Friday, July 07, 2006

The Splendour

Dua tiga hari ni jadual kami agak longgar. Mungkin kerana memberi laluan kepada WC. Semalam sebelum tidur, Yin telah mengemukakan satu cadangan. Patutlah haritu berkali-kali dia mengingatkan aku supaya tidak lupa membawanya. Pada awalnya aku menolak tapi setelah didesak, dengan berat hati aku bersetuju. Aku bukan apa, segan..

Pagi itu langkah rasa berat semacam. Aku membiarkan Yin berjalan mendahului. Sesampai di lobi, manusia bermata biru yang keluar masuk tempat tersebut asyiklah menoleh ke arah kami. Ada yang senyum.. tak kurang juga yang berkerut-kerut dahi.. mungkin pelik, mungkin juga kagum. Tiba-tiba selendang di bahuku terasa seperti dicuit. Lantas aku berpaling.

" Gayanya seperti mau ke pesta gini..", Tuti menegur sambil membetulkan kain selendangku. Terjerit kecil aku melihat Tuti yang berpakaian sama seperti kami.

Belum sempat aku membuka mulut, aku ternampak seseorang yang aku kenali tersenyum-senyum berjalan menuju ke arah kami. Berkerut dahi aku. Aku pandang Yin kagum.

" Aku yang plan dengan Tuti semalam..", Yin bercerita bila melihat aku yang diam, terkejut.

Sophie pun turut berkebaya!!

Bayangkan 4 orang wanita yang berlainan bangsa memperagakan kebaya!!.. Yin anak cina peranakan yang tinggi lampai memang nampak cantik bila berkebaya. Sekali-sekala bila ditegur rakan-rakan, dengan lagak model dia akan berpusing-pusing di hadapan mereka. Haha.. Sophie pun nampak gembira sangat. Aku? Mm.... dari perasaan malu timbul rasa bangga kerana keunikan kebaya itu sendiri mengangkat pandangan orang luar tentang kehebatan budaya kita.

Tengahari tadi sedang leka mendengar ceramah, Bernie menghulurkan sekeping kertas kecil berlipat. Nota barangkali. Aku buka dan baca. Hm, tepat sekali. Aku toleh, lihat Bernie sedang tersenyum.

"Kamu nampak hebat dengan pakaian yang kamu pakai hari ini. Aku ingin sekali lihat Angie memakainya seperti kamu. Haha.. Hey, aku ada koleksi foto pakaian seperti ini. Petang nanti kita lihat bersama.."

Aku capai pen dan menulis sesuatu di kertas kecil tadi. Aku lipat dan dengan hujung jari telunjuk aku tolaknya ke arah Bernie. Dia membaca dan tersenyum. Aku membalas senyumannya dan meneruskan tumpuan pada ceramah.

Sepanjang hari puas kami diusik. Hari yang agak menggembirakan bagi aku (selepas kekalahan Germany... ) setidak-tidaknya kurang sikit tekanan dan keletihan di sini. Acara glamor kami tidak berakhir di pejabat sebaliknya kami terus keluar menonton perlawanan WC bersama rakan-rakan yang lain.

Malam itu ketika hendak tidur, aku masih tersenyum..

*Vote for iTAlY!!

10 comments:

booGie said...

salam.
Melompat2 tersampai pulak ke sini.
Memang semuanya cantik berkebaya.
Saya suka melihatnya

blackpurple @ jowopinter said...

Kalau kena potongan dengan badannya, berkebayalah yang sedap mata memandang.... :)

Anonymous said...

tido masih senyum.. hmm.. camne tu.. btul2 happy u guys ye?

eh where u at? NY? Best giler company hantar overseas. Sedikit iri hati la saya disini.

elok lak dah bole letak tepi kekalahan germany.. tapi sal lak Italy? tak cool.. tak cool!

France la.. tambah lagi satu bintang kat jersey derang. Confirm! :p

Anonymous said...

ah ruginya takde disana hahahhaa

Masy said...

france kalah, dan ia melukakan hatikoo.huhu..

ku mau pulang utk tdo..!mauuu...

arianna adrizal said...

boogie,
melompat2?? haha. terima kasih kerana terlompat ke blog saya.
mata memang sukakan yang indah2..

bp,
biasa pakai ke?? kehkeh..

azim,
klau hati kita gembira sgt, kdg2 terbawa2 ms tido. tu yg tersenyum2 tu..

eh, jgn la iri hati.. kalau ada rezeki, awk pun akan dpt peluang jugak!

actually hati sy still kat german. eventhou one of my fav is zizou tp mengikut firasat saya la itali yg akan menang (dah menang pun...)

tggu another next 4 yrs la kot.. :)

kingbinjai,
rugi.. rugi...

kak masy,
saya ada plaster, mau??? ;p

Acaii Jawe said...

sungguh tak aci awak ni anne ek...mane perginye gambar awk tu...saje je tak bagi nengok..hehehe..mesti lagi lawa punye...*smile..

arianna adrizal said...

aci la acai... tu yg memula tu la gambar saya. ehehehehehe!!

Anonymous said...

wah! anak sapa tu? comel sungguh berkebaya!

arianna adrizal said...

cikgu gitar,
terima kasihhhh....

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...