Monday, January 05, 2009

Mesin merentas masa - ada ke??

kadang kan bila aku beritahu yg aku ni jenis lasak sikit, orang susah nak percaya. "who? u? nehi nehi kabi nehi.."

haritu masa jawab tag tu pun bila kata aku ala tomboi sikit masa kecik, mesti orang tak terbayangkan. ~

hakikatnya kalau punya ramai adik beradik lelaki dan takde adik beradik perempuan, tak banyak.. sikit mesti terjebak punya. krisis identiti. tapi nasib aku tak kritikal. huhu. meh tgk gambar!

ni masa aku tingkatan 1 kalau tak silap. bukan gambar scan so agak blur. gambar asal pun memang kabur.. tp sekali pandang mesti orang akan andaikan 4 beradik lelaki.

ni masa tingkatan 4 ke dah abis spm. lupa. abaikan gaya aku ikat rambut tu. yg penting tgk gaya pakaian tu ha.. kalau tutup muka, mesti org ingat tu badan org jantan okeh =p~~

kehkehkeh..

masa kat itm pulak, aku menggila nak masuk navy. tapi masa nak register, dorang gelakkan aku. katanya, belum ada sejarah budak seketeri masuk navy. so aku ditendang bulat-bulat. dek amarah tu, aku berazam nak tunjuk kat depa.. budak seketeri pun bole buat.

so aku gi ujian komander kesatria. dan berjaya. yeahuuu~ so bermula la aktiviti berkawad sampai hitam legam. berlari satu itm, bagi command sampai tercabut anak tekak. semua la.

zaman gemilang betul time ni. wpun aku gemuk. muahahhaha~ ms ni dapat buat pentauliahan kat kem tentera. siap buat lintas hormat lg tuuu.. kat machang. trained komander baru. one of them, aku jumpa kat ofis ni. ofismet. tak sangka dia ingat aku. haha. kecik dunia kan =)

demi bersusah payah tu, dapat lah naik satu lagi calit =p tp yg tak terbayar harga pengalaman bila dapat 'berduet' eh.. bukan bukan! tapi dapat peluang duty dgn super senior.

aku sama scheduled dgn bro ni. siap bulu ayam, selepang bagai. hehe. bro ni tinggi pangkat dia. tu tgk tongkat tu.. org koman-koman cam aku takleh sesenang dpt. kena gi peksa bagai. huhu.

so ms duty hari tu siang dia cover, belah mlm bro ni suruh aku cover. kena bg command bagai. ah sudah! ketaq beb.. 100 over students. karang silap malulah aiii ;p tp bro ni kata, ini peluang utk belajar.. kalau tak sampai bila-bila pun kita tak tau kemampuan kita. itu yg mahal. termakan woo kata-kata dia tu. so dlm ketaq tu bagi gak la command.

today, aku rs bangga gak bila ingat balik. sebab dalam ramai-ramai junior yg nak naik pangkat.. aku sorang je yg berpeluang bg command. yg lain semua harapkan senior buat semua =)

rasa puas la bila kenang semua ni. at least ada benda yg boleh dibanggakan. dari sisi aku yg lain.

.

.

..err.. aku tau aku gomok dulu. jgn kutuk haa. ~

19 comments:

Anonymous said...

Fiona terciptalah irama cinta ini
Hanya untukmu
Semoga kau dapat memahami
Perasaan hatiku ini...

hahahahahahahhahahahahaha

achik said...

x gemuk langsung pun.. pipi je chubby skit.. ;)

*SiRibenMerah said...

wahhhh.. pic old skul la.. hehehehe.. anne, u mmg cam elaki dlm pic 1st tuh.. haishhhhhh.. cam x percaya u begitu ayu skang neh.. wachaaaaaaa~

NONIE AZIZ said...

hakhakhak...terimbau plak akak masa zaman budak-budak dulu...selebet macamni la jugak...jgn kata dulu sekarang pun sama...kurang-kurang mmg patutla org org dok terbayang mcmanalah budak cute ni bleh jadi tomboi..well...sapa sangkaaaa...

Masy said...

gambau yg 1st tu mmg ala2 jantan laa sbb dok ramai2 tu, xleh beza hihih

tp takpe.. yg penting, tulen bang :D

KV said...

takpe, now dah lawa!!

HEMY said...

pergh...navy..kawad tuuu..aku sangat malas kawad ok..baik bg aku larian berhalang tu sume...aku sanggup..kiki

Anonymous said...

gambar ke-3 n ke-4 tu..mmg penuh jer muke awk kn...cm rembulan..ehhehe...tpi betul xgemukk pun..(ikhlas ckp..bukn kaber2 okeh)
***z

anne said...

wah...sekarang dah ayu!:-)

fird said...

i was sort of deleting all the messages in my email as part of 2009 resolution and somehow found that u pernah hantar one comment to my blog which has been deleted..hehehe..happy new year

zh-ena said...

hahaha sama la kita anne..ena pun tomboi time kecik dulu..siap pki baju melayu ayah lg hahaha mmg lawak bila ingat semula :D

arianna adrizal said...

ida,
hahaha! zaman kegemilangan taim tu weih..



achik,
gemuk la tu. dia naik kat pp dulu. hehe.


iyra,
hehehe.. budak2.
hurm~ hasil paksaan mak i yg suruh i gi sekolah seketeri.

arianna adrizal said...

nonie,
i kan kak, ms time2 remaja dulu pernah mengaku kat kwn2 i yg i tak akan pakai make up, blusher and all that. siap kutuk2 lg. sekali skrg da terbalik da. kehkeh. padan muka.


masy,
how sure u r bab tulen2 ni?? =p

arianna adrizal said...

kv,
hahaha.. ke situ pulak.


anul,
yeke.. aku da biasa berkawad dr sekolah lg. da biasa berhitam-hitaman la org kata. hehe


kurzz,
hahahhahahahaha!!
kelakar tau..


anne,
sbb da matang kot.. =)

arianna adrizal said...

fird,
oyeke..
yea, happy new yr to u too!


ena,
bj ayah?! hehehehe. sib baik anne ada abg. mmg pakai bj dia je la.

DYLA said...

lawak gambar ko tu ulfa... yg baju kuning kurus tu.. dah rupe lelaki dah. hehe

arianna adrizal said...

dyla,
tau takpe...
huhu

Sofi. said...

saya pun gitu juga dulu hahahhaa!
pakai baju besar2 macam abg saya,
miahahahahhahaha.
duduk n jalan pun kasar,
sekarang pun ada kasar sikitttt,
wakakakakkaka....

flush said...

aku jgk pernah jd komander.. bestttt, walaupun ramai org tak suka geng2 komander ni.. peduli hapek aku.. org lain tak dpt la cam pengalaman yg kita dpt ni kan..

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...