Saturday, June 03, 2006

Kasih dan kekasih

Kekasihku.. jangan bersedih lagi

Keringkanlah titisan airmata dipipi

Kekasihku.. tabahkan hatimu

Sekalipun tak pernah menduga

Dugaan yang melanda melenyapkan impian bersama

Jangan dikesali atas apa yang terjadi

Mungkin rahmat sebaliknya membuahkan bahagia

Kekasihku.. aku tahu

Kita sama saling percaya

Tidak pernah ada dusta

Kasih antara kita

Jangan berduka kekasihku...

Jangan berdendam pada sesiapa

Bersabarlah menerima segala-galanya dengan redha..

.... kerana itu aku masih di sini. Keputusan telah ku ambil untuk tidak menghadiri majlisnya. Setidak-tidaknya tanpa kehadiran aku.. dia tidak akan rasa serba salah terhadap 2 wanita yang tidak begitu menyenangiku.. ibu dan isterinya.

Mengenang perlakuan 2 wanita yang begitu protective dalam hidupnya, aku rasa hiba. Kasih sayang seorang ibu dan seorang wanita kadang-kala melangkaui batas-batas norma kemanusiaan. Di luar kesedaran, ada sekeping hati yang telah dicalar dengan kata-kata dan tindak-tanduk yang diangkat atas nama kasih sayang.

Kala ini aku rasa ingin menjerit di telinga mereka dan memberitahu kebenaran dan pembelaan bagi diriku. Ketahuilah, tiada istilah cinta dalam perhubungan itu. Cuma tautan persahabatan yang erat seperti satu keluarga. Aku ingin salahkan lelaki itu kerana menyimpan rahsia hatinya tanpa pengetahuan aku sebaliknya mengatur jalannya sendiri. Bila langkahnya tersangkut, aku juga yang menerima padahnya. Sedangkan aku sendiri tidak mengerti apa-apa!

Aku masih ingat jelingan orang tuanya ketika Leez menyedukkan nasi untuk anaknya. Juga ketika makan malam. Tiada keikhlasan dalam ajakannya. Bila aku terus membatu dikerusi, dengan suara keras dan tanpa memalingkan muka orang tua itu berkata, "hang nak makan ka, tak mau makan ka.. pandai-pandaila ambik sendiri". Petang selepas pulang dari membeli-belah di pasar payang, aku duduk di sebelah orang tua itu yang sedang membelek-belek kaftan yang aku pilihkan untuknya. Setengah jam aku duduk di situ, sedetik pun dia tidak bercakap denganku apalagi ingin menoleh kepadaku. Sebaliknya dia berpusing mengadap anak-anaknya dan berbual dengan mereka. Aku seorang wanita.. secara semulajadinya aku mula memahami ketidaksudiannya menerima kehadiran aku di situ. Cuma yang aku hairan, kenapa? Pertama kali aku tidak disukai oleh kaumku sendiri..

Akhirnya jawapannya kuperolehi 2 hari selepas pulang dari sana. Rupa-rupanya dia merancang memperkenalkan aku sebagai 'seseorang' dan meminta ibunya lihat dan pertimbangkan. Aku, terkejut! Kehadiran aku ketika itu hanya untuk menenangkan fikiran yang kekusutan. Sungguh aku tidak tahu! Memang aku berkawan baik dengan dia. Usia perkenalan pun masih baru. Ke mana-mana selalu bersama. Tapi tidak pernah berdua! Seorang lagi rakan baikku, farid mesti ada bersama. Jadi mana mungkin aku bisa menyimpan rasa lebih dari itu. Layanan sama rata. Tapi.. mungkin dia lelaki yang menyenangkan.

Ibunya melayan aku sebegitu kerana dia sudah ada jodoh untuk anaknya. Saudaranya sendiri. Tidak seperti aku yang dilabel ranggi oleh orang tua itu. Lebih-lebih lagi bila mengetahui kerjaya aku yang selalu dilabel negatif. Aku boleh menerima penolakan ibunya memandangkan aku sendiri tidak merasa apa-apa tapi susah untuk aku terima kata-kata dan kutukan terhadap aku. Aku tidak pernah cuba menghasutnya sehingga membelakangkan ibunya. Walau sekelumit pun aku tidak berkata tentang itu. Sebaliknya aku memintanya bercakap dan berbincang dengan elok jika benar itu pilihannya. Aku tidak pernah menangis kerana hal itu. Hinggalah di suatu ketika aku sudah tidak mampu lagi menahan rasa sedih bila farid beritahu aku yang orang tua itu pernah berkata, "awat hang tak nak bertunang dengan budak yang mak hang pilih tuu?! ni semua mesti pasal budak anne tu yang suruh kan?!!. kalau hang nak sangat kawin dengan budak tu, hang kawin la sendiri! hang keluaq dari rumah nih.."

Penghabisannya, dia menurut kata ibunya. Dia memang anak yang baik. Jika aku mempunyai anak aku berdoa agar dikurniakan anak yang begitu.

Hubungannya dengan aku putus serta-merta memandangkan tunangnya ketika itu, tidak senang dengan kehadiran aku dalam kelompok rakan-rakan kami. Hingga pernah satu hari, tunangnya tidak mahu keluar dari kereta bila terlihat aku join mereka makan malam. Aku dengar hampir satu jam juga memujuknya.

Tapi jangan lupa tuhan itu adil. Farid aka informer aku cerita pak dia selalu tersasul memanggil tunang anaknya (sekarang isteri) dengan namaku sedangkan nama kami jauh berbeza bagai langit dengan bumi! Masa itu semua terdiam. Hanya seorang yang tersenyum bila mendengar cerita ini, aku!

Seperti lirik tadi, aku tak pernah kesal.. atas apa yang terjadi. Aku tidak mahu berduka dan aku tidak mahu berdendam.. Bersabar dan redha.. pasti ada rahmat sebaliknya. Dan pasti membuahkan bahagia yang berpanjangan.. Amin.

* buat saudara A, selamat pengantin baru. aku sentiasa berharap hang bahagia. walauapapun terjadi, aku tetap kawan hang. ikhlas ni. buat pakcik, terima kasih atas layanan yang mesra ketika saya berkunjung ke sana. makcik, impian mak da pun tercapai. saya cuma ingin makcik tahu saya tak pernah berniat merampas anak kesayangan makcik. kehadiran saya ketika itu atas keinginan saya untuk menenangkan fikiran setelah kehilangan seorang yang cukup penting dalam hidup saya. saya cuma ingin berehat dan melupakan kesedihan. saya dan A cuma sahabat.. dikala gembira.. dikala duka. Saya ingin memohon maaf jika kehadiran sementara saya itu menganggu ketenteraman makcik sehingga menimbulkan perkara yang tak sepatutnya. Dengan rela hati juga, saya maafkan makcik.. atas setiap kata dan perbuatan yang pernah menghiris hati dulu. Cuma saya berharap tiada lagi hati yang akan dilukai selepas ini..

13 comments:

Anonymous said...

whenever there is a dark night, there is always a brighter day after that.

dan percayalah, dia, bukanlah yang terbaik untuk kau dan bukan engkau yang tidak terbaik untuk dia.

blackpurple @ jowopinter said...

Ada hikmah disebaliknya... Tuhan menjanjikan yang lebih baik di hadapan anda....

Anonymous said...

Maybe semuanya salah faham... Sepatutnya kawan awak tu terus-terang and discuss awal2 dulu dengan awak sebelum buat tindakan mcm tu... ni last2 awak yang jadi mangsa....

Masy said...

biaq pi laa org cenggitu anne. ingat kite ni hingin sgt ke anak dia, huh!

apepon, pak dia mmg bestla. semoga kekal panggil cenggitu hingga ke akhir hayat..huahahahhahaahha...

arianna adrizal said...

kingbinjai,
thanks alot.. u brighten my day.. :)

blackpurple,
ya, mungkin di hadapan saya atau di sebelah saya.. :D hikmah pasti ada.

sham,
dia pun da mengaku kesilapan dia. saya terima. sy cuma kesal kerana tuduhan tu je. tp walauapapun, sy redha.. :)

kak masy,
memula mmg sy gelak lagu tu. tp bila kita ni pusing-pusing jumpa gak.. tu yg tak sedap tu. tp insyaAllah skang kita ok da.. rasa lega pulak dia da kawin. lau tak mesti sampai la ni depa dok marahkan kita.

hehehe.... :D

Anonymous said...

Cobaaaaannnnn!!!!

Anonymous said...

ermm maknanya..ayah dia bekenan la tu kat hang anne(cewahh loghat utara lak)..ermm cuma cara mak dia xberapa baguih kan..bukan pa suka ka dak..tetamu biasa baru jumpa mesti layan elok2 bukan kaa..xpalah anne..memaafkan org lagi besaq pahala..tambah2 kita yg xbesalah lagiii laa baguihh..!

arianna adrizal said...

sham,
hang ingat ni cherita p.ramlee ka???

kurzz,
mmm, itulah yg sebenarnya. caranya yg tak kena kan.. ayah dia sebenarnya suka kat calon menantu pilihan bini dia tu.. tp pak dia ni lebih berdiplomasi sikit. layan kami sikit punya baik.. sepanjang ms kat sana asik dok layan kitorang bersembang ja. dah tu blanja kami makan lagi. pak dia ni org kuat agama, dia tengok kami dia teruih tau kami ada problem. jd dia pun bg la kat kami salinan doa2 utk ketenteraman hati. sblum balik dia siap bc doa dan hembus kat kepala kami lagi tu. jasa baik pak dia kami mmg tak lupa. sekurang2nya rasa tersisih tu kurangla sikit sbb layanan baik pak dia tu.
*sekali kuar cakap kedah. daa.. hehe*

Anonymous said...

ermm tula bezanya cara org ngaji agama yg betul2 dia paham..dia tau macam mana nk 'treat' org nicely..even org tu dia baru kenal...pertuturan org mcm ni bukan ikut emosi tpi dgn kata hati yg bertunjangkn iman..bagusla ayah dia memahamikan..sejukk klo dpt pak mentua mcm tu kan..ermm

arianna adrizal said...

kurzz,
'sejukk klo dpt pak mentua mcm tu kan..' <---- mana nak jumpa pak mentua lagu nih?? :P

Anonymous said...

amboi.. macam dah balik kampung plak ghasanya

arianna adrizal said...

sham,
lebih kughang laaa..

Anonymous said...

tu la pasai... tiba pulak ghasa nak balik kampung..... ghindu kat ayam itik.. hahahah

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...