Semalaman aku tak tidur. Leka. Aku tengok Yin pun bulat matanya sepanjang malam semalam. Akibatnya pagi kami di Mauldin jadi perlahan. Mungkin kerana masing-masing sudah kehabisan stamina. Aduh, baru satu.. entah bagaimana pula Charlotte dan Kankakee nanti. Kalau begini gayanya aku rasa kami akan jadi lempeng bila pulang nanti.
As everybody knows, perlawanan antara pasukan German dengan pasukan Itali telah berlangsung beberapa jam yang lalu. Aku penyokong German. Aku dan Yin dapat meloloskan diri pergi menonton perlawanan German - Itali dengan bantuan brother Bernie. Sesampai kami di tempat tersebut, ada skrin besar (mengingatkan aku kedai mamak cuma bezanya tempatnya di dalam bangunan). Aku lihat Tuti, awek Cimanggis dan seorang brother (aku tak ingat namanya, biar aku gelar Totti saja kerana dia dari Itali) dah tunggu di situ. Melihat kami sampai, Tuti melambai tangannya menyuruh kami duduk bersama.
"Kemana aja kamu? Di kantor bapak Soonthornthira ya?" , tanya Tuti sambil mengenyit mata kirinya.
"Ah, usah bikin gusip. Aku...", jawabku perlahan sambil aku menekup kedua tapak tangan dan letak di tepi telinga sebagai isyarat. Tuti senyum tanda faham.
Sepanjang 2 jam perlawanan, beberapa kali jugalah aku menguap hingga di jeling lelaki di meja sebelah. Seawal minit ke-6 sudah jelas permainan berat sebelah. Brother Totti pun semakin lebar senyumannya setiap kali pemain Itali memegang bola. Kekalahan pasukan favourite aku tadi agak mengecewakan aku. Walaubagaimanapun, aku respect dengan team Itali yang beraksi hebat tadi. Thumbs up!!
Balik dari menonton perlawanan, aku baca e-mail. Mata aku terpandang satu nama. Lambat-lambat aku buka.
"Anne,
How's life? Hope everything are going ok. Just want to update u, manalah tau.. kalau-kalau u tak sempat tengok game Germany vs Italy. Your team da kalah. So jangan buat-buat lupa pulak.. u owe me a date! Haha.
Oklah. Take care. See ya soon.
Regards,
Mr XXX. "
Alahai... macamana lah aku boleh lupa aku terpengaruh buat janji macamtu dengan Mr XXX! Padan muka aku. Huh!
Pandang ke kiri, tengok Yin dah selamat belayar. Mungkin sudah sampai ke China. Atau barangkali singgah sebentar di Itali, meraikan kemenangan pasukan kegemarannya. Hehe..
Aku teringat Clara dan Daniela di Illertissen yang sudahpun apply cuti untuk menonton final WC. Agak-agaknya mereka masih ingin teruskan cuti ataupun tidak memandangkan German tak berjaya ke final. Ah, sudahlah penat saja memikirkan hal orang lain. Aku pun perlu tidur. Loxstedt masih jauh lagi. Selamat malam semua.

9 comments:
Salam arianna..
tak pe la...may be next season kita menang pulak...Viva Germany..
apa pun 'merah kuning' lambang kejayaan... :D
salam deanz,
awk pun penyokong German jugak eh.. hmmm, another next four years :)
yeah, selangor merancang kejayaan! *err, tapi macam da lama sangat asyik merancang aje..*
italy italy italy italy...hehehehe...waa,kat sanepun ada kedai mamak gak ek wak..roti canai ngan meggi goreng ada ke?hihii..
hope awk sihat2 je..germany team ke3 sy, italy team ke2...so sy lebih utamakan germanyla..sbb dia dah beat argentina, my first team..heheee...
selangor kalh perlawanna pertama piala malaysia ari tu..hope pasni menang..dah lame giler tak gi stadium nih..hehee
Hmmm...tiada lagi yang tinggal...satu demi satu my fav team kecundang...England, Brazil, Germany, Portugal semua kecundang...... Anti klimak la....
kat mana skrg ni dik? konpius plak ni kat M'sia ka mana ni? he he he
anne, morning..mane tpt nk jerit2 tu...
go france gooooooooooooooooooooo!!!!!
go sekolah menengah teknik gooooooooooooo!
acai,
haaa.. jangan tak tau! hehe..
mm, balas dendam la tu..
BP,
nak buat camane...
kak alin,
jgn konpius2.. nanti pening marah pulak abg bulat kat saya. hehe..
acai,
da buang! geram..
kak masy,
gooo italyyyyyy!! :P
kingbinjai,
sekolah menengah teknik??? abg, salah chanel ni... :P
Post a Comment