Monday, December 31, 2007

Final entri of 2007...

Wuarghhhh dah New Year!!

Went to Sg Wang last weekend. Shopping time!! but end up wif 1 blouse je kat mng Isetan. Tu pun lepas tak jumpa design yang sama kat Pavilion. Orang tu pulak yang lelebih shopping kan.. kan. Huhu~ Yelaaa.. tau la awak tu nak keje. Jalan punya jalan sampai lupa plan nak naik Eye on Malaysia. Serius lupa! Takpelaa.. takde rezeki. Actually da lama tak gi area Sg Wang. About a year ada kot.. Lagipun rasanya seumur hidup ni 3x je kot penah gi sana. Hahaha.. Funny huh~ Macam duduk jauh dari KL je. Padahal Shah Alam.. Klang!

Today keje. Arrived pretty early eventhou kuar lambat. Ramai orang cuti. Macam boring je.. nasib baik i'm taking a half day leave. Hooreeyy!! Got few things to do after dis. Such as tengok movie.. shopping.. ahaks! ;p No laa.. petang ni i'm gonna fetch mom. Abah takde. Gi Bukit Tinggi, Indonesia.

Oklah.. nak ambik kesempatan ni to wish everybody a hepi new year!! i'm gonna stay at home and watch the countdown kat tv je, as usual. See ya next yearrrr!! daa everyone.

Friday, December 28, 2007

biarkan jemari ini memberitahu isi hati...

entri ini aku tulis dikala hati sungguh kacau. sambil ditemani 'imran ajmain' dengan lagu 'seribu tahun'nya yang tak henti2 berputar. aku berkeputusan utk luahkan di sini tanpa niat melukakan hati sesiapa. aku perlukan 'seseorang' untuk mendengar rasa hati aku yang fragile.

akhir2 ini sms dan kata2 yang dia kirimkan kurasa kosong. kalau ditimbang pun, tak berinjak jarum penimbang pastinya. ada berbaur rasa rindu dan sayang.. namun pengisiannya tak cecah ke dasar hati ini. tak berupaya menyentuh hati kecilku. puas ku pujuk hati tapi aku tak mampu menepis rasa kecewa yang bersarang. seolah kehilangan sesuatu.

tadi aku baca kembali sms2 lama yang tersimpan rapi. aku menangis lagi. kali ini bukan saja kecewa tapi rindukan saat2 itu. terlalu rindu. ucapan2nya sarat dengan pengertian. dan terpaling penting, kata2nya tepat menyentuh hatiku. terlalu istimewa. jauh berbeza dengan apa yang aku terima sekarang. kemanakah menghilangnya semua itu?? aku rindukan dia yang prihatin. lembut. dan menggembirakan. adakah cinta itu semakin pudar?? dan yang tinggal kini hanya keterpaksaan?? aku dan dia.. semakin jauh.

tak mustahil sejarah berulang. apa yang dia tunjuk harini semakin menyerupai apa yang pernah aku lalui satu masa dulu. bilamana hati aku dirobek dengan kata2 yang hanya tuhan bisa memaafkan. sekali, aku mungkin memaafkannya tapi sukar bagiku melupakan. argh! itu cerita dulu. tapi aku tak menyangka ianya berulang.

satu bentuk tuduhan halus yang mematikan bicaraku. hampir terhenti nafasku. aku diam membatu. perlahan2 aku cuba bernafas kembali dan memujuk hati supaya memaafkan kan dia. aku usir segala rajuk di hati. aku cuba senyum dan memberi reaksi yang paling manis aku cuba. tapi ucapan yang aku terima hari ini mematahkan semangatku. hancur luluh hatiku.

ya, terima kasih kerana menyedarkan di mana letak duduk aku dalam kehidupanmu. aku memang tak penting. aku bukan sesiapa dalam hidupmu. yes, u are rite. i am absolutely not permanently yours. aku mengaku aku silap. aku silap kerana aku terlalu mengambil berat tentang dirimu. sedangkan tiada sebarang ikatan yang memberikan aku hak untuk mengambil tahu hal berkaitan hidupmu. aku silap kerana bergantung harap yang kamu adalah segalanya. aku silap kerana menjadikan diri aku kecil kerana mahu melihat dirimu sebagai yang terbaik. tapi adalah tidak adil jika kamu menghukum aku kerana aku itulah cara aku meluahkan rasa sayang.. arghh.. aku pasti kau tak fahami.. kerna kau tak mahu kan?

penat aku dengar kata maaf itu tapi nampaknya itu cuma satu ucapan yang tak beerti. kita semakin tiada persefahaman. apa yang aku paling inginkan, itu yang paling dia tidak dapat lakukan. apa yang paling dia sukakan, itulah sebenarnya yang paling aku keberatan sekali. aku bukan tidak memahami keterbatasan dirinya tapi.. tanyalah seribu wanita pun.. pasti mereka bersetuju dengan aku. kerana hakikatnya begitu. biarlah jauh di mata, lakukanlah sesuatu supaya aku sentiasa merasai nya dekat di hati. seolah2 ada. sepertimana aku cuba memahami kemahuannya dan aku ikuti segalanya walau aku tak begitu sukakannya. mengapa tidak dia memahami aku pula? mengapa?

aku takut untuk memikirkan kehidupan aku jika semua ini gagal. aku mungkin akan jadi manusia yang takut menghadapi masa depan. aku takut aku tak kuat melangkah melepasi halangan. aku takut aku bakal punya persepsi tidak enak pada kamu, lelaki. aku takut aku tidak akan percaya akan cinta lagi selepas ini. jika aku berjaya melalui ini semua pun, aku masih takut. aku takut jika ianya berulang kembali. aku takut. aku ingin pergi jauh dari tempat yang menyakitkan ini. kalau ada. aku cuma mahu disayangi..

Thursday, December 27, 2007

Mmm...

Hari yang mengantok.. tambah langit pun mendung je. Apa lagi.. makin menjadi2 la kantok. Nasib baik tak bz. Tapi stil tak nyempat nak men'zzz..'kan diri. Hmmm.. tak sabar nak cuti. Huhu~

Aritu masa balik lambat, jengok2 freshpic yang dah lama tak jengok. Ni ha nak share.. Mengong tol!!

Dalam banyak2 tu aku paling suka yang ini. Lexus tuuuuuu.... Fuyoo~

Hahahahahahahaha....

Wednesday, December 26, 2007

Apa aku buat time cuti??

22 Dec 2007 [Saturday]

Salam. Hari Jumaat tu kan aku balik lewat.. sampai rumah mak tanya samada aku nak ikut gi kenduri kat Ipoh ke tak esok Subuh. Tengoklah.. Tu je yang termampu jawab. Rasa macam tak larat je tapi ape salahnya ikut since aku TAK PENAH gi ipoh [sila percaya ohkey~]. Huhu~

Esok subuh2 lagi hp bunyi2. Main miscall2 la pulak omak den ni haa. Jengah pintu bilik, "nak ikut tak?". Aku, tutup muka dengan bantal. Tak larat nak bangun. Malas betul nak gi. Last2 bangun jugak.. Hehe. Kitorang 3 orang je gi. Mak abah & aku. Syok.. bole lunjur kaki. Hehe..

Journey kali ni kitorang tak jumpa artis. Sebab selalunya kitorang ni kalau gi mana2 mesti terjumpa artis. So aritu agaknya kamilah artis! ahahahaha~ gurauan semata. Sampai Tapah, shopping buah bali, buah jambu.. hmmm nyum2. Belum sampai destinasi lagi time tu.. da shopping bagai. Mak laa.. dia nak bagi kat 'staf2' dia. Dapat la sorang 2,3 biji. Aku ingat nak beli jugak untuk kengkawan tapi tak withdraw duit. ATM machine tadek pulak kat situ. So.. takat pandang jelah. Bahbai limau.. Next time la eh..

Sampai sana around 1pm da. Yelah asik singgah2 je. Sampai2 je biasala.. acara makan2 dulu. Lauk dia sedap beb!!! Fuh~ nasi dia la paling sedap. Terliur laa.. Hehe. Lepas makan2, dok tengok umah bla bla bla. Masa pengantin tgh bergambar kitorang chow. Lepas salam2 tu bley tak omak den nak mkn pulak.. Sebab td dia tak mkn skali ngan kitorang, da kenyang mkn kat rnr. La ni baru kebuluq.. dok ar teman dia. Aku da tak larat da. Tadi da bedal. Plus malu... ;p nnti orang kata buruk lantak. Makan smpai 2 x. oooo.. tidak! Tak rela ai..

Balik jalan pun ok. Tak jem.. sama macam pagi tadi. Singgah zohor kat rnr Tapah. Cantik je surau baru dia. Macam pangkin. Open air concept. Nampak gerai buah-buahan lagi. Pusing2 cari ATM. Jumpa tapi 'temporarily out of service'. Alaaa... Memang betul2 takde rezeki la nak kirim kat korang barang sebiji dua.. Hehehe..

Sampai rumah around 4.30pm. Letih.. tapi tak penah letih ingat kat orang tu :)

23 Dec 2007 [ Sunday ]

Aku watpe eh arini.. Mm.. pagi2 da bau mak nyer butter prawn. Aku kureng makan udang tapi sesekali layaann jugak. Dah kenyang, masuk bilik cont baca buku. Tiba2 Kak Ungku called. Tanye kedai asam pedas yang terrrbest kat melaka. Sebelum tu Kak Masy da sms soklan yang sama. Apada orang melaka... Aku sedia maklum la asam pedas melaka mmg best tapi nak bagi tunjuk jalan kat mana, arah mana haa... tang tu yang lomah sket. Karang tah ke mana ntah pegi nye. So refer dengan wan jap. Then bitau tempat yang senang jelah. Tapi tang sedap ke, terangkat ke.. tak taula pulek. Sbb kan kak, saya pun tak penah makan kat tempat tu!! Ahahahahaha... Tapi wan kata sedap. Kalau tak sedap babap dia, saya tak bersalaaahhh.. ;D

Petang tu lepas balik dari Shah Alam magrib tu, sepupu aku semua da ada kat umah. Ada yang tengah buat air, ada yang tgk tv. Adik aku tengah bersihkan tempat bbq. Dengan tak sempat tukar baju, terus gi mengadap tempat bbq tu. Almaklumlah aku kan ajk tetap bbq family aku. Asal wat bbq je for sure muka aku jelah tukang hidup api + bakar-membakar!

1st round daging bakar aku orang kompelin masin. "ni mcm nak kawen je ni.." Ceit! [oops! takleh citer psl hal kawin dlm ini blog selalu.. org curious nnti. huhu~] Rupanya adik aku da bubuh garam sblm aku perap daging tu. Laa.. Makanya kenala aku dok meng'outer' sket2. Buh madu. Kasi masin manis gitu. Hasilnya.. daging aku abis dulu. Berebut beb!! Hahahahaha.. Lepas tu baru ayam 'jalan' sket2.

Around 8.30pm aku da surrender da. Abang ngan adik aku lak amik alih. Kul 9pm, setel semua. Sempat la ngadap tv citer apa ntah malam tu. Lupa laa.. Da abis tgk tv baru la sedar aku tak tukar baju. Abis la baju chantikk gwa~~ wuaaa! Lepas mandi, konon nak tido tapi takleh.. u know why. Continue baca buku. Ntah kul brape tdo tak pasan.

24 Dec 2007 [ Monday ]

Wpun tido lewat tapi bangun leh tahan la awal. Arini ada mood nak masak sebab semalam air tangan laku kan. So berkobar-kobar sket untuk mengucar-ngacirkan dapur. Huhu~ So as result, aritu aku masak neh..

Daging korban masak kicap. Mula2 ingat nak buat blackpepper tapi da abis. So takyah susah2 cari blackpepper.. tumbuk je cili api kasi berapi sket. Hehehe...

Pas da siap tu, layan tv jap. Sambil sms dengan dee. Tiba2 rasa macam ada yang kurang je... Aah laa.. kan lagi best kalau ada sayur. Geledah peti ais jumpe kangkung. Cantik ar tu!

Taraaaa... kangkung goreng belacan. Nyum2!! Kalau nak ikutkan aku sorang pun bley abiskan semua ni. Tapi sebab dorang sumer tak balik lagi so cuit2 sket je.

Petang baru mak ngan abah balik. Mak terus bukak tudung saji tuuu~ Pastu dia bising, "asal tak goreng kangkung skali??.." Aku diam je. Leka layan Spa Q. Dengan ekor mata aku nampak dia bukak tudung saji lagi satu, 'haa.. tu bukan kangkung ke mak encekkk?'. Malam tu pas mandi ingat nak pekena daging masak kicap lagi seround.. sekali abis daa. Hu~ Kirim adik aku beli mi hailam.. slurppp!

25 Dec 2007 [ Tuesday ]

Dok umah je. Bangun lambat ;p.. Ada kenduri kat umah sedara tapi hujan lebat sangattt! Lagipun takde mood nak pegi. Boleh?!! Macam biasa, dok umah sorang2. Mak abah aku ni tak kira hari cuti ke public holiday ke.. kejeeeee je! Biarlah. Aku dah biasa dari kecik. Kalau dorang ada pun, sama je. Tadek benda nak sembang. So sepanjang hari tu aku jadi 'bisu' skejap.

Plan nak gi KL. Saje lepak2 ngan eda. Nak celebrate in adv befdai dia tapi since aku macam tadek mood nak kuar dan dia pun sama.. so kensel la. Leen pulak kata nak kuar petang tapi kensel gak sebab kena jd driver. So sepanjang hari kat umah jelah. Petang sket sblum tgk Spa Q, gi pasaraya gi beli ice cream, beli roti, megi.. hehe. Sebenarnya nak beli lampu sebab lampu bilik aku meletop sebiji tapi tak jadi sebab brand yang aku selalu beli tu takde. Tinggal cap 'ayam' je. Tamau la! Karang ntah apa jadi karang. Dah jadi romantik giler bilik aku tu. Suram. Sesuram hati aku mungkin.. Hu~~

26 Dec 2007 [Wednesday]

Daa keje daa.. :D

Arini pakai eyeliner lebih sket. Karang ada yang tegor. Orang2 kat sini 'peramah2' belaka. Jangan kata mata bengkak, jerawat sebijik pun kena tegor! ;p Tak pun pandang semacam. Pastu suka spot2. "ko ada masalah ke?" DAAA!!

Hmm... aku tak sabar nak cuti lagi. Aku tak tau nape aku rasa macamtu padahal bila cuti aku akan jadi lebih 'tertekan'. Yelah.. dok umah sorang2. Tak tau nak watpe. Masak & makan sorang2. Pandang dinding. Tengok tv, tu pun kalau sepanjang hari ada rancangan best. Bila rasa sunyi macam tu.. korang pun tau apa yang paling diinginkan saat2 macamtu. Aku harapkan sesuatu yang aku tak pernah dapat di rumah. Perhatian. Teman. Nak cari teman atau kawan, maka kena keluar dari rumah. Tapi nak keluar pun dengan sape? kebanyakkan kwn2 aku semuanya ada komitmen dgn keluarga la, bf la.. bla bla. Teman yang available, yang selalu ada masa memang ada, tapi lelaki lah. So daripada cari masalah. Baik duduk diam2 kat rumah. Makan hati ulam sama hempedu. Tau rasanya mcmana? Takkan sama dengan ulam pegaga. Aku dah rasa banyak kali. Tak payah la cuba. Menyesal nnti. Arghh.. biarkan. Biarkan si luncai terjun dengan labu2nya.. Aku tak perlukan labu tu. Sebab aku tak suka makan labu! Blewwwwkkkkk!..

Friday, December 21, 2007

lalalalaala~

Sekarang pukul 10pm dan aku stil kat ofis. Huh~ Boringnyeeeeeeeeeeeeee......

Edisi Raya

Selamat hari raya! I'm back to office. Ramai cuti so kena take over. Biasala tu ujung2 tahun.. Huhu~

Raya Haji tahun ni dipenuhi acara masak2, dan begitu juga acara makan2. Rabu aritu aku stil keje tapi mak sms suruh balik awal, tolong masak sebab dia tak sihat. So pukul 3pm aku da balik. Sampai around 4pm, tengok mak baru je lepas anyam ketupat. Sebab aku tak reti menganyam, maka aku isi beras dalam kelonsong ketupat je pastu rebus. Sementara tu, tengok tv jap. Tengok macam-macam Aznil. Ketawa bagai nak rak then cont potong cili. Bawang besar pulak.., bawang merah lagi.. Lepas magrib baru masak rendang Palembang peberet ku. Huhu~

Ekceli kan.. dalam banyak2 raya, sambutan tahun ni aku agak 'sincere' sket. Yelah, adik beradik aku semua lelaki. So bila tang persiapan nak memasak tu dorang selalu ngelat. Alaa takat gunting cili apalah susahnya kan.. takat basuh periuk, apalah salahnya kan. Last2 semua aku kena wat sorang. Disebabkan rasa tak adil tu yang menjadikan aku kurang 'sincere' tu. Hihi.. Tapi semalam, berlainan sekali. Semuanya smooth.. semua aku buat tanpa rasa 'berat', rasa 'bebal hati'. Mak suruh adik angkat tungku tapi dia tak muncul2, aku bangun dan angkat sendiri walaupun berat yang amat. Mak suruh gunting cili, aku gunting sampai abis sebungkus plastik besar tu! Sampai dia pulak terkejut sebab dia nak sikit je. Hahahaha..

Masa tengah wat keje tu ada something yang mak cakap buat aku rasa 'sesuatu'. Pasal nak pegi haji. Dia kata mungkin turn dia dalam 3 tahun lagi, insyaAllah kalau umur panjang. Kalau tak sempat, umur tak panjang,.. dia pesan suruh aku pergi dengan abah. Jangan bagi kat orang lain. Aku diam bila dengar tu. Perasaan aku rojak! Kenapa aku? Kenapa bukan abang? Adik ke? Bukan bermaksud aku tak nak. Tapi macam lain. Sebab dari kecik aku selalu rasa 'tersisih' dalam senarai kepentingan mak aku. So bila tiba2 macam ni.. of couse there was lot of [?] la kan. Dan aku tak suka perasaan macam ni. Sebab lately aku ada slightly vision kalau mak takde and dat was one of the reasons ke'sincere'an aku aritu. Aku nak senangkan ati dia. Tu je. Macamana pun, aku bersyukur dapat bayangan macamtu sebab beri aku lebih kesedaran untuk memenuhi kehendak dan menunaikan tanggujawab. Dan kalau tak diizin Tuhan, aku akan kena ganti tempat mak maka aku nak bersedia dari sekarang. Dari segala segi. Itu sesuatu yang harus aku mulakan. Apapun aku tetap harap dan sentiasa berdoa agar mak sihat dan dapat pergi menunaikan haji. Amin.. Sebab itu impian dia.

Ok, balik pada cerita hari raya.. tengahari, eda dengan adik datang ke rumah. Baby pun ada. Dorang ni kawan aku sejak dari tingkatan 1 lagi. Aku rapat dengan eda sampai family dia da macam family aku, begitu juga sebaliknya. Pompuan tu sejak semalam lagi da kata nak datang. Rindu dengan mak aku.. alaah, alasan je tu padahal rindu nak makan puding custard! Hehehe.. Special tau aku buatkan untuk dia. Karang kempunan payah pulek. Plus aku buat fruits jelly. Hidang kat dorang je, licin semua. Ganasssss! Pastu acara berpeluk2 dengan mak aku. Hu~ aku dah lama tak macamtu. Peluk giraf jelaa.. ;p

Then eda ada bukak topik yang tak tau nak kata apa. Mak kan tak sihat so eda saje2 kata, "makcik tak sihat nape? risau si anne ni bila nak kawen eh..", sambil gelak2. Ni dia jawapan mak aku, "takdelah.. kita tak heran sangat. sebab family kita adik beradik kita pun ada yang tak kawen.." Nah kau! Muka masing-masing berubah. Eda yang becok tu terus terdiam. Dat's my mum. Teringat dulu2, masa baru lepas grad, bila orang tanye, jawapan standard,, "lama lagi.. keje pun baru lagi bla bla" .. "lambat lagi...". Nah.. sekarang memang betul lambat kan?! Jujurnya aku agak terguris mendengar kata2 tu sebab ianya keluar dari mulut seorang mak, maka biji butirnya bole jadi satu doa. Tapi aku tak sampai hati nak letak kesalahan tu pada mak. Sebab sebagai seorang mak, aku pasti dia pun nak tengok anak dia kawen dan bahagia kan.. Lagipun kalau dari sudut lain, ok apa.. sekurang2nya mak bagi kebebasan, kelonggaran. Taklah aku rasa tension dan terbeban sgt. Bayangkan kalau dia terlalu mengharap?

Hmm.. no worries laa, i'm kewl :)

Petang raya tu jugak aku ke rumah mak andak di Banting. Tumpang kereta sepupu. Pergi ramai2 lagi seronok, meriah! Kitorang pekena nasi Sunquick resepi mak andak. Selera gakla. Rumah makcik aku yang sorang ni da macam pusat kesihatan. Aku guna kerusi urut dia, sampai la ni sakit belakang aku. Tak sesuai la kerusi urut tu untuk orang 'bertulang' seperti aku. Sakit woo~ Adik dan spupu aku pulak try alat bergetar yang untuk kuruskan pinggang tu.. Elok la tu.. dua2 boroi ;p. Pastu mak guna alat urut kaki dan last skali aku jugak yang terpaksa jadi volunteer untuk tilam 'kesihatan' ntah ada elektromagnet kot, brand Zhulian. Hu~ 'Sihat' aku arini! kekekekeke...

Sepanjang malam tu puas la dijolok dengan isu2 yang aku da jangka. Mak andak aku ni nurse tapi ada bisnes ala2 wedding planner gitu. Abisla semua benda dipromot kat aku.. ha, abang aku pun kena! ahahahah.. padan muka! Beria2 makcik aku tu.. kaler ini lah, design ini laa.. "kalau ko nak biar mak andak buatkan semua. cakap je bila!" Haa.. tengok sampai macam tu sekali! Aku, "esok bole?" Muahahahahaha... Ha, kan da kena.. kikikiki.

Balik rumah da agak lewat. Letih.. letih sebab mengenangkan kena kerja esok pagi. Hu~

Sepanjang hari semalam jugak aku cuba nak hubungi orang tu tapi tak berjawab. Bz macamana pun aku try jugak called tapi masih sama. So aku nak ambik kesempatan kat sini [memandang aku pasti dia akan baca entri ni..],

"Selamat hari raya!! Hati2 drive masa musim raya ni. Jaga makan & kesihatan.."

.. macam nak pergi jauh je 'bunyi' pesanan ni. em, biarlah.

Isnin aku cuti so entri bersaiz XL ni akan terus bertepek kat sini sampai next week tatau hari pe. Daa everyone ~~

*

* nk tgk movie on monday, korang nk join? jom.. calling2 ohkey :)

Tuesday, December 18, 2007

Ape-ape jelah korang...

CAKKKKK!!~~ gagaga..

Aku konon-konon nak cerita pasal kenduri kawen spupu aku kat Johor aritu tapi takleh upload gambo pulak. Next time la. Tapi nak citer sesuatu yang kena-mengena dengan hal kawen gak la. Huhu~

Ingat tak lagi pasal budak pompuan yang sibuk tanye dan risaukan kebahagiaan diriku ini.. hehe. Semalam bos dia pulak dok jolok-jolok citer yang ala-ala sama gitu. Aduhaiii.. Dia dok tanye aku watpe weekend, aku bitau la yg jujur.. gi dating, wan datang sini. Laju je dia kuar statement gini,

"awak dah bincang ke dengan dia?"

Aku, "bincang apa?"

Dia, "yela.. bila nak langsung?"

Aku, pandang dia dengan penuh 'pasrah' jelah aku melayan soklan dia niii. "saya pompuan, takkan saya yang nak sibuk2. tolonglah pinang saya, gitu!"

Dia gelak, "ala apa salahnya. zaman sekarang ni semua bole.."

Aku, "ko cakap senang.. ko try buat!" err.. tapi dalam hati jelah.. tak terluah ;p Karang kata aku tak hormat orang tua pulak. Sabo2.

Asal la dorang ni suka bertanya hal2 gini.. Tanye aku benda lain, mungkin aku ada jawapan.. tapi yang satu ni.. aku dah tekad ambil sikap berkecuali. Sebab pusing ikut jalan mana pun, jawapannya tetap sama. So jangan tanye aku, tanye orang lain.

Aku nak cerita lebih2 pun tak best.. Tukang pantau sentiasa menjalankan tugas. Kena jaga hati dia jugak :) Lagipun soal ni kena ada 2-way-foundation? [ahahahahah!].. communication laa so aku tak mau tuding jari pada sesapa. Anggap saja kami mangsa keadaan. Hahahhaha~ Iyolah tu... ;P

*

*

Pesal ntah arini aku nak bukak dokumen lain, terbukak dokumen lain. Nak bukak G drive, terbuka IE. Nasib baik tak terbukak yang lain2.. Fuhh~~

apdet 19/12, 2.42pm ~ esok raya aidiladha. tak sempat nak apdet. nak balik da ni. so selamat beraya semua! maaf zahir batin ;p <--- aci ajela..

Saturday, December 15, 2007

Aku keje arini woo~

Arini Sabtu. *wink2* Aku yang baek hati ini datang ofis tolong secretary key-in gueslists contact data untuk external launch dis coming Jan. Huhu~

Aritu kakak dorm-mate masa kat kolej dulu, add aku kat frenster. Dia kata, belek punya belek baru kenal itu aku. Laaa.. Ada la sket kata2 pujian [tak payah ar bitau kot.. ;p ] Dan semalam pulak, dia tinggalkan komen kat gambar baru aku, 'Ya Allah.. nape kurus sgt ni?!'

Err.. cane nak cakap ek.. Yes, i'm losing weight tp aku taklah berdiet+ berlapar.. Selalu je makan esp kat ofis sbb kat sini tetiap hari ada training dan acara makan2. Tapi makan gitu-gitu jelah.. tak la mcm makan kat rumah, berlauk bagai. Yang penting makan supaya tak lapar. Tu je. So agak susah untuk aku bg tips or petua cane nak kurus. Sori eh.... ;p

Tapi rasanya aku taklah kurus sangat sekarang ni. Mungkin sebab dulu masa kitorang dok sesama, aku agak chubby sket, bulat dan berkarat! ahahahaha~ Aku kan komander dulu. Lepas abis stadi pernah kurus sampai 43 tapi sekarang 47 so stil ok lg kot. Sedang-sedang je kata orang ;p

Oklah nk blk dulu.. Lapar~ Daa everyone. Have a nice weekend!

Thursday, December 13, 2007

Aku ni pesal ntah..

Harini rasa tak best. Semalam aku balik lewat. Lewat yang tersangat lewat. Hampir jam 12 tengah malam. Maka harini aku mengantok. Mengantok yang tersangat mengantok.

Tapi yang tak best nye dalam mengantok-ngantok ni, otak makin laju macam pc tengah running program. Susah nak explain tentang apa yang dok running ni.. Pointnya, aku macam dah tak ada minat dalam bidang korporat ni lagi. Kalau dulu aku ada fokus, tau hala tuju tapi sekarang aku macam rasa di planet asing! Betul. Termangu-mangu tak tahu nak ke mana.. Minat aku dalam bidang ni seolah dah terhakis. Aku nak cuba sesuatu yang aku suka tapi macam dah tak sempat je. I'm getting old ok.. no more sweet 17 ;D Leen sound aku, katanya aku sepatutnya da tau apa yang aku nak buat dari dulu. Betul, itu yang sepatutnya.. tapi mana kita nak tau yang kita berada di lorong yang betul selagi kita tak nampak 'signboard' atau 'landmark'. Kadang-kadang da sampai kat satu tahap tu baru kita tau apa yang kita nak dan apa yang tak nak.

Aku tak sedar akan kenyataan ni sampai lah semalam bila aku terpaksa pegi dengar ceramah percuma daripada seorang bekas pekerja kilang yang kini hidupnya kaya-raya. Ceritanya memang menarik dan memancing minat aku. Tapi bukan tentang cara2 menjadi kaya seperti dia. Diversion. Aku melihat sesuatu disebaliknya. Aku melihat bagaimana keinginan mendorong dia mencari jalan untuk dapat apa yang dia nak. Itu yang aku kagum tentangnya.

Dan bangun pagi ni aku tahu yang aku tidak ingin menjadi kaya-raya [maka aku takkan daftar jadi ahli. maaf kak]. Aku nak bekerja. Kerja yang beri pendapatan yang sewajarnya dan bole hidup selesa.. Yang penting ianya suatu kerja yang aku suka. Aku akan bangun dengan gembira tak kiralah waktu pagi, petang, malam untuk pergi bekerja dan aku tau orang lain juga akan gembira bila melihat aku ada di situ. Dan aku rasa aku tau kerja apa yang sesuai dengan apa yang aku nak. Cuma..

... sampai bila? Kerja yang aku inginkan ni bukan untuk selamanya. Tak berapa applicable dengan usia macam aku ni.. Atau mungkin nanti kerana faktor keinginan semata, maka setahun, 2 tahun dah puas. Kemudian bagaimana pula lepas tu? Hmm.. Terlalu berisiko keputusan ni. Nanti nak kena mula semula dari awal, dari bawah. Terlalu banyak perkara yang perlu aku ketepikan dan fikirkan semata untuk keinginan ini dan demi mencapai kepuasan yang belum tentu puas hati hasilnya! So buat masa sekarang aku masih berkira-kira, berfikir-fikir kalau ada alternatif lain. Tak mahu lama sangat dalam situasi ni. Keliru dan celaru sangat. Pulak tu sesekali agak sentap bila tengok orang lain yang dah berada dalam kelompok kerjaya yang aku inginkan tu. Aku teringin sekali... Mungkin jugak beberapa orang da perasaan yang aku acapkali ulang benda yang sama.. Dan kadang-kadang agak obses dengan sesuatu yang orang lain tak heran. Itulah sesuatu itu.. dan itulah yang aku nak jadi.. sebab aku rasa itu akan menggembirakan aku.. :)

*

*

Lepas balik dr lunch tadi, aku masih belum pasti. Atau dalam erti kata lain.. aku masih belum berjaya buang keinginan tu atau pendam dalam-dalam apa yang aku nak sangat tu. Sakit dada laa.. Hmm..

Monday, December 10, 2007

228

Aku tengok Enchanted semalam. Terpesono kata Encik Thum ;p Lepas tak jadi ke rumah Acai, aku ingat malas nak kemana-mana. Cadangnya nak berehat-rehat sambil habiskan isi borang permohonan LHDN. Tapi tak sempat berangan pun, eda called ajak tengok wayang katanya. Aku reply, "citer apa, kat ne, kul bape? kalau citer hantu aku takmo!" Dia jawab, "ala tak seram sangat.. jom la" Aku jawab balik, "da tau tak seram wat pe tengok. rugi aje.. aku nak tgk enchanted" Kesudahannya dorang beli tiket Enchanted. Muahahahaha..

Aku sampai dorang baru lepas makan. Time tu rasa tak lapar, malas nak makan tapi lepas dapat satu panggilan tak best.. terus rasa nak makan! Dan makan dan makan. Aku order sizzling dan makan2, gigit2, kunyah2 sampai abis. Huh~

Kat fudkot.

Lepas tengok Enchanted yang menghiburkan tu, aku masih lagi rasa pissed off. Nak balik awal pun tadek mood. Pusing-pusing cuci mata tengok baju laa bukan tengok orang.. pastu nampak Secret Recipe. Aku tengok tarikh kat hp, alamak! Aku tarik leen. Semalam bufday dia dan aku bole lak terlupa! Dia kata, "aku tunggu je ko sms aku tapi takde pun.. sampai malam tau aku tunggu.." Hahaha!! Sorilaa.. aku betul2 lupa.

us~

Tgh aminkan doa~ kaco je jari jemari yg bulat ittew ;p

ni bukan besdai gurl.. lama lg tau..

Nyum2..

Babe's cake.. curik sket!

Malam tu aku hampir termakan sate pulak! Tapi sebab Bao tak jawab call aku maka have to say bye-bye la sate.. kensel! dan selamat duit aku. muahahahahaa!! Kalau tak semalam akan jadi hari paling banyak aku makan. Tulah..komplen kata aku kurus. Aku makan karang.. aku makan ni.. aa.. makan.. ha~

Balik rumah mandi-manda. Tengok tv kejap. Masuk tido awal sebab da sakit kepala. Dan aku tak sedar apa aku rapikkan semalam bila itu orang called.. Yang aku sedar, bangun pagi2 tengok hp sambil bebel2. Hu, tak nak call pun! Tapi otw nk sampai ofis, tiba2 je teringat aku ada ckp sesuatu kepada dia semalam. Laa.. dia memang ada called. Haha~ Tak sedar laa.. ;p

Thursday, December 06, 2007

Mari memblog

Aku suka balik awal lately dan tengok Spa Q. Semalam kak masy sempat sound sebijik, "dah. jangan nak relate dengan diri sendiri.." bila aku mengeluh dan tutup muka bila tengok part Fahrin dengan Elly Mazlin gaduh sebab Fahrin masih berkeras nak keje jauh2 sedangkan Elly nak Fahrin cari keje lain yang lebih dekat dengan dia. Fuh, detail tu.. Hahahahhaa!!

Aku rasa da sampai masanya untuk aku beritahu pada semua yang aku ok. Aku mmg ada 'masalah' pada awalnya tapi tak ada kaitan dengan my ehem ehem.. cuma hal aku sendiri yang terlalu complicated untuk dijelaskan. Hati aku tak tenteram. Jadi terlalu sensitif! Dan sekaligus situasi tu memaksa aku mengheret orang2 tertentu ke dalam konflik aku. Terutamanya dia. Sian u.. Mungkin lepas minum air jampi serapah kak baby [;p] aritu.. promote2! aku rasa da ok. Tima kasih pada yang called, ym untuk bertanyakan hal aku. Cuma aura gembira dalam hidup aku masih kurang.. rasa malap, rasa incomplete. Masih lagi berlegar-legar dalam mood 'mendung'. Selebihnya.. aku ok je. Aku ngan Wan pun ok. Kita ok kan B?..

Aku rindu nak gi cuti-cuti.. Esp kat tempat gambar bwh neh. Masa tu gembira sangat. Meh tengok gambar lama meh.. [sambil berangan... huhu~]

Wednesday, December 05, 2007

dear anne,

.

.

.

.

.... i've changed. blame myself. hate me pls.. before i hurt u.

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...