Pagi ni headache menggila. Malam tadi hujan lebat hingga ke pagi. Sejuk! Itulah kelemahan aku, bila hujan dan sejuk. Mudah sangat nak dapat headache. Hmm.. O, ya.. semalam aku tak masuk ofis. Ada yang rindu aku tak?!! Hahahhaahahaa..
^
Isnin ~~~
Petang tu aku balik awal, 5.15pm aku da cabut balik! Itupun setelah Farid beria-ia minta aku temankan dia cari bufday present untuk tunangnya. Dia komplen tak tau nak bagi apa sebab banyak benda dia da bagi, so minta aku tolong pilihkan. *Boleh macam tu eh?!* Sesi pujuk-memujuk yang melarat dari pagi hingga ke petang berakhir setelah aku mengalah. Itupun setelah aku rasa harus membalas budinya yang tolong dapatkan abang angkatnya, PR practisioner untuk aku interview. Malas nak pening-pening, aku bawak dia ke Memory Lane.
Aku: ha, tu!
Dia : ah, yang tu ke??!! *buat muka pelik*
Aku : iyee..
Dia : hehehe.. eh, takpe ke? bukan benda ni budak-budak je yg suka ke??
Aku : insyaAllah yang tak berapa budak pun suka. benda ni takde limit umur la..
Dia : sure eh?!! kita tak penah beli benda ni.. malu la..
Aku : inilah yang org panggil pengorbanan... kalau awk buat semata-mata untuk dia, sure dia terharu. *pandai-pandai je aku. kihkih*
Dia : eyh...
Belek punya belek, last-last kami keluar dari kedai sambil Farid mengendong seekor teddy bear yang cute! ;D
Pagi ni aku dapat SMS dari Farid,
' Dia suka la bear tu. Thanks eh :) '.
Aku, senyum je. As long as orang happy aku pun tumpang happy gak!
...........................................
^
^
Selasa~~~
Tengahari semalam aku ke UiTM. Elok je parking di Fakulti Mass. Comm, my fren Baby pun sampai dengan Kembaranya.. nasib baik dia tak bawak Benz nya, segan pulak aku nak naik nanti. Kami terus ke Menara, cadangnya nak cari souvenir. Then terus gerak ke Menara Telekom. Interview kami pukul 3 pm.
Sebenarnya kami bukan ada interview kerja.. tapi Baby nak siapkan coursework/tesis dia. She's doing master in Mass. comm. Kebetulan aku pernah belajar dan ada buat PR interview dengan some well-known corporate ofis dulu so bila kawan mintak tolong... tolonglah sikit-sikit. Tak baiklah lokek ilmu kan.. :) Actually dis is our second time pi interview orang! Last 2 weeks, kami pi interview Pengarah Media & Korporat kat Jabatan Penerangan. Nasib baik time tu aku still dalam MC, bole la teman dia.
Interview semalam agak menyeronokkan. At least Baby dapat jawapan untuk soalan-soalan dia tu.. dan aku dapat tambah pengalaman. Dan o,ya! As usual.... kami berpakat untuk aku menyamar sebagai junior Baby supaya mudah untuk akses. Kalau setakat alasan kawan, rasanya tak mungkin aku dapat mengakseskan diri dan dengan bestnya mencelah sesi temuramah tu! :D Tipu sunattt....
The person yang kami interview tu pun agak menarik! Maksud aku bukan menarik dari segi fizikal.. tapi background dia. He's a chinese Muslim. Manager bahagian Corporate Comm. Having a Phd, company sendiri pun ada.. and bujang! Hahaha! Tutur katanya teratur macam skrip.. barangkali kerana dia banyak mengendali majlis rasmi seperti apa yang Farid beritahu la. He's quite lembut but not 'awww' type la.. at least karisma dia yang menyerlah tu makes him look 'lelaki'!! Hampir sejam dok pandang muka dia, kadang-kadang macam ternampak iras penyanyi tersohor kita satu ketika dulu, Allahyarham Sudirman.
Seperkara yang menarik, sampai-sampai saja kami terus ditanya, " so which one is farid's fren?".
Baby tunjuk aku. "err, ya. my fren.. then it become ours". Jelasku sambil gelak kecil menutup gugup yang datang tiba-tiba. Dia gelak, besar.
"so, u r his fiance?". Aduh, banyaknya soalan.... Baby gelak, aku senyum.. sengih sebenarnya! "no, i am not his fiance".
"o.. i thout u r...", balasnya sambil senyum, sopan. Nasib baik tak lama, dia terus memulakan sesi temuramah kami. Fuhh~
Then, funny thing happend.
" err, Baby.. i am sorry. is dat u name or..", tanyanya. " ya, it's my real name. Baby A***** ."
" o.. pelik ya nama u. and u r?". Aku pulak ditanyanya. " u***..", beritahuku sambil mengeja selepas tu.
" hey, both of u punya nama pelik ya!"
Aku, Baby, gelak je. Dah selalu macam tu.
................................
^
^
Selepas selesai interview, singgah makan di Pizza Hut, Seksyen 9.
Farid : *angkat kening sambil senyum dengan aku*
Aku : *senyum*
Baby : ha, apa la tu?
Aku : abang ***daus. wakakaka!
Baby : apa ngkorang ni?!! hishhh...
Aku : ok ape. sorang tgh wat master sorang wat phd. mak ko sure tak bising.
Baby : sesuka hati ngko je eh....
Farid : eh, kita rasa ok je awak ngan dia.. nanti kita ajak dia kuar, kita ajak awak sekali. hahaha!
Baby : ishh.. korang ni. takmo la. dah la.. dah la..
Aku & Farid : *Gelak*
Sampai UiTM da kul 6pm. Baby ada presentation petang tu. Aku pulak malas nak balik awal, sure sangkut dalam jam.
Aku : aku malas la balik. nak pi tengok movie ah. nak tgk Heart!
Baby : uihh.. nanti ala aku nak ikut!
Aku : oi, kelas!! jangan nak ponteng ye puan pensyarah to be... hihi.
Farid : kita ikut la..
Aku : eh, bukan ke tunang awak tunggu kat pekeliling kul 6.30pm ni??
Farid : yelah, kita pi amik dia pastu kita pi tgk cite tu sesama! ok tak?!!
Aku : kepala hotak awakkk!! *free2 je kena marah ngan aku*
Farid : hehe.. tak boleh eh... *sambil wat muka kesian*
Aku : No!! ~
Gila! Nak tengok citer Heart!.. cerita cinta tiga segi tu!.. dengan dia dan tunang!!! Huh~ Takmo!! Banyak kali aku da cakap, jaga hati tunang.. skarang da tak sama macam dulu-dulu. Ha, tak pasal-pasal nanti jadi cerita Heart versi sendiri pulakk!
Lagipun aku malu nak tengok cite tu dengan orang lain. Kenapa?? Rahsiaa.. ;D
Sampai kat Bukit Raja, as usual abang jaga kaunter tu nampak aku dan terus bagi aku seat biasa H16. Tapi semalam aku mintak tempat yang bawah sikit, yang takde orang. Masuk-masuk, hmm.. takla ramai sangat. Dah jumpa tempat, just nice. Sambil menunggu iklan, perlahan-lahan kunyah popcorn. Dua, tiga kali kunyah rasa macam nak tercekik pulak!.. Aku putar penutup air mineral. Alahaai.. masa ni pulak susah nak bukak. Puas aku putar sampai merah dan melecet tapak tangan. Arggh, fed-up.. aku terus letak balik mineral tu. Sambil tangan kiri menggosok tapak tangan kanan yang pedih. Telinga aku dapat jugak menangkap sosek-sosek orang belakang yang mungkin terlihat aku yang terkial-kial bukak mineral. Entah kesian, entah gelak.. aku pun tak pasti. Saat-saat itu aku rasa kesian dan kesal dengan diri sendiri.. Belum mula cerita, airmata aku da bergenang. Hmmm.. apada..
Owh, tentang Heart?!! Hmm, bagaimana ya. Aku sendiri jarang-jarang menonton cerita cinta macamni. Sungguh!! Mudahnya, bagi aku ia cerita cinta tipikal. Tapi ada sesuatu yang menarik dengan olahan dan jalan cerita yang sedikit lucu bercampur dengan perasaan cinta. Mungkin kerana lagunya yang.... apa ya, aku tidak punya perkataan untuknya haha!! Entah... cerita itu agak dekat dengan hati aku barangkali kerana aku bisa memahami rasa itu. Aku pernah laluinya.. Sama. Bedanya,.. aku tidak reti bermain basket, juga tidak pernah mendonorkan hatiku dan aku masih hidup!!! Hahahaha...
Thanks to kak Masy for the Lagu!! v(^_^)v
^
^
^ Entri kali ni macam tak smooth. macam tersangkut-sangkut.. sbb terlalu banyak benda yang aku nak ceritakan. smpai tak tau yg mana satu.. :D Bak kata kak masy, my another entry 'rojak'!! hahahaaa...
11 comments:
banyak cerita,
banyak kehidupan.
;d
hidup pasti bisa indah belaka.
1. nape xmo tgk cite Heart dgn org len?akak tau!akak tau!hihihihi
2. most welkem v(^_^)v
3. another entry rojak from Arianna, tengkiu!hihi
darkz,
ada satu kehidupan je tapi banyak cabang & alurnya.
;D
kak,
1. shhhh.. takmo citee ngn org tauu.. hehe
2. sepanjang hari dok layan. syokk ;D
3. yaa!! precisely!!! da tingin sgt nk mkn rojak agaknya.. muahahhahahaa......
mkn pizza hut tak ajak oranggggg...no mo kawan...!!! hehee
interviewer tu nak tackle awkla anne..kekee
acai,
awk bizi.. segan nk kaco awak ;P
hesssh!! wah,wah.. sejak bila pandai wat gusip ni?!! geget kang!! sy nk bg laluan kat kawan sy tu la acai.
huarghhhh!!!!!
wah..meriahnye idup.
hm..memeriahkan hidup adalah cara terbaik untuk menghidupkan kehidupan kita..
baru tersedar...ramai perempuan yang mengalami masalah yg sama rupanya : kesukaran untuk membuka botol air mineral. ekeke!
cham,
woit, bangun..bangun.. tdo lg eh ;P
ohooo...
panjang nyer. x sempat nk bace :p
nnt klo ade mase ong bace ek :D
org biasa,
begitulah seadanya.. tanpa kwn2, tanpa gelak tawa, usik mengusik hidup jd hambar dan sepi. betul tak?!
o, tahniah atas kesedaran anda! kehkeh.. tp sedar blum ckup. bantulah seadanya. bole? ;D
gON,
huh~ alasannn... kan..kan ;P
mana eskerim sy?!! da nk pose da niii......
Post a Comment