Monday, November 24, 2008

Kalaulah Kau Dapat Lihat Sepertimana Aku Melihatnya.. Mungkin Kau Akan Mengerti

masa kat umah makcik semalam, sepupu aku menegur. "eh.. bukan rambut o*** lurus ke?" aku gelak-gelak smbil pegang rambut kembang yg berliuk lentuk sana sini. tak sangka org perasan. malu malu. "oo, ni sebab tak sikat rambut.. haha!!" gile dasat aku kuar umah tak sikat rambut. muahahhaha.. aku bila balik rumah mak aku, itulah.. jangan kata berbedak.. sikat rambut pun idak =p aku pun tak tau nape. kusut.

cerita pasal kusut.. mmg hujung minggu yg kusut la. sabtu petang shah alam hujan lebat. sebab da janji dgn mak harus sampai ke tpg jam 5pm so nak tak nak, aku redah je hujan. setapak dua ok lagi.. masuk tapak seterusnya hujan menderu selebat-lebatnya! payung aku dah terhuyung-hayang. parking pulak jauh nun. aduhai.. habis kuyup dari hujung rambut hingga hujung kaki. bedak kat muka pun dah disapu dek air hujan. rambut penyek macam baru lepas mandi. hehe.

sampai tpg, panas terik. 5 mins duduk kat luar, baju kering. rambut pun kering, kembang. nyaris jadi afro =p.

bersama mak & geng2nya bergerak ke destinasi. anak kawan mak, err merangkap kwn sekolah rendah aku dulu.. baru pindah rumah so buat kenduri sket. ikutkan hati aku, malas nak bawak mak pergi. sebabnya.... aku pasti akan dibandingkan secara sengaja atau tidak sengaja. aku diam je bila hampir tak berhenti mulut makcik-makcik tu mengkagumi kemewahan kehidupan tuan rumah. punya itu, punya ini.

aku.. memang rasa terlalu terlalu terlalu kecil. hey, aku manusia biasa kan.. punya perasaan malu dan sedih bila itu berlaku. tapi alhamdulillah aku berjaya yakinkan diri, aku bukan malang. tak mengapalah.. rezeki Tuhan yg beri. itu bahagian dia. aku cuma risaukan apa agaknya yg emak fikir tentang aku. hurm~ maaf kerana org tak mampu jadi macamtu..

lately aku ada sedikit konflik dgn abg. sesuatu yg aku dah jangka. jadi hari cuti haritu aku mengelak-mengelak daripada dia. jika dia di ruang tv, pasti aku di dapur. begitu sebaliknya. aku seboleh-bolehnya mahu jadi anak, juga adik yg saling membantu waktu susah senang. siapa tak mahu jadi begitu kan? tapi aku mengaku aku trauma dgn benda yg susah sampai menyakitkan kepala. jadi aku mengelak daripada terbeban olehnya. masalahnya bila org disekeliling aku suka mencabar diri untuk berhadapan dgn benda yg susah-susah ini sekaligus aku terheret sama. aku jadi tertekan!

akhirnya semalam tiba-tiba dia bertanyakan pada aku tentang itu. s**t! aku pandang mak. dia sengih. rupanya mak da cerita kat abg luahan hati amaroh aku haritu. aku telan air liur je. "nanti la org cek berapa.." itu kata putus aku. wgr akan ku pulangkan.

susah jadi manusia yg terlalu berhati manusia. marah-marah aku.. tetap tak sampai hati. air mata aku pun dah bergenang ni. haish.. hati..

abg, kalo ko baca blog ni.. aku minta maaf tau. aku bukan jahat.. aku bukan berkira cuma kita masing-masing ada masa depan, ada komitmen. ah kita sama-sama da dewasa. ko faham la. ok i'm done.

.

.

aku nak pegi cari pisang. this is because bananas contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier! =) dat must be the reason monkeys are so happy all the time! muahahahha~

have a great day people.. & thanks for viewing. appreciate it.

13 comments:

Anonymous said...

wat hapen pren..? erm..yup p cari pisang dulu yer..dh okeh krg klo nk story mory habaq mai tau..
K***

Masy said...

abg, klu ko baca - sian le sket kat adik ko ni. huhu. aku bole kesian kat dia, takkan ko takleh kesian kat dia. aikkkkk kang anne tu mule laa nk kata akak nk amek dia jd adik angkat hahahahaha

eleh kurzz tu sume nk tau,hahahahha!!

*rilek2

Sofi. said...

halooo...
blog hopppppppp-ing...
selamat tgh hari, mehehehehei...

unrestmind said...

he dear...sabar k...

*SiRibenMerah said...

alamak.. jiwa kaco.. mood weng2 ke dear??

*u, g beli banana pie kat mekdi.. pas mkn kita roger2 yek..I br sempat usha blog u.. huksss..
Take care dear..u leh pinjam bahu I neh yek bila2 masa je u nak..
love you =)

*hugss n kissesss*

achik said...

saya pun kadang2 rasa kecik je bila bandingkan ngan orang lain.. tp rezeki masing2 kan..

HEMY said...

betol2..aku penah berada di situasi ko..msg2 ada komitmen..mn leh tolong..kita tolong ah

zonaku said...

anne...
makan cekelat pun ok apa....


x per...
rezeki memasing... bersyukur dgn apa y kita ada, insyaallah kita akan bahgia

Abu Amirul said...

rezeki datang dariNya, kita juga datang dariNya, kita akan kembali kepadaNya tanpa rezeki bersama kita.....renungkanlah
nice blog anyway, minta izin nak link kan blog u dalam blog i.
sudi2lah ziarah blog i, www.askamakalikada.blogspot.com, tap tak secantik blog u.
akhir sekali nak tanya, yang baju biru buat peace dengan hadiah2 banyak tu sapa?
tq, take care

anne said...

bab makan hati dgn adik beradik ni mmg stress kalau dilayan fikir...

nak advise pun tak tau nak cakap apa....sabar byk2 la k.

hope the bananas help;-)

Suka Bebel said...

fakta tentang pisang tu suites 4 monkeys je kot.hahaa

... said...

salam arianna.. lama akak tak dtg ke blog nie.. makin cantek berseri tuan empunya blog nie yer.. :D.


jom kita pi carik pisang sesama .. akak pun nak makan pisang gak nie :D

Zumie said...

ade simpan pisang lebih x..ekekeke

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...