Saturday, December 16, 2006

Hu~

Aku berdebar-debar nak tunggu minggu depan. Ada dua perkara penting. Satu, final submission dan dua, year-end gathering. Ntah camana bole submission dan year-end gathering jatuh pada hari yang sama, Jumaat. Memang sengaja niaya.. Bukan dia tak tau aku tak-boleh-tak-ada untuk program tu. So aku kena submit hari Khamis la nampaknya sebab pagi hari kejadian aku tak akan ada di pejabat memandangkan aku si-tukang deco untuk program malam tu. Ish, empat hari je lagi ni! Tak tau lah sempat ke tak tapi berdasarkan prestasi semasa, sempat lah kot.

Dua tiga hari kebelakangan ni pun, tumpuan aku sedikit teralih pada persediaan gathering. Walaupun aku telah diberi amaran oleh orang *GILERR itu supaya dikecualikan daripada mengikut sebarang aktiviti gathering [sesuka ati dia jeeee!!] sehingga sebelum hari kejadian tapi sebagai puan[?] treasury, dah memang tanggungjawab aku perlu mengutip RM. Dah hujung tahun, nak close akaun dan kira budget untuk gathering. Takkan nak suruh orang lain buat?!! *CHI SINN!! Buat sementara aku jadi 'thousandaire' sekejap. Haha. Sekejap je sebab duit tu dah bagi kat presiden dah. Dia akan pergi shopping 'wish' kami di HSL esok. Oya, seperkara menarik tentang gathering yang diadakan setiap tahun ni, semua staff yang terlibat akan dapat cabutan bertuah. Kami diberi peluang untuk listdown 2 wish. Dua tahun aku kerja kat sini, dua tahun jugaklah aku dapat handphone! :D Tahun ni tak tahu lah apa yang aku akan dapat.

So semalam aku ambil halfday leave. Kononnya nak beli barang untuk deco. Tapi terik sungguh matahari tengahari. Jadinya.. aku terus pulang ke rumah, membasuh. Hehe. Malam baru keluar shopping. Tema gathering kali ni Safari Nite. So mood and deco tu kena ada African styles or ethnic. Daripada perbincangan aku dan presiden, kami akan banyak gunakan daun-daun untuk deco dan tak lupa haiwan-haiwannya sekali. Nasib baik di Out of Africa Restaurant dah memang ada banyak deco haiwan. Mudah sikit kerja aku. Tinggal nak cari yang kecil-kecil jelah.

Berbalik kepada cerita shopping, masa nak bayar.. mamat kaunter tu pandang aku 2, 3 kali. Mana taknya, aku beli macam-macam jenis toys; insects and creatures. Ular, lipan [err..bukan encik liepan yang itu yea ;)], katak ha semua ada! Mungkin dia ingat aku tak sengaja terambil benda tu. Sambil tu siap jeling orang sebelah-sebelah tengok kot ada tak budak-budak yang datang dengan aku. Sebab nak mengelakkan malu, maka aku pun bertanya lah dengan dia macamana nak register kad lah, itulah inilah.. Sengaja nak alih perhatian. Muahahaha!

Ok, barang deco dan backdrop almost setel. Tinggal satu je lagi. Aku tak tau lah nak pakai apa yang sesuai untuk tema ni. Nak pakai suit binatang, rasanya saiz budak-budak adalah! Lagipun, aku tak maulah jadi binatang.. hu. Maka aku yang naif ini pergilah bertanya pendapat kawan-kawan.

Leen: Ko cerah macam cino. tak sesuai la jadi african.

Aku: Macamlah aku nak sangat.. aku terpaksalah, aku orang kuat program. malulah beb.. nanti dorang kata aku tak sporting.

Leen: Ok, ok. macam nilah. ko pakai je baju biasa atau apa yang ko nak pakai. tak african styles pun takpe tp ko buat african looks sket.

Aku: African looks? cane tu?

Leen: Ko make up guna foundation kaler gelap pastu ko buat rambut ala-ala reshmonu tu.. hahahahaha!

Aku: Cilakak luu..gelakkan aku eh. takmo ah!!

Eda: Ok aper buat camtu. kira cukup syaratlah.. memang lah ko tak sama ngan orang Africa tu tapi aku rasa ada jugak sama sket2.

Aku: hu sama apa?

Eda: Tang dahi. sama je luas dan lebaq.. hahahahahaha!

Aku: kambenggg luuu duorang kenakan aku.. hu~

Huuu~ nyesal tanya budak-budak tu. Tapi sikit-sikit aku termakan jugak cakap-cakap dorang tapi tang gaya rambut tu jelah. Hu~ Aku try la survey apa yang patut. Inilah hasil 'survey'an aku yang sangat limited. Saja nak syer ahahaha.. *sila tengok gaya rambut saja ye..*

Errrk!!!... Hehehehehehee. .. Ha, amacam? Sanggup tak korang kalau transform gaya macamni?? :D Aku?? Well... memang la nampak stylo tapi aku macam tak sanggup je nak meng'lipan'kan rambut aku gitu. Hehe. Ada orang beritahu suruh gayakan pakaian macam d late Steve Irwin! Hmm... entahlah. Suggestions anyone?

.

* hi-lite utk baca :) <-- mekasih pa'chik. tersilap sket aritu. hehe..

24 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Selamat bergathering. Selamat mensubmit....(rosak BM..haha)

Kalau balik kampung rambut style macam tu mau emak tak mengaku anak...

kingbinjai said...

you can do it!

Anonymous said...

Anne,
Gambar hairstyle yg nombor dua tu sy rasa sesuai dgn awk..kalo yg lain tu, errr..kalo sy ada situ sy maybe akan keluar drpd dewan tu pastu gelak puas2..hehehe.. :Þ

Dan utk Safari Nite ni, sebenarnya takyah menggayakan rambut sgt. Awk bleh just pakai long pants & baju camel tu..pastu dgn topi yg org gi memburu tu...hahaha...mcm Steve Irwin punya wife tu pakai...kalau nak gempak lagi, bwk senapang sekali...hahahahaha...

Anyway, hari tu dah ckp kat Masy nak ajak gi Penang..tapi dia kata dia baru balik dari Penang..hahaha
Sy mmg teringin nak gi Penang gak...bleh jumpa member2 sana...Cameron & Penang..fuhh..penat..

kakLuna said...

tak pening ke wat rambut mcm tu? :P

kakLuna said...

tak pening ke wat rambut mcm tu? :P

kakLuna said...

tak pening ke wat rambut mcm tu? :P

TedungS said...

wa.. african nite. mesti makan sedap2 ni, pos2 la kat sini ha..

y not try boh piring kat bibir bawah ke, gelang byk2 kat leher ke, baru la rOcK ;p

LediAgli said...

kalu nakk lagii besss style nambe 3. rasa cam tanduk rusa jee.. heheeee...

bes giler ah theme cam tuuu

hehehe..

http://blogbridgeproject.blogspot.com << check this out!

~inilah saya~ said...

Anne, yang kedua terakhir tu pun macam oke aje.

http://blogbridgeproject.blogspot.com << yess!! check this out!

me3n said...

style rambut yg ketiga tuh nampak match ngn awk..

ahahaha! macam tanam pokok kat kepala jer..;p

Anonymous said...

gaya rambut funky.
heh. ;d

Pa'chik said...

yang ada * tu kena highlight kan. Mana buleh nak boldkan. Orang tu tak bace ke? Pakai macam bini irwin tu ok apa. Tak pun macam Jane.

bluecherry @ fai said...

anne, nak buat apa pun jangan sampai nampak 'weird' dah la.. Anyway, hang wat ape pun.. sure lawa. :)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

i tak tau mana cool 4 u la. sowi. btw u belit2 serban atas kepala pun ok tau...gaya mcm africano gak kan, lagi originel...hehehehehe

hope u can make it for http://blogbridgeproject.blogspot.com

kawan mu

13may said...

jgn lupa buh anting2 kat lubang hidung:D

hayad said...

kak anne,jgn lupe letak gambo style rambut yg kak anne buat ek? ;)

Ungku Nor said...

Ann pakai costume Jane??
Ok lagi la kot.
Jangan pakai cam Tarzan lak.
Sebab Tarzan tak pakai baju, dia cuma pakai cawat jer..
hahahahaha.

arianna adrizal said...

BP,
terima kasihhh.. :)
a'ah, mak sy sure menjerit tgk anak pmpuan dia jd gitu. hahaha!!


king,
yes, i can fix it!! e'eh.. silap. ternyanyi lagu katon 'Bob d Builder' pulak. hahaha!!


nd,
sy pun tak sempat nk pk sangat. suprise la kot.

psl holiday tu, hmmm.. tgk nnti cane. ok!


kak luna,
entah la kak. blum penah buat lg tp tgk mcm pening je.. :D


tedungs,
haritu sy dah pegi rasa mknan mmg sedap!!! dan pelik! hahahaha! mcm venison pie. kalau nk kirim nnti smpai sana dah jadi menu fear factor! ha, sanggup???!

amboiiii.. yg gaya camtu, kirim salam jelah. hu~

arianna adrizal said...

eda,
beh kerrr?!! aduhhh.. penin tau nk memikirkannya. cam tanduk br nk tumbuh. kekeekekkeke..

oklah, sign me up :)



shah,
mmg ok tapiiiii... euwwww rs mcm lipan atas kepala je! ;p

ok.. ok.. sign me up! sign me up!!



ad3ck,
lagi 'cantik' lau awak pun buat sama.. muahahahahhaa!!

;p blewk!



darkz,
funky huh~ tp scary jugak hehe.



pa'chik,
alahaiii.. mekasih la kerana membetulkan. nk cepat, tulah jadinya :) mustahillah org tu baca. dia ckp melayu pun tak reti inikan pula nk baca blog org.
hmm mcm Jane tu ok kan.



kak cherry,
lau susah sgt ingat nk jd halimunan je! dlm erti kata sbnr, tak datang!! hahaha!
ewahh.. tu puji ada makna tuuu ;D

arianna adrizal said...

kawan mu,
hahaha!! i ada jugak terfikir gaya tu tp tak tau pulak nk lilit macamana :P

ok, ok, ok..... :D sy kosongkan schedule haritu. sign me uppppppppppppp!!!!!!!



13may,
itu lumbuuu daaa ;p



dayah,
kalau akak buatlah eyh.. hehehe



kak ungku,
ha tulahhh.. sy rs nk pakai mcm Jane jelah senang. ohooo pakaian tarzan tak muleh. sbb tarzan tak pakai proper.. merbahaya tuuuu ;p

Anonymous said...

keje kuat !!
mudah2an dua2 keje selesai....

hehe
:D

Pa'chik said...

yg senang, pakai macam biasa, cuma bawak mamat afrika sorang, carik la yg jual jam tu ke, pinjam kejap.

arianna adrizal said...

aminbakish,
insyaAllah.. tp rupanya ada satu lagi kerja yang mengejar. setiap org ada limit kesabarannya. sy sudah hampir capai limitation dah ni. sikit lagi dia tanya psl kerja ketiga tu, sy nekad berenti keja. serius.


pa'chik,
heheheheh.. outsiders r not allowed. staff yg terlibat je.

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...