Saturday, May 13, 2006

Suratan atau kebetulan?

Salam.

Semalam hari cuti. Cuma cuti bagi aku, tidak bagi mak abah dan makcik aku. Bekerja sendiri kadangkala menuntut masa kerja yang lebih. Tak macam aku yang makan gaji. Seharian aku tak kemana.. cuma menonton tv sampai berair biji mata.

Petang tu kawan aku masa di sekolah rendah, Cik Tulip ajak berziarah ke rumah kawan kami, Dell yang baru kematian bayinya selepas 5 hari melahirkan. *Aku tukang payung ms kawin Dell dan jd pengapit 'terjun' kat rumah lelaki tahun lepas.* Aku baru dapat berita tu 2,3 hari lepas. Tak berani nak call dia sebab aku takut kalau dia menangis aku sure nangis sekali. Lain la kalau ada kawan-kawan lain, rasa malu sikit.

Dalam pada menunggu tu, aku teringat masa kecik-kecik dulu. Aku sekolah kampung. Mana pandai cakap omputih. Masa darjah 3, aku selalu kena buli dengan cikgu maths yang kebetulan cikgu english jugak. Selalu kena panggil ke depan suruh selesaikan masalah bahagi dekat papan hitam dan aku selalunya tak boleh jawab. Bukan aku tak reti jawab tapi bila berdebar-debar, panik,.. segala sifir dekat kepala aku hilang! Bila masa periksa, aku score. Cikgu pun garu kepala. Haha..

Dulu hingga kini aku memang gilerkan sukan. Dekat sekolah kampung mana ada hoki, bola baling tu semua. Hanya ada bolasepak dan bolajaring. Masa darjah 6 aku dapat peluang mewakili sekolah untuk pertandingan bolajaring hingga peringkat daerah. Aku adik beradik mewarisi gen emak yang memang handal dalam bersukan. Sebut saja permainan apa, pasti dia boleh. Tp dulu laa...

Satu perkara yang ramai orang tak tau tentang aku, aku sangat berdikari. Orang tak tau tentang tu sebab sampai la ni aku stil dok dengan family so dorang ingat aku anak manja. Tp tak punn.. Masa aku sekolah rendah dulu, mak abah aku kerja. Jadi tengahari aku dengan abang balik rumah sendiri. Aku da mula memasak makan tengahari sendiri masa darjah 3. Yelah, nak harap siapa lagi..

Lepas UPSR yang keputusannya ok-ok je.. dan keputusan yang aku banggakan hinga hari ni, peperiksaan SRA yang melayakkan aku ke sekolah menengah agama. So aku isi borang untuk sambung belajar di sekolah Menengah Agama. Aku masih ingat lagi, bila keputusan dikeluarkan dan aku dapat. Abah tanya,

'Boleh ke buat bahasa arab ni? nak sekolah agama ni banyak subjek nya..'

Aku diam. Aku hampir pasti yang abah sudah ada perancangannya sendiri. Bila musim persekolahan bermula, 3 hari aku kat sekolah menengah berhampiran rumah, sekolah campur. Hari ke-4, abah hantar aku ke sekolah Convent. Semua pelajar perempuan. Setiap kali perhimpunan, medium utamanya bahasa Inggeris. Aku kelu. Aku tak reti. Tapi lama-kelamaan aku da bole terima..

3 tahun di Convent, selepas PMR aku ambil borang sekolah teknik. Hajat hati nak buat engineering. Tapi abah cakap,

'Keputusan teruk macam ni mana bole masuk sekolah teknik!'

'Tengok english ni pun da ok, dapat B. Sikit lagi kalau belajar bole dapat A ni. Kalau sekolah tempat lain, nanti english ntah kemana, teknik nya entah kemana.

'Sekolah je dekat convent tu. Dah elok da..'

Aku diam. Tapi malam tu, aku menangis di dalam bilik sendirian. Terdengar suara mak bercerita dengan makcik aku yang aku nak sekolah tempat lain. Bila musim persekolah bermula, aku masih di Convent dan meneruskan persekolahan aku seperti biasa. Keputusan pembahagian kelas oleh pihak sekolah tak menyebelahi pilihan aku. Aku ditempatkan di kelas Literatue in english. Hanya ada 2 orang melayu. Aku dan kawan aku Baby. Aku tengok dia, dia tengok aku. Akhirnya, kitorang buat surat pertukaran kelas. Dan kebetulan, 2 orang dari kelas Akaun sanggup tukar dengan kitorang. Fuhh, lega dapat tukar! Tapi.... aku tak suka akaun! Buktinya, sepanjang kelas di tingkatan 4, aku tidur semasa kelas akaun. Dah la tempat strategik, terlindung dek tiang dan dekat dengan pintu. Hasilnya, aku tak pernah lulus subjek Akaun aku. ;p

Bila keputusan SPM keluar, aku lulus subjek Akaun aku cukup-cukup makan. Hahaha! Antara kawan-kawan baik aku, aku yang paling 'corot' sekali. Eda, menjerit-jerit bila tau dapat 10! Antara pelajar terbaik sekolah tahun tu.

Sampai rumah, mak tanya;

'lulus ke tak?'

'lulus..'

Abah pulak,

'bahasa melayu *, bahasa inggeris *, matematik *, sains *, sejarah 8,.. ha sejarah 8?!'

Aku sengih. Abah aku memang terer sejarah.

Aku sebenarnya tak gembira dengan keputusan SPM aku. Rasanya PMR lebih baik. Tapi abah kelihatan sangat gembira!!

Pemilihan course untuk ke U pada mulanya tak menimbulkan masalah. Tapi bila dah mendapat tawaran, masalah yang tak disangka-sangka timbul.

'Tak payahla pergi. Cuba apply yang lain. Jauh sangat tu..'

'Tengok anak makcik **** tu, lepas grad mana de kerja. Kerja macam tu orang lelaki senang la dapat.'

'Mintak kat sini, kat itm shah alam. Mak suruh abah tanya kawan dia.'

Macam-macam alasan yang cuba disogokkan kepada aku. Akhirnya aku melepaskan peluang dan cita-cita aku untuk jadi arkitek. Aku apply semula permohonan di u tempatan. Sementara tu, aku sambung form 6 ambik kelas matematik tulen. Dalam kelas aku cuma 2 orang melayu. Dekat situ aku cuma bertahan hingga lower 6 bilamana aku dapat offer daripada politeknik ungku omar untuk architecture course.

Masa tu memang excited! Yelah, mak abah pun da approved. Dah pergi shopping da nih.. Beli seluar baru, t-shirt suddenly 1 month sebelum pergi daftar, dapat surat tawaran dari itm pulak. Course yang tak pernah aku terfikir pun. Pulak tu, lusa da kena pegi daftar!! Dan... episod serta kata-kata kat atas tu bagai diulang tayang je. Dekat, senang cari kerja, universiti lg.. bla bla..

Akhirnya aku turutkan aje. Semester pertama, kedua,.. aku masih main-main. Masuk semester ke-3 selepas kematian arwah atuk aku, baru aku betul-betul belajar. Sekarang bila da abis belajar, rasa rugi sebab main-main dulu. Mencacatkan sijil ajer! Huh.. Seperkara yang menarik, dulu aku sekadar mencatat 8 a.k.a lulus-cukup-cukup-makan dlm spm, tapi masa di itm aku berjaya dapat A untuk subjek Akaun! Huhu..

Beberapa tahun selepas grad, aku ada terfikir untuk buat semula apa yang aku cita-citakan. Architecture. Tetapi mengenangkan masa, faktor umur, kewangan dan kerjaya, aku rasa aku terpaksa simpan cita-cita aku tu dalam hati. Bak kata kawan aku,

'... takpela anne, walaupun ko tak dapat wat architecture semoga ko dapat kawen dengan arkitek! hahaha..'

Ke situ pulak peginya.. Hampess tul!

Aku tau aku memang anak kesayangan abah walaupun abah selalu membantah pilihan aku. *Harap-harap abah tak membantah lelaki pilihan aku nanti..* Dan aku mulai faham maksud dan sebab abah dulu.. Dulu abah diterima masuk ke UM tapi kerana prosedur yang remeh-temeh dan karenah birokrasi, abah terpaksa melepaskan peluang tu. Kami anak-anaknya la penyambung cita-citanya itu.

Abah aku ni cikgu. Cikgu english dan sejarah.. aku pun penah jd cikgu english sekejap kat sekolah abah aku dulu. Tapi minat aku bukan untuk menjadi cikgu.. walaupun masa kecik2 dulu penah la gak berangan nak jadi cikgu. Abah pun tak pernah paksa aku jadi cikgu.

Aku tak dapat bayangkan jika perkara yang sebaliknya berlaku memandangkan terlalu banyak pilihan yang muncul dalam hidup aku.. Ya, setiap pilihan bisa mengubah segala-segalanya. Biar apa pun aku tetap bersyukur dengan siapa dan apa yang aku miliki hari ini.

Abah, Selamat Hari Guru!!

* suratan atau kebetulan.. ~ pilihan atau peluang.. ~ mimpi atau kenyataan..

7 comments:

Irzan said...

Hye arianna :)

Thanks sbb sudi drop by bagi komen kat my blog. Actually tgh dalam melancholic mood - nothing much. Just thinking nak tukar template and site.

Dah boring ngan blogspot - banyak sangat problem dan kurang kelebihan.

Kalau kat wordpress boleh password protect entry - dan boleh buat categories. Seronok! :)

Anonymous said...

Be the best in what you do, eventhough it's not what you want.. Just simply be the best...

arianna adrizal said...

hi mirul,
huhu.. semoga hepi selalu kat wordpress!! *wink*

sham,
same goes to u..

Anonymous said...

same goes to everybody :)

Masy said...

cedey kan klu baby meninggal..akak ni dgr anak buah akak kene tahan kat wad pun dah x tentu arah, rasa nak nanges sume ade (aikk..sensitip nmpk..haha), ni kan pula ibu yg melahirkan..belum puas nk bsama anak, dah terpaksa lepaskan dia pergi..huhu..

apepon, bertabahlah! *ayat stendet dlm cite Korea..hehe*

Alinlai said...

salam,
sedih baca cite u, memang la walaupun kita rasa kita perlu patuh arahan mak ayah...tapi kdg2 kita kena berkeras juga. Apa2 pun bila dah jadi mak ayah nanti kita cuba jangan halang sangat kehendak anak2...insyaAllah give them spaces as we wished to have :)

arianna adrizal said...

kak masy,
bertabahlah.. hehe. sy rs dia pun da ok, dpt terima ketentuanNya dgn redha.

semoga anak buah akak cpt sembuh..

alinlai,
i've been raised in a situation or tradition dat so called mind-ur-own-business. i'm not really attach dgn parents..esp mom. in other words, berdiri dgn kaki sendiri. most of things i decided by my own unless things yg besar2 n memerlukan persetujuan mereka.

for me dad is all daughters hero. so do i. as far as i concern it's hard to tell how much money, time and effort dat he gv,.. semuanya utk sy. bcoz we're not close like other parent n child, cr utk sy balas, mungkin hanya ini.. gembira kan hatinya n make him proud of me. apa yg dilakukan kerana dia mahukan yg terbaik utk diri sy juga.

now i'm starting to b emo.. haha malunya..
tp sy faham n aggre wif u. itu yg selalu sy fikir dan tanam dlm hati sy. selain bljr dr kesilapan sendiri, tak lupa learned other people mistake. tu semua pengalaman berguna. thanx alinlai! do come again..

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...