Friday, July 24, 2009

unspeakable II

akhir-akhir ini, aku selalu balik lewat. dah macam play hide and seek. entah sampai bila aku pun tak pasti. so sementara nak tunggu jam 7, aku baca cerita lama. saja suka-suka. cerita tahun 2006. tahun masa tengah single. puas senyum sengih sendiri. haha. walaupun senyum.. it doesn't mean aku suka jadi single. dan tak kata jugak tak suka.. life macam tu lah. u loose some, u gain some.

dalam banyak-banyak tu.. aku tertarik dengan cerita tentang ini.

"Nak cari isteri kena tengok emaknya dulu"

Owh! Muka ku berubah. Nasib baik cuma di talian, tak nampak. Dia sambung,

"Kalau emaknya lemah lembut bercakap, pandai masak, baik layanannya dengan ahli keluarga. pandai urus keluarga.. ha, baguslah anak perempuannya tu"

Owh! Aku diam. Berfikir. Otakku berputar. Terbang ke kampung..

Dulu, ketika masih kecil masa dan kenangan aku banyak di rumah arwah atok. Bersama abang dan pakcik. Kesukaan kami, main bola dalam rumah. Gilir-gilir menjaga gawang. Gawang kami ketika itu cuma pintu ruang tengah rumah kayu yang akan bergegar seisinya setiap kali antara kami terjatuh atau menjerit! Dan setiap kali itu jugalah akan kedengaran suara atok menjerit dari dapur.

"Roboh rumah aku uuuiii..."

Bagai terdengar hilai tawa kanak-kanak perempuan berpewatakan lelaki itu.

Ketika usia menginjak ke 7 tahun aku mula bersekolah. Abah bawa aku pulang ke rumah. Lebih dekat dengan sekolah. Pergi dan balik bersama kawan-kawan. Kadang-kala berbasikal. Kadang-kala berjalan kaki. Pulang makan tengahari, aku sendiri yang memasak nasi dan menggoreng telur atau kentang, kesukaanku. Malamnya selepas menonton, aku terus tidur. Aku tidak seperti kanak-kanak lain yang selalu bercerita dengan emak tentang sekolah. Tentang kawan-kawan. Aku tak pernah rasai itu semua.

Usia remaja menjengah, abah hantar aku di sekolah yang jauh dari rumah. Berulang-alik setiap hari menaiki bas. Pagi dan petang bersesak-sesak seperti mahu ke tempat kerja. Tidur di dalam bas adalah kesukaan aku. Aku biarkan tingkap terbuka luas-luas dan biar angin menerobos mengulit kulit muka. Selesa sungguh! Walaupun begitu, belum pernah aku terlepas perhentian. Pulang dari sekolah, tempat kesukaan aku adalah bilik. Pernah aku tak keluar bilik selama 2 hari. Aku mungkin remaja yang agak pasif semasa zaman ku dulu. Aktifku cuma di sekolah. Semasa mengambil SPM aku menumpang di rumah kawan sekelas. Lebih dekat dengan sekolah. Pagi sebelum ke sekolah untuk menduduki peperiksaan, emak kawanku itu mencium pipi dan dahiku. Aku terkedu. Aku sudah hampir lupa bagaimana rasanya dicium emak.

Kemudian aku menyambung ke Universiti. Pertama kali tinggal di asrama. Anehnya aku tak rasa seperti pertama kali. Malah aku tak kekok untuk menguruskan diri sendirian. Tidak seperti rakan yang lain. Asyik menelefon emak meminta itu dan ini. Untung juga aku sudah biasa berdikari. Aku tak perlu itu dan ini. Aku cuma perlu doa emak saja. Itu yang kupinta dalam hati.

Cukup sehingga usia 23 tahun. Baru aku pulang ke rumah. Baru aku cipta kenangan di rumah. Dan aku sudah cukup dewasa untuk berfikir apa yang benar dan apa yang tidak. Perselisihan memang selalu. Mungkin kerana kami punya cara hidup yang berlainan. Emak sedikit keras. Caranya. Kata-katanya. Berbeza dengan aku yang lebih suka kepada peranan psikologi. Aku lebih tenang. Menyusur mengikut keadaan tanpa tekanan. Aku bukan anak yang suka berkurang ajar kerana aku tak pernah lupa kisah si Tanggang. Teguran secara baik itu adalah tanda aku sayangkan emak yang melahirkan aku. Beritahu dan tunjukkan di mana kesilapannya supaya dia tahu dan faham. Jika dia tidak dapat menerima, aku biarkan saja dan aku akan buat hal ku sendiri. Sekurang2nya aku dah jalankan tanggungjawab ku. Suaraku amat mahal di rumah.

Memang benar, anak-anak kebiasaannya akan mudah terpengaruh dengan apa yang selalu dilihatnya. Seterusnya membesar dengan apa yang difahami didorong oleh faktor sekeliling. Sekaligus mencontohi ibubapa mereka sendiri. Betul! Tapi bagaimana dengan aku yang selama 23 tahun membesar dengan pengaruh orang lain selain emak. Adakah adil jika orang itu mahu menilai emak bagi membuktikan aku perempuan yang bagaimana?? Jika aku tak berpeluang merasai perhatian sepenuhnya seorang emak adakah aku ini perempuan yang tak bagus? Hmm.. soalan itu hanya kekal di situ. Dan orang itu masih bercerita lagi. Tentang bermacam-macam lagi pendirian dan teorinya dalam mencari pasangan. Aku hanya diam, mendengar. Biarkanlah. Ah, kau takkan mengerti...

Corak kehidupan yang berbeza dari orang lain buat aku jadi manusia yang kental ujian dunia. Aku belajar dari pengalaman yang tak ternilai harganya. Sesuatu yang berguna bila aku punya keluarga sendiri kelak. Aku harus berterima kasih pada emak dan abah. Jika tidak, mungkin aku sudah jadi manusia yang terlalu bergantung. Manusia yang tak berani keluar dan melihat kehidupan. Manusia yang hanya pasrah dan mengharap. Tuhan memilih aku untuk melalui semua itu pasti ada sebab. Syukur.

itu cerita tahun 2006. kisah 3 tahun lalu. usia aku pun dah bertambah lagi 3. tapi masih lagi mengekalkan angka 2 di depan hehe.

aku tak pasti 'dia' di mana sekarang. we're just two people yang bz dan tenggelam dengan kehidupan masing-masing. apa pun aku harap dia dah jumpa dengan pilihan yang kena dengan teorinya tu :)

tentang mak.. hmm, terlalu banyak beza mak dulu dengan mak sekarang. sometimes aku rasa, betul ke ni mak aku??? hahahahha. kadang-kadang rindu jugak nak bergaduh macam dulu-dulu. hahaha. cuma satu yang masih menten tak berubah. suaraku tetap mahal di rumah. aku tetap begitu. kadang-kadang aku teringin jugak nak bercerita dan share soal personal, tapi aku masih tak reti. dan keinginan itu terus tersimpan dan mendap dalam hati. mungkin bukan sekarang.. mungkin satu hari nanti bila aku dah berkahwin, mengandung dan melahirkan.. mungkin ketika tu kami akan makin dekat.

aku sudah hampir buntu menanti detik itu.

7 comments:

HEMY said...

mmg jenis ko bukan begitu...

aku pn tak citer sgt personal things..citer2 sembang2 camtu je la

ymn said...

hmm .. aku kecik2 idup susah.. gi hutan cari kayu api , jaga lembu , jaga kambing ..
pas2 gi perigi .. timba air ..angkut bawa balik ulang alik tiap hari ..

bila akil baligh aku jd nelayan .. penah gak ikut org kampung masuk hutan cari jati , cendana dan mcm mcm lagi ..

bila dah besar panjang .. anak perantau mengalir aku tinggalkan kg halaman bkn kecewa mcm Lebai Pa dlm novel mereka yg tertewas.. tpi ingin mengubah nasib keluarga ..

dan environment nie yg wat aku matang dan rapat ngan keluarga ..

percayalah aku serius nie ..

hahahahaha.. amik kau .. ahaks

zh-ena said...

bila dah ader ank sendiri harap anne dpt bina rumahtangga yg bahagia..

family kta sbg contoh..jd maner yg kita rasa perlu perbaiki, mungkin kita akan perbaiki dlm family kecik kita nnti..

pengalaman mengajar kita hidup yg lebih bererti

zonaku said...

oooo.... gitu yer...
dlm famili aku lak, even kami sumer besar ngan mak ayah, seawal tingkatan satu semua keluar ke asrama

syukur, kini kami dah dewasa dan amat rapat antara satu sama lain... amat suka aktiviti sekeluarga..

tulip said...

aku suka post ko yang tu.. macam baca cerita dalam novel. tapi hakikatnya mmg benar berlaku. fa, pecaya la orang tua ni walaupun dia nampak cam tak kisah tapi kat sudut hati dia sayang sgt kat kite..

Masy said...

betul tu fa. hehehe

arianna adrizal said...

anul,
ko lelaki stil bole consider la..


ymn,
hahahaha~ tak mo percaya pun kena percaya gak ;p



ena,
betul.. insyaAllah



zonaku,
kau beruntung.. :)


zet,
aku tau dia syg kita.. tp ms kanak2 dulu.. apala kita fhm sgt kan.. :)


kak masy,
apa, tau fu fa?

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...