Semalam aku turun, lihat kak Ana masih lagi berkemas. Aku pandang dia. Dia pandang aku, senyum.
" dik, nak balik dah ke?".
" a'ah. meh la saya tolong angkat".
Barang terakhir aku letakkan di dalam keretanya. Balang ikan. Bye-bye Blueii.
" kak,.. saya minta maaf kalau saya ada buat perkara yang akak tak suka. saya mintak maaf sangat-sangat.."
Terus kak Ana memeluk aku. Apa lagi.. tumpah juga lah airmata ini. Sejak seminggu lalu aku cuba tahan akhirnya..
" tak dik, akak tak ambik hati. akak bukan orang yg macam tu.. akak harap ko jaga diri elok-elok. ingat apa yang akak pesan. jadi anak yang baik.."
Aku tak mampu bersuara. Hanya tangisan yang kedengaran. Suasana rembang lebih menyayukan hati aku.. dan sayup-sayup kedengaran azan maghrib.
Perlahan aku lepaskan pelukan.
" akak jaga diri ye.. insyaAllah kita jumpa lagi nanti." Suara aku pun dah bertukar serak.
Dia cuma mengangguk sambil mengesat airmata. Dia menepuk bahuku sebelum berlalu pergi.
Di dalam kereta aku cuba mengawal rasa. Perjalanan pulang yang sepatutnya hanya 15 minit menjadi 30 minit apabila aku terpaksa berhenti di tepi jalan. Aku menangis semahu-mahunya. Keluarkan semuanya yang dipendam.
Akibatnya pagi ini, mata aku bengkak dan muka sembab. Muka aku memang tak boleh menipu la..
Tribute to kak ana. Tq for being supportive.. Moga terus kuat semangat dan sukses.




20 comments:
hi ariana,
hmmm, ariana jgn pula lupakan akak tu. teruskan keep in touch. jgn lupakan yus gak. :)
wink2 my friend.
regards,
yusairi
yo yus mafren,
no i won't.. insyaAllah.
hi ariana. online ker ?
Ada saatnya brutal, ada saatnya sentimental...jiwa manusia begitulah...
..yang indah memang elok disimpan jadi kenangan....
tak pe bukan jauh pejabat baru dia tu...ada masa pi la melawat :)
arianna,
cute juga ariana ni.
;)
slmt pagi anne..moga sihat dan ceria kembali ari ni...insyaallah, akan berjumpa lagi ngan kak ana tu...best btl ada kwn yg sanggup nangis sbb kita..:)
hv a nica day anne ek,,malas betul nak bangun tido ujan2 nih...lagila hari isnin..hehee
yus,
o, da offline da.
kak ana lagi cute!
BP,
sy nk tgk awk sentimental pulak la..
kak alin,
hmm, betul tu. cuma keadaan kat sini berbeza da skit.
acai,
samat pagi! jumpa, insyaAllah jumpa. cuma rs sunyi sbb dia da takde kat sini je la. mm, bg sy dia kakak yg baik. slalu amik berat. *cam nak nanes pulak..*
a'ah la acai. dr mlm td angin kuat. sy terjaga pun td da pukul 7! org kat umah sumer terbangun lewat. so sbb sy yg tolon kejut mak pg ni, mak watkan roti letak planta & kaya utk sy pg nih.. :D
babai kak ana *lambai dgn sapu tgn*
mak watkan roti letak planta & kaya <-- mesti epy kan arinie?? ;)
la yg nangis dlm kete tepi jln tu anne ker :p nasib x pasan kan kan kan :D
kak masy,
..sayonara! err, saputangan takde. pakai tisu leh tak.
eppi?! mmmm.. :D
gON,
o..... pulang paku buah keras ye!
:P
yang mana satu anda?
kingbinjai,
mmm, yg mana yea...
morning anne...bekpes pe pagi ni...lenkali sy nk kuar awl pastu bekpes kat umah awk jela..hihii...dlm perjalanan gi keje tu..hik hik...happy friendship day anne...*smile...
p/s : bila nk kena blanje nih..
moning acai,
hahahaha!! ooo, pandai dia eh. muleh... mai jelah. tp pg ni sy x wat bekpes pun.. :P
p/s: bile eh.... sy ikut je.
hepi friendship day to u too! *wink*
arianaku,
king sudah tukar blog ke blogspot, ini add terbaru : http://kingbinjai.blogspot.com sila update link terima kasih
encik kingbinjaiku,
aih, da berjangkit penyakit yus ye. hehe.
orait akan diapdet. tq.
bagi nick ym.Ada hal.
yaabna,
kat ofis ni takleh ym. ada apa?
emel je. arianna_adrizal@yahoo.com.my
This is very interesting site... »
Post a Comment