Warning : mmm, ini cerita-ceriti hati orang pompuan.. orang lelaki kalau tak suka, tutup mata je la yee.. :)
Pagi ni rasa itu datang lagi. Rasa yang mungkin menjadi punca aku demam haritu kot.. Rasa sejuk dan menggigil sedangkan pagi ni tak hujan. Rasa memulas di dalam perut tapi bukan ingin membuang hajat. Dada terasa sesak, nafas pendek-pendek manakala degupan jantung berdegup laju seperti baru berlari 100meter. Bila rasa itu mulai reda, seluruh badan terasa sakit barangkali kerana urat yang tegang kembali kendur. Arghh, penyakit apa pula kali ini??!
Sedari Jumaat lepas lagi aku dah mula rasa sebegitu. Mungkin semenjak diamanahkan oleh presiden untuk memberikan souvenir kepada seseorang bagi pihak company. Presiden terpaksa menghadiri coating show di KL. Aku masih ingat lagi pesanannya,
" u jangan lupa call dia ya.. or u can meet him outside .. bole dating sekali lo.. ", diiringi gelak ketawa halusnya.
Aku hanya senyum kelat sambil menjawab,
" he's a married man.. ", kataku yakin.
" how u know?? u asked him?? ".
" no but i saw his finger, got ring ma. most probably wedding ring lo", jawabku tak mahu kalah.
" where got like that.. see i'm not wearing any ring meaning i'm single meh.. itu Lupi pakai cincin tapi still not married yet single juga. these days ha, hard to tell la.. married or not married nobody knows la..". Jawab si presiden sambil menepuk lembut bahuku.
Kenapa diorang ni eh?? Nak jadi matchmaker lagi ke?? Erkk..
Sudah 2 hari jugak aku cuba untuk melunaskan tugas khas aku tu tapi baru nak pegang ganggang telefon, penyakit aku tu datang semula. Jadinya, sepanjang hari duduk aku tak menentu. Nafas aku tak teratur hingga terasa sesak. Jadilah aku macam ni. Macam ni!
Kembali ke hari Jumaat lepas. Aku dan beberapa orang staff menghadiri training di sebuah company. Kakak receptionist tu beritahu kami akan dibantu oleh assistant manager. Normally kan bila sebut pasal orang yang berpangkat begini, dalam fikiran automatically terbayang gambaran seorang lelaki yang rambutnya kurang, perutnya terlebih.. (hehe..) kan? kan?.. Suddenly sorang lelaki dalam lingkungan 20's-30's, masuk ke meeting room. Sebelah tangannya memegang hp rapat ke telinga manakala sebelah tangan memegang buku setebal kamus.. Sempat juga matanya melempar pandang ke arah aku. Siapa pulak ni?, desis hatiku. Setelah dia menamatkan perbualan di hpnya dan meletakkan di atas buku, matanya memandang kami sambil mulutnya menguntum senyum. Melihat senyuman itu, fikiran nakal aku mula berbicara, ' mm, tak rugi datang..' Haha!
" Assalammualaikum dan salam sejahtera. my name is .... i will assist u all on behalf bla bla... i gv u my name card.." dia mula berbicara. Dia hulur, aku ambil. Haa?? assistant manager! I looked at him and my heart saying 'biar benar budak nih..' Presiden di sebelah mula menguis siku aku sambil berbisik, " he looking at u la..". " no lah!".
Masa tu memang separuh hati i doubt on his capablity dan separuh hati lagi rasa kagum. Bagus sangat ke dia ni. So, when he started the talk, i looked at him rite on his eyes.. tepat. tak berkelip. ! Unfortunately, dia pun tak mahu kalah, he stared at me back! Masa tu rasanya da macam pertandingan lawan-lawan mata pulak. As u all know, for sure la aku kalah.. aku kan pemalu. Ngeh!
So sepanjang training tu macam tu lah. Aku pandang dia, terus. Bila rasa dah nak kalah, aku tunduk. Tak lama, angkat muka balik dan pandang semula. Hahaha.. I know it was a bit cheeky tapi... aku sengaja buat begitu untuk menunjukkan yang aku konon-kononnya fokus padahal dalam hati asyik mengomel rasa tak percaya. Sessi training tu bermula dari basic tentang company hingga menjelajah pelusuk -pelusuk plant termasuk warehouse sekali. Dalam pada tu, sempat juga tengok proses pembuatan dan pembungkusan gee atau minyak sapi.
End of our training session tengahari tu,.. Ok laa.. i changed my words. My perceptions toward him totally change.. , i admit he got that capabality. *Anak siapa lah ni ye... ;P* dan yang terpaling penting.. aku dah jadi pemalu semula, back to normal.. hehe. Masa nak balik tu, not even a word pun keluar dari mulut aku. Aku cuma tunduk dan terus berlalu.
Pagi tadi bila aku call leez dan cerita 'penyakit' baru aku, cepat-cepat dia menyampuk,
" aku rasa ko sebenarnya da mengidap penyakit jatuh cinta laa..".
Whattt??
" rilek ar... 12 tahun kawan dengan ko. sampai aku bole differentiate macamna keadaan ko bila ko suka atau bila ko jatuh cinta kat orang.. kalo ko hepi-hepi bila kenal orang meaning ko suka orang tu tapi bila ko mula buat perangai pelik ni maknanya ko memang.. 'jatuh cinta dengan... kamu' *nyanyi lagu adam*. hahaha..".
Waktu lunch tadi, sambil menyiapkan report,.. my brain keep 'running'.. gathered all evidence yang boleh disabitkan dengan kemungkinan yang leez katakan tadi. And 'tingg!' ,
" o, ow.. no. "
oo, i must be crazy.... i'm not supposed to have dis kind of feeling.
And now, aku rasa macam nak migrain pulak.... Terus call leez.
aku : leez, mana ko tau?
leez : skrang baru percaya aku. hehe.
aku : jgn memain. serius ni...
leez : la.. ingat tak lagi pasal farish?? kelakuan kau skrang saling tak ubah macam masa tu.
aku : ...
leez : dulu kan, when u told me dat, u won't let urself fall in luv to someone who don't luv u at d first place.., i said nothing. aku tau ko kata mcmtu sbb ko selalu takut terjatuh dengan orang yang salah.., samada org tu dah kahwin, dah bertunang atau dah ada gf. tp.. ko kena tau luv is unpredictable. bila ia datang, datang macam tu aje.. without prior notice! sekali da macam surat bank pulak.. haha!!
aku : alahai, i hate dis feeling la!
leez : la, tak payah benci-benci. eh, how u met him? what he did actually? i know it wasn't u who started the drama..sure dia! dia pandang ko lama-lama eh, mm.. sambut ko jatuh dari tangga ke.. takpun dia salam ko pastu ada karan. cepat la cerita.. mesti best. cerita kau kan selalu mcm cerita novel. hihi..
aku : amboi.. jgn nak macam-macam. huh! mintak royalti nanti baru tau! agaknya sebab aku dok pandang je muka dia tak pasal-pasal aku boleh ingat clear picture of him tau. ko macam tak tau aku kan susah nak ingat rupa orang.
leez : hoho..ooo... interesting! aku da agak mesti dia ada buat sesuatu kat ko. masa ko pandang dia, mesti dia kasi jampi. kalo tak, haram jadah ko tak terjatuh cinta kat dia punyalah!! hahahaha...
aku : aku gigil-gigil kat sini macam orang kena parkinson ko kata interesting! he's my trainer!! and probably i may need to see him again and again.. ofis dia depan ni aje. more than 50% pasti terserempak punya.. mana nak sorok mukeee!!! wuarghhh...
leez : a'ah. dah la muka kau tu tak reti menipu.. pulak tu terdengar pulak heart beat ko, dub-dap dub-dap.. nanti free-free je dia tau ko da tersuka kat dia. hihi..
aku : eeee.. jahatla ko nih.. bukan nak comfort aku.
leez : hehe.., okla...wether u like it or not u have to face it. later on, u'll be thank or be regret ke.. bukan kuasa kita. if u say no, so jgn teruskan. jgn libatkan diri.
aku : aku rasa nk cari keje kat tempat lain la..
leez : ha, tu jelah modalnya! dah, tak payah pegi mana-mana. keje kat situ elok-elok!!
aku : ......
Wuarghhhhhh......................................
Lambat-lambat aku dial nombor presiden. Setelah 4 kali dering,
pres : Yes annerina (pesal ntah suka benar amoi ni panggil aku macamni..).. u sudah bagi ke?
aku : Er.. err.. u balik ofis esok kan.., apakata u je yang bagi. i tak sempat la.. eheh..
pres : Aiya.. . Orang mau kasi can sama itu abang u tade mau. Rugi lo.. takpe ke?.
aku : He..he.. takpe.. takpe. No worries. I ok. Confirm.. Gerenti.. eheh..
Aiya amoi, itu bukan can... itu cari penyakit lo.
Kali ni aku terlepas. Next training session, bulan depan.. harap-harap tak jadilah..takut-takut bila ternampak aje muka dia, rasa tu datang semula. Semoga dia dah terlupa muka aku ni. Aminnn.. Hihi.. adeh!
*before going to bed every nite, tear a page from the calendar and say, " There goes another day of my life, never to return..".