1. Masa kecik dulu aku dan abang selalu bergaduh pasal bilik. Tentang siapa yang lagi pandai kemas bilik. Dia selalu kata, " ngko budak kecik, tak pandai jaga bilik. kemas pun tah hape-hape!". Tapi bila duit belanja da abis, " abang nak dua posen lah.. duit da abis beli kueh. haus sangat ni!!", sambil buat muka kesian. Huh, nasib la aku memang adik yang baik. Hehe..
2. Pernah kena lempang dengan abah masa darjah 2. Makcik aku ajak pergi rumah atok. Masa tu aku baru balik dari sekolah agama. Terlupa pulak nak bagitau abah. Abah pergi cari aku merata-rata. Pergi rumah atok.. jumpa lak aku kat situ. Apa lagi.. lepas aku kena lempang tu, makcik aku menangis. Dia rasa bersalah. Abah memang garang dengan adik2nya.
3. Abah belikan basikal masa umur 3 tahun lebih. Tapi aku hanya pandai mengayuh basikal tu masa umur 6 tahun. Jadi selama 2 tahun sebelum aku pandai tu, aku cuma jadi model basikal. Duduk je atas basikal tu.
4. Aku rasa aku memang nakal giler masa kecik dulu. Bukan nakal kacau orang tapi sebab nakal degil. Pernah sekali aku jatuh longkang besar (kalau korang tau, Shell kat selekoh telok panglima garang, ha longkang tu lah aku terjun dulu). Dua orang mat salleh yang tengah cuti-cuti Malaysia selamatkan aku. Masa tu aku nak ngelak motor yang laju. Sebab takde pilihan, terpaksa lah membelok ke kiri iaitu ke longkang! Teruk aku kena marah ngan abah. Sebab masa tu pulak kebetulan abah balik. Dia ingat siapalah yang eksiden masuk longkang tu, rupa-rupanya anak dia... Mak lagilah mengamuk. Sebab dia tak kasi aku keluar tapi aku degil, keluar gak diam-diam. Since hari tu aku tau, jangan melawan cakap mak. Bahaya....
5. Masa tadika, lepas pindah dari rumah kat depan Shell tu.. family aku sewa banglo dekat dengan rumah atok. Kawasan rumah tu besarrr. Rumah dua tingkat tapi kitorang duduk tingkat bawah je sebab masa tu cuma ada mak abah, abang dan aku. Aku penah jugak naik tingkat atas tapi... macam creepy sikit la. Suasana kawasan tu macam muram. Ada kolam renang tapi dah penuh lumut. Sekeliling rumah banyak pokok rhu yang tinggi-tinggi. Orang kata pokok tu memang tempat ular hijau.. atau ular daun. Pernah satu hari kitorang balik dari makan, beberapa ekor ular daun melilit kat pintu gate. Eee... Bila duduk main buaian kat luar rumah, ular lalu kat tepi buaian. Eeeeee.. Kadang-kadang rasa murung dan suram tu aku masih boleh rasa sampai harini..
6. Masa kecik aku banyak dihabiskan di rumah atok. Ada satu pintu yang memisahkan ruang tamu dengan ruang tengah rumah atok. Pintu tu selalu jadi GOAL setiap kali aku, abang dan pakcik main bola sepak dalam rumah. Terpekik-pekik la atok aku marah. Mana taknya, rumah kampung, kayu.. bila kitorang berlari-lari dalam rumah tu.. macam nak roboh bunyinya!! Haha.. Aku memang macam lelaki sikit masa kecik. Ikut abang. Kalau main nyorok-nyorok, selalunya tempat menyorok aku memang buat atok aku menjerit kuat. Kadang-kadang aku panjat tingkap dan bergayut dari luar tingkap. Sesetengah rumah kampung ada tiang alang. Ha, kat situ lah aku bertenggek! *huh, teruk betul lah aku *
7. Masa abah jadi pengetua SMK Jenjarom, akulah bodyguard abah! Bila abah ke pejabat on weekend je, aku mesti ikut. Bukan apa,.. aku suka membaca dan kat pejabat abah pulak memang banyak buku cerita. Lagipun masa tu aku dah ada adik dan aku tak suka ada adik. So jalan-jalan dengan abah lagi best! Huh..
8. Masa sekolah rendah dulu untuk subjek Muzik, buku latihannya lain. Mukasuratnya separuh kosong, separuh bergaris warna-warni. Tempat kosong tu kena lukis gambar dan yang bergaris tu tulis ayat. Dulu aku suruh abah lukiskan. Aku ingat lagi abah lukis muka orang dengan melukis "0" dulu kemudian baru mata, hidung dan lain-lain. Dan aku masih ingat lagi abah cakap, " ini o*** , yang ini.. boifren dia..". Aku marah dan terus padam lukisan 'boifren' tu. Tinggal lukisan gambar aku je. Ahaha! Kelakar betul lah..
9. Aku dan abang share cikgu lukisan yang sama. Cikgu Arshad namanya. Berbanding aku, abang lagi hebat dalam bidang seni lukis. Dia banyak masuk pertandingan melukis. Tak macam aku. Walaupun aku boleh melukis tapi belum cukup terer nak bawak bertanding.. Akibatnya aku selalu kena leter dengan cikgu tu. Dia selalu cakap gini, " apsal awak tak macam abang awak..".
10. Pernah ikut rombongan sekolah ke Pesta Buku PWTC. Masa tu tahun 1993. Abah bagi RM20. Sampai kat sana, aku beli buku tu, beli buku ni.. tengok-tengok tinggal RM2. Yang kelakarnya, aku telefon abah dan cakap, "abah, duit da abis.." Nak tau abah cakap apa?!! " La, da abis nak buat camane. Takkan abah nak masukkan duit dalam telefon ni kot...". Hahaha!!

18 comments:
he he he yang last tu kelakar, takkan nak masuk duit dlm telefon kot kwang kwang kwang...
mesti best kan mandi kat longkang besor tu. jimat air kan kan kan :D
saya suka yang no 10 tu hahahaha
kak alin & king,
huhu! skrg bila ingat blk mmg kelakar abis!! tp ms kejadian tu huh rs nk nanges je. br pegi satu tmpt duit da abis. pi tmpt lain, tengok jela.. tak beli. tapi sib baik ada kwn belanja mkn. *TQ iz* hehe.
anonymous,
waaaaa.. kejamnya!! ni mesti che gON kan kan kan.. :P
wakaka... mcm penah dibuat la masa kecik dulu semua aksi2 tu.. terutama main bola dalam umah ngan nyorok sambil gayut luar tingkap... nyorok atas alang rumah pon penah buat tau... ahaksss
sham,
laa, ja'at jugak rupenya dak ni ms kecik. hehehehe!!
tp mmg best gler main bola sepak dlm umah. ala2 main futsal la kiranya.. ngeh ngeh.
hahaha.. btoi tu.. kekadang tu ter over power lak sepakan sampai kena cermin... mampuih kena kejaq la lepaih tu...
saya igt dulu masa kecik2 paling best main lawan2... ala2 gusti la... silap sket jer.. ader yang panaih hati sampai jadi lawan bebetoi plak... main perang pon best.. guna peluru buah trong... dah tu medan pertempuran satu kampung plak... alahai.. jadi tempat mengimbau kenangan lak.. anne le punya pasal nih... huhuhuhu...
sham,
mak aihh.. gusti2 tu pun ada gak. kite adik jd slalu kite menang sbb kite nangis dulu. ahaha!! tp yg perang2 keliling kg tu takdela. kitorg tak berani merayau sbb dpn rumah atok tu main road. bnyk lori. keliling umah atok bnyk pokok rambutan, durian. ms musim bunga durian gugur, kitorg main msk2,konon2 msk sate. pastu, makcik jerit kat tingkap, "da masak ke sate acik??".
hahaha! bila sesekali mengimbau kenangan.. mesti tersenyum sengsorg kan. rsnya budak2 skrg tak dpt rs mcm yg kite penah rs dulu.
yup.. depa skarang tau main online game ja... tak pon chatting... kekadang saya masuk cc kat kampung tu.. mak aii... kecik cinonet jer memasing... yang paling tekejut adik saya yang darjah 6 pon dah tau apa tu myspace...
Nostalgia ekk.. ha ha..
Elemen kanak-kanak Ribena ada pada kau..
Yg no 6 tu macam serupa cuma bezanya kami semua lelaki...he he...
sham,
betul tu.. ish..ish..ish *geleng pale*.. :P
BP,
elemen kanak2 ribena??! Hahaha!! 20 tahun lepas, yaa. skrg tak mungkin lagi..
zaman kanak2 awk mungkin lg mcm2 kott.. :D
Oh! anak cikgu. memang patut la selalu 'kena', nanti abah yang malu.. tahniah pada abah.. alhamdulillah anak dia jadi juga 'orang'
bestnye bila ingat balik cite dulu2 kan anne..rase cam nk balik je saat tu..hihi..teringat masa main lari2 kat umah kampung dulu...yg mcm anne cite tu...abis satu rumah gegar kalau lari2 kat umah kayu tu...hehee
skrang abah ngajar skolah mane anne? anak cikgu besar rupenye,hihihi...dulu abah acaipun garang gak tapi skrang ngan adik2 dah tak garang lagi...mungkin sbb dah agak tua, dulu masih darah muda lagikan..hehee...
nk tergelak dgr nk masukkan duit dalam telepon tu sbb member penah cakap camtu gak kat sy..hehee....
cikgu,
hahaha! siapa lg yg lbh memahami seorg cikgu kalau bukan cikgu juga. :D
faisal,
zaman budak-budak..
abah da pencen. last dia ngajar sk sijangkang. dulu2 ms sy sekolah rendah, dia pernah jd GB kat sk bukit changgang. lama da tu, sy darjah satu kot.. yelah acai, abah grang pun bersebab. lgpun da cara org tua dulu2 didik anak dgn cara keras camtu.
huahaha! ada gak yg wat camtu ke.. keskeskes...
saya dari jb . minggu depan nak turun selangor. so ariana pls call me. my phone number 0167692050. i want to tell you something...
This is very interesting site... »
What a story ariana! I really enjoyed myself while reading your childhood stories. You are very lucky to have gone through all the sweet moments. Guess we shared the same memories..perhaps almost all of us out there right? Keep it up, keep on writing Ariana
Post a Comment