Friday, August 18, 2006

Gaya di hari Jumaat..

Pagi tadi aku bangun lambat. Gara-gara melayan sms orang sakit malam tadi. Bukan salah orang tu pun aku bangun lambat. Aku memang senang nak kesian kat orang. Dengan orang jual kerepek pun aku boleh kesian.. concern tak tentu pasal inikan pulak orang yang kena demam panas, dah la mak bapak dok jauh pulak tu.. Kesian tau! Tak pasal-pasal aku yang emo ni ha..

Oleh kerana dah terlambat, maka tergesa-gesa aku bersiap. Tiba-tiba teringat harini ada visit. Alamak! President pesan, pakai kasual. Hm, aku capai jeans dengan tee lah apa lagi. Sambil sikat-sikat rambut suddenly teringat, Alamak!! Pagi ni ada majlis. Kakak pesan, pakai baju kurung dan bertudung. Setelah alamak-alamak beberapa kali.. akhirnya aku keluar rumah dengan pakaian kasual tapi.. masih menepati tema majlis. *Cehh!* Well,.. walaupun tak berbaju kurung at least aku menghormati majlis. Meleret mata mak aku pandang pagi tadi. Aku pasti senyum lebar orang tua tu lepas aku kuar rumah tadi.

Kat tempat aku, setiap pagi Jumaat ada satu group ni selalu adakan majlis. Majlis apa aku tak nak lah cerita. Dikhuatiri akan menimbulkan unsur-unsur riak :P Ikut schedule, selalunya habis jam 8.45 am. Hm, tapi 8.58am, majlis tak habis-habis lagi. Yin asyik called aku dua, tiga kali. Dia dah tunggu nak gerak. Nak tak nak.. terpaksa aku tinggalkan majlis tu, masuk kereta dan terus shoot ke Bangi. 10.05am, sampai saja di AOTD, Yin pandang aku, pelik.

" i daripada majlis tadi then terus ke sini. it's friday, remember..". Yin mengangguk. Dia faham ke tak faham ke.. sukatilah.. aku tak kisah. Yang penting visit ni!

Since yesterday, naik merah telinga aku bila mana Miss President and Miss Organizer keep on reminding on the visit to Advanced Oleochemical Technology Division (AOTD) Malaysian Palm Oil Board (MPOB) in Bangi. Sikit-sikit,

" all the gifts wif u rite. don't forget to bring tomorrow ha..".

" don't forget tomorrow at 9am ok..".

" have u seen my email regarding our visit? have u read or not??..".

Aiiyaaaaa... Pantang nampak muka aku, sure cakap macamtu punya. Aku ni pelupa kot??

Talking about the visit, i must say it was sooo interesting!! Selalunya setiap visit aku tengok raw materials, balik-balik pokok kelapa sawit.. then how to get minyak kelapa sawit.. but this time it's finish product. Dari bahan asas iaitu kelapa sawit, mereka menghasilkan produk seperti sabun.. shampu.. lipstik.. potato chips pun ada! AOTD ni is one of our customers. It is a research centre not a factory but they did manufactured few items in a small quantity. Sepanjang visit from lab to lab, aku rasa macam alien pun ada gak ah! Sebab banyak benda alah yang pelik-pelik. Tak penah tengok. Di tambah pulak sesetengah words, method yang disampaikan aku tak berapa jelas maksudnya. Maklumlah aku budak baru belajar.. :P Dunia marketing oleochemicals ni besar gedabak pulak tu. Product manager aku yang banyak bertanya itu-ini. Aku setakat menyampuk sikit-sikit tu adalah..

Tak sangka ramai jugak muka anak-anak muda Melayu bekerja di situ. We called them scientists sebab dorang memang kelihatan seperti scientist.. dengan pakaian putih dan balang-balang ujikaji. Haha! Majoritinya fresh graduate. Tapi on contract basis.. based on project. Mm, susah jugak nak dapat kerja tetap sekarang..

Almost noon, baru selesai semua. Kemudian bergegas ke HQ pulak. Nasib baik dekat, masih dalam kawasan Bangi. Selesai urusan kira-kira jam 12.55pm. Bergegas ke Klang pulak. Kali ini visit ke Mc Donald.. hihi, bukan visit tapi makan tengahari lah!

Berposing sebelum pulang. Jangan cari aku dalam gambar.. Tak jumpa punyalah! :P

Gerak balik ke ofis, saing dengan orang balik solat jumaat. Sampai-sampai ofis, sekali ternampak benda nih. Elok je terletak atas meja aku. Yeayy..yeayy!

Dapat printer baru!! Bukan apa sangat pun sebenarnya... tapi dah lama requested for a new printer. akhirnyaaa... Tapi kalau korang tanye ni model baru ke lama, aku sendiri pun tak tau. kihkih!

Aku dah nak balik dah. Luckily aku tak perlu masuk meeting petang ni. Boleh balik cepat.. ingat nak masak spaghetti. Nyum.. nyum.. :D Happy weekend everybody.....................

12 comments:

Anonymous said...

psstt.... ye ke awak takder dalam gambar... hehehehe

kingbinjai said...

hahaha sama macam printer king la pulak! tapi printer ni dakwatnya cepat abis

arianna adrizal said...

sham,
psstt.. iye la kot hehe..

kingbinjai,
sama pulak. hehe! o, yeke.. tak apa lah.. janji printer baru :)

Anonymous said...

ahaksss... abes tu yang bertudung biru dalam gambar tu saper?

arianna adrizal said...

sham,
o.. tu ofismet la.

booGie said...

bolognese ke?
nyum nyum.
lain kali masak, ajak makan skali ye :)

Masy said...

ahak..tomel je yg tudung biru tu.hihi..tp kan..tp kan.. akak dia tomel lg tak? ;)

Anonymous said...

ermm...rase okla visit kilang pakai kasual senang nk bergerak..ermm tpi nk pakai baju kurung pun bolehh.. xde salahh..hehe..erm naper xbawak persalinan jer anne..leh tranform jer nanti bila majlis tu..

Anonymous said...

opis mate ek... ahaksss.. kim salam la... comelnyer.. hehehe.. masy.... akak dia comei sket jer la.... sket jer tau

Anonymous said...

haha..comelnya bertudung...gud gud..

Anonymous said...

wah comeynye printer..good..good..hehe..lama tak menyemak!cakk!!

arianna adrizal said...

first of all, soriiiii.... lmbt reply, sy baru je masuk keja arini. ;D

boogie,
no problemo! tak datang, siap!! :D

kak masy,
ahahaha, tomei ker.. *malu-malu* err, kakak dia mmg lagi tomei!! *kena ckp mcmni lau tak pasni kakak dia mesti taknak puji adik dia tomei lagi dah!* huahuahua..

kurzz,
ingat nak wat mcmtu jugak tp rasanya tak sempat. appointment jam 10am. dari tmpt sy ke bangi boleh tahan jauh tu. lgpun.. malu lah nak tukaq2 kat tmpt orang.. :P

err, tak seswai la kurzz nk pakai bj kurung sbb nnti nak kena panjat. bahayaaa tuuu.. *sambil goyang jari telunjuk*

sham,
ofismet cakap waalaikumsalam... ;)

penyair,
precisely! laa, mengeluh... keja awk pun best jugak kan.. :D

nd,
o.. mekasihh. susah2 je..

em,
kehkeh.. printer pun comei eh!! ikut tuan dia la kot.. huahuahuahauaaaaa... cakk!!

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...