Monday, April 21, 2014

Cerita Kawin : 2014 version


To some people who might not know (laaa sangat kan.. haha) yes i have an oval face shape and WIDEEEE forehead! Orang peghok kata, jendoi. Dah genetic cenggitu.. Dahi jendul clan!
I love this photo sebab nampak matang and healthy. Healthy in a way, tak gemuk tak kurus :).  Orang da umo 33 ni memang suka cakap pasal healthy.  Ye, memang  angka 33 tu da 'berat' but i have nothing to shame of la.. Yang patut malu, bila perangai yang tak sync dengan age je!
Macam biasa, standard topic yang akan keluar bila bercakap tentang age yang macamni, definitely about marriage. Orang takkan tanye, "dah ada bf ke?" at this age. Kalau ada, that's rare ok. In other word, insensitive. Lain la time 20s dulu i can accept.

To be honest, soal jodoh bagi seorang perempuan, age macamni, bukan benda yang seronok nak dibincangkan secara terbuka. Ada do and don't orang kata. Sama jugak dengan cerita orang da kawin, ada batas batasnya. Iye dak. So sindiri paham sudeh.

Comparing to 20s-me, i admit level of 'let-me-think-first' on kawin punya isu agak tinggi. Bukan nak kata dulu 'tak-payah-fikir-banyak-lets-terjah-je', tapi.. sejajar tahap kematangan kita, sematang itu jugak la keperluan untuk menimbangtara hal ni. For myself, bila kita buat komitment ie. berpasangan, benda terpenting dalam kepala dan hati ni mestilah, 'betul ke aku nak kawin dengan dia ni?' Maklum la, orang perempuan kebiasaannya pilih bf untuk dijadikan suami, bukan suka suka sebab sunyi. So senang cakap, masa awal-awal dulu aku dah pernah tanya diri sendiri soalan ni. Tapi selepas bermusim musim musim musim berlalu, bila tiba tiba disuakan soal ini, aku pulak yang terkedu dan rasa.. erm empty.

How to desribe eh feeling tu.. Hmm. Hmm. Hmm.

Macam ni la..

Mungkin benda ni salah diri sendiri jugak. Aim for high. Bila gagal, kecewa. Suprisingly walaupun kecewa, aku dapat bangun semula. Dan teruskan jalan yang sama. Umpama manusia yang diprogramkan semula. Hidup, tapi aimless.

Kalau nak kata trauma, terlalu berat bunyinya. Mungkin lebih kepada takut.  Takut untuk cedera hati. Takut untuk kehilangan. Takut untuk dibenci. Takut disakiti. Takut tak didengari. Takut ditinggal di tepi highway seperti ex wife sham kamikaze, oppss! Takut dan takut dan takut.. Takut yang bermacam macam ini mengaburi keinginan keinginan yang ada (itupun kalau masih ada.. T_T)

That day masa mak masuk hospital untuk pertama kali, somewhere in Jan this year, one of my auntie pecah rahsia. It's kawin punya stori la apa lagi. Tapi ada satu part ni memang kelakarama (kelakar + drama), abah told them he tak kisah if aku kawin orang tua ie. duda, bujang terlajak, waima jadi no dua!! hahaha taip pun rasa nak gelak ni! hahahaha. Abah kata, sebab age aku sekarang susah nak dapat lelaki muda or sebaya. Jadinya abah pasrah jika ditemukan jodoh dengan golongan tersebut. Asalkan orang tu baik, elok. Abah on jaa..

Hahahahahahahaha! Haii laaa.. abah abah. Untuk pengetahuan abah, anak mu ni takde la tua sangat (kot). Dan tidaklah anak mu kepingin nak jadi nomo dua. hahahahaha.. Tapi keredhaan abah tu sangatlah mengharukan. Tsk.

Aku tak nak semua orang susah hati. Dan bukan lah aku ni menolak jodoh. Cuma berhati-hati. Cuba nak faham lagi. Untuk tolerate lebih lagi. Dan nak lihat kesungguhan. Supaya dapat lebih pengertian berkongsi hidup (bukan bermadu ye!) ni bagaimana.

Pinjam ayat seorang sahabat yang dok bercerita kisah hidup dia dan aku rasa bole guna pakai, 'kita bukan nak cari lelaki hebat ie. kaya, hensem etc etc. Kita dah rasa lelaki tu cukup hebat bilamana dia cuba cari dan sebut kelebihan kita walaupun kita tau tak banyak. Berbanding lelaki yang selalu sebut dan cari kekurangan kita macam fizikal kulit gelap, gigi tak cantik, badan gemok etc etc., walau kaya sekalipun nampak tak hebat langsung sebab hanya fikirkan diri dan kepentingan sendiri'

Benda ni nampak remeh tapi siapa yang nak hidup dengan orang yang hanya fikirkan diri sendiri je. Ye tau memang ramai orang tak reti memuji, i'm one of them. Tapi kalau da tau tak reti memuji, tak perlu la nak mengeji. Cakap benda elok elok kan macam doa.



Apa apa pun, aku bersangka baik.

Oh, btw ini bukan entri cari jodoh. Bukan yee.. :P



.

.


Earlier on entri ni cuma seperenggan. Duduk dalam draft. Edit lagi, tambah seperenggan. Macamtu la dok ulang ulang since minggu lepas lepas.




5 comments:

kak masy said...

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

zonaku said...

hhhhhhhhhhmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

arianna adrizal said...

apa ni apa ni.. hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

achik said...

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm jugak! :p

arianna adrizal said...

saya bajet org yg komen hmmm ni sekapal dgn sy! haha

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...