Tuesday, December 19, 2006

Alkisah...

Aku pandang dia dua tiga kali. Tak puas hati. Aku pandang lagi. Kali aku tenung tajam. "Akak kenapa, rindu kat saya ye," dia mengusik. Aku senyum. "Kenapa awak lain sangat dah. Dulu tinggi ni, comel je," aku mengangkat tangan setinggi bahuku. Dia gelak, besar. Aku pandang lagi. Hmm, memang berbeza. Ketara sangat. Gelaknya, tawanya, langsung aku tak cam. Tak ada sebarang tanda yang menggambarkan dia adalah dia yang aku pernah kenal satu ketika dulu. Pertama kali aku melihat manusia yang berubah fizikal warna kulit dan bentuk wajah sampai sukar untuk aku pasti dia adalah orang yang aku kenali.

Dia Fizee, sepupu Eda. Masa aku baru-baru lepas SPM aku lepak rumah Eda dan Fizee pun ada sekali kebetulan dia cuti sekolah jugak. Ke hulu ke hilir kami bertiga. Aku ingat lagi aku pernah bagi dia patung katak warna kuning dan aku warna merah. Lepas aku further stadi, terus tak jumpa dan lost contact. Last year dia pernah dan selalu jugak telefon aku. Tapi bila aku tukar no, terlupa nak beritahu dia. Mungkin dia kecik hati. Mungkin dia fikir dia menganggu aku. Tapi tak. Aku memang betul-betul terlupa. Dan kelmarin, bila terjumpa buat pertama kali selepas 8 tahun.. aku seolah melihat orang lain. Aku masih tercari-cari Fizee di dalam diri lelaki itu.

Sedang melayan angan, satu suara menegur. Ish, termalu kejap. Tengah-tengah kenduri kahwin yang hiruk-pikuk ni pun aku boleh berangan. Hehehe.. "Macam kenal lah. Kerja kat mana?", tegur lelaki yang aku agak sebaya abah. "Saya kerja kat Klang. Encik kenal saya ke?",aku buat muka pelik. "Oh, bukan lah tu. Saya salah orang..", lelaki tu gelak. Tiba-tiba Eda berdiri sebelah aku. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba muncul. Memaut bahuku manja. "Ini kakak saya. Dia dah bertunang Dato'!" Aku jegil mata. Eda senyum. Aku terpandang Fizee menggamit di hujung sana. Perlahan aku keluar dari forum tak rasmi tu.

Bersebelahan kaunter DJ tempat letak bunga telor dan door gift. Ketika aku sedang sibuk mengalih bunga telor ke dalam bakul aku terdengar, "Oo.. ni kakak awak yang awak tunjuk tunang dia tadi tu yea.. bla. bla..", lelaki yang dipanggil Dato' tadi rancak bercerita itu ini. Tapi telinga aku cepat menangkap dan memproses kata-katanya yang satu itu. Aku pandang Eda, jegil mata lagi. Eda pun senyum lagi.

Bertembung di pintu pagar, aku tarik Eda. "Siapa tunang aku?", aku tanya Eda. "Hehe.. aku tunjuk Fizee", selamba Eda menjawab. Aku jegil mata sambil satu tamparan kecil hinggap di bahu.

Dalam ramai-ramai jemputan tu, aku ternampak abang Faizal. Isterinya pun ada. Abang Faizal bekas bf arwah kak Ayu. Dulu kalau dorang dating kami selalu keluar berempat. Aku dan Eda menyelit sekali :). Aku pandang abang Faizal tapi dia macam tak kenal aku. Atau buat-buat tak kenal sebab isteri ada sebelah? Entah. Aku pandang lagi. Kali ni berjaya bila dia datang ke arahku. "Anne, lah awak ke.. Abang dari tadi ingat model mana dok pandang-pandang abang. Serius abang tak perasan..", dia gelak-gelak. "Nak ambil hatilah tu. Sudahlah.. ", aku mengejek. Dia gelak. Gelak dan tawanya mengingatkan aku pada arwah. Tiba-tiba hati aku jadi sayu. Tapi cepat-cepat aku tepis.

Tiba-tiba Nana datang menepuk bahu ku. Terkejut aku sampai terlatah sopan. Tapi tetap rasa malu bila makcik sebelah menoleh. "Anne, ada orang kata ko dah makin lawa!", Nana mengusik. "Huuuuu~~~." Belum sempat aku kata apa-apa, orang sekeliling dah meng'hu~'kan aku. Aku jegil mata, buat-buat marah.

Sedang aku leka mengulit sejambak ros yang aku curi dari meja pengantin, bahuku dicuit. "Kak, adik rasa abang baju merah tu suka kat akak lah.. asyik pandang je", Era adik bongsu Eda yang asyik berkepit dengan ku itu menunjuk ke arah lelaki yang sedang menjaga PA system. Aku jegil mata tapi kali ni ditambah dengan cubitan kecil di peha adik. Aku rasa malu di usik dek budak-budak. Maluuu... huhu~. Aku kenal lelaki tu, dia staf Eda. Perlahan aku undur kerusi sedikit kebelakang supaya terlindung balik tembok pagar.

Agaknya dek kerana ternampak aku mencilok ros, seorang staf katering tanya samada aku mahu jambak bunga di meja pengantin. Mahu, mahu! Wuu~ laju je aku berjalan ke sana. Sambil tu telinga aku tertangkap satu suara menegur, "Eh Cik Anne.. cantiknya dia hari ni...". Aku toleh. Owh, Bad! Staf Eda lagi. Kali ni aku tak sempat jegil sebab nak cepat kejar emak yang dah berlalu ke kereta.

Sebelum balik aku tukar pakaian sebab nak ke tempat lain pulak lepas tu. Sekali aku baru terperasan baju yang aku pakai tu sama warna dengan lelaki yang digosipkan dek adik tadi. Alamak! Lama aku duduk dalam rumah. Malu nak keluar. Tapi nak tak nak kena keluar jugak. Dari jauh aku dah ternampak dia tersenyum kambing.. ;p Adik makin rancak mengusik. "Sama merah pulak..." "Apa yang sama?", aku pura-pura tak faham tapi dalam hati hmmm... "Takde, sama merah dengan air sirap ni," adik gelak-gelak. Nakal!! Sedang aku bersalam-salam nak balik, Eda panggil aku. Alamak, lelaki tu pun ada. Aku pura-pura cool walhal dah malu sebab baju sama warna. As usual Eda dengan lancarnya beritahu, "Ni kakak saya.. dia dah ada bf. Nanti dia kawin saya bagikan kad eh." Aku jeling Eda. Dia senyum. Nak tau apa lelaki tu jawab, "Takpe.. kalau awak putus dengan bf awak, call saya!" Konfiden betul dia cakap macam tu. Aku dah berkerut dahi. Tak percaya.

Sebelum balik aku tanya Eda kenapa dia beritahu aku dah bertunang dan ada bf. Jawab Eda, "Aku tak nak dorang kacau ko.. Kalau tak nanti dorang mesti mintak no telefon kau.. Especially yang Dato'-Dato' tadi. Dorang tu pantang... Tapi kalau kau nak aku tak kisah." "Ish.. ingat aku orang macam tu ke!", aku buat-buat marah. "Aku tau.. sebab tulah aku cakap macam tu ngan dorang. Senang. So takdelah nanti dorang nak ganggu hidup ko dan buat ko pening." "Ok, ok.. thanks ye. Ko memang sayangkan aku. Tapi apsal kata Fizee tunang aku. Dibuatnya mak bapak dia dengar, malu aku. Suka-suka je nak tunangkan aku dengan adik kita tu." "Hehehehe.. ntah. Dah aku ternampak ko bersembang dengan dia, terus muncul idea tu", Eda gelak-gelak.

Secara peribadinya aku rasa dah 'tua' untuk jadi 'star' kat kenduri-kenduri dah la ni. Dulu-dulu time remaja, biasalah.. Tapi age sekarang rasa tak selesa bila situasi macamtu berlaku. Rasa pelik pun ada. Apa-pun terima kasih lah atas pujian-pujian yang aku pasti ada makna tuu.. ;p Aku tau aku bukanlah cantik mana pun semua orang nak suka. Cuma mungkin kerana hari tu aku gembira.. walaupun agak penat dengan kerja 2,3 hari sebelum tu. Mungkin aura gembira tu terpancar dan teserlah. Lagipun secara psikologinya semua orang boleh jadi cantik bila gembira dan bahagia. Betul!

Mood kerja aku agak baik 2 hari ni walaupun penat sangat sangat. Di sebelah PC, 7 kuntum rose pink elok tegak dalam pasu. Wangi dan segar. Aku tak tahulah orang lain, tapi dengan terapi bunga esp ros memang membantu untuk hilangkan tension dan kembalikan kesegaran di tempat kerja. Masa aku di Celcom dulu, setiap minggu aku akan ke CM untuk beli bunga ros segar. Saban minggu juga ros di meja aku bertukar warna. Cuma satu jelah kena tahan, orang yang lalu lalang dan ternampak mesti usik kata bf bagi. Aku iyakan aje. Malas nak panjang-panjangkan cerita. Ada sesetengah orang guna terapi lilin. Aku tak berani buat kat ofis takut nanti tiba-tiba 'hujan rahmat' turun menyembur tiba-tiba. Hehehe..

Uishhh.. panjangnya cerita harini. Oklah get back to work! Chiaooow :D

11 comments:

13may said...

siapa bilang gadis melayu tak menawan...tak menarik hati...bla...bla...bla....

hehhe....glamernya Anne kat kenduri tuh:D

arianna adrizal said...

13may,
hahaha! sbnrnya sy pun masih dibelenggu rs pelik lg ni. out of sudden je org pndang sy mcm pndang artis kekekeke.. adakah sy da berubah? rsnya tak.. hmm.

hayad said...

terapi bunga ros tu bg aura kot..nak buat jgk lah! haha

arianna adrizal said...

dayah,
sila.. sila :) tp jgan lupa pengerasnya.. ;p gurau jek.
akak baruu bagi satu pasu kat orang. esok bawak lagi satu pasu. huhu~

me3n said...

kat opis ku dulu, klu ader bau milo or kopi, memang membantu untuk hilangkan tension dan kembalikan kesegaran di tempat kerja. ehehe..

dee83 said...

kenape nak benti? nanti mesti susah nak baca entri kak anne lagi...hope so akak dapat keje cepat2 eh? nak no fon bleh?
p/s: akak ngan acai ni macam janji je kan? bila tulis ke tak lebih kurang hari yang sm je...

bluecherry @ fai said...

Cewah, rendah diri plak.
Anyway, be happy kay.

So bila nak bowling sama nih?

arianna adrizal said...

ad3ck,
ku pun suka bau kopi tp ku takleh minum sgt. pagi2 oklah tp lau petang.. cam tak laku je bau2 makanan tu semua.

tp kalau hang pun suka terapi munger... hmm konfius japs ;p


dee,
lama akak tak pegi blog awak. ok, emel akak kat arianna_adrizal@yahoo.com.my nnti akak bg no fon.
p/s: berjanji? well.. mcm pasangan yg bahagia gitu. ecececehhh.. sukenya dia. cam wartawan gusip dia eyh. hahahaha! takdelah dee.. akak tak janji pun. akak sendiri pun tak sempat jengok blog acai. tatau bile dia apdet.


kak cherry,
*malu-malu*

ha, bile eyh, minggu dpn bole.. minggu-minggu depan bole... minggu belakang je tak bole. kekekeke!

dee83 said...

okla 4 de email add. malam tadi orang mimpi jumpa kak anne tau...tak dapat jumpa kat luar, jumpa kat dalam mimpi. tapi macam real je tau...akak nak benti ke? takyah la. pasal acai tu, sy sj je tapi memang nampak je macam janji walaupun kebetulan la...kak anne, jom g tgk teater ahad ni, 8.30 mlm... kat istana budaya. rm 10 je tiket dia. aznil mungkin jadi ali baba kot...jomlah, release tension... ade mase lagik ni nak g beli tiket. isnin kan cuti? jomlah join sy...nak sangat jumpa kak anne...setiap entri akak, macam bagi semangat dan inspirasi kat sy tau. lebih2 lagi bila dah keje ni...

Ungku Nor said...

hehehe,baaaaapaaaakkkk panjang nak baaaacaaaa=>tiru stail ayaq masak.

good luck Ann.
Waaa..nak gak juin bowling maa!

arianna adrizal said...

dee,
alaaa.. sorilah, akak tak sempat bc komen ni awal2. so dah terlepas dan melepas ofer dee tu.laaa.. kesiannya dia. siap mimpi2 lg tu. hehehe.. insyaAllah, kita jumpa nnti. akak akan cuba freekan schedule eyh.. [cam menteri pulaks ;P]


kak ungku,
hu~ adik dgn kakak serupa ja ;P

apalagi kak, bila nk wat tournament boling niii. jummm!! :)

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...