Thursday, September 20, 2007

Sembang pagi bulan puasa

Semalam beria-ia apdet.. sekali takleh publish pulek. Menguji kesabaran di bulan puasa sungguh lah. Huhu~

Nak cerita apa eh.. Hmm, nak cerita tentang sms. Puasa ke-2 haritu aku terima 1 sms. Panjang berderet nombornya. Aku ni pantang sket tengok nombor cenggitu. Nitemare woo~ Dalam berdebar-debar tu bukak jugak message tu.

'ödot! selamat berpuasa! - kak imah'

Laaa... Hahaha! Gelak sorang-sorang aku ;p Mana ada orang lain yang sesuka mengimprovasi nama aku selain umat yang satu ini.. kak imah.. kak imah :D

Aku kenal kak imah masa mak jadi auditor kat taska tempat dia kerja dulu. Dari situ aku mula lepak-lepak (lepak bervisi ok ;) kat taska tu tolong-tolong mak sambil tolong jaga budak-budak (haa.. kan da kata da). Kak imah ni aku boleh kategorikan beruntung dalam kekurangan. Dia anak yatim, tinggal dengan adik perempuan kat rumah flat. Adik-beradik lain ada tapi entah kemana. Bukan orang berada sementelah kerja pengasuh taska.. berapa sangatlah gaji pun. Tapi rezeki dia murah. Dia pernah di taja berkursus ke Jepun dan sekarang kerja di UK. Walaupun kerja sebagai pengasuh anak keluarga Malaysia kat sana tapi sekurang-kurangnya dia berjaya jugaklah menjejak kaki dan mencari rezeki kat bumi asing tu. Orang macam aku ni.. entah bila lah agaknya ada orang nak sponsor kan. Huhu~~

Bila teringatkan nasib dia.. aku selalu rasa semacam sambil terngiang-ngiang kata-kata, ' betapa Tuhan itu maha adil.. kurang atau lebih.. semua tu rezeki dari Nya.. Biarpun kurang dari sudut tertentu pasti ada kelebihan dari sudut yang lain pula. ' Maha Besar Allah.

Hmm.. Dah macam tazkirah bulan puasa pulak ye. Hehe.. ;D

.

.

Selamat berbuka puasa petang nanti ya! Daa~~

Tuesday, September 18, 2007

Sembang-sembang sket..

Salam Ramadhan. Rasanya masih belum terlambat nak ucap selamat berpuasa pada semua.

Entri pertama bulan puasa tahun ni! Dah masuk hari ke-6 baru berkesempatan nak apdet. Ish.. ish.. Nak buat camane.. sepanjang bulan puasa ni aku berpindah ke tempat lain sebab tempat asal ada renovation. 1st day puasa aritu sibuk mengangkut pc naik tingkat 3. Kat sana guna wireless so pc aku takleh connect sebab different setting. So... jarang-jarang lah aku mengapdet lepas ni :) La ni aku kena jaga galeri sebab mamat si penjaga galeri ni mc. So daripada menung baik aku menskodeng pc dia. At least dapat gak apdet blog. Huhu~

Puasa pertama ok. Di luar jangkaan. Rasa macam hari-hari biasa. Lauk berbuka aku aritu lebih kurang kak masy.. tapi bukan yg kambing tu. Roti pita & taufu fa. Hari kedua saje beli lauk tambahan. Ingatkan ramailah orang kat rumah so bolelah makan sesama.. rupanya tinggal kitorang dua org je. Dengan kak masy. Maka malam tu kena tegur, "terlebih makan la ni.." bila aku cam sempot je masa panjat tangga masjid. ;p

3 hari berpuasa kat rumah pun biasa-biasa aje. Takdelah melambak kuih. Emak masak sejenis je. Tapi untuk makan nasi adalah 2,3 jenis lauk.. macam biasa. Dapat aku simpulkan puasa aku tahun ni macam tahun sudah. Bersahur, berbuka, berterawih macam biasa. Acara berbuka di luar belum ada lagi walaupun kawan-kawan dah sibuk suruh aku merencana sesuatu. Nantilah dulu.

Jika ada yang bertanya tentang baju raya.. ku hanya unjuk jari telunjuk dan tengah. Aku masih belum teruja untuk bercerita tentang raya. Mungkin kerana bila menyebut baju raya maka akan terfikir juga kuih raya, duit raya, cuti raya*dibekukan* dan bermacam-macam belanja raya.. Aduh! Seronoknya zaman kanak-kanak.. :D

Dan tadi ada seseorang yang berjiwa 'kanak-kanak' sms, "kain thai silk buat baju melayu ok tak?" Hahaha! Ok je. Material dia lembut. "ok eh, lepas ni nak cari sampin pulak!" Aik.. sampin bagai. Ni nak raya ke nak kawen niiiii..... :D "hehehe.." Ada-ada jelah...

.

.

*Selamat berbuka puasa petang nanti ya! :D

Wednesday, September 12, 2007

Big gurls d0nt cry t@u...

Entri semalam sebenarnya terhasil apabila aku memaksa diri untuk ingati semula memori yang indah-indah.. Mengenang memori seperti itu mengundang rasa syukur, rasa disayangi. Segalanya bermula bila semalam wan beritahu dia tak dapat jumpa aku kerana banyak sangat hal lain yang perlu diselesaikan. Ya aku tau urusan di Putrajaya tu penting.. lebih penting daripada aku yang kerdil ini. Aku rasa down sangat semalam. So aku memilih untuk imbas semula waktu-waktu gembira kami.

Sebagai lelaki tipikal dan manusia umumnya.. aku sedia maklum bila tertekan atau dalam keadaan di luar kawalan.. butang stres akan menyala di tahap 'danger'. Api kemarahan bole menyala tiba-tiba tanpa 'warning' jika tidak berhati-hati. Maka aku memilih berdiam diri. Memaksa dia menurut kata kita, atau lebih tepat memaksa dia menunaikan janji dia (padahal dia yang beria-ia kata nak datang jumpa aku.. aku tak suruh pun) hanya akan menjadikan keadaan semakin keruh.

Frust? Nak menangis? Pastinya. Tapi aku cuba menerima kenyataan bahawasanya dia dalam keadaan tertekan dan terdesak untuk selesaikan urusan mendapat lesennya dengan kadar sesegera yang mungkin. Atau mungkin dia akan tersadai berbulan-bulan tanpa pekerjaan. Itu lagi haru. Akhirnya aku memilih membelakangkan keinginan aku. Aku beritahu diri sendiri biar dia selesaikan segala yang penting dulu, tak perlu rushing semata kerana aku. Ada rezeki kita jumpa lain kali (walaupun aku pasti tak dapat jumpanya sehingga raya nanti).

Dan mungkin kerana ayat ambik berat aku tu atau memang segala urusan berjalan lancar dan nasib menyebelahi, tiba-tiba petang itu wan called dan beritahu dia dah otw ke Shah Alam. Suaranya ceria.. tak seperti pagi tadi, keras dan beremosi. Mudahnya dia 'tuned' balik... Tapi sesiapa pun bila dah selesai sesuatu yang penting atau terlepas dari masalah pasti rasa lega! Baru boleh senyum lebar. Tapi akulah yang terkulat-kulat.. Tadi dah 'redha'.. so nak 'tuned' balik rasa tu macam susah je. Tak rasa excited pun dia nak datang. Sehinggalah kereta dia terpacak depan ofis barulah aku dapat rasa tu semula perlahan-lahan.

Seperti yang dijanji, semalam dia jemput aku dari ofis dan awal pagi tadi hantar aku ke ofis. Aku ada juga buat 'onar' sikit semalam (balas dendam kot.. ;p) tapi dia sabar je dan pujuk aku balik. Huhu~ Gembirakah aku?!

Hmmm...

Harini rasanya akulah orang yang paling murah senyum kot. Hehe. Aku gembira. Lebih gembira sebab esok nak puasa. Hmmm... Selamat berpuasa lah kat korang semua ye :)

Tuesday, September 11, 2007

"jangan lupa siram bunga tu.."

Ececeh! Saja tunjuk kasut baru. Hehe. Bunga bukan sebarang bunga ohkey. Ini bukan cerita bunga hot stori itu. Hahaha! Haritu masa malam merdeka sale dah nampak dah kasut ni tp bila tengok price cam ehem ehem je. Memang ada disc 50% tapi... untuk pembelian kedua. Hurm, marketing strategi! Tapi macam nak jugak........

The next day, gi dataran pahlawan. Dalam complex tu ada outlet padini yang besar. Seed, pdi, vinci, semua brand ' made in malaysia' yang 'under one roof' ada dalam tu. Aku tak tau pun ada tempat tu. Wan yang ajak. Dahlah ramai orang. Terserempak pulak ady and gf. Dengar ady cakap kat wan, "pening aku dalam tu.. ramai orang", sambil jeling kat gf dia yang nampak macam tension je. Mesti sebab ady ajak dia kuar dari tempat tu kot. Huhu~ Aku, nasib baik wan ok je.

Masuk2.. nampak kasut yang aku suka tu!! And the best part, less 50%!!!!! Bukan untuk pembelian ke2. Yeayy!! Nasib baik tak ikut hati beli jugak semalam. Huhu~ Hari tu je aku dapat sepasang kasut dan sehelai seluar 'dockers' which cost around rm60 for both item. Sangat jimat dan berbaloi. Potong kaki seluar pun free je kat situ.

Ha, citer pasal potong kaki seluar teringat satu kejadian. Tak de kena mengena pun dengan seluar itu mahupun kakinya. Kehkeh.. Macam ni, malam tu outlet tu dah nak tutup so esok lah baru bole ambik seluar tu. So esoknya masa nak pegi tempat tu semula, ada hal sket yang menyebabkan aku marah dan malas nak layan wan. Aku jalan jauh nun di depan.. Dia kejar, pegang tangan aku tapi aku tepis. Sampai kat outlet tu, aku biar je dia ekor aku. Tiba-tiba ada sorang pompuan ni tegur aku, "kak, nak tanye sket. husband akak tu pakai baju saiz apa? ", sambil mulutnya diunjuk pada wan. Di tangannya ada sehelai baju. "sy nak beli untuk bf sy tapi macam besar pulak m ni.."

Aku toleh pandang wan yang bulat matanya pandang aku dari jarak 5meter. Pompuan tu entah bebel apa lagi, yang aku ingat aku pandai-pandai buat keputusan untuk dia. "ambik saiz m. should b ok"

Lepas aku ambik seluar, wan mengendeng tanye sape pompuan tu. Niat hati nak lancar perang dingin dengan wan tak menjadi sebab aku tak tahan nak tergelak. Sambil gelak-gelak sinis aku beritahu wan, "dia tanya husband i pakai baju saiz apa.. at first i have no idea nape dia kata u husband i. Then i terfikirlah mungkin agaknya sebab kita jalan jauh-jauh. U tunggu nun kat hujung tu.. Lainlah kalau kita jalan dekat-dekat, pegang tangan.. darling u, darling i.. for sure pompuan tu tanye macamni, 'kak.. bf u pakai baju saiz apa eh'.."

Betul tak?!! Moral of the stori.. gf ke, wife ke,.. layanlah sewajarnya. Janganlah sampai dicop sedemikian rupa. Kesian para isteri.. kan :)

.

.

.

.

Wednesday, September 05, 2007

My 15th trip to Melaka!! my last trip thou~

Salam..

Yeahhh!!!! I am a free man. Huhu~ Minggu yang penat akhirnya berlalu. Legaaa.. Entri ni entri tertangguh sebenarnya.. aritu upload gambar tapi tak sempat nak publish. Nak cerita pun macam da basi jek ;p

Mungkin ada yang perasan aku menghilangkan diri since Khamis 2 minggu sudah. Sehari sebelum cuti merdeka. Sebenarnya... Khamis tu aku dah selamat berada di Melaka. Hehe.. Saja mencutikan diri. Aku dan wan bercadang nak pusing-pusing melaka sementelah dia tinggal seminggu je lagi kat situ. Atau dalam erti kata lain, ni trip terakhir aku ke Melaka. Lagipun wan kata sepanjang 2 tahun kat sana, tak pernah pun pegi taman buaya, taman mini dll. Kesiannnnnnnnn....

Tempat pertama yang kitorang pegi, tempat makan lah. Entah ceruk mana ntah dia bawak tapi nasib baiklah sedap nasi beriani tu. Dia kata, antara yang famous kat Melaka. Hmm..

Malam merdeka aku kat JJ. Ada midnite sale! Tapi tak best sangat pun. Dengan q panjang.. maleh ar. Kuar dari JJ sedar-sedar dah lepas jam 12. Alah.. tak dapek tgk bunga api.. Pegi minum kat kedai air buah. Dulu masa 1st time datang Melaka, dia pernah bawak aku sekali. Tapi lepas insiden aku hampir jatuh kerusi sebab terkejut tengok 'jerry' besar meluru ke arah aku.. terus dia tak bawak lagi dah.. ;p Malam tu pun, bersila aku atas kerusi. Muahaha. Kiranya, dulu pembuka dan sekarang penutup la.

Hari Sabtu petang kitorang berkesempatan ke Taman Mini. Banyak kali gak aku pegi tempat ni. Rombongan sekolah, rombongan keluarga, ha macam-macam lah. Tapi banyak dah berubah atau dalam kata lain, macam tak terjaga je tempat tu. Kepada yang belum pernah masuk, sila jangan terkejut sebab entrance fee nya RM10 ok! Wan pandang muka aku. Aku faham dia maksudkan mahal. Aku dengan tegasnya kata, "takpelah.. kita dah sampai pun." Sambil terus bayar cepat-cepat. Banyak sangat fikir nanti menyesal pulak.

Haritu tak ramai sangat orang. Elok jugak.. kalau tak, sesak. Cuaca pun sedang-sedang elok je. Ha bagus sangatlah.

Bergaya ala-ala macho depan signage Taman Mini.. ;p

Rumah apa ntah lupa dah.. hehe

My fav pic! Macam 'empat ta~on la!'

Dia suruh aku delete pic ni sebab dia kata dia nampak 'gelap' sangat.. Mmg dah gelap nk buat lagu mana.. ahahaha.

Suruh je dia buat gaya apa pun.. suka je dia!

Kandid! Sangat jahat.........

Kandid lagi! Err.. sila abaikan paha yang besar itu.. Huhu~

Tengok tangga dah tau rumah negeri mana..

Penat dah.. Hu~

Aku balik Shah Alam hari Isnin petang. Masuk kerja hari Selasa tapi terus ikut induction training for 3 days sampai Khamis. Tu pasal lah aku tak sempat apdet.. :D

Benda yang paling aku suka masa induction adalah time jawab soklan. Haha! Dan sememangnya aku macam gila kuasa sket. Tetiap hari soklan, aku yg jawab.. Dah orang lain takmo jawab. Baik aku jawab, dapat hadiah! Huhu~ Well, aku kat Public Affairs Div kalo aku tatau jawab.. malulah beb! Lagi pulak, aku selalu berurusan dengan management.. takat nama directors tu.. for sure lah aku lebih tau. Tu pun aku tolong kawan. Suruh dia angkat tangan, then aku bagi jawapan. Baik tak diriku innehhh... ;p

Jumaat, macam lipas kudung lah aku.. Banyak betul menda nak kena setelkan. Claims itu ini. Big boz pulak nak gi umrah. 3 hari ni pulak schedule penuh! Start pose ni, Hallmark, Open Lounge tutup maka aku kena naik ofis. Tatau lagi nak kena buat apa. Tapi confirm ada keje! Hu~ Not happy with dat ok :(

Argh! Baik fikir perkara menggembirakan. Yeayyyy!! Esok wan nak ambik aku kat ofis. Hmm.. skarang turn dia pulak turun sini. Muahahaha.. Esok dia ada medical check up kat Klang then gi Putrajaya untuk buat license. Sukernye! Sukernye!! Orang ofis, sila jangan mengendap ohkey ;p

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...