Wednesday, April 23, 2014

Cheque diskaun keta da dapat! Alhamdulillah. Kalau ikut hajat hati ni, memang dah sampai korea! Haha. Tapi.... ada perkara yang perlu didahulukan :)

Ini cita-cita kedua terbesar tahun ni. Belikan mak abah kereta baru :D Ya Allah mengingatkan aje pun dah rasa teruja!

Memang kalau boleh, nak sangat spend bekas duit bonus + bekas duit bayar vios tapi dapat balik haritu untuk pegi holiday. Tapi lepas ditimbangtara, tak apa lah kot. Hujung tahun nanti lepas bonus (insyaAllah..) bole je pegi.  Lagipun sekarang tengah sibuk dengan event yang bersusun. So macam tipis harapan nak cuti lama-lama.

Lepas tu bila diingat-ingat balik masa aku kat universiti dulu, loan PTPTipu dapat tapi loan abah pun dapat gak! Mesti time tu abah pun ada keinginan sendiri macam nak gi jalan or shopping ke tapi kena put aside sebab fikirkan anak dia yang tengah study nak guna duit. As far as i remember bukan sikit-sikit pun abah bagi. Ada dalam 300 to 400 every month untuk hampir 4 tahun. Kalau aku kira ada dalam 14k la juga. *Telan ayaq liuq*  Belum campur adik dua ekor kat umah yang tengah sekolah lagi time tu.

So kalau abah bole sacrificekan keinginan duniawi dia, y not me?! Jadi, bermuhasabah la aku sebentar. Dan sebab itulah aku nekad labur sahaja duit tu buat downpayment. InsyaAllah kalau da memang rezeki aku nak berholiday, kemudian kemudian nanti ada la tu.

Lagipun kan.. deep down inside, aku takut tak berkesempatan nak membalas budi orang tua :(

All submission da setel now tengah tunggu final approval je. Once approved, tenyeh tenyeh paper sikit pastu da bole bagi present kat dorang. Ikat-ikat riben sikit macam dalam pic ni :) Dulu, duluuuuu laa, penah berangan nak belikan dorang keta as present untuk anniversary dorang. Memang tak bole nak describe dengan perkataan cemana kegembiraan hati beta kalau dapat buat betul betul. Haish.



Mohon semoga dipermudahkan semuanya. Aminnn...

Monday, April 21, 2014

Cerita Kawin : 2014 version


To some people who might not know (laaa sangat kan.. haha) yes i have an oval face shape and WIDEEEE forehead! Orang peghok kata, jendoi. Dah genetic cenggitu.. Dahi jendul clan!
I love this photo sebab nampak matang and healthy. Healthy in a way, tak gemuk tak kurus :).  Orang da umo 33 ni memang suka cakap pasal healthy.  Ye, memang  angka 33 tu da 'berat' but i have nothing to shame of la.. Yang patut malu, bila perangai yang tak sync dengan age je!
Macam biasa, standard topic yang akan keluar bila bercakap tentang age yang macamni, definitely about marriage. Orang takkan tanye, "dah ada bf ke?" at this age. Kalau ada, that's rare ok. In other word, insensitive. Lain la time 20s dulu i can accept.

To be honest, soal jodoh bagi seorang perempuan, age macamni, bukan benda yang seronok nak dibincangkan secara terbuka. Ada do and don't orang kata. Sama jugak dengan cerita orang da kawin, ada batas batasnya. Iye dak. So sindiri paham sudeh.

Comparing to 20s-me, i admit level of 'let-me-think-first' on kawin punya isu agak tinggi. Bukan nak kata dulu 'tak-payah-fikir-banyak-lets-terjah-je', tapi.. sejajar tahap kematangan kita, sematang itu jugak la keperluan untuk menimbangtara hal ni. For myself, bila kita buat komitment ie. berpasangan, benda terpenting dalam kepala dan hati ni mestilah, 'betul ke aku nak kawin dengan dia ni?' Maklum la, orang perempuan kebiasaannya pilih bf untuk dijadikan suami, bukan suka suka sebab sunyi. So senang cakap, masa awal-awal dulu aku dah pernah tanya diri sendiri soalan ni. Tapi selepas bermusim musim musim musim berlalu, bila tiba tiba disuakan soal ini, aku pulak yang terkedu dan rasa.. erm empty.

How to desribe eh feeling tu.. Hmm. Hmm. Hmm.

Macam ni la..

Mungkin benda ni salah diri sendiri jugak. Aim for high. Bila gagal, kecewa. Suprisingly walaupun kecewa, aku dapat bangun semula. Dan teruskan jalan yang sama. Umpama manusia yang diprogramkan semula. Hidup, tapi aimless.

Kalau nak kata trauma, terlalu berat bunyinya. Mungkin lebih kepada takut.  Takut untuk cedera hati. Takut untuk kehilangan. Takut untuk dibenci. Takut disakiti. Takut tak didengari. Takut ditinggal di tepi highway seperti ex wife sham kamikaze, oppss! Takut dan takut dan takut.. Takut yang bermacam macam ini mengaburi keinginan keinginan yang ada (itupun kalau masih ada.. T_T)

That day masa mak masuk hospital untuk pertama kali, somewhere in Jan this year, one of my auntie pecah rahsia. It's kawin punya stori la apa lagi. Tapi ada satu part ni memang kelakarama (kelakar + drama), abah told them he tak kisah if aku kawin orang tua ie. duda, bujang terlajak, waima jadi no dua!! hahaha taip pun rasa nak gelak ni! hahahaha. Abah kata, sebab age aku sekarang susah nak dapat lelaki muda or sebaya. Jadinya abah pasrah jika ditemukan jodoh dengan golongan tersebut. Asalkan orang tu baik, elok. Abah on jaa..

Hahahahahahahaha! Haii laaa.. abah abah. Untuk pengetahuan abah, anak mu ni takde la tua sangat (kot). Dan tidaklah anak mu kepingin nak jadi nomo dua. hahahahaha.. Tapi keredhaan abah tu sangatlah mengharukan. Tsk.

Aku tak nak semua orang susah hati. Dan bukan lah aku ni menolak jodoh. Cuma berhati-hati. Cuba nak faham lagi. Untuk tolerate lebih lagi. Dan nak lihat kesungguhan. Supaya dapat lebih pengertian berkongsi hidup (bukan bermadu ye!) ni bagaimana.

Pinjam ayat seorang sahabat yang dok bercerita kisah hidup dia dan aku rasa bole guna pakai, 'kita bukan nak cari lelaki hebat ie. kaya, hensem etc etc. Kita dah rasa lelaki tu cukup hebat bilamana dia cuba cari dan sebut kelebihan kita walaupun kita tau tak banyak. Berbanding lelaki yang selalu sebut dan cari kekurangan kita macam fizikal kulit gelap, gigi tak cantik, badan gemok etc etc., walau kaya sekalipun nampak tak hebat langsung sebab hanya fikirkan diri dan kepentingan sendiri'

Benda ni nampak remeh tapi siapa yang nak hidup dengan orang yang hanya fikirkan diri sendiri je. Ye tau memang ramai orang tak reti memuji, i'm one of them. Tapi kalau da tau tak reti memuji, tak perlu la nak mengeji. Cakap benda elok elok kan macam doa.



Apa apa pun, aku bersangka baik.

Oh, btw ini bukan entri cari jodoh. Bukan yee.. :P



.

.


Earlier on entri ni cuma seperenggan. Duduk dalam draft. Edit lagi, tambah seperenggan. Macamtu la dok ulang ulang since minggu lepas lepas.




Monday, April 07, 2014

Puteh.


 
Dari semalam teringat nak stori pasal ni.  Tersayat sayat rasa hati bila teringatkannya T_T.
 
 
 
 
Kucing ni as u can see, sama macam color bulu dia macamtu jugak la kami panggil dia. Puteh. Dia ni anak kucing residen umah kami. Wah, residen kauu! haha. Dia ni antara kucing fav mak. Disayang sayang ditatang tatang dek mak.
 
Dek kerana mak Puteh dan Puteh sendiri asik la beranak, maka tak terjaga lah kami. Kebetulan ada pulak jiran sebelah taman yang sudi nak bela Puteh. Maka diambilnya dan dibela.
 
Jiran sebelah taman pun takde la sebelah sangat. Lebih kurang satu kilometer lebih jugak lah.
 
Kalau tak silap, daripada hujung tahun lepas lagi dah diambilnya Puteh. Jadi semalam mak cerita, katanya Puteh dah balik ke rumah.
Petang tu mak terkejut tengok ada kucing lain masuk rumah, double terkejut bila perati betul betul, Puteh rupanya. Esoknya dia hilang. Lepas dua hari Puteh datang balik.
Kali ni kembali bersama anaknya.
 

 
Mak kata dia bagi Puteh dengan tiga anaknya sekali. Dua yang comel comel. Yang hidup cuma sekor, color oren yang kurus cekeding.
 
Sambil mak cite sambil aku bayangkan.
 
 
 
Jalan mengkuang (B) nak ke Jalan perapat (A) bukan dekat dekat. Mau lecak ketiak kalau jalan kaki. 
 
Bayangkan seekor kucing nak balik ke rumah tuan asalnya. Meredah territory anjing, kereta dan bahaya lain.
 
Serius aku rasa sayu. Tak payah dah tengok cite pasal anjing yang balik cari tuan, Puteh pun dah buktikan, kucing pun taatkan tuannya. Atau rindu, mungkin.
 
Kesiannya Puteh. I cant imagine susah payah dia mengharung kilometer untuk pulang ke rumah. Pergi dan datang semula bersama anaknya pulak. Sedihhhh... :(

Sedih lagi.. :(
.
 
.
 
Tuhan yang maha pengasih, lindungilah kami dari segala bahaya dan kemudaratan. Permudahkan lah untuk kami. Amin.



 
 
 
 
 


Friday, April 04, 2014

Jumaat 4/4/2014






Salam Jumaat. Semoga semua mendapat barakahnya.

Intro dah ala ala nk bagi tazkirah kan. Hehe. Tak ada tazkirah pun. Macam la ada orang nak dengar pun. Tapi sebenarnya nak cite something yang menjurus ke arah itu la jugak ni.

Citenyee.. kan abah pernah sakit teruk last year tu, and early this year too.  Walaupun aku ni orang kampung tapi i always believe if sakit, mesti ada sebab as in medical statement ke.. or something like that. Jadinya... results went out, abah is a healthy man. Meaning jantung ok, buah pinggang ok, diabetes tak ada. Normal!

So dek kerana jiwa orang kampung yang menebal dan kental dalam diri orang tua tua kat umah tu, dorang gi berubat cara tradisional dan islamik. Dua tiga tempat. Dan tempat yang last tu baru serasi. Penggunaan ayat-ayat Quran.. takde 'menurun menurun' apenda merepek-repek kan..

But hmm.. the result sounds hmm.. nak percaya... tapi.... susah tapi..... kena percaya. Ha macam tu la rasanya. Lebih-lebih lagi lepastu abah pun beransur sihat. Now da back to normal. Alhamdulillah. Bukan aku tak percaya benda-benda ghaib ni, ye aku percaya bukan kita je penghuni alam ni. Cumanya.., otak aku susah nak proses kenapa orang nak guna benda-benda macamni dan 'hantar-hantar'.. 'tuju-tuju'.. hanya sebab cemburu! Kau tak takut ke buat macamtu? Kau tak fikir ke kalau Tuhan balas balik kat kau macamana, tak takut? Serius aku tak paham. Takleh hadam langsung la benda ni. Betul ke orang sanggup buat macamni? Tak kan laaa...

Haa berpusar-pusar dalam kepala otak. Serius aku tak paham. :(

Aku ada jugak orang yang aku rasa, memang takleh blah! tapi tak ada pulak rasa nak guna makhluk ghaib nak sakitkan orang tu. Apparently ada (ramai pulak tu) je orang sanggup buat. Perghh..




 

So senang aku conclude kan, manusia jenis ini.. manusia sakit mental. Titik.


#kan dah kata ini bukan tazkirah.. ini bebelan :)

Tuesday, April 01, 2014

I am your little girl

My mak has been admitted to Banting hospital, yea again. I know.
Macam-macam hal family. But i can tell the most affected person, is abah.
Mom is sick, abah's old car broke down, day before kenduri had an accident.
All those thing involving $ and emotions.
I will give abah my old satria, definitely and still considering my new vios reimbursement discount for him to buy a new car. Banyak calculation kena buat since my decision on buying vios pun sebab nak dapatkan reimbursement discount tu untuk top up my daily or any emergency expenses.
I'm worried his old body can't cope anymore. He's reaching 70, and i think he just acting sihat dan kuat but reality is a different story.

That day masa mak admitted kat IJN, my sis in law nak amik unpaid leave nak jaga mak.  I told her not to worry much. Simpan cuti for other things.
Let abah jaga mak. Since i'm worried abah ulang alik daily from Telok to KL dengan traffic jam, toll and everything, so i think it's better for abah to stay with mak, in a way jaga mak kat IJN. 
 I don't care much if people kata i mengelat tak nak jaga mak. People will always talk. I just don't want them both sakit at one time. I can't take it.

I know mak sakit so let the experts do their job.  My job is to take care of abah, indirect way la.. Since he's so stubborn, perasan kuat. If i offered him money pun dia tak mau ambik. Orang tua memang macam tu la. So put them both in a place together da buat hati rasa lega. Bilik first class, tak sharing so ok la kan. Ala-ala holiday for them jugak la.

Thanks to our precious Najla. My little brother's daughter. She's the sunshine in our family. I can see abah face glowing everytime when his granddaughter is around. Najla pun agak mengada dengan atuk dia so sedang elok sangat la tu. Haha.

Ok, I need to go and visit mak today. Mak texted kata baru nak masuk darah. If that case probably tomorrow la baru bole discharge ni.

Tomorrow pulak ada visit. Hmm.. nevermind, i can handle this. Preparations semua da siap. Patut tak ada masalah. In case la i've to decide nak amik mak balik or attend to this event, u should know my answer by now :)

.

.

I am still a little girl to u. But it's time for daddy's little girl to take up some responsibilities and be a grown up lady.










Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...