Friday, January 04, 2008

Selamat datang 2008!

Ayat di atas tu rasa-rasanya dah cukup jelas. Awal tahun mesti penuh dengan azam. Yang pastinya aku mengaku aku memang jarang berazam. Mungkin sebab aku sedikit introvert kot. Serius! Sounds like confident giler.. tapi deep down inside aku selalu rasa tak yakin. Siapalah diriku ini.. Takut2. And i'm kinda sensitive type of person. Senang sentap! Tapi cepat cool .. Kesudahannya aku lebih banyak berserah.

So tahun ni aku ada fikirkan sesuatu tapi tak plan atau tetapkan azam tertentu. Sebaliknya aku nak buat apa saja yang menggembirakan diri sendiri. Bukan bermaksud aku nak jadi selfish hingga mengguris hati sesiapa.. Tidak... Siapalah aku tiba2 nak jadi selfish ni kan.. tapi aku nak melakukannya demi kebaikan diri sendiri.

Ok, aku bagi contoh. Hmm, ha contoh macam ni.. kursus kahwin. Nama pun kawin so mestilah ada 2 orang terlibat dalam agenda ni kan. Tapi setahu aku kalau aku ajak dia, tak mungkin dia nak since tahun 2008 adalah tahun mustahil-untuk-kawin bagi dia. Tambahan pulak kalau dah betul2, beria2 nak kawin barulah gi kursus kan. Tapi bagi aku, kawin atau tidak.. itu bukan soalnya. Kursus tu untuk tambah pengetahuan.. Aku berharap untuk pegi tahun ni dan masa terdekat ni atas sebab kemungkinan besar [ ni apa yang aku dengar la], sesi kursus akan bertambah dari 2 hari kepada seminggu nanti dan harga pun bertambah gak lah kan.. So, buat apa tunggu lagi? Semuanya dah dipermudahkan.. kenapa nak ambik jalan jauh berbatu2 sedang jalan alternatif ada depan mata je?? Sekarang ni pun aku tengah ada banyak masa free. Workload pun macam biskut je.. kejap ada, kejap takde. Inilah masanya. If dia tak nak, then aku tetap akan pegi walaupun seorang diri.. sendirian. Contoh macam ni la yang aku maksudkan lakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri. Nampak selfish [mungkin..] tapi.. takde siapa bole menidakkan kebenarannya kan.

Aku kesian dengan diri sendiri yang kadang2 jadi perkara ke-2 dalam banyak hal. Lagipun kalau bukan aku yang ubah nasib diri aku, siapa lagi? Kekasih hati ku itu ke?? Itu pun kalau dia masih mahu aku di dalam perancangan masa depannya. Kalau sebaliknya.. bagaimana? Aku tak mahu jadi manusia hopeless! Macam apa yang pernah terjadi pada aku satu waktu dulu.. Terlalu percaya yang orang itu akan membawa aku bersama impian masa depannya. Tapi cuma mimpi. Kesudahannya aku ditinggalkan dan aku kehilangan arah.. kerana sebahagian jalan hidup aku telah aku lorongkan ke dalam kehidupannya. Kerja yang bersesuaian dengan kehendaknya.. Penampilan yang bertepatan dengan kemahuannya.. Semuanya berkaitan dengan dia. Akhirnya, sendirian juga aku. Dan terlalu banyak benda yang aku terpaksa betulkan kembali ekoran mimpi ngeri itu.. Kebangkitan, ya bangkit dari mimpi itulah kemenangan terbesar aku dalam hidup setakat ini. Entah laa.. Kalau boleh aku tidak mahu lagi percaya pada mimpi. Segala kata2 indah.. janji2 manis mulai hari ini sudah aku tongsampahkan semuanya!! Tunjukkan aku realitinya jika mahu aku percayai segalanya..!

Mulai saat ini aku juga mahu selalu bersedia. Bersedia dalam hampir semua perkara. Sediakan payung walaupun hari tak hujan. Sebab tiada siapa pun tahu bila hujan akan turun.. [kecuali encek tukang kaji cuaca laa.. tu pun kekadang tak tepat jugek ;p] Sekurang2nya bila hujan turun dengan tiba2.. aku dah bersedia dengan payung di tangan! Tak perlu buat muka simpati menumpang payung orang lain yang mungkin tak ikhlas menghulur. Begitulah juga dengan kehidupan.. Aku mahu berdiri atas kaki sendiri kerana aku sedar kaki yang aku tumpangi sekarang belum tentu sanggup bersamaku hingga ke akhirnya. Bunyi macam kecewa je tu.. Hahaha! Kecewa kah aku?? Ya.. kecewa dengan diri sendiri.. bila terlalu menyayangi seseorang, aku tak mampu berdiri teguh bila dia tiada. Tapi bila aku kuat berdiri itu bermakna aku tidak perlukan seseorang itu lagi dalam hidup aku.. Susah..

Konklusinya, tahun 2008 bakal menjadikan aku seorang yang lebih keras hatinya untuk mencapai sesuatu. Kedengaran macam 'jahat' je kan.. tapi percayalah, aku cuma tak mahu episod kekecewaan mengekor aku dari satu tahun ke tahun berikutnya.. meracuni pemikiran aku dan akhirnya aku hilang segalanya.. kerana terlupa akan tujuan dan hakikat kehidupan sebenar!

Semuanya untuk kebaikan diri aku sendiri yang terlalu berlembut selama ini..

Selamat Tahun Baru!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

19 comments:

flush said...

selamat menaymbut thn baru.. dgn azam baru.. kekuatan yg baru..

arianna adrizal said...

amin... thanks! :)

Anonymous said...

bagus. bukan bermakna tak sayangkan, tapi menyediakan diri untuk mengelak kekecewaan dan melukakan. sayang berpada-pada, benci jangan sekali..hehe

azam aku 1 jan 2008 dah tercapai...hahaha

Anonymous said...

selamat thn baru anne.. be strong girl.. gumbira selalu.. ;D

p/s: kat mane anne amik gambar2 yg ada wording2 cam atas tu ek.. suke lah..

..mamami..

Unknown said...

anne.. rasanya kita ada persamaan. persamaan bab perasaan! :P

semoga 2008 neh kita bertambah kuat! kita bukan selfish tapi kita kena 'keras'!

haa pasal kursus kawin tu pon.. ada gak terpikir nak pegi cecepat. sebab hari tu kecoh dorang nak wat seminggu utk kursus kawin dan bayaran dia ofkos la mahal.

tak ke leceh macam tu? nak kena apply cuti seminggu. skang neh masih lagik 2 hari so jgn tunggu lama2. soal nak pegi sorang ke berdua ngan si dia.. eheh baik kita pegi sesorang je la anne.. nak tunggu si dia berjanggot la mak! bagi dorang kursus neh kononnya nak teros kawin! pada kita ianya hanyalah persediaan awal kan?

tak redi segala. alasan je semua tu hehe.

takpe anne. kita mampu buat 'sorang diri'. 'tak kesah' la jodoh kita ngan sape pon samada ngan si dia or ngan org lain.

haha ape dah aku merapu neh? paham ke tak neh anne? :P

Sastri said...

hmmm... ada masanyer memang kena buat sendiri tanpa mengharap si dia... berdikari adalah lebih baik dari bergantung sepenuhnya... sas dulu pernah kena tegur dengan makcik2 sbb menurut mereka terlalu berdikari... terlalu sangat pun tak bagus juga sebab orang akan take you for granted... seadanya sederhana... kalau boleh buat sendiri, ok... better than having to wait around to make things happen kan?

i wish you all the happiness in the world Anne... semoga tahun ini Anne lebih bahagia dan ceria... :D

Anonymous said...

selmt thn br sis.. moga thn ni lbhceria dr thn seblmnyer!!!

dee83 said...

salam kakak! kecewa sungguh bunyinya eh? kakak! sy sangat memahami apa yang akak rase sekarang ni walau perjalanan pengalaman tu tak serupa pun...

tak rugi kenal akak ek? hihihi...yup! berdiri atas kaki sendiri kan?

p/s: "aku wanita...aku kaum hawa...yang memang rapuh hatinya...aku wanita aku punya cinta selayaknya manusia..."

Masy said...

betoi kaa nk jadik semenggu? alalalala...

who i am? said...

yess...

Breeze kuat !

anne pon kuat !!

Acaii Jawe said...

slm anne, sabaq na..mak dah suh kawin skrang ke anne,kekekek..:) takpela, kursus kahwin tu tak semestinya berdua..:) ada masa bleh je amik lagi skali ngan dia kalau dia ada masa...ceria tau anne..acai kenal anne seorang yg kuat dan tabah mcm autramen..

achik said...

tu la.. kdg2 kita ni slalu prepare utk benda2 yg best je.. jarang nak sediakan diri utk kemungkinan2 yg tak best.. dah nak terber*k, baru nak buat jamban.. huhuhu.. harap2 pasni kita bersedia utk kedua2nya.. berusaha sedaya upaya.. yg lain terserah pada ketentuan-Nya.. :)

Anonymous said...

oo azam baru nak ambik kursus kahwin..hehehe

Qaseh Bidadari said...

selamat jd org baru '08...

blackpurple @ jowopinter said...

Keras hati tak apa Anne, jangan keras kepala. :D

Dan Selamat Tahun Baru Hijrah 1429.

Alinlai said...

Salam Maal Hijrah :) dan selamat berkursus [apa2 kursus la...ke ke ke ], kalau dia tanak pi, Anne pi je sensorang... :)

arianna adrizal said...

hmm.. nk kena jwb satu2 ni.. ok,

orang biasa,
betul lah tu. apa yg da tercapai tu? mai citer sket.. :)


mamami,
thanks :)
o yg itu selalu sy dpt dr forward2 emel.. nnti kalau ada sy letak lg kat sini ok. kita share sama2.


dosh,
walaupun pnjg berjela,aku teramatlah pahamnyeee... hehe. betul la apa yg ko ckp tu. semuanye aku sokong. sbb stetmen ko pun dah menyokong entri aku. huhu~


sas,
anne ni dlm kategori independent la jugak. dulu, selalu kwn2 risau, family risau sbb anne terlalu berdikari. sbb tu bl anne ada seseorg yg anne betul2 syg, semua org sekeliling anne hepi sgt! pd diorg.. tak bagus pmpuan terlalu berdikari. tp bak kata sas, itu mmg satu keperluan. jgn smpai patah kaki ;p

thanks sas! same goes to u


pu3nemo,
thanks! insyaAllah...


dee,
salam.. kadang2 mmg rs kecewa. tp hidup mesti diteruskan!
tak ada ruginya kita sambung silaturahim. dpt pahala lg. cuma sygnye kita lum dpt jumpa lg kan? hehe


kak masy,
itu yg sy dgr.. lama da citer ni.
apa lg, ha gi lah mendafter segera!!

arianna adrizal said...

fealize,
heheheh.. buat iklan pulak. thanks! :)


acai,
teringin nk fire acaiii!! yeahh.. bzzzzz!!


achik,
hmm.. mmg kalau bole nk prepare supaya tak 'sakit'. tp kalau kita terlalu praktikal sgt, semua nk bersedia bole.. cuma keadaan jd mcmana tau.. mcm takde kehidupan. mcm robot. semuanya diatur. dah kurang pengertian hidup. so nk let it be tu.. tak mudah.

chot,
azam ko ke tu?


mama,
mekasih :)


bp,
hihi.. sikit je kerasnya.

kak lyn,
hehe.. kak lyn teman bole?? hehehe...

Myalycia said...

anne, selamat tahun baru & salam maal hijrah...

semoga tahun baru ni hidup anne akan lebih sukses lagi yerk...

anne, bg alycia apa ajer yg anne nak buat, go on.. jgn fikirkan org lain... kadang2 kita kena jadi org yg selfish :)

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...