Thursday, May 04, 2006

Cerita Kitorang

Hari Selasa aritu aku, Eda dan Wady janji nak makan kuetiow kat Jalan Meru. Rasanya da 2,3 orang da yang cakap kuetiow kat situ sedap. Jam 8.15pm baru aku sampai.. itupun setelah berlaku sessi sesat jalan. Puas jugak la kena kutuk dengan Eda.

'oii.. da berapa tahun duduk Klang nih!!'

Eda, penolong pengarah kat Jabatan Penerangan.., memang suka 'meletiaq' aku.. Sesuai sangatlah dengan fungsi jabatan dia tu. Heheh.. Wady, dah jd timbalan pengarah kempen anti dadah mamat sorang ni..., at the same time dia ni engineer. Ntah berapa banyak keje ntah budak nih. Wady duduk kat Skudai *maklumlaa.. utm dihatiku! hehe* tapi sesekali datang KL atas urusan kerja. Sambil2 tu jengok kitorang nih..

Bila difikir2 kan balik,... masing2 da bekerjaya. Teringat masa2 dulu. Pertemuan masa pertandingan silat antara u, mewakili u masing2. Eda masa tu stadi kat ukm, wady utm dan aku biasalah.. uitm. Tak sangka, dulu lawan.. sbb 'genre' silat yang berbeza. *Apa, ingat music je ada genre! hehe* ... Tp kini, kawan! Ngam!!

Pertemuan kali ke-2 masa pertandingan kebangsaan. Masa tu da jadi one team. Bila mana eda injured,.. Wady lah tukang balut. Masa tu aku da retired daa.. jadi pom-pom gurl jek!!

Wady ni orang kelantan. Satu2nya kawan kelantan yang aku ada. Actually ada lagi sorang tp da kira 'murtad' sbb tak pernah balik kelantan. Dari kecik sampai besar duduk kl. Dalam dok sembang2 tu, kuar satu topik,..

aku : eda, jom pi kelantan nak. aku tingin nak tengok wayang kulit.

wady : mana de wayang kulit lagi dah. da diharamkan kat kelantan.

aku & eda : haaa! yeke??

Rupa2nya da 15 tahun wayang kulit diharamkan. Atas alasan membawa kepada syirik dan pemujaan. Wady bagitau kitorang, sblum memulakan permainan wayang kulit, si 'tukang karut' atau si pencerita akan menjalankan satu upacara yang bole kita klafikasikan sebagai 'menurun'. Sebab itulah, seorang pencerita boleh menghasilkan 7-8 suara yang berlainan.

Isu lain yang turut ditimbulkan, makyong, dikir barat, wau bulan dan macam2 lagi culture orang pantai timur yang berunsurkan pemujaan dan pendekatan pemujaan sanskrit. Walaubagaimanapun kita tak boleh menolak bahawa ianya adalah rujukan kepada asal-usul keturunan kita.

Wady: tp wady paling suka dikir barat sbb banyak berunsur nasihat..

Kitorang : Wady, try satu lagu... *gelak*

Wady : *nyanyi satu lagu yang kelakar sangat.*

Mungkin tak jauh menyimpang kalau aku katakan, orang silat ni benchmark nya keris. Cuma pesilat pompuan macam aku dan eda, tak lah se'extreme' itu. Wady, baru balik dari Indonesia 2 bulan lepas. Tapi tak balik dengan tangan kosong! Bukan bawak cewek.. tp bawak keris. Bukan sembarangan keris tapi keris milik keturunan diraja. Keris tu yang pilih dia, bukan dia yang pilih. Sounds crazy for some people.. tp bagi mereka yang belajar silat, for sure tau. Silat mudah untuk dipelajari tapi amalannya tu yang menjadikannya sukar.. Kalau kurang 'isim' nya, bahaya. Kalau terlebih kepercayaan jadi syirik pulak.

Silat jugak sinonim dengan panas baran. Mungkin ada kebenarannya jugak. Macam satu cerita yang pernah memenuhi front page akhbar negara kita sedikit masa dulu.. yang mengkucar-kacirkan hidup aku seketika. Kisah arwah kak ayu yang jadi mangsa lelaki yang hilang kewarasan kerana mengikut hati barannya. Kak ayu, dia memang pandai bersilat tapi dia tak sihat haritu.. (eda, maaf aku bukak cerita lama..)

Pengajaran untuk kita semua. Al-fatihah untuk arwah kak ayu..

Jam 10pm baru kitorang gerak balik. Eda hantar Wady ke stesen bus kat shah alam. Dia nak balik johor malam tu jugak. Pagi esoknya eda sms, 'wady da sampai pagi td. dia kim salam.'

Waalaikumsalam.. Entah bila la baru jumpa lagi. Yang pasti perjumpaan yang akan datang dan seterusnya pasti berkisar tentang silat.., dan silat dan silat... hehe.

Err, sebelum aku terlupa,.. kuetiow kat situ memang sedapp! Lebih2 lagi kedudukannya yang betul2 tepi jalan yang sibuk dan berhabuk.. Penambah perisa tu. Hahahar..

*Dah, berenti buat muka terkejut tu! Apa, ingat orang macam nih takleh jadi pesilat ker???? ;p see the leg arr..

6 comments:

Masy said...

dekku, kenal ekk dgn Ayu tu? mesti sedey kan org yg kite kenal ditimpa malang cenggitu? huhuhuhuhu

alfatihah utk arwah..

arianna adrizal said...

kak masy,
kenal sangat. family dia family angkat saya. lelaki durjana tu pun saya kenal, dulu penah kuar berempat. memang sedey... kekadang terdengar2 suara dia.

Anonymous said...

dunia skang byk yg celaru..tunggang terbalik...ermm just refer balik pada 'kitab' yg asal..insyaallah keadaan kembali baik..

arianna adrizal said...

kurzz,
insyaAllah...

Anonymous said...

woi..woi.. guna nama aku kena mintak royalti nih.

encik zainal ckp, ko kena amik cuti end of june kalau ko minat nak bagi ceramah yg dia ckp haritu. rerajin la baca buku. huhu!

arianna adrizal said...

eda,
ehehe...

alamak... jav kan sumer lelaki. tetiba pompuan nk kasi lecture lak.. ini de komplot ke.. konspirasi ke.. apa nih...
tp byran ikut pencramah professional kann, provide flight ticket kann.. hotel kann.. cam menariks, tertariks ajers! mmm, nntila pikiaq dulu..

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...