Aku agak terkejut bila ada yang menyoal, tentang sesuatu yang berlaku pada raya kali ni. Jelasnya impak itu wujud dan terkesan pada tingkah laku dan sudah tentu pada wajahku. Ya, aku akui lebih banyak berdiam. Dan tak henti berfikir. Tak hairanlah kebelakangan ni head ache makin menjadi-jadi. Hmm.. Terlalu banyak cerita.. cuma yang dapat aku kongsikan di sini, satu kisah tentang kehilangan di bulan Syawal.
Aku tak menangis langsung walaupun aku tau aku telah kehilangan. Bukan kerana tidak sedih tapi aku tak boleh menangis.. Tiada airmata. Aku akui aku sudah bersedia menerima kepergiannya. Aku sudah menjangkakannya. Walaupun berat hati nak terima.
Hari ini, genap 7 hari kepergiannya. Tiada lagi suaranya.. Tiada lagi dirinya meneman tidurku.. Tiada lagi dia yang seperti bayi kecil tidur lena di atas dadaku. Tiada lagi dia yang duduk tegak di sebelahku dan mata bulatnya memandangku memandu ketika ku membawanya ke kedai atau ke mana-mana sekalipun. Tiada lagi semua melainkan kenangan..
Walau sekejap masa bersamanya.. aku tetap terasa kehilangan. Kalau aku sedih, emak lebih lagi. Aku rapat dengannya sejak bulan puasa sedang emak dah lama. Malah emak yang membawanya balik. Tak hairanlah emak menangis beria-ia haritu. Teringat nota emak pada abang pagi tu, 'kalau meela mati, tanam. tak payah bagitau mak'. Dan sepulangnya emak dari kerja bila dia tak muncul, hati emak pecah. Emak tahu dia dah tiada.
Aku masih ingat hari terakhirnya, ketika aku hendak ke ofis.. dia memandangku dan menungguku di depan pintu. Rupanya itulah pandangan yang terakhir darinya sebelum menutup mata.
Orang tua-tua kata, jangan ambil gambarnya.. nanti pendek umur. Tapi waktu ini aku dah dapat rasakan kehilangannya. Pucat. Nyatanya dia sedang bergelut dengan sakit. Aku rindukannya..
Sekarang aku dah boleh menangis..
13 comments:
oo kucing rupanya..
sama la kita, tp tak nangis la, cuma sedih je bila kucing sy mati 2 thn dulu, smpi skg taknak bela kucing dah..
ermm..sya tumpang bersimpati n sedih diatas kehilangannya....
penah dgr gak, pesan org tua2 tu..
kucing2 belaan kuarga, mati.
dah takde pengganti. smpai sekrg.
takziah...
sakit ape tuh? isk isk sabo sabo
macam betul je petua org tua2 tu jgn ambik gambar kucing nanti dia mati... so kalau ada kucing yang tak berapa suka...ambiklah gambar dia banyak2...ke ke ke... opssss sorilah org dok sedih ... :( jgn sedih2 la... bulan2 Raya ni dik :)
erk..aku rajin amek gambar kucing..patutla semua pendek umur
kalau amik gambar anjing cepat mati tak..
kucing walau sekadar binatang peliharaan, kehilangannya pasti terasa kan..
mmg sedih tahap gaban kalo kucen mati. berbln2 sedih wooo
a'ah.. kucing la ni. yeke. samalah. tp mak suka sgt bwk blk kucing br. selalu buat tak layan je dgn dorang ni tp yg ni lain.. manja sgt.
kurzz,
thanks..
skidg8,
samalah. kalau boleh da tak nk bela lg da.
chot,
mekasih..
kak masy,
demam kot.. eh, bukan akak tak sker kucing ke?
kak lyn,
amboiiiii.. hahahaha! mekasih la buat sy tergelak. ;D
vangardx,
tatau nk percaya ke tak sbb kalau nk diikutkan.. smua benda hidup akan mati jugak akhirnya.
kemat,
ntah.. awk cuba try :)
betul tu..
dayah,
tingat je mmg sedih. ni kalau blk umah teringat2 dia manja2 dgn kita. alahaiii... rasa mcm takmo blk umah je
hmm meela tu macam kecik jek lagi. biasanye kucing besar ni mati sebab cacing atau demam.
boley selamat lagi kalau cepat2 bawak jumpa vet.
jangan sedey2 lagi..
saye ade 13 ekor kucing. meh la sini.. meh meh.. =D
julia,
oyeke.. aah dia kecik lg. kucing kami yg besar2 jrg mati sakit. selalunya mati kena langgar. kami duduk kat area kg, susah nk jumpa klinik haiwan.
yekerrr... agak2nya kalau ada yg manja2 tu suka jugak ;D thanks.
Post a Comment