Tuesday, June 20, 2006

Jawab Tag lagi...dan Cerita Baru Baik Demam.

Salam. Pagi ni hujan lebat. Ada payung tapi basah jugak. Lebat sangat mungkin. Sejuk pulak tu. Menggigil-gigil masuk ofis. Hampir lewat tengahari baru nampak matahari. Lega rasanya.

Pejam celik, pejam celik dah seminggu rupanya tak apdet.. ni baru bekesempatan. Nak kata bz, tak lah sangat.. cuma kekurangan masa je. Ditambah pulak demam mengejut sejak 2 hari lepas.. hingga semalam masih tak kebah. Bila pergi semula ke klinik, "Demam awak ni kuat sangat, kena bagi injection. ada alergic ke?", tanya doktor. "Ada.. dengan jarum..", kataku sambil buat muka kesian. Tersengih doktor dengan nurse tu. Nak tak nak, terpaksa jugak terima sebab nak baik cepat. Sampai pagi ni, belakang aku masih rasa sakit. Adehh..

Petang semalam, emak abah dan mak andak balik serentak. Aku masih berbaring di kerusi di ruang tamu siap dengan comforter (abang dan adik sibuk menonton tv, bising.. dalam bilik pulak rasa tak seronok.. suram.. bertambah sakit rasanya). Abah masuk, pandang. Emak masuk, keluar semula sambil menyuruh aku menyimpan begnya yang diletak di tepi pintu. Aku yang sedang berbaring, terus duduk. Tengah berkira-kira nak bangun, abah dah angkatkan beg mak. Aku kembali baring. Tak lama lepas tu, mak andak datang memegang badanku dan tanya, " kenapa ni.. berbahang betul. demam?". Selepas menjawab pertanyaan mak andak dan demi mengingat pesanannya, aku terus bangun dan drive perlahan-lahan ke klinik sendirian. Dalam perjalanan, kepala aku yang sememangnya pening (nasiblah orang belakang kalau aku bawa kereta melilau-lilau..), bertambah pusing bila terfikirkan hal emak. Sampai bila nak jadi begini.. Aku takut aku akan jadi anak yang dah lupa bagaimana rasanya kasih sayang seorang emak. Adakah aku perlu merayu agar diberi perhatian??!. Sedih rasanya bila makcik yang yang baru 2 bulan tinggal bersama lebih prihatin. Hmmm, aku jadi terlalu sensitif sebab sakit agaknya. Sudahlah tu, Cheer up anne!!

Dalam pada itu sempat juga aku terfikir, 'kan elok kalau aku kawin aje. sakit macam ni ada orang jaga.. ada orang take care. Taklah susah2 drive sendiri ke klinik.. dan taklah makan hati'. Akhirnya aku tergelak sendiri.. Kalaulah semudah itu.

Pagi tadi dalam kereta teringat nak kena jawab tag dari gON.. Tag yang giler punyer mencabarrr! Aduss.. Here are the rules:

The tagged victim has to come up with 8 different points about his/her perfect lover.

- Have to mention the gender of his/her perfect lover.

- Tag eight other victims to join this game and leave a comment on their blog.

- If you are tagged the second time. There is NO need to do this again.

- Lastly, most importantly, HAVE FUN DOING IT.

Okla gON, after a week.. fikir punya fikir so now, Let me tell u about my perfect lover. Seorang lelaki yang;

1. Beragama, berilmu, beriman dan beramal.

2. Establish pemikiran, kerjaya dan kewangan.

3. Tall, great smile, mata cantik (haha!!) but simpe and down to earth!

4. Caring and understanding; alwez make me smile! know my weakness and yet still luv me as who i am.

5. Good in comm. but not a sweet talker .. :)

6. Suka dan pandai layan budak-budak.

7. Makan tak cerewet dan ringan tulang.. ( bole tolong bantu kerja rumah :D )

8. ...Pandai main gitar.. sambil2 tu bole nyanyi. Hahaha!!!!

Hohohooo.. macam terlampau aje 'permintaan' aku tu. Mesti org kata aku ni memilih tak ingat.. or label aku demanding.. Apa pun sebenarnya i never limit myself dengan sesapapun yang tak cukup point/kriteria di atas. Bak kata org tua2, jodoh pertemuan di tangan Tuhan.. Ni pun coz u want the detail 'on paper' kan.. so ni lah yg terpaling detail. Belum penah buat gini tau. Haha!! So dengan ini tag diteruskan kepada 8 orang. Mereka adalah;

1. cik masy

2. incik book

3. incik ska <--- err.. org da tunang bole jwb gak ker?? belasah jela kot.

4. incik deanz

5. incik hilmi

6. incik yaabbna

7. cik tulip

8. incik darkz

Selamat menjawab semuaaa!! :D

* Sejak 2 menjak ni kan, blog ni da pandai 'merajuk'. Asyik buat hal je. Agak2 ada tak sesapa yang terer bab 'pujuk-memujuk' ni sudi nak bantu. Jika ada, apakata angkat tangan, tekan mouse, picit kekunci.. n email me the secret of 'pujuk-memujuk' or otherwise if u want to do sessi 'pujuk-memujuk' by ur own, ok.. just tell me. In return.. apakata roti cheese nan dengan ayam tandorii??! :D

arianna_adrizal@yahoo.com.my

24 comments:

Anonymous said...

hohohoho patot la lambat update hihihihi :p
rupenyer ngah dok pikir kan dia nyer perfect lover ek :p
kikikiki sampai demam lak tu,
sory ek (tak ku sangka jadi begitu :p ). dah makan obat blom.

sebenor nyer mak anne tu saje je nak uji anne kan kan kan

k semoga cepat semboh ;)

Anonymous said...

ops
haaaa lagi satu nape dorg slalu cakap ade masalah kat blog anne ni ek. tu xkene ni xkene tp ong tngok kat cni ok je. nape ek :?

dorg pakai firefox kot kite pakai ie. tu la agak nyer

Acaii Jawe said...

slm wak..

ooo,member skolah rendah upenye...bleh je nak tolong...emm,sy tengok awk slh letak script oggix shoutbox ni...sptutnya kat bwk profile container..awk dah melangkau table sidebar..emm,if ada masa sy tlg ek..

tapi kena ada mail tuk guide awk..tapi apa kt mempertimbangkan mjsbox...buatan tempatan lagi tu...oggix sume ni dr luar..lagipun tak full version if tak beli...support produk mesia..hehe..free je..senang gile nak pakai...

awk demam ke? get well soon k...jgn noti mkn ubat...hehee...sy tau main gitarla wak tapi tak tau nyanyi..hahahahaaa

Acaii Jawe said...

*sori...if nk pakai msjbox, kena ada org invite...sy leh invite tuk awk...

gon,
yup, kitorang sume gna firefox ngan safari..sbb tu nampak sume kat sini bertindih2...jab lagi betulla tu...:)

arianna adrizal said...

gON,
oooo, sukernye gelakkan org!!
tp berjaya juga sy menjwb dalam demam2 tu..terer tak?? hehe!!

psl mak, sy cuma nk meluahkan aje.. rasa kesedihan tu. tak berniat apa2.

a'ah yg pakai firefox mmg akan ckp CBox overlapped entri. yg pakai ie mcm kita, ok je.
*sbnrnya apa firefox, ie tu pun sy tak tau..hahahahaha!! teruks nyes hakusss...*

arianna adrizal said...

acai,
a'ah.. geng kamceng gak ar dulu.

ooooo.. salah letak ek. i knew ittt!!!! sbb dulu sy main letak aje hahahah!!

msjbox pun ok. no hal. bila da sampai masa awk nk tolong sy tu, send me emel bgtau apa yg perlu. ayam kg ke, kain kuning,.. bunga 7 warna ke.. ;p insyaAllah sy sediakan..

pandai main gitar tp tak pandai nyanyi <---- huh,rejekk!! *sambil angkat kad kaler merah* hahahaha...

thanks..

arianna adrizal said...

gON & acai,
eh, lupa nak bgtau.. korang tau tak korang berdua ni dari sekolah yang sama??!!

kalau tak tau, haa.. silalah berkenalan. mana tau kwn sebelah meja kot.

;) cheers everyoneee!!

Anonymous said...

aloha arianna...
'blog merajuk'...

dahsyat sungguh.. hehe..
trimas kerna tag darkz.. layan saja.. heh :d

BooK said...

cik arianna:
adoi la. kene tag ke? aku budak-budak lagi. mana aku reti part love-love ni. ha ha.

psssttt... aku reti jugak pujuk-pujuk blog ni. ahaha.

Masy said...

adehh...tag lagik!
nanti akak jwb kat sini jelah bole ek?tp bkn skrg la..nanti2 ek?

sabo jelah dgn mak tu.dah kawen nanti, manje2 arr dgn asben. hihi.

#pun x berapa sihat. huhu..

arianna adrizal said...

darkz,
alohaaa.. a'ah blog merajuk.. siap mogok2. hehehe.. jgn lupa jwb tag ;p!

book,
budak2 ke, bapak budak ke.. tak kira... kena jugak!! kekadang tahap kejiwangan's' bebudak ni lagi dahsyat tauu...:)

pssstt.. kalau reti. cuba la pujuk! ;p

kak masy,
lambat pun takpe... kesian akak tak sihat ek. da pi klinik?

Semut Api said...

salam..
otw..belum ada ruang waktu.. txs.

arianna adrizal said...

deanz,
tak mengapa.. akan tunggu hingga wujud ruang.

Anonymous said...

oh semoga cepat sembuh

Sham said...

Makan Obat!!!

arianna adrizal said...

kingbinjai,
thanks.. 4 ya concernd.

sham,
ok, ok... skrg jugak sy makan! ;p

sinaganaga said...

oit, macamana aku boleh sampai sini ni...?

arianna adrizal said...

sinaganaga,
err.. mujur awk da sedar. awk berjln dalam tido laa.. tgk2 elok je tido depan pintu rumah saya. ish..ish.

Alinlai said...

arianna,
demam rupanya...dah sihat ka? Hmmm jangan fikir nak kawin sebab nak lari dari masalah...takut bertambah pulak masalah nanti :) **nasihat kakak je ni...** insyaAllah akan sampai masa tu nanti ... doa dan usaha + tawakal

arianna adrizal said...

kak alin,
u'r very understanding. cayalah! mmg ms tu sy fikir kawin bole selesaikan mslh tp saje x mentiond kat situ. akak je yg noticed.. :D

mcam da nk sihat da ni..

Sham said...

Bagusssss!!!!!

blackpurple @ jowopinter said...

Iskk.... main 'tag' ni tak abis-abis lagi?

Blog merajuk? merajuk macamana tu?

Semut Api said...

Salam arianna..

Memandang pertama kali menerima tag dr anda, maka adalah wajar bagi saya utk menerima dan mengambil tindakan selanjutnya & thousand sorry to syitah.. ;D.

1.Wanita yang sedar dia ada anutan agamaNya.
2.Bukan dari keturunan Israel.
3.Wanita yang ketika dia minum air kosong sekalipun akan kelihatan dengan mata kasar air yg diminumnya turun mengalir dari mulut melalui leher dan terus ke perut.
4.Wanita yg berdiri di lampu terang tetapi cahaya lampu akan menjadi malap oleh kerana kecerahan air mukanya.
5.Wanita yg berwajah serius tapi sentiasa mudah memberi senyuman.
6.Matured.
7.Duduk, berdiri, baring sama tinggi (170 cm above) ...means sanggup bersusah payah bersama.
8.Wanita yg berjalan ke'hadapan'.

Apa pun aku cukup bersyukur dengan apa yang telah ditentukan olehNya dan apa yg aku perturunkan disini adalah hanya di sebalik pemikiran aku semata-mata bukan realiti…

Sekian.

arianna adrizal said...

sham,
mmg pun!

bp,
nak buat camana.. just to have fun!

tak tau blog merajuk macamana?? ish.. ish.. kesian.

salam deanz,
jgn bimbang, sy mengamalkn demokrasi cuma tak berparlimen mungkin. haha! pilihan anda.. pemikiran anda..hak anda!

tahniah dan trima kasih kerana sudi menjawab tag saya!

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...