Dari semalam teringat nak stori pasal ni. Tersayat sayat rasa hati bila teringatkannya T_T.
Kucing ni as u can see, sama macam color bulu dia macamtu jugak la kami panggil dia. Puteh. Dia ni anak kucing residen umah kami. Wah, residen kauu! haha. Dia ni antara kucing fav mak. Disayang sayang ditatang tatang dek mak.
Dek kerana mak Puteh dan Puteh sendiri asik la beranak, maka tak terjaga lah kami. Kebetulan ada pulak jiran sebelah taman yang sudi nak bela Puteh. Maka diambilnya dan dibela.
Jiran sebelah taman pun takde la sebelah sangat. Lebih kurang satu kilometer lebih jugak lah.
Kalau tak silap, daripada hujung tahun lepas lagi dah diambilnya Puteh. Jadi semalam mak cerita, katanya Puteh dah balik ke rumah.
Petang tu mak terkejut tengok ada kucing lain masuk rumah, double terkejut bila perati betul betul, Puteh rupanya. Esoknya dia hilang. Lepas dua hari Puteh datang balik.
Kali ni kembali bersama anaknya.
Mak kata dia bagi Puteh dengan tiga anaknya sekali. Dua yang comel comel. Yang hidup cuma sekor, color oren yang kurus cekeding.
Sambil mak cite sambil aku bayangkan.
Jalan mengkuang (B) nak ke Jalan perapat (A) bukan dekat dekat. Mau lecak ketiak kalau jalan kaki.
Bayangkan seekor kucing nak balik ke rumah tuan asalnya. Meredah territory anjing, kereta dan bahaya lain.
Serius aku rasa sayu. Tak payah dah tengok cite pasal anjing yang balik cari tuan, Puteh pun dah buktikan, kucing pun taatkan tuannya. Atau rindu, mungkin.
Kesiannya Puteh. I cant imagine susah payah dia mengharung kilometer untuk pulang ke rumah. Pergi dan datang semula bersama anaknya pulak. Sedihhhh... :(
Sedih lagi.. :(
Sedih lagi.. :(
.
.
Tuhan yang maha pengasih, lindungilah kami dari segala bahaya dan kemudaratan. Permudahkan lah untuk kami. Amin.



3 comments:
template berwajah baru.
berwarna warni. i like.
semoga hidup awak akan lebih berwarna warni lepas ni.
kesiannya puteh :(
kenapa puteh lari balik rumah ni?
teringat Abu... kami pindah rumah, dia merajuk x nak duduk rumah bari.. lari dr rumah. tapi dulu sesekali ada la dia balik. lepas tu mungkin dah arwah kot, x balik dah
tahun 1997-1999 dulu la... lps tu kami x bela kucing dah
thanks kak mya!
amin.
tulaa.. sedih :(
zona,
ntah la kita mana nk tau yg tersurat tersirat. tp sedih la..
yeke.. sini kucing bnyk tp manakan sama si puteh sorang. haishh.
Post a Comment