kalau kaki pun da rm30.
orang tu: kalau urut satu badan lagi elok. segala urat yang tegang tu longgar sikit. lagi-lagi orang muda.. kena jaga sikit badan. kamu berdua da kawin?
kak shaz: err.. belum lagi.
orang tu: ha, yg belum kawin ni lagi nak kena jaga awal-awal.. urut satu badan la.
Kak Shaz pandang aku. Aku senyum.
kak shaz : mm, tak pelah.. tak sempat kami nak balik ofis nanti. kami nak urut kaki jelah. lain kali baru urut satu badan.
Nak tau sebab apa kami tak nak urut satu badan walaupun harganya agak murah?.. sebab tukang urut tu LELAKI. Biarlah rm10 pun... biarla kami cari tukang urut perempuan dulu.
Pengalaman aku berurut dengan tukang urut lelaki? mmm.. aku rasa macam nak sepak je abang tu sebab sakittt! Haritu aku jatuh tangga kat lrt station sampai lebam dan bengkak tapi aku tak pergi berurut.. urat kaki pun da bengkak dan masuk angin. Habis aku kena marah dengan tukang urut tu. Padan muka aku..
********************************************
Hari Sabtu lepas, aku ke kenduri kawin seorang kawan semasa di tingkatan 6 dulu. Walaupun aku ada hal lain tapi inilah peluang untuk berjumpa dengan kawan-kawan lain yang dah lama tak jumpa. Aku sampai lewat tapi mujur ada Z dan tunang meneman aku yang datang berseoarangan (alah.. macam lah aku selalu berdua).
Z: mar dengan najah ada kat dalam.
aku : takpelah aku tunggu kat sini.
Tak lama kemudian muncul 2 wajah yang disebut-sebut.
aku: mar!
Sambil aku mengoyang-goyangkan tangan ala-ala ms universe.
mar: eh, anne! comelnyaaaaa kau...
Aku cuma mampu tergelak besar saja. Sepatutnya aku yang mengatakan dia comel sebab ketinggiannya tak berubah.. masih di paras bahu aku saja. Sebaliknya aku yang tinggi macam zirafah ni dikatakan comel pulak. Err.. comel ke aku? (sambil pandang dalam cermin..) Hahahahaaaaaa... *Maaflah kalau ada yang loya baca bab ni yea... : ) * Sebenarnya kami dah 7 tahun tak berjumpa. Minggu sebelumnya aku berjumpa dengan seorang lagi kawan setingkatan dulu. Sampai ditempat yang dijanjikan, aku dah nampak dia.. malah aku berdiri di hadapannya tapi dia macam tak kenal aku. Aku perhatikan dia menelefon. Handphone ku berlagu.
fif: anne ko katne?
aku : aku kat depan ko ni!
Akhirnya kami gelak bersama-sama. "Ko nampak lain.." Tulah ayat standard yang aku terima. Jawapan standard aku, " yelah.. aku da tua!" dan pasti akan dibalas dengan "..elehhhh.."
*************************************
Sabtu lepas, mak kejut aku pukul 4.30 pagi. Lembut je suaranya. Meminta aku mengambil sepupu aku yang datang bercuti dari Singapura. Aku buka mata.. pandang mak dengan pandangan terkejut. 5 saat saja kemudian katup kembali. 3 kali aku dengar suara mak tapi badan masih kaku di pembaringan. Kali ke 4, ada yang menggerak bahuku. Aku buka sebelah mata, nampak muka abah. Buka 2 mata, tengok abah kemas berpakaian. "jom pegi ambik dorang kat klang!". Aku terus melompat bangun dan bersiap.
Jam 5.30 pagi rumah kami dah macam kenduri. Riuh suara masing-masing. Jam 6.00 pagi, aku makan sarapan nasi lemak buatan mak andak aku. Bersembang-sembang, pukul 8.00 aku terus bersiap untuk ke pejabat. Hari cuti tapi ada kerja yang perlu diselesaikan.
Selepas balik dari kenduri kawin, balik terus ke rumah. Hajat hati nak tunggu cerita di 8tv jam 4.00 petang tapi bila jarum pendek baru mencecah angka 3, aku dah tertidur. Mataku tercelik bila telinga menangkap suara riuh-rendah di kelilingku. Rupa-rupanya anak-anak buahku baru balik dari berjalan-jalan. Tengok jam, arghhh, sudah jam 6.00 petang. Terlepas lagi rancangan tv jam 4.00 itu. Hmmm..
********************************
Beruang pun pandai beromantis-romantis..

Whooooaa.....
Apa ajelah dak beruang sekor ni buat..
Nanti la! kita nak itot jugak..
muhut haku hagi beha haaa..
Tengokla, tengokla.. kita bole buat gini! Tererr tak?!!
Mama, jauh lagi ke nih?.. Kite dah penat la.. adeh, lenguh dah kaki ni.
Tengok! Bear tengah zzzzzzzz! Kalau la 'benda alah' ni ada kat depan mata aku, sure aku peluk. eeeeee... mesti best!!!

8 comments:
tomey je bear yg tido tuuuu..
rasa nk peyuk dr belakang jeee...*hugs*
Kalau la 'benda alah' ni ada kat depan mata aku, sure aku peluk. eeeeee... mesti best!!!<------ hehe lepas ko peluk dia anne...nanti dia plak peluk ko..ermm alamat..berbirai ler ko mcm 'roti jala' hhahahaa....*teddy bear leh la..*;p
kak,
mmg pun..lagi besh dr lembu huh!!
;P
kurzz,
heheheheee.. roti jala?! alaa.. nak jugak, nak jugak!!
wahhh...ape yg nak tu??..nak roti jala ker?..nak peluk gak bear tuu..hiks!..musykil alam sungguh..=D
kurzz,
nak peluk bear sambil makan roti jala. hehe..
eh, kak masy kan da ade tedi bear gumuks tu! ada.. aritu kite nampak.
bkn teddy laa..mashimaro..nama dia E-Munk..itu 'dia' yg bagi..huhuh
kak,
kite sumer segala benda spesis-bole-peluk dikira tedi bear. giraffe pun panggei tedi bear. ahaks!
Post a Comment