Wednesday, December 18, 2013

Ini pokok angkat saya!


 
One of my fav CSR activities - tanam pokok buah-buahan. Tapi sebab pokok sikit sangat so agak voring di situ.  Kambus tanah bare-hand.. dah excited sangat sampai tak perasan ada sarung tangan disediakan.  Pffttt.
Next year hopefully best best la sikit tanam pokok ni. Pokok duyan pun takpe.  Bring it onn!! Hahaha.


Tuesday, December 17, 2013

Looking forward to a New Year, anyone?


Terasa terpanggil nak update.
No specific reasons.  Cuma rasa nak update je.
Life macam biasa. Masih macamni. Macamni *tunjuk diri sendiri* Haha.
I can say life is all about work. Selagi tak kawin takde anak, inilah masa to build career kan.
Cakap macam career woman sangat haha! But Frankly i like my job. I love new things.  I love challenge. And i love it when people acknowledged my work.
Tapi biasala mesti ada ups and down. There was a time i had this rasa putus asa nak bekerja.  Once. Maybe twice. Hu.
Tapi bila tengah semangat macam ni suddenly u see other people rasa nak putus asa, i cant deny that i feel awkward. Orang macam aku ni macam span. Terutama negative aura, cepattt je meresap.
Which is not good at all.
Baru nak rasa 'engine-on' dan nak press-press sikit terus rasa takde mood.
How to start a new year with a good spirit kalau hanya diri sendiri yang rasa excited?
I feel them. Esp kawan kawan yang rasa keja bagai nak mati tapi masih tak mampu bayar rumah.
Sangat kecewa kan.
Hmm aku dah kata aku ni macam span, now i feel sad.  Haishh.
Change topic!!
Tak sabar nak tunggu Friday.  Macam mana agaknya reward tahun ni. Not expecting much probably lebih kurang last year. Cuma i think i've done great this year *tepuk bahu sendiri* and yaa.. reward comes second.  Self satisfaction it is.
Next year will be tough. In many sense. Bertabahlah Anne! Fightinggg!! :)



Monday, December 16, 2013

Take a break

 
Saja nak habaq mai, selepas lebih dari lima event teasers yang aku dah buat, finally yang ini bos kata "Good design".  Aku takde la rasa cantik bebeno pun cumanya nak puaskan hati bos, nak folo selera bos.. tu yang payah. I think next time i might do last mins la kot. Yup, alkisahnya teaser ni pagi tadi kul 9am baru buat n submit 45mins lepastu since i need to go out for a meeting in Bangsar 10am tadi. Haha.
 
Tapi memang most of the time kalau aku rush for something yang last mins, selalu rasa happy dengan result compared to yang seminggu dua prepare.  Serious pelik.
Dan banyak banyak benda i much prefer malas nak pikir awal sangat sb at the end of the day, jadi lain so better last mins decide. So not healthy perangai macamni but fortunately it works for me :)
 
Ok got to cont work. Happy hols to uols yang dah start cuti.  Me? Counting for this Friday.. Ya Allah gemuruh di jiwa gitu.. Haha.  Ok ok am better off now. Bye olsss~
 
 

Thursday, October 31, 2013

5-mins Update!


Tadaaaaa...
 

Bertahun tak menyentuh bebenda ni semua.. keraih tangan.
 
Actually tadi ada class cake deco.  Tak participate pun sb organizer ni dapat pandang jelaa kan.  Tapi da rejeki chef bagi lebih.  Dia tolong icing kan then pepandai la deco sendiri. Fun la jugak.  Dapat release stress sikit. But am looking forward to weekend holiday la.  Penat keje.  Penat dgn karenah org. I've decided takyah la nk please org sesangat.  Just do what u must do.  Be honorable.  Be positive.  Mulut dan hati manusia bukan bagi kita makan.  So persetankan saja! Dan teruskan bekerja sekueknye!!
 
Tu je nak update.  Hahaha. Daaa~
 
 



Tuesday, August 06, 2013

Raya is coming!


Ramadhan dah hampir tiba penghujung.  Cepat la pulak rasanya.. Macam nak tambah seminggu lagi ke, bole? Hehe.

Raya dijangka Khamis kan, so arini last keja.  Tapi semalam pun da start rasa last keja.  Hari hari rasa last keja la. Takde mood woii.. Hehe.

Omak den semalam da pesan balik awal isi beras dalam ketupat. Aku reply, insyaAllah je.  Yela kang berjanji sakan tetiba aku bangun matahari da tegak.  Pukul berapa lak nak sampai tu kan.. walaupun sekangkang kera tapi tau jela bila nak balik bercuti tu macam-macam benda nak angkut.  Nasib baik kak masy dah balik melaka so parking tempat dia dekat sikit.  Bole ngankut memacam. Kang ada je yang tinggalnya.

Kali ni cuti raya sampai raya ke-4 je.  Isnin da masuk keja.  Perasaan aku macam nak terus puasa lepas masuk keja. InsyaAllah... Kalau tak, perasan jela.. :)

Duit raya, da siap tukau.  Kang sampai umah masuk sampul handover to omak. Nanti mak yg bagi-bagikan. So far tak penah lagi aku bagi sendiri. Mesti orang ingat aku tak penah bagi duit raya kan. Ye memang tak bagi tapi duitnya tu aku le yang keluarkan dari akaun sendiri ye. Haha. Siap explain.  Motiff sgt..

Kuih raya pun da beli 3 jenis. Abah da beli 6 jenis mak kata.  Kenmain abah beli kuih raya sakan.  Hehe. Baju raya, hmm originally takmo beli.  Konon tabah nak pakai baju lama yang baru pakai sekali.  Tapi memandangkan raya nanti ada event so nak kena ada baju yang up to date sket orang kata so beli la selai tu pun online.  Pastu ntah cemana gatal tangan terbeli satu baju ni.  Memang dah lama aim sekali tengok ada last pair maka wajib beliiii! Hahahhaa..  Bukan baju kurung pun. Baju jalan-jalan sekerak lutut :P tapi bole diubahgaya pakai ngan kain jadi la baju kurung moden gitu.

Lain-lain persiapan takde sangat pun. Janji balik raya. Roadtax raya? Alhamdulillah da dapat.. Tu panjang lebar nak stori.  Next time la.

Cuma kot kot dapat duit raya ke hadiah raya ke ehem ehem raya ke.. hmmm agak-agak ada dak eh?.. Hmm..

Oklah sebelum berpanjangan update ni, nak amik kesempatan memohon maaf atas sebarang kekhilafan.  Terasa terkasar atau ter apa apa saja, mohon maaf lahir batin.

Oh ya, berhati-hati dijalanraya please!

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Wednesday, July 31, 2013

Mimpi

Sementara nk tunggu time merambuskan diri dari opis bos besau ni, dan sementelah dapat memonopoli macbook ni juga maka i've decided to update lagi :)

Malam tadi tido awal.  Awal gile dan lena gile sedar-sedar dah jam 4.00 pagi.  Sempat minum air cekelat sa pastu tingat tak isya lagi.  So isya laju-laju sebab masa da time *sila jangan contohi perbuatan ini* lepas tu bumm, tido balik.

Tapi kan walaupun tido yang sekejap tu... bole lak mimpi aneh.

Lokasi mimpi kat umah lama atok.  Rumah kayu lama.  Sekarang ni da takde da umah tu.  Dalam mimpi tu rs macam real sebab masa tu tengah tido dan tetiba terjaga dari tido, cuma rumah je bertukar jadi rumah atok.  Masa tu rumah terang tapi luar gelap.  Aku bangun gi tingkap depan yang kebetulan tak tutup.  Aku jenguk keluar tingkap pastu terus cakap dalam hati, 'atok datang'..  Padahal tak nampak apa-apa pun tapi i can feel atok datang.  Elok je pastu pintu umah pun terkuak, macam angin tolak.  Dalam hati, terus rasa konfiden yang atok  memang datang.  Lepastu ada sambung sikit lagi tapi i dont remember dah ke dah bangun masa tu ke tak sure.

Hmm.. Betul ke atok datang jengok cucu dia ni, nobody knows.  Mungkin mainan tido je but I guess i miss atok.  Lately memang selalu teringat sebab tulah termasuk dalam mimpi agaknya.

Ya Allah Kau permudahkan urusan atok ku di sana.  Ampuni dosa-dosanya.  I really miss u atok :(

Al-fatihah.






Tuesday, July 30, 2013

My Ramadhan

Arini kena relief seksateri bos.  Mencik la keja kat bawah semua kena on hold tapi bos takde so marilah mengapdet blog.  Huhu.

Kalau nk cite pasal puasa dan keja, rasanya taim puasa kali ni produktif berdabel-dabel.  Awal-awal puasa aritu ingat menonggeng ngantuk je kan.  Alih-alih tak menang tangan.  Cover keja org cuti bersalin la.  Cover keja yang takde orang nak buat.  Tatau nak buat yang mana satu dulu.  Seyes.  Tapi redha je.  Lillahi Taala.  Penat kot nak berkira.  Yang aku tau, aku buat dan setel.  Lain-lain belakang kira. Sebab tu aku rasa bila balik umah mlm tu terus lena diulit intan.  1st week puasa berapa kali dah nyaris tergelincir tidak bersahur.  Padahal set 2 alarm.  Tak bangun okeh T_T

Selain daripada keja yang bertimpa-timpa tetaim posa ni hmm.. nothing much.  Buka posa cam biasa mana yang sempat.  Kadang kat ofis. Kadang kat umah.  Kadang sorang.  Kadang dua orang.  Kadang tiga empat orang.  Kadang beramai-ramai.  Yang betul-betul ramai so far baru dua kali.  Sekali makan steamboat, sekali makan bulgogi.  Tu dia selera puasa.. Hehe.  Thanks to my dept staff yang super rajin buat arrangement. Pastu meet up ngan geng lama nak celebrate bfday ejad.  Untung ejad.  Kat flamming aritu da celebrate.  Ni celebrate lg.  Double celebration gitu.  Benci la kau ejad! :P

Gambar dah tentu la tak banyak sebab aku asik makan makan makan saja.


See! Orang dah bersandar aku makan lagi dan lagi dan lagi.. Taim ni semorang tengah tunggu aku abiskan nenas.  Memasing muka da macam nak terbe ngan nak termun je.  Siap kena jeling ngan aney bos. Hahaha.



Tak pun gamba tengah tido taim tunggu buka puasa.  Ya dats me.. Dorang terpaksa amik 3x sebab aku asik 'tertido' je.. :P

So i told ya. memang nothing much :)

But am happy enough and have had a great Ramadhan.  Alhamdulillah.  Tinggal 9 days to go.  Cepatnya masa berlalu.. Hmm.

Semoga kita semua mendapat berkat Ramadhan.  Amin.

Selamat berpuasa! :)





Friday, June 21, 2013

Journey to the North : Final


Celik mata day 3.  Hari dah terang. Harini takde bising-bising kat sekolah dah.  Cikgu da calm down kot. Hehe. As usual bersiap, gi breakfast dan zoom ke dewan.

Sampai sana nothing much pun. Just to make sure semua ok sebab our bosses nak mai malam tu.  And the event itself akan start esok!


Disebabkan harini hari Jumaat dan bodigad ai ni nk kena gi solat Jumaat, kul 11 lebih da merambus balik ke hotel.  Lepas balik semayang, kitorg berenti makan laksa kat gerai tepi jalan. Dekat je dengan hotel.  Gila nikmat kot dapat pekena laksa.. MMmmmm..


Kangar memang pemes dengan cuaca panas kot.  Da berapa hari tak hujan langsung.  View from my back hotel.  Santek.  Mekasih ya Allah kerana bagi lighting original yang telah men'support' henpon pixel rendah ku.



Pintu dekat our booth.  Masa ni da nak magrib.  Our booth dekat dengan aircond belakang tu. Pasang pulak full blast.  Masa takde orang ni memang beku la.  Tu yang sekejap sekejap klua memanaskan badan.  Hehe.

Lepas our bosses sampai, shoot to Kuala Perlis pekena seafood.  Jaja kata nk sembelih kontraktor buat booth. Kenmain ko kan.. So malam tu abih semua haiwan laut ada atas meja kitorg.  Siap mentarang lg tu.  Sayangnya batt fon masa ni da abis.  So carila sendiri ceman rupa menatang tu.

Balik tu memang memasing da overloaded. Kalau bole merangkak, memang dah lama merangkak pulang. Hehe.

Day 4 : 2nd bos duduk sebilik.  1st bos bilik lain. Kul 8 dia da call ajak breakfast.  Aku malas nk turun dulu.  Biar 2nd bos gi teman 1st bos. 

Harini opening MSAM.  Ikut jadual around 2pm macam tu baru start tapi masa kitorang sampai kat dewan dah penuh gila orang.  Serius semangat orang Peghelih!!
 


Sebelum buat keja kena enjoy dulu. Gi tengok cite 5D yang company sponsor.  Dorang kata kat USS pun ada cite yang sama.  Ok la tu nnti aku gi USS bole da skip yang ni. Jimat masa. Hehe.
 


Secara rasminya tugas bermula.  Mengecop! :P
 


Dan mengecop lagi. 
 
 
Apa yang kitorang cop adalah passport ni. Orang yang datang lepas penuh buku dengan cop bole claim hadiah. Jawab quiz la apa silap silap bole menang keta.
 
 Petang-petang sikit, buat quiz. Sekali sekala buat keje luar is fun.
 
 
Same goes to day 5. Masih mengecop. Serious malam tu aku tido mimpi mengecop! Hahahaha
 
 
Cuma harini ada Royal visit. So all the big big shot mai. and some sort of menjunjung perintah daulat tuanku kinda protocol.

 
Raja Perlis.
 
Lepas abis visit ni, terus mengecop macam biasa.  9 to 9.  Haha.
 
Macam tu la kehidupan aku sehingga hari ke 6 da ke 7.
 
 
Masih gigih mengecop. But i tell u batt memang da tahap super low. Luckily malam tu my flight back to Subang.  Alhamdulillah.
 
Jaja hantar sampai airport Kepala Batas.  I went back alone that nite. Then another set of 2 mai naik flight malam tu gak. Kiranya kitorg ni selisih la tapi tak jumpa.
 
Reached Subang, Eilin n Ejadi da tunggu.  Tq fwens ai lap yu lah! Ole-ole from Kangar? Erm nothing much sebab tak sempat jalan jalan pun jauh sekali nak jejak kaki ke Padang Besaq!  Luckily ada flower bouquet untuk Permaisuri Raja yang tak jadi datang, bagi ke dia.  Aku hangkut balik naik plane bunga tu hokkayy!!  Ada aku kesah.. :P
 
So sekian lah pengalaman pertama bertunggu tangga di Peghelih!
 
The end :)
 
Pheww~
 


Friday, June 14, 2013

Confessions of a drama queen!

i know that i'm supposed to complete stori to the north tp too many things on my plate right now tatau nak start mana dulu. so apa kata amik time off jap. i just nak share a stori pasal a good fren of mine yang sedang sakan menari riang kat kepala otak ni sekarang.

she's married to a guy yang dari keluarga ada-ada. she only met him for months je then they decided to kawin. alhamdulillah syukur kehadratNya sebab kawan kami bertemu jodoh jua. terkejut jugak kawan-kawan sebab diam-diam ubi berisi gitu. but we never asked her betul ke ko ni apa semua, no issue pun. cuma knowing her, she's kinda keras sikit orangnya. saya yang menurut perintah definitely not her style. so can she manage to stay together kat 'istana' PIL. i keep on wondering masa tu. tp orang kata, cakap or even fikir yang tak elok ni kira macam doa juga so lets berserah kepada Allah Taala dan fikir yang baik-baik saje.

1st 6 month i checked everything was fine. takde la flowery sangat but she said she learnt a lot duduk rumah PIL. pastu i dont want to bother dah.  i pray for happily ever after je. tak lama pastu they bought a house 30mins drive from PIL house. wasn't that good?!  

tapi pepatah melayu ada tertulis, bau bangkai mana bole ditutup or something like that! pepatah la sangat kan... haha. her dearly husband is the only anak pengarang jantung the parents. bukan anak tunggal pun.. ada je kakak n abang but the parents never kacau their life. kacau means here, call everyday at ANYtime asking u to come home or i wanna go here n there pls come home now. the funny thing is that the other sibling eventho time cuti sekolah seminggu pun bole selamba tak balik jengok parents padahal duduk sekangkang kera je, n no issue at all (both of them cikgu). siap cakap, 'dorang busy.. takyah la kacau', whenever the daughter in law ni pop out question y never ask the other sibling to jaga their own parents gilir-gilir. insist gak nak anak bongsu dia aka laki kawan aku ni jugak jugak nye. sekali sekala is fine tapi idak le bila anak tu nak keluar shopping or tgk movie dgn husband baru 15mins, dah kena panggil balik. u are so mean makcik!

and the latest i heard was, the parents buat something way beyond expectation. panggil jiran bawak dia ke rumah anak tersayang tu, sebab nak bawak dia balik just because orang tu demam da dua hari.  i can understand as a mother dia risau. i feel u makcik. but hey, your son got a wife who is really dedicated to your lovely son sampai amik EL bagai so y u bother so much, thatttt i can't digest at all. *picit kepala sendiri*.  luckily the husband da pandai 'melawan' sikit.  cakap tak apa dah nak baik dah n some more wife ada jaga but the mother still nak jugak anak dia. dah tak dapat bawak balik anak, dia bawak balik kereta anak.  *picit kepala lagi* T_T

as far as i'm concerned memang bertanggungjawab terhadap emak is a MUST to anak lelaki. no doubt. i dont want to go against this statement. if i do, tolong cubit paha kanan bagi paha kiri i terasa. hehe. but u are a married man, dah ada extra luggage yang u kena carry, think wisely la. that perempuan yang u nikah bukan untuk jadi helper u kat rumah. she is your wife! and your wife is your responsibility. bukan lelaki kalau tak tau protect perempuan! ha sampai to that extent.

jap nak berenti gi makan nasi lemak jap. too emosional dah.

ok cont.

aku kesian sebenarnya tengok kawan aku tu banyak mengalah. berendam air mata. dia nk jugak hidup macam orang lain. pergi holiday. spend weekends laki bini ala romantika de amor. if not mistaken dorang tak gi honeymoon pun sebab seluruh masa dan tenaga yang ada dikerah untuk bonda tershayang. *rolling eyes*

pagi ni sebelum taip stori ni aku rasa macam nak duduk n nangis lama-lama kat parking. walaupun aku tak ada kena mengena dengan kehidupan peribadi my fren tu tapi as a good fren yang dah kenal sejak tingkatan satu, terpalit gak rasa sedih tu.

kekadang rasa nk blame orang tua dia. tapi bila difikir-fikir, alaa orang tua ni macam budak-budak. dia buat ikut rasa hati kepuasan dia. u as anak, tak salah rasanya nak tegur elok-elok kalau rasa macam keterlaluan sangat. bini tak semestinya salah dan emak tak semestinya betul. visa versa. sebab they are all human being.  masa macam ni la the husband kena think n act wisely. 

she once told me, 'aku cerita bukan nk bagi ko takut tapi i just need a shoulder to cry on'.  yela memang aku tak kawin lagi somehow i can be a great listener. only if i want to.

.

.

but the real thing is... nobody knows how this stori makes me contemplating the meaning of life, my life to be specific.

i'm just terrified. that i might be next. i dont want to be bodoh sombong dan tak nak ambik pengajaran. in the end, menyesal.

so..... i guess that is the reason y i suddenly backed off. i can tell, u knew about it.  the more u hide it, the more it shows. i have no reason to hate your mom. in fact i should be thankful to her who carried and nurtured in her womb for nine months and gave birth to u. because of her i got to know someone special n had had so many great memories with u back then.

ya i'm in a mess. i know.







Saturday, May 18, 2013

Journey to the North : Part 1



It took me almost 3 weeks untuk update stori pasal Perlis. Terkial-kial seperti sifut vavi sangat. Pfftt.
Hmm where to start eh...

Ok, tujuan pergi sana aritu pun sebab kena buat keja untuk Minggu Saham Amanah Malaysia.  Kampeni kesayangan hamba tahun ni jadi Rakan Premier PNB. Untunggg laaa yang dapat Vios TRD aritu.. *Jeles jeles*
Actually kan, dalam banyak-banyak negeri kat Malaysia ni.. Perlis ni agak asing bagi aku. Pernah la jugak jejak kaki kat Perlis tapi tu pun masa sekolah ikut rombongan ke bak mai Wang Kelian.  

So berikut adalah kronologi journey to negeri buah mempelam :)
Day 1 : 3 orang yang pergi naik kereta kampeni.  Aku, Abg Lan & Jaja bing. Yang lain-lain datang lambat sikit naik flight.  Kitorg bertolak dari office pun dah 12 tengahari. Singgah makan sekali kat Ipoh kot, cant remember. Tapi yang aku ingat, all d way tu aku tak tido sangat pun. 


 Asik ternganga je tengok view dia.  Ok, aku jakun.  Fineee. Pastu singgah Penang jap hantar invitation card kat branch Bukit Minyak. Borak-borak jap ngan Manager dia then cont our journey.


  Around 8 baru sampai Putra Palace. So inilah rupa bilik kat situ. Basic je. Luckily i pun didn't expect much.  Tapi Lisa Surihani pun check in sini haritu tau.  Hehe.  Lepas mandi, kitorg kluar gi cari makan. Informer kata suruh gi makan dekat area roundabout. Sebab dah terlajak maka cari option lain.  Lagipun tekak teringin nak makan seafood :)


So here we are in Kuala Perlis. Lebih kurang 20mins driving form hotel.  Ok la kan.  Kat sini ada banyak gerai. Tapi pilihan kami malam tu, Mona Ikan Bakar.  Ramai jugak yang suggest tempat ni. Nak kata sedap sangat tu taklah.. bole makan la. Tapi 'hakak' yang jaga gerai tu amboii amboiiiiii gitu.. Mekap tebal 3 inci pipi pink gitu.  Haha. Aku yang pompuan pun 'bare-faced je..

So malam tu aku dapat tido lena lepas membalun ketam 2 ekor sendirian berhad. Alhamdulillah.... :)

Day 2 : Pagi tu aku bangun dikejutkan dengan suara orang tengah marah-marah. Kenmain kuat speaker ha. Terpisat-pisat bangun selak langsir jengok tingkap, nahhh...Cantik kauu! Subhanallah..
Rupanya belakang hotel tu sekolah.. cikgu tengah marah kat perhimpunan. Sian korang.

Tak lama lepastu jaja pun call kata nk turun breakfast.  So mandi dan bersiap.  Had breakfast yang so so je la pun hotel tu buat.  Again, i didn't expect for kambing golek for breakfast pun.  So just fine jela.  Then zass to Dewan 2020 kot.. alamak lupa dah. Sampai sana tengok our booth da 70% siap. 

At d same time lorry bawak barang pun sampai.  Ada cite kelakar pasal uncle lorry ni. Haha. Nobody knows which one lorry bawak barang kitorg.  Tapi sebelum sampai dewan tu, jaja call tanye dia kat mana.  Uncle tu kata da ada depan dewan.  So sampai je kitorg kat depan dewan, abg lan turunkan tingkap konon nak tanye betul ke lorry kitorg.  Tetiba uncle yg tengah tunggu tepi lorry tu berlari dan terus salam pegang-pegang tangan abg lan sambil cakap, "u anak mokhtar dahari kan?!" Abg lan pun macam terkedu gak masa tu. Dia jawab, "bukan saya, ini sebelah".  Aku dah gelak-gelak tahan perut dah. "Cari publisiti murahan nampak... Reza Dato Mokhtar!" Hahahahaha. Bengang je member.  Actually sebelum tu kitorg ada cite pasal kawan-kawan yang proud dengan status bapak dorang. So terkena lak kat dia. Padan muka ko mengata orang.  :P

So anyway back to cite keja, abg lan handle that while jaja and i kena gi meeting kat Alor Star and amik keta satu lagi kat branch.


Since tinggal kitorang 2 orang je so no choice and yet i didn't get any privileage as d only queen untuk duduk saja dan melambai-lambat ala ratu cantik.  Keja tetap keja T__T.  So from Alor Star aku TERPAKSA drive keta kampeni sampai Kangar.  Aku ni bukan apa... aku ada fobia sikit drive auto.  Ye sumpah aku dah lama tak bawak keta auto sejak peristiwa memalukan satu ketika dulu.  Tapi sebab dah tinggal kau-dan-aku je dan si jaja ni buat muka ada-aku-kesah maka aku gagahkan diri jugak. Sambil dalam hati ada jugak menyumpah.  Kenapalaa korang tak bukak branch kat Perlis ni hoiii laaa.... kan da menyusahkan aku!


Yes, finally hari ini dalam sejarah. Perjalanan sejauh 40km lebih sangat smooth. Akhirnya, berjaya memandu keta auto dari satu negeri ke satu negeri yang lain.  Hahaha. Macam menang pingat emas aku rasa!

Park keta dengan konfidennya kat depan dewan dan terus dok lepak gerai depan dewan sementara tunggu orang dari branch hantar keta.  This time bukan keta pinjam tapi keta hadiah peraduan dengan pameran. Keta baru. 3 bijik semuanya. Kan best kalau bos branch kata, "u pilih la mana satu yang u nak..," sambil tunjuk kat keta-keta tu.
IN YOUR DREAMSSSSSSSS laa.. T__T


Keta-keta pameran dah masuk dalam booth. Pandang jelaaa anne.. pandang jeee.... T__T


Tak lama pastu booth depan pun bawak masuk keta 'antik' dorang.  Ni kancil versi pertama yang kluar tahun 1996 if not mistaken.
Dorang kata keta ni takde aircond, takde radio.  Dulu-dulu kluar memang jual kosong macamtu je. Memang masak budak yang drive keta ni.  10x berenti.  Nasib tak hujan. Hahaha.

Malam tu kitorang dinner dekat-dekat area hotel je.  Balik bilik mandi dan terus zzz.  Nampak macam tak banyak benda kena buat tapi letih betul.  Padahal event belum pun start ni. Haishh..

Penat la cite. To be cont la...









Wednesday, April 24, 2013

Am so in love..


View from my hotel window.  Subhanallah...
I am so proud of my own country.  I love u Malaysia!! TerPatriotik pulak sekejap hehe.
Whateva it is, my 1st time berkampung di Kangar adalah sangat awesome. Makan sedap-sedap.  View cantik-cantik. Keja letih-letih from 9 to 9 tapi bila celik mata pagi-pagi jengok tingkap, terus rasa segar. 

Ok.  Tu je intro, will update later. Chao~

Tuesday, April 16, 2013

Zzzz..



Tido kononnnnn.... Huhu! Sebenarnya nk buat lakonan-semula-pekerja-malas. Tapi gagal. Masih nampak rajin dengan buku, notes semua bersepah nauzubillah.. Cumanya ada la jaya sikit... bab malas mengemas! Hehe.

Ikutkan current situation, ni tengah terhegeh-hegeh update keja apa yang patut supaya sepeninggalan aku nanti takdelah umat yang bakal mencar-car kena buat keja aku tanpa hala tuju. Ikut hati nak tinggal je tp i am no selfish ok. Sila reset minda ya.. Wah, dah macam Prof Muhaya pulak.. Hehe

So, esok dah nak kena gi Perlis. 7 hari berkampung untuk Minggu Amanah Saham.  Dapat jugak keluar dari ofis ni, finally.

So orang Perlis, nantikan dakuuu... :D

.
.

Tuesday, April 09, 2013

Asik ingat makan je sekarang.

Semalam.. Pepagi da kebuluran.

Cek cek schedule.. ada back to back meeting Tan Sri.  Aiseh..cemana nak cari makan nih..

Tapi Dia Maha Mengetahui kelaparan yang mengelinjang dalam perut berlemak ku ini.. Hehe.

Last-last  minit semua meeting kensel.  Woohoo~

Apa lagi.. keluarkan fish nugget yang baru beli Ahad aritu.  Kacau Chef jap. Sementara dia mencuci ayam amendentah lagi, dapat la menggoreng.

Yes, opis ku ada dapur.  Ada Chef juga.  Hehe. Sila jangan jeless :P


Jemput makan tengok semua.. Hehe~

Tuesday, April 02, 2013

Mari Menternak..

Sohih!

TIGA kilogram lelemak sudah berjaya diternak kembali.  Pffftttt. *sambil lipat seluar baju XS size simpan dalam gobok*

Hmm.. drama sgt T_________T


Tatau cemana nak mengnyahkan lelemak ni. Asik makannn je. Lelagi time tengah membizi update harta karun untuk diaudit. i hate to explain benda yang aku kena cont buat yang tak sure asal usul sejarah pembikinannya.  aku rasa cam buduh gile if nk jawab kat depa, "ntah. dah ada so i just folo je wak.." pfffttt. i really hate it. period.






So sepanjang minggu ni, korang akan selalu nampak muka lu-kenapa-nak-cari-gado-ke pastu siap ada efek lebam ke.. betampal muka ke *seperti gambarajah di atas*

Kalau ada front liner lain mai keje bertampal lagu ni sure kena suruh balik. Kompeni kesayanganku? Haremmm idak dikesahkannya.

Ah stwesss.. Ok nak cont menggali. Chow~



Wednesday, March 27, 2013

No need title.


Aku baru perasan dah lama tak show off muka sendiri kat blog sendiri.

So sebab malas nak taip panjang panjang dan juga supaya aku bole sengih sorang sorang tengok gambar merapu merepek event dalam setahun dua ni, dan juga..

supaya aku sedar yang life dan keja aku taklah bosan sangat sebenarnya..  *motivasi diri kejap*

So here goes gambar secara rambang a.k.a malas-aku-nak-susun oii.. hehe


Corporate Comm memang suka men-diva. Bila time event, kebanyakkan item juga accessories di tubuh badan memasing adalah FAKE. Harap maklum :) Matiklah bocorkan rahsia. Hehe.



Lepas event ni abis, orang lain terus lesap tapi puak puak ni berdesup berposing macam nak buat cover album puas puas sampai laki kena tunggu bagai. T_T

Event : Annual Dinner, Palace of Golden Horses 2012




Ini dari album yang agak purba sikit. But as usual Corp Comm men-diva v.2. Mana taknye, kat rumah memasing takde pondok camni. Maka ramai-ramai menghenyak pondok ni sampai bergegar. Nyaris tak runtuh je.
Event : Hari Raya Open House, UMW 2011





Bersama primadona Eilin dan one of the volunteer apa ntah nama abang ni aku lupa lak tetiba..


Awesome volunteers! Muka letih tapi bergaya tak nak kalah :) My 4th time dah rupanya. Same old same old. Hajat untuk menang tike MAS ke Kathmandu, gagal lagi T__T Tgh fikir mau cuba lagi ke idak tahun depan.. Hmm..

Event : MERCY Annual Fund Raising Dinner, KL Hilton 2012





Ah yang ini, segala yang fake kena simpan. Datang dengan muka polos suci murni saja. Program kuCintai bumi kita. 'Sampah' yang paling banyak dijumpai, kondom. Serious talk k. Cheapskate punya orang! Aku meriam bontot korang sekor- sekor baru tau. Bodo. Apa yang best event ni sebab dapat makan cendol kuala selangor yang pemes tuuuu!!! Walaupun motif terpesong sikit, tak silap aritu berkilo-kilo tau dapat pungut sampah. *tepuk bahu sendiri*

Event : Gotong-royong di Bukit Melawati, Kuala Selangor 2012





Owh.. this is one of my feveret event.  Jaga booth kononnya. Padahal not really jaga pun... Buktinya, sila refer gambarajah di bawah....

.

.


Awww.. dapat bergambar bersama Champs!! Itu pun selepas adegan tolak menolak dengan segerombolan kanak-kanak.. pfftt.  O btw, i mish my dear colleague Erma. 'Hey, u ingat i lagi tak?' *lambai lambai ala Miss World*   

Event : GLC Open Day, Kuala Lumpur Convention Centre 2011
  



Ni pun faveret event gak *dah semua feveret dah..* sebab dapat lucky draw berupa laptop mini dan printer. Tajuk gambar : Abang Nuar tengah tunjuk gaya berpusing 45 darjah celcius. Dia kata, kena mengadap cahaya, nanti gambar tak cantik. Begitu concern sekali! Nampak tangan kat bahu tu? Yes memang tengah mengambil kesempatan meraba bahu beliau. Alaa apa la sangat berbanding hamba Allah mana ntah yang sempat meraba vontot beliau malam tu. Dengar khabar, aksi itu berjaya ditangkap sang photographer. Hahahha. Amaran : Ini wajah asli beliau sebelum bertukar menjadi susuk-man.

Event : Annual Dinner, Nikko Hotel 2011





Safety briefing ke nak bertakbir ke.. sendiri konfius. Aku kan paling tak berkenan bila tengah serabut pale otak dengan keje sampai rambut pun tak sikat pagi tu sekali tetiba kena panggil jadi MODAL photoshoot. pfftt..

Event : Photoshoot Shawl & Tudung for Corporate event




My boy Suresh!! Awww sampai sekarang ingat nama dia. This boy tak reti cakap. Memang sepanjang bershopping tu tak cakap langsung.  Tapi bila orang cakap dia faham la jugak walaupun macam ayam dengan itik. Pengalaman shopping baju budak adalah fun! Lelebih lagi yang tak banyak karenah ikut saja citarasa mak tumpangan yang taste ZARA, Givenchy tapi nak harga JUSCO ni. Obtw, tu lolipop ke 3 dah. Rasuah supaya mudah diheret ke sana sini. End of the day, budak ni jadi hyper gula. Nak patah pinggang aku dokong dari JUSCO ke Burger King hujung sana nun. Baru ku paham apa kegunaan stroller.

Event : Deepavali Shopping Spree, Mid Valley 2011





Ini event tarbiyah untuk diri sendiri T_T.



Tapi fun jugak. Siap ada Geng Raja Lawak. Btw 'sorry ye, i dont get your name..' Hehe. Nampak sangat tak tengok tv.

Event : Gotong-royong & Sambutan Hari Raya di Rumah Orang Tua 2011





Ahaa. Ada gaya petani moden tak? Hehe.  Ini event serampang dua mata. Sambil tanam pokok sambil berkubang. Tak tau lah hidup ke idak pokok yang teman tanam tu.. semoga berkembang mekar dan bisa menahan jika ditakdirkan terjadinya bencana. Amin...



Sambil tanam pokok sambil shuffle.  Ko adaaaa?! Hahaha..  Kasut Phua Chu Kang tu asyik lekat dalam selut. Lagi lama stay kat satu tempat lagi dalam kaki terbenam.


Tu bukti buat keja. Nampak macam dua tiga orang je yang buat kan.. tapi sebenarnya

.

.


Nah! Dah rupa macam pelarian kena tahan imigresen dah memasing... Hewhew.

Event : Mangroove Tree Planting, Sg Pelek 2012




Ah dah la tu. Kot nanti rasa nak show off lagi, will tepek some more :D

Till then..

Monday, March 18, 2013

Wanita yang menggoncang dunia




Selama aku membesar dan mendewasa ni *tetaplah takmo la cakap tua kan*, abah secara fizikalnya lebih kuat berbanding mak.  Yelaaa, dah kejadiannya orang pompuan lemah gemalai gitu kan. Tp under certain circumtances, pompuan yang lemah gemalai tu mampu menggoncang dunia!~

Tapi tu cite lain la. Ni cite pasal mak. Kalau nak diikutkan, mak aku memang bukan sihat sangat. Orang diabetik ni tau tau jelah. Ubat berkotak-kotak tu biasak ahh.  Jari kaki tu dok bertampal je dari tahun lepas. Pastu sikit sikit demam. Sawan pengantin la. Badi mayat la. Macam macam mak aku ni tau. Tapi sejak abah sakit awal tahun haritu, aku cuma baru dengar sekali je dia mengadu, "rasa macam nak demam tapi tak jadi.." Tu je.

Sepanjang abah sakit ni, bila abah gi ofis dia ikut.  Abah gi hantar surat dia folo. Sebab dia tak reti bawak keta maka dia jadi bodigad aje. Abah sakit tengah malam dia jadi nurse. Tido ntah kemana, entah makan entah tidak. Memang superwoman abes *tinggal tak pakai sependa di luar saja heheh*..

Serious aku kagum.  Tapi aku faham.  Jiwa pompuan macam aku cepat faham kenapa dia jadi camtu.  Selalu aku tengok dalam tv je. Sandiwara malam ini la, cerekarama la..  Ini kali depan mata, real punya.

Hmm.. Kita ni, akan jadi kuat bila orang yang kita sayang dalam keadaan susah, sakit.

Tetiba lak aku rasa serabut.  Haishh..

Oh btw, abah dah beransur sihat dan bekerja seperti biasa. Makan pun macam dah ok jugak. Dari jauh dah bole dengar slurpp slurpp menghirup mee sup haritu. Hehe.


 

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...