
Hari Isnin.
Orang cakap, monday blues...
Aku kata, "arghhh.. sakit bahu." Aku tengah fikir macamana aku bole dapat sakit ni (sakit kat tulang selangka). Memang semalam ada angkat barang tp rasa-rasanya tak ada pun angkat dan letak kat bahu.. Ini bukan pertama kali pun, malah setiap kali aku terlebih aktif atau melakukan aktiviti yang menuntut kerahan tulang bahagian tangan terutamanya macam mengemop, main bowling, bersukan.. (semuanya aku suka buat..) sure 2,3 hari aku akan sakit. Mmmm, beginilah nasib orang yang bertulang kecil seperti aku kot.. *ukur lilit pergelangan tangan aku cuma 13.5cm, sangat jimat dan untung bila membeli gelang emas. Hahaha.. *
Walaupun begitu, aku ni jenis manusia yang tak betah duduk diam tanpa buat apa-apa. Jika seharian duduk berehat, bertambah sakit tulang-temulang aku dibuatnya.
Jangan tak tau aku ada cita-cita nak sertai Angkatan Tentera Laut Malaysia tapi oleh kerana dah terlebih had umur jadi lupakan jelah.. Lagi pulak, terlalu banyak halangan.
Aku memang sukakan aktiviti yang lasak dan beruniform. Aku pun tak tau kenapa. Dulu aku pernah cuba untuk menyertainya TLDM ketika di universiti tapi awal-awal lagi aku di'reject'. Alasannya, "dik, belum pernah lagi dalam sejarah budak secretary join kitorang. Maaflah ye..". Aku masih ingat mereka gelakkan aku. Aku rasa agak tercabar diwaktu itu. Jadi aku terus mendaftarkan diri untuk menyertai ujian ROTU dan Komander Kesatria untuk buktikan pada mereka yang student secretary pun bole lakukan aktiviti lasak. Kebetulan keputusan Kesatria keluar lebih dulu, jadi aku terus terima tawaran tu dan menjalani ujian selama 4 hari di Batu Gajah, Perak. Hasilnya, aku berjaya dan mendapat kepercayaan penuh daripada pihak atasan untuk train kadet baru dan dapat naik pangkat setiap semester (walaupun hakikatnya, selalu jugak aku sakit selepas turun padang). Baru puas hati. Masa tu rasa macam nak lalu depan mereka-mereka yang bergelak sakan dulu sambil nyanyi, ' jangan pandangku sebelah mata....!' takpun 'pandangla lihatlaaa...' hahahahahaha.. *ja'atnya haku!*
Selain tu, aku pun suke gilerrr bab aircraft nih. Kat bawah ni antara gambar aircraft yang ada dalam koleksi. Sedikit masa dulu, aku melanggan tetiap keluaran model mini aircraft. Sekarang bukan tak minat tapi sebab dah tak cukup ruang nak simpan, jadi aku berhenti melanggan.

Yang paling besh.. Stealth Fighter.
Air France Concorde

Yang ni.. hehe.. lau tak tau susah arr.. Boeing Business Jet
Jadi ada 2 kesimpulan yang aku nak buat disini. Pertama, jangan underestimate kemampuan orang lain walaupun kadang-kadang kita tengok macam tak percaya je. Kesimpulan kedua.. so adik-adik, janganlah tak makan sayur. Makan walaupun pahit! nanti jadi macam akakk ni haa.. kan susah. Nampaknya mulai harini aku kena mulakan tabiat makan sayur ( paling aku tak suka).. dan jika perlu.. kenalah ambil supplement apa yang patut.. botox ke.. ehehe..
* emel dari dia. 'i masih merajuk..' ---> so, nak aku pujuk??
**suker lagu pretty ugly yg baru! ---> '...kau memandangku sambil membelai rambutmu..'
***keshiannya shaz tak dapat masuk... huhuk.
16 comments:
ayaakk..saket ke?huhuhu..meh sini,simbah dgn minyak panas..hehe..
ske gak lagu baru tu. puas nk donlod x dpt..tensen..
mkn sayur!mkn sayur!
Tgh nak cari member pi aquaria nih.. jom arr
kak masy,
adeh.. adeh.. sampainyer ati nk simbah minyak panas.. uhuk huk..
ha, dload jgn tak dload! pehtu bg kite lirik dia ek.. nk nyahnyi nih.. hihi..
sham,
aquaria tak minat arr.. 'quoria' minatttt!!! hahahaahaaa..
hahaha... mcm mana la awak boleh salah dengar ari tu...
errr..bukan minyak panas yg goreng ikan tu tau, ni minyak angin..minyak angin yg panas tu..alaaa..paham kan?
ooww..camtu ejaan 'quoria', akak ingatkan ejanye 'korea'..hehheheheh
hahaha... masy... tu lah jadinya bila orang cakap aquaria.. tapi kepala igt korea... jadilah quoria
kak masy,
ooooooo... minyak panas utk urut. ckp tak terang, mana nak tauu. ;p lau sakit urat, cramp ke bole la tuang minyak tu.. tp yg ni tak lut pun.
okla..oklaa.. KOREA. akak ni sengaja je tau.. eeeeeee..
sham,
nak wat camane.. tgh syok layan lagu korea lam keta kak masy. tu yg jd lagu tuuu..
hehhe leh tahan gak yer ko arianna...masuk ROTU tuuu...sya dulu minat gak..tpi yg bwk 'fighter jet' jer..hehe ader gak 2,3 model tuu..tpi my bro yg punya hihihi..
p/:penah tampal pic kepala kt badan org lain(pemandu)..(xsuper impose sgt laa)hihi
kurzz,
alaa.. biasa2 je. *sipu2*
a'ah.. penah gak berangan nk bwk stealth yg best tu.
*hehe.. penah gak wat dulu.
Wah...hebat ! membaca entry anda ini mengingatkan saya pada alphawolf...hehehe
blackpurple,
alphawolf?....
Christin Ling.. hahahaha
Salam..
Nasihat ku hanya satu..dengan kemahiran yg ada anggaplah ia satu kelebihan dan jgn aktifkan dirimu dgn KMM or JI tapi aktifkan dirimu dgn hotlinksss... :D
rekabentuk aircraft memang unik...
agak2 kalo berpeluang memandunya.. bagaimana agaknya ek? heh.. ;d
sham,
lupe nk ckp aritu, adik christine ling keja dgn mak sy dulu. sora dia lbh kurang je dgn kakak dia tu. agaknya sbb tu kot..org tua2 kata, kenan. ehehe..
salam deanz,
kelebihan ke? tak kot. sesiapa pun bole buat kalau betul2 nak.. bergantung pd minat.
KMM? JI?? err.. tak berminat laa. Hotlink.. mmg da aktif pun :)
darkz,
kalau sy dpt peluang tu... mmg takkan dilepaskan!!:D
Post a Comment