Saturday, July 15, 2006

Kau faham? Sebab aku pun tak faham..

How do u feel when u were doing the rite things or doing things rite but people keep saying, "wei, bukan laa.. salah tu" "u r supposed not to do bla..bla ....". Kalau aku.. sure lepas tu gaduh-gaduh tarik rambut, tendang-menendang.. Haha. Dalam mimpi boleh laa. Realitinya aku taklah sampai camtu sekali. Hehe.. Paling terer pun mungkin setakat bertegang urat leher mempertahankan apa yang kita rasa dah memang betul tu je.

Aku ada sorang kawan, A yang selalu ada pandangan lain dalam sesuatu perkara dan selalu rasa ianya betul. Seorang lagi, B sangat keras, susah nak buat dia tukar keputusannya. Kombinasi dua orang ni akan buatkan kedai makan tempat lepak kitorang jadi panas. Selalunya akulah yang jadi ais antara mereka. Kenapa aku? Entah.. sebab aku kewl kot. Hehe. Taklah.. mungkin sebab aku lebih bersifat 'kakak' berbanding mereka. Paling-paling pun si B akan cakap, "argh, sudahlah kau. malas aku nak layan ko..", so perdebatan akan terhenti serta-merta. Akulah tukang tukar topik selalunya. Walaupun begitu persahabatan kitorang agak akrab, dah masuk tahun ke 12 pun. Pelik juga bila difikirkan.

Aku tak boleh kata sikap si A dan B ni tak elok sebab.. pemikiran manusia tak sama. Sikap mereka ni membantu kita lebih memahami dan melihat dengan perspektif lebih luas tentang sesuatu perkara tu. Secara peribadinya aku percaya pada masa-masa tertentu, sikap ni la yang akan menentukan di mana letak duduk kita dalam komuniti.

Aku bukan jenis yang tak boleh terima pendapat orang tapi bila kita dah plan benda tu, ada 'evidence'.. siap ada story board yang telah di approved oleh 'badan berkanun' tapi orang still kata salah... Ianya akan buat aku konfius(belum marah lagi.. sense marah aku lambat sket hehe) dan fenin sekejap. Ada orang kata, itu petanda aku tak tetap pendirian. Ada gak yang kata, "kau lembut ati sangat.. tak suka cakap je la tak suka.". Ada gak yang pesan, "kalo ko rasa ko betul, biarlah apa orang nak kata. yang penting niat..". Jadi aku selalu memilih untuk berfikir semula tentang kritikan orang lain dan pendapat mereka (aku tak terima kritikan orang tanpa sebab) . Sebab aku percaya, aku melihat dunia dengan pandangan terhad. Suku saja. Dengan mendengar pendapat orang lain setidak-tidaknya aku dapat mendengar baki tiga suku yang aku tak dapat lihat dan capai. Tapi kenyataannya memang susah betul nak memenuhi kehendak orang..hmm. Dalam dok fikir-fikir tu, aku terbaca satu artikel ni dan nak share dengan korang.

IT women take off clothes to shed geek image

A group of female professionals in Australia has struck sexy poses for a calendar to try to shake off their geeky image and encourage women to take up technology studies.

"The IT Screen Goddesses Calendar features beautiful photos of real women working in the IT in poses inspired by movies goddesses old and recent", the group says on its website.

"The method of this madness is to get to a broader audience so that people can see that it's not nerds in the IT industry", said organiser.

"They are full bodied, fully intelligent, fully socialesed women who absolutely love what they do".

The calendar includes a picture of a woman in the famous pose of the bikini-clad Ursula Andress in the James Bond movie Dr No and another nude except for strategically-strewn rose petals, as in the film American Beauty.

"Each month includes a biography of the woman featured that month, as well as a significant date in technology history".

Profits form the sale of the calendar will be distribute among organisations promoting careers in IT for women and girls.

Five years ago women made up 25% of the IT industry worldwide and now it's down to 16%.

"Statistics show us that one of the biggest barriers to entry is the perception of the industry. We want to completely smash this by doing this in a parody way".

They came out wif this! Aku boleh kata ianya an immoral strategy tp mengikut pandangan mereka ianya betul sbb prinsip.. niat yang menghalalkan cara! *negeri omputih.. tau-tau jelah*. They tried to commercial the industry by doing dis, pulisiti kata orang melayu.. giler glam kata orang pekan. Tp kalau tanya pendapat orang lain mungkin ada banyak cara lain yang tak perlu exploit women.. contohnya free members card or discount rate to any famous boutique or cosmetics brand for women who interested to join IT industry. Atau nak lebih gila-gila, practise akta berpakaian; mesti pakai three-piece-suit, heels and make-up (yg macam aku kena dulu masa stadi..). To them, berjaya atau tidak, aku sendiri tak pasti. Yang aku pasti sangat-sangat.. kalendar tu akan laris di pasaran. Hingga perlu diulang cetak barangkali.

Hmmm... Manusia dan pemikiran mereka. Bila aku tak faham.. kau tak faham.. dia pun semakin tak faham.. maka tak perlulah kita faham semuanya. :D

* Exposing old bodies ~ Italian screeen legend Sophia Loren has posed for the 2007 edition of the Pirelli calendar. The world has been wanting to see her without clothes for well over 50 years. Mak aihh... tahun 2007 tahun bukak baju ke hape nih??? ;p

14 comments:

BooK said...

tak semua perkara perlu kita faham. atau buat orang faham. kerna ada orang yang tidak mahu faham.

pssstt.. blog ini masih merajuk. tak siapa berjaya pujuk?

Anonymous said...

memang tak paham

Acaii Jawe said...

slm wak,saje singgah cc masa gi banting,hihi..hope awk sihat2 je ye...lenanye dia tido...

alaa,biasalah perbezaan antara kawan tu..kekadang itula yg buatkan persahabatan tu lagi manis untuk dikenang pada satu hari nanti...

awk sama mcm sy...tak byk cakap bila bergaduh dan biasanya akan meleraikan member2 yg panas hati..hihi...

moga awk sihat2 je...telok panglima garang petang ni mendung je...hihiii

nazir said...

exploitation exist almost everywhere. but sometimes we don't see the underside of things. we often seek for morality on the surface, but exploitation often hide beneath it.

Anonymous said...

huhu.. kalo tahun tahun 2007 tahun buka baju, maka denga ari kata lain
dunia suda makin terbalik.. heh :d

blackpurple @ jowopinter said...

Rambut yang sama hitam pun hati tak siapa yang tahu.....

Sekarang ramai yang dah kalerkan rambut...lagilah susah......

ontahsapo said...

teringin nak tgk gambar sofia loren tu..hehehe

arianna adrizal said...

book,
ha, itu lah maksud saya.. :)

psst.. nak buat mcmana, masih belum ada yg berjaya memujuk.... ;p

kingbinjai,
oh, awk pun tak faham juga.. samalah kita.

acai,
salam... alhamdulillah sihat.
hmm, betul. perbezaan x semestinya buat kita jd x 'ngam'.

o, sama kerr?? org kata tu unsur air = anak tengah + aquarius.

mendung ker?? kena tepon mak saya nih suruh angkat kain! hehehe..

nazir,
hmmm, interesting...

darkz,
terbalik ya darkz.. nasib baik ada graviti kalau tak tentu da terapung2 kita ni semua kan.

BP,
hahaha! ada-ada saja kamu

ontahsapo,
teringin?? tunggu keluaran tahun depan. pastikan kamu tunggu seawal pagi di depan pintu kedai ya! :D

yaabbna said...

Nak buah..kat mana nak kene gi panjat?ckp je..

arianna adrizal said...

yaab,
amboi psl makan kau mmg no. 1! nnti aku tanye abah.. pokok manggis dgn rambutan kat kebun atok tu da masak ke belum buahnya.

Anonymous said...

hahaha!

arianna adrizal said...
This comment has been removed by a blog administrator.
arianna adrizal said...

p/s: barangkali kalendar tahun 2008 baru kluar gambar sofia loren a.k.a cikgu gitar. ahahaha!!

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP » » »

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...