Friday, December 29, 2006

Nyah kau dari rumah akuuuu!!!

%67%#!!!! kambeng ^$^*&(#*!!! Aku hangiiiinn betulll.. Punyelah banyak umah, umah aku gak dorang nak cari makan. Punyelah banyak bilik [banyak ker??] bilik aku gakkkk dorang nak lepak. Punyerlah besar bilik aku tu [besar kerr?] bawah dan tepi katil aku gak dorang buat konsert!! $%^#@!! Huh~~~~

Hu~ marahnya.. marahnya.. Meh aku citer dari mula. 2 hari lepas, makcik aku ngadu ada bunyi-bunyi bawah katil. Aku tak tau sebab aku dah lama tak tido dalam bilik. Aku pun try la dengar. Macam bunyi air menitik pun ada tapi tak hujan time tu. Ah, semut kot.

Semalam lepas balik makan dengan family mak Ijah, aku selongkar box yang aku letak leklok kat tepi katil konon nak cari contoh resignation letter. Selongkar punya selongkar tetiba bila aku angkat satu kotak ni, bussshhh! Bolos! Kotak tebal tu dah jadi nipis macam A4 paper! Serangga warna putih punyalah banyak.. Apa lagi aku pun spray la ngan Ridsect. Tu je yang ada. Walaupun aku tak pernah tengok rupa anai-anai tapi aku rasa inilah rupanya menatang tu. Cis!!

Aku ni jenis suka simpan benda-benda yang ada sentimental value macam buku-buku atau kertas periksa yang aku dapat full marks ke.. Habis semua dorang kerjakan! Buku tebal macam majalah sekolah pun selamat..

Nasib baiklah menatang tu cuma gigit aku punyer slip SPM. Kalau result SPM.. hu~ haru! Pagi-pagi tadi emak cakap, "abah cakap, jangan sampai naik atas!" Telinga aku tiba-tiba panas. Kata-kata tu macam berbunyi, "ko jaga binatang peliharaan ko tu. jangan sampai pegi merayau tempat lain!" Tetiba je angin puting beliung aku datang balik!! Arghhhh~~ menci!!

Maka dengan ini aku mengishtiharkan cuti raya dan tahun baru adalah acara mengemas rumah. Hu~

Selamat hari raya korang! Oh, and a hepiiii neuuu yerrrrr!!!

.

.

*dear santa, tq for the flowers!! <--- sy ingat nk tulih camni sblum tau awk yg bagi. dah tau, takyah ar. but it nice. thanks dude.

17 comments:

Unknown said...

menatang tu nak dok umah besh2 gak..

13may said...

Selamat Hari Raya AidilAdha & selamat tahun baru 2007....hehehehe!

kingbinjai said...

ha ha emm sapa ek? sapa ek? sapa ek?

me3n said...

ku pon tengah hangin neh!! sebbaik sok da cuti ehehe.

err, takyah laa tnjk bunga yang ku bagi tuh..segan wey. ;p

Anonymous said...

lek n lek

ohooo da nk benti ker
ketinggalan rupenyer daku... :p

niway slamat ari raya n

samat tahun baru ;)

merapuman said...

rumah sendiri ke? cepat2 le panggil terminator sebab setakat ridsect, tak tahan la ...


Selamat Hari Raya & Happy New Year!

Anonymous said...

selamat menyambut haru raya korban. selamat mengemas rumah. hehe ;d

Pa'chik said...

hoo, ni musim ujan, memang anai-anai akan cuba cari tempat perlindungan la. kena letak repellent dia, kalau tak nanti dia datang lagi.

hayad said...

anai2 mmg bahye..segala benda leh rosak dibuatnya

arianna adrizal said...

lindosh,
err.. suh dia pi umah awk laa.., bole?? hehehehe.


13may,
samalah kita. :)


king,
ahahaha!! sejak bila king bergosip nih :D


ad3ck,
hangin nape pulak nehh.. meh cite meh.. *ceh*

tak kira.. tak kira.. nak tunjuk jugak !! hu~ ;p


g0n,
tgh ilek ar neh.. hehe.
eh, ingt dah benti blogging. lama tak nmpak?

samat hari raya n tahun br kat awk jugak :)


merapuman,
a'ah. menatang tu cuma pening2 je sy tgk. temporary sy bli ubat anai2 dr kedai hardware. lps cuti new yer sy akan call dorang.tensen woo..

same goes to ya! :)

arianna adrizal said...

darkz,
itulah pengorbanan sy di hari raya.. heheh. samat raya dude!

p/s:banjir tak sana?


pachik,
tulahh... huhu~ smlm sy tanye ngn org pest control, rupanya nk psg/tanam kena ribu-riban gak la. huhuhu~


dayah,
hu~~ ku tensenenan!!! kalau bole buat lauk menatang tu.. mmgla, kenyang ku raya ni hu~~ ;p

Pa'chik said...

kamu beli ubat utk anai² tu? lagi sihat sejahtera la menatang tu. hiks

Anonymous said...

wah.. wah.. ader orang kasi bunga ek... :)

blackpurple @ jowopinter said...

Kena letak kat peti besi tu... he he he...

Itu bunga segar ke bunga plastik..?

achik said...

anai2 mengganas... abis kemas dah ke??

arianna adrizal said...

pa'chik,
hehehehe... terkena daku. ceh! ;p bukan ubat, racun anai-anai. rm6 je sebotol. bnyk lagi lebih. pasni rumah sape ada anai-anai bole amik stok kat sy yee..
;D


sham,
a'ah.. nanti sy suh orang tu kasik bunga kat awk gak eyh ;)


BP,
semua kotak2 kat dlm bilik sudah diganti dengan container plastik.

bunga betul :)


achik,
hahahah!! mula kemas malam hari raya tp smpai harini tak siap2 lg. err.. tp yg anai2 tu dah setel. da cuci, dh alih semua dah. cuma nk kemas semula tu tak setel. sy nka kemas time malam sbb siang ada hal lain tp makcik sy tumpang tido bilik sy. dia pulak asik tido awal je. tu yg tergendala keje.

bluecherry @ fai said...

Woo, konsert tahan lagik.. yang tak tahan tuu baunyerrr.. buat migrin.

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...