Cuaca sangat baik on third day. Hot and sunny :) Jadinya harini saya bercadang mahu bersantai dan relax saja. Lepas breakfast, balik bilik buka sliding door balcony luas-luas bagi angin laut masuk :) On laptop, main bejeweled la apa laieee.... =D
Around 10am baru turun ke reception untuk booking massage. Lokasi massage di tepi pool je. Ada dua tiga orang mat salleh sedang bersantai-santai sambil membaca kat tepi pool. Ada dua orang lagi tengah di massage. Selepas dibentang kain jalur-jalur bewarna-warni, si tukang massage yang rasanya masih di awal 20an suruh buka baju. Perempuan la tapi. Aje gile nak tukang massage lelaki?! hahahaha But seriously, i was like HERE? tapi tak terluah. Cuma pandangan yang semacam tu buat perempuan tu senyum dan buka towel yang selebar-lebar dan seluas-luasnya tolong coverkan. Haa.. Nasib baik faham.. Saya bukan open open nye type :P
Package aroma massage selama satu jam harganya 400baht memang buat badan rasa lega. Lebih-lebih lagi kulit terbakar gara-gara island hopping tu. Selesai massage, balik bilik mengadap laptop kejap kemudian sambung baca buku di bathtub. Ye saya suka bathtub sangat =D Lepas puas berendam, berbaring kejap. Masa tu tengahari dah. Cuaca pun panas. Rasanya tunggu redup sikit baru nak jalan-jalan la. Alih-alih terlena terus. Terjaga dah hampir jam 3.30pm. Bersiap-siap dan terus keluar.
So i ordered banana pancake with choc dan orange milkshake. Rasa banana pancake tu macam roti canai yang ada pisang kat dalam on top letak choc cair.. Meleleh ayaq liuq ni.. Memang best! Sambil bawak makanan dan minuman tu, ronda-ronda sampai aonang beach yang ramai giler mat salleh sunbathing. Serious ramai sampai da takde tempat nak menyelit.
Patah balik ke simpang aonang, ada banyak bangku mengadap laut. Apalagi.. Duduk bersila kat situ sambil makan pancake ngadap laut. Nikmat :)
Lepas abis makan, perut pun sudah penuh dengan air. Bila jalan laju-laju bole dengar air bergelora dalam tu. Haha.
So fokus kali ni adalah untuk mengabiskan budget shopping. Souvenir tak cukup lagi ni. This time around, berenti hampir setiap kedai lah. Asal pelik je, berenti. Asal berkenan je berenti. Curious apatah lagi :P Yang paling best, baru nak tawar-menawar. Yelaa sebab betul-betul nak beli. Semalam-semalam tu survery je dulu. Nanti da tawar-tawar pastu takmo tak best la kan... Sebenarnya takdela banyak sangat benda yang bole dibeli kat situ. Nak bagi kawan-kawan takat fridge magnet.. dengan keychain tu je la. Lain-lain semua lebih kurang sama je semua. Tapi tang nak bagi mak la susah sikit. Yang ada, sarung cushion. Veryyy nice tapi tu mata tuan punya badan la. Cam biasa la taste mak mana nak penah sama. Karang beli tak berkenan pulak. Tu yang malessss tu. Lagipun nak beli sarung cushion tu kena beli 6 bijikk!! Mana nak selit.. Luggage tak check in. Last-last belikan benda lain la. Alang-alang da tau dia tak berkenan, haa baik bagi yang konfem konfem dia tak berkenan tapi mata aii yang berkenan! hahahahhahahaha.. Apakah? Alas meja. Hehe
Sebab malam ni baru on TV maka memang mengadap TV sesaja. Bersambung-sambung cite. Sudahnya tengah malam jugak tido. Tu pun sebab da ngantuk. Kalau tak mau sampai ke subuh tu.
End of day three. Esok mau packing barang. Gudnite :)
3 comments:
Wah kat mana ni? Boleh buat utk celebrate anniversary nanti
King, kat krabi thailand. Anniversary?! Sesuai sgt :)
oh noodle itu tempting!!:P
Post a Comment