Ohayo gozaimasu! Pagi ni fikiran aku bercelaru sikit. Rasa sedih pun ada rasa gembira pun ada.. Bila rasa macam nak menangis mental aku kuat mengatakan 'JANGAN'!
Pernah tak korang cuba mengubah sikap seseorang atas sebab kita ambil berat tentang dia dan kita pasti yang dia sedang tersilap langkah??! Dan bila kita gagal,... adakah impaknya meninggalkan kesan yang teramat?..
Mungkin ada orang cakap aku cuba untuk jadi hero tapi ketahuilah aku tak akan buat macam begini semata-mata untuk jadi hero.. sebaliknya aku rasa sayang jika dia terus dengan kehidupan yang begitu.. rasa kerugian. Baik aku cerita dari mula supaya tak wujud pemikiran yang bukan-bukan.
Awalnya aku agak kureng sikit dengan dia kerana minda aku banyak disogokkan dengan cerita-cerita kurang menarik mengenai keturunan yang dilahirkan dalam dulang emas ni. Barangkali juga kerana aku sendiri yang mengamalkan dasar tutup pintu pada lelaki berketurunan bangsawan macam dia. Lagipun... siapalah aku ini.. huk.. huk.. dilahirkan dalam dulang apa pun aku tak pasti, nanti tanya emak. Bagi aku cerita cinderella, bawang putih bawang merah tu ibarat cerita mission impossible, tak mungkin berlaku ke atas aku..
Tapi sebagai manusia yang tetap punya hak walaupun tiada berdarjat, aku menerimanya.. hanya sebagai rakan sepejabat. Tak lebih dari itu. Sikap 'kesosialan'nya yang agak melampau dan bermewah-mewah menutup segala kemungkinan aku akan menerimanya lebih dari itu. Sehinggalah satu hari dia sms aku,
' i nak kawan dengan u more closer tapi x attach to each other.'
As a woman aku rasa kata-kata tu sangat merbahaya dan harus dijauhi. Ayat tu kalau ditranslatekan ke bahasa mudah, ianya akan jadi begini, 'i cuma nak flirt dengan u aje..'. Pada mulanya aku agak marah tapi kata-kata kak shaz membuat aku berfikir lebih telus.
'Perasaan sayang boleh mengubah sikap seseorang.. dari baik kepada yang tak baik dan dari yang tak baik kepada yang baik. Ambil peluang ni untuk tunjukkan dia jalan yang sepatutnya dilalui.. itu pun kalau kamu berani sbb it's too risky.''
Aku menolak permintaan tu pada awalnya tetapi dia tetap datang kepadaku. Akhirnya aku mengalah walaupun tiada sebarang perasaan cinta terhadapnya sebaliknya kata-kata kak shaz aku pegang kuat. Aku ikut rentaknya tapi secara perlahan-lahan aku tarik dia kembali kepada kenyataan. Ya, aku sempat main tarik tali. Haha.. Demi kebaikan aku tak kisah... dan aku pasti Aiman pun tak kisah.. ;p
Aku harus akui meledani karenah manusia macam tu sangat sangat sangat sangattttttt payah! Aku manusia biasa. Kadangkala permintaan dia sangat menakutkan, eww... tapi aku tabahkan hati, maniskan muka dan katakan tidak kerana aku yakin akan kebenarannya.
He's kinda like budak-budak yang suka 'bermanja'.. ha, don't get me wrong. Cubalah 'bermanja' dengan aku kalau nak kena fire! Maksud aku dia ni macam adik aku (dan dia memang lebih muda dari aku, juga rendah dari aku..) Datang tempat aku, duduk sebelah aku sambil letak kepala atas meja tengok aku buat kerja. Pastu cakap, 'nak peluk bole tak?'. Selalunya aku akan jengil mata kat dia sambil tunjuk penumbuk. Hahaha.. Akhirnya dia akan keluar dr tempat aku sambil mengomel yang aku tak pernah layannya. Pernah juga kerana kesian, aku gosok rambutnya hingga kusut-masai. Haahaa.. itu je yang termampu aku lakukan.. Lebih dari itu, aku tak rela.
Ya, kami memang rapat tapi tak terikat. Dia selalu sms aku, call extension aku malah dia yang install skype supaya mudah berhubung dengan aku. Aku memang ambil berat tentang dia. Aku sayangkan dia tapi tidaklah sehingga timbul rasa cinta. Sepanjang aku berbaik dengan dia, aku dapati ada perubahan walaupun tak banyak.
Tapi akhir-akhir ni aku semakin risau kerana dia yang lebih mendominasi keadaan. Sehingga di satu keadaan, aku ambil keputusan untuk lepaskan tangan. Aku sangat sangat kecewa bila diberitahu ketika overseas trip, dia tanpa segan silu menonggang botol haram jadah tu di depan rakan-rakan ofis lain yang kebanyakkannya Islam. Nampaknya dia cuma berubah di depan aku saja. Aku sangat kecewa! Nampaknya aku tiada cukup kekuatan untuk membantu dia. Tiada cara lain lagi, aku akan lepaskan tangan....
aku : i nak bagitau u ni.. i nak kawin.
dia : what?! dengan siapa? kenapa u tiba-tiba je ni?
aku : ntah, dengan dat guy yang family i arranged kan tu. i pun tak plan nak kawin tapi.. suddenly je dia datang dlm hidup i dan trus jadi macam ni..
dia : bila?
aku : end of dis year insyaAllah..
dia : o.. ok. (terus letak phone). Tak lama lepas tu dia telefon semula.
dia : oklah, i cuma nak bagitau.. u have ur own life. i wish u happy dengan life u after this. i tak kacau u lagi lepas ni.
aku : hey, kita kan masih boleh kawan..
dia : i tak boleh kawan dengan u lagi. nanti i mesti nak mengorat u..
aku : haha.. macamtu pulak.
dia : u kan tau i.. oklah.. congratulation. bye.
End of conversation. Telefon berdering lagi selepas tu.
kakak : eh, apa kamu cakap dgn budak tu?
aku : ha, cakap apa ni? o.. pasal kawin tu ke?
kakak : ha,yelah. dia panggil akak masuk bilik dia tadi. muka dia berubah abis. dia tanya siapa lelaki tu.
aku : abis akak cakap apa?
akak : memula akak terkejut jugak tp akak cakaplah, orangnya tinggi... rupa bole tahan.. kerja bagus.. Pastu dia tanya akak, kerja bagus tu kerja apa, akak ckapla.. hi post la jugak. dia terus diam. kesian pulak akak tengok muka dia tu.
aku : thanks kak.. saya tak sempat berpakat pun ngan sesapa pasal hal ni. saya cuma rasa saya da takleh nak teruskan. 2,3 minggu ni dia da mula kuasai relation ni dengan cara yang saya tak bole terima. saya takut saya nak tolong dia, saya pulak terikut dia. ishh..
akak : akak paham. sebab tu akak cakap macam tu. biarlah dia.. dia sendiri yang tak nak berubah. dulu pun akak da cakap yang segala-galanya bermula dari diri dia kan..
aku : thanx kak..
Semalam setelah 2 minggu tak nampak, tiba-tiba dia datang ke tempat aku dan cuit bahu aku.
dia : i tinggal seminggu je lagi kat sini.. bf u apa kabar? tetiap hari la jumpa ye.
aku : takla, biasa-biasa je. *aku jawab tanpa menoleh ke wajahnya.*
dia : sombong.
aku : taklah.. bz. apa citer?
dia : gf i br balik semalam. sempat gak tidur rumah dia semalam.
aku : *senyum*
Pagi tadi,
aku : kak, nape dia pakai mcmtu arini?
akak : hehe.. ada majlis arini. dress code kena pakai baju melayu. *Dengar suara-suara bercakap dihujung talian*
aku : nape tu?
akak : ni ha, dia mintak tolong pakaikan sampin. dia cakap kat kamu, nak pegi bertunang. kalau kamu nak, bole la arini..
Sayup-sayup aku terdengar suara dia,
'kita tengok siapa yang bertunang dulu..'
Aku senyum. Nampaknya cara aku berjaya. Cuma aku kesal dengan sikapnya, dia seolah-olah ingin 'bertanding' dengan aku. Tapi hakikat sebenarnya dia 'bertanding' dengan diri dan ego dia. Bukan dengan aku. Sebab cerita tentang perkahwinan tu cuma tipu belaka. Sekadar alasan aku. Aku masih begini, bahagia dengan diri sendiri. Jika takdirnya masa masih panjang, pasti aku akan terus pegang tangannya walaupun aku sendiri yang terpaksa meredah kesusahan. Dia bakal menamatkan perkhidmatannya di sini minggu depan.
Aku tahu aku gagal. Mission not accomplish. Aku cuma mampu mendoakan dari jauh... semoga dia tersedar segera sebelum terlewat.
Sayonara. Domo arigato gozaimasu.. for everything. Itte irasshai.
9 comments:
ni cite aritu ek?
camtu pulak. tp mmg ade lelaki yg cenggitu, rasa mcm jatuh je maruah dia klu pompuan yg dia suka kawen dulu. so..wpon dia sbnrnye xde laa nk sgt kawen dgn gf (dah ade gf pon miang, hampeh) dia tu, tp dia buat jgk - konon2 nk saketkan ati kite padahal kite x rasa apepon.hohohohoh..
saje nk buktikan dia boleh hidup tanpa anne laa tu. pasan best la tu.huh.
btw, akak pon ade skype gak..hehehe..nk add ke?
my ID - masy_4180
huhuh
ermm susah tuk kita menjangkakan sesuatu tuh..berubah dgn cepat..it's take time..Insyallah,dia akan berubah..jika ade keinginan tuk berubah..kerna perubahan tu perlu dilakukn oleh diri kita sendiri..bukannya atas org lain..kerna hasilnya nanti tak berkekalan....
kak masy,
aritu? ada cite ek?.. tak ingat da.
kitorg satu company tp lain building, lain dept dan lain2 lg laa.. bila dia selalu dtg ke tempat sy, org dok gusip. dorang ckp,
'takyah la dgn budak tu.. mmg la kaya-raya, keturunan lagi tp.. tak rugi pun kalau tak dengan dia..'
dan ada yg supportive,
'org yg mcm tu lg elok sbnrnya, dia da puas dgn dunia dia skrg, takla mcm sesetengah org, muda2 elok belaka da tua bongkok buang tebiat layan disko, dangdut pe kejadah..'
..jodoh bukan ketentuan sy. kalau itu takdirnya siapa kita utk menolak kan?!. sy cuma berpegang pdnawaitu sy, tp bila hanya sorang je yg 'bergerak' sorang lg tak nak membantu, memang tak kemana kan..
pasan best?! ha'ah.. part tu mmg kelakar hehe.. but i'm gonna to miss him la kak.. dialah penghibur walaupun menyakitkan hati.. celaru betul sy ni kan?! :P
skype tu sy da delete, kena install blk la nanti..
kurzz,
betul.. sy cuba tunjukkan contoh yg baik di depan dia. tp sy tak cukup baik mungkin.. insyaAllah, sy sentiasa doakan dia berubah..
Salam...
Nak buat macam mana.. SABAR jer la.. Pasti ada hikmahnya...
Buat baik dibalas kebaikan.. Dan sebaliknya...
Salam..
Seperti yang pernah sy katakan..prejudis juga ada peranannya sendiri...
dan sy tidak pernah percaya pd statement ini 'Perasaan sayang boleh mengubah sikap seseorang' ...hanya aksesori semata..
sekian.
nk jwb ckp deanz jap leh kot?
deanz,
klu ikut pngalaman sy la kan, perasaan sayang memang boleh mngubah sikap seseorang. tp sejauh mana perubahan tsebut mampu bertahan, bergantung kpd sekuat mana perasaan encik/ cik yg berubah pd pasangan masing-masing.
well..nasibku. perubahan dia hanya sementara, seperti perasaan dia padaku jua..aiseehh..ayat cam sajak laa plk. huh!
darkz,
salam..
sentiasa sabar.. selagi termampu.
deanz,
salam.. sy pun tak pernah percaya cuma merasakan kadang-kala sy perlu mencuba utk lbh memahami.
for me, perasaan sayang.. cinta memang boleh merubah seseorang... tapi kena tengok jugak sekuat mana perasaan tu... kalau setakat ala-ala melepaskan batuk ditangga tu... alamatnya tak lama la perubahan tu.... sekeras-keras batu, tentu akan terukir dengan aliran sungai yang tak jemu2 membentuk.. begitu jugak hati manusia yang mungkin boleh berubah dengan kasih sayang yang tak henti dicurahkan.. tapi relakah anda berkorban demi orang lain?
Post a Comment