Saturday, July 29, 2006

A tribute

Semalam aku turun, lihat kak Ana masih lagi berkemas. Aku pandang dia. Dia pandang aku, senyum.

" dik, nak balik dah ke?".

" a'ah. meh la saya tolong angkat".

Barang terakhir aku letakkan di dalam keretanya. Balang ikan. Bye-bye Blueii.

" kak,.. saya minta maaf kalau saya ada buat perkara yang akak tak suka. saya mintak maaf sangat-sangat.."

Terus kak Ana memeluk aku. Apa lagi.. tumpah juga lah airmata ini. Sejak seminggu lalu aku cuba tahan akhirnya..

" tak dik, akak tak ambik hati. akak bukan orang yg macam tu.. akak harap ko jaga diri elok-elok. ingat apa yang akak pesan. jadi anak yang baik.."

Aku tak mampu bersuara. Hanya tangisan yang kedengaran. Suasana rembang lebih menyayukan hati aku.. dan sayup-sayup kedengaran azan maghrib.

Perlahan aku lepaskan pelukan.

" akak jaga diri ye.. insyaAllah kita jumpa lagi nanti." Suara aku pun dah bertukar serak.

Dia cuma mengangguk sambil mengesat airmata. Dia menepuk bahuku sebelum berlalu pergi.

Di dalam kereta aku cuba mengawal rasa. Perjalanan pulang yang sepatutnya hanya 15 minit menjadi 30 minit apabila aku terpaksa berhenti di tepi jalan. Aku menangis semahu-mahunya. Keluarkan semuanya yang dipendam.

Akibatnya pagi ini, mata aku bengkak dan muka sembab. Muka aku memang tak boleh menipu la..

Tribute to kak ana. Tq for being supportive.. Moga terus kuat semangat dan sukses.

Friday, July 28, 2006

Cerita Harini

Harini macam takde apa yang nak dikongsi bersama.

Aku bz. Bz dengan persiapan workshop next weekend. Asyik berulang-alik ke Regency, PD. Penat. Tapi still sempat ikut training bowling, dah 3 minggu tak turun. Takut skill hilang. Susah pulak nak cari balik.

Harini sama macam hari-hari yang sebelumnya.

Aku masih men'psiko' diri agak tak mengeluarkan airmata. Dah seminggu rasanya. Bukan apa,.. minggu ni minggu terakhir Kak Ana, reptionist ofis. Next week dia akan ke Corporate Office, Subang. 12 tahun dia di sini... tentu bukan perkara mudah untuk dia pergi begitu saja. Aku pulak, memang baik dengan dia. Ah, dengan sesiapa pun aku baik di sini.

Harini pun lebih kurang macam semalam.

Sejuk. Hujan sekejap tengahari tadi. Patutlah pagi-pagi tadi hati aku tergerak untuk pakai baju 2 lapis. T-shirt ofis kaler biru lengan pendek dengan shirt hitam lengan panjang dan jeans kaler 'buruk'. Emak aku selalu komplen. "hari jumaat pakailah baju kurung..". Nak buat camane, da nasib badan.. takkan nak panjat plant pakai kain kot. Haruuu nanti!

Harini tak tau apa nak cerita lagi.

Apa kata kita tengok gambar. Friendly match dengan Unza di Sunway Pyramid (apsal ntah bila kat tmpat tu, sure aku tak boleh menang nyer..). Gambar ni dah lama. Tengok, rambut pun pendek lagi. Last 2 month rasanya. Dahlah masa tu aku demam tapi sebab company's player kan.. so nak tak nak kena pegi. Kena jaga reputasi jugak..

Team Unza dengan team ofis. Selepas game.

Boz marketing pun turun padang. Biznes beb.. biznes..

Plague tu last minute baru aku beli. Dorang tak cakap suruh beli.. mana nak tau. Baju purple tu lah Kak Ana atau Datin Ana ~ uncle Stephen yang mulakan panggilan tu.

Merenung nasib diri sambil merangka strategi. *Awatlah tak dapat-dapat strike nih...*

Yo uncle Stephen!! Staff yang paling gler-gler. Pecah perut..

Ni manager Technical. Kak Rose. Dia memang terer! Satu team dengan aku. Konon-konon team orang terer la tu... :P

Team campuran. Second game, dorang tukar-tukar player. Kecuali team aku sebab team dorang yang paling terer tak mau tukar-tukar player. Ada pulak! Kan friendly match. Agaknya dorang lupa word 'friendly' tu kot.

Tu je gambar yang ada. Gambar yang lain aku accidently terdelete.

Nasib baik haritu aku demam so at least ada gak reason kenapa aku takleh perform.. :P

Hmm... ntah berapa kali aku mengeluh harini.

Penat. Penat berfikir. Penat berfikir tentang kerja. Penat berfikir untuk diri sendiri. Penat berfikir untuk orang lain. Penat memikirkan orang lain. Penat memikirkan kenapa aku tak macam orang lain...

Hmmmmm....

Nak balik lah. Bye everybody..

Wednesday, July 26, 2006

Aurora

Pernah dengar tentang Aurora Borealis?

*Mungkin saja dalam bahasa melayunya aura.. barangkali. haha.*

The words Aurora Borealis are Latin for ' The Dawn of The North' and were first used by Galileo in 1620 to describe the red northern lights phenomenon.

The Aurora is caused thru the interaction between solar wind and the earth's magnetic field. At times the lights appear as streams across the night sky from west to east and other times they dance and wave rhythmically as veils of red, yellow, green and blue.

Lebih kurang macam pelangi cuma bezanya pelangi statik tapi Aurora nampak bergerak-gerak seperti berlian yang berkilau bila di suluh cahaya.

Interesting huh?!..

Maha Besar Allah..

Pertama kali aku mendengar tentangnya ketika menonton siri tv jepun bertajuk 'Last Christmas'. Masa tu aku still blur lagi bila disebut tentang aurora. Di penghujung cerita tu barulah ditunjukkan apa itu Aurora.

Sayangnya di Malaysia takde Aurora. Jadi kita tengok sajalah gambar2 ni ye.

Warna2 tu bukan efek kamera tapi itulah Aurora!

Kalau korang still blur tentang fenomena ni, check dis out! try dis link. -------> http://en.wikipedia.org/wiki/Aurora_(phenomenon)

* i'm supposed to have training tp berjaya meloloskan diri. huhu!!

* al-fatihah atas pemergian aktor Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.

Monday, July 24, 2006

Apa yang aku melalut da..

Apa yang dikau cari

Hingga lelah kau berlari

Sudahkah kau ketemui?

Mungkin kau terlupa lagi

Atau sengaja mengelak diri

Masihkah kau ingati?

Aku tak pernah lupa walau sekali

Ungkapanmu itu bagai duri

Menikam hati sampai ke nadi

Bagimu.. aku cuma daki

Yang hitam melekat di kaki

Kotor lagi menjijikkan ini

Aku masih bermaruah tapi

Manusia seperti mu yang rasa teruji

Dikongkong ego mu sendiri

Kau kejar bayang duniawi

Hingga lupa membahagiakan rohani

Hingga tercicir jati diri

Jangan lupa lelaki

Janji itu mesti diisi

Sebelum takdirnya menjemput kita pergi

Aku tetap berdiri

Walau tanpa kau di sisi nanti

Atau di mana kita berhenti

Apa saja yang kau cari

Biarlah berakar suci berumbi murni

Inilah harapan ku di atas bumi.

~ Bicara Sakti, 23 July 2006 ~

Friday, July 21, 2006

Entri untuk siapa...

Untuk kesekian kali air matanya bergenang lagi..

Sudah beberapa kali mataku tertangkap matanya yang berkaca-kaca. Bukan sekali tapi hampir setiap kali meeting. Dia nampak gembira pada awalnya. Tersenyum dan tertawa. Tetapi di pengakhiran meeting dia pasti akan menundukkan wajahnya. Kulitnya yang cerah dengan mudah bertukar rona. Aku tahu dia sedang menahan tangis. Sedang ketika itu tiada siapa pun yang memarahi atau menimbulkan masalah kepadanya. Tapi dia kelihatan begitu sugul..

Aku tahu. Aku tahu semuanya.. Dia semakin berubah.. tak seperti dulu. Attitude kerjanya yang terpuji macam dah menurun. Dia ada di situ tapi jiwanya seolah-olah melayang ke tempat lain,.. tanpa tujuan. Aku tahu dia frustrated.. dia de-motivated. Aku tahu dia sudah letih bertungkus-lumus tapi masih tidak dihargai. Aku kasihan padanya.. tapi berapa sangatlah harga kasihan aku ini jika nak dibanding beban yang digalasnya.

Tadi aku melihat dia, di dalam cermin. Dia memandangku dengan wajah yang sayu. Rona merah di wajahnya sudah cukup untuk memberitahuku kesedihannya. Kalaulah aku bisa memeluk dan menenangkannya...

Thursday, July 20, 2006

Luv is in the air!

Belek-belek, selak-selak majalah kesihatan.. terjumpa tip ni. Antara rahsia untuk sihat semulajadi;

" Pupuk rasa cinta di jiwa anda jika mahu terus sihat. Cinta itu tidak bermakna anda perlukan pasangan sebalinya pupuklah rasa cinta pada apa jua perkara yang mampu membuatkan anda rasa gembira. Lagi banyak cinta di jiwa anda maka lagi banyaklah hormon endorfin yang bakal terhasil oleh otak anda."

*hormon endorfin ~ bertindak sebagai aspirin untuk membantu melegakan otot yang tegang.*

O... Menarik!

Jom bercinta!!

AHahahahahaaaaa...

*ketawa pun membantu merembeskan hormon endorfin jugak!* :D

Yin, " aku rasa lepas ni ko jadi pakar kesihatan je laa...."

Aku, :P

Wednesday, July 19, 2006

unknown

samar... sepi

kelam dan sunyi

terapung antara realiti

dan illusi

~catatan yang hilang.., tanpa tarikh tanpa tajuk ~

RINDU

hendakku gapai dari daerahku

tanganku tak sampai

kerana antara kita

ada kabus tebal

yang memendam harummu

yang menghalang rentetan rindu ini

~ catatan yang kehilangan tuan, entah bila... 2004 ~

* berilah kamus dewan sekalipun.., kadangkala.. tiada perkataan yang dapat menggambarkan apa yang dirasai.

Saturday, July 15, 2006

Kau faham? Sebab aku pun tak faham..

How do u feel when u were doing the rite things or doing things rite but people keep saying, "wei, bukan laa.. salah tu" "u r supposed not to do bla..bla ....". Kalau aku.. sure lepas tu gaduh-gaduh tarik rambut, tendang-menendang.. Haha. Dalam mimpi boleh laa. Realitinya aku taklah sampai camtu sekali. Hehe.. Paling terer pun mungkin setakat bertegang urat leher mempertahankan apa yang kita rasa dah memang betul tu je.

Aku ada sorang kawan, A yang selalu ada pandangan lain dalam sesuatu perkara dan selalu rasa ianya betul. Seorang lagi, B sangat keras, susah nak buat dia tukar keputusannya. Kombinasi dua orang ni akan buatkan kedai makan tempat lepak kitorang jadi panas. Selalunya akulah yang jadi ais antara mereka. Kenapa aku? Entah.. sebab aku kewl kot. Hehe. Taklah.. mungkin sebab aku lebih bersifat 'kakak' berbanding mereka. Paling-paling pun si B akan cakap, "argh, sudahlah kau. malas aku nak layan ko..", so perdebatan akan terhenti serta-merta. Akulah tukang tukar topik selalunya. Walaupun begitu persahabatan kitorang agak akrab, dah masuk tahun ke 12 pun. Pelik juga bila difikirkan.

Aku tak boleh kata sikap si A dan B ni tak elok sebab.. pemikiran manusia tak sama. Sikap mereka ni membantu kita lebih memahami dan melihat dengan perspektif lebih luas tentang sesuatu perkara tu. Secara peribadinya aku percaya pada masa-masa tertentu, sikap ni la yang akan menentukan di mana letak duduk kita dalam komuniti.

Aku bukan jenis yang tak boleh terima pendapat orang tapi bila kita dah plan benda tu, ada 'evidence'.. siap ada story board yang telah di approved oleh 'badan berkanun' tapi orang still kata salah... Ianya akan buat aku konfius(belum marah lagi.. sense marah aku lambat sket hehe) dan fenin sekejap. Ada orang kata, itu petanda aku tak tetap pendirian. Ada gak yang kata, "kau lembut ati sangat.. tak suka cakap je la tak suka.". Ada gak yang pesan, "kalo ko rasa ko betul, biarlah apa orang nak kata. yang penting niat..". Jadi aku selalu memilih untuk berfikir semula tentang kritikan orang lain dan pendapat mereka (aku tak terima kritikan orang tanpa sebab) . Sebab aku percaya, aku melihat dunia dengan pandangan terhad. Suku saja. Dengan mendengar pendapat orang lain setidak-tidaknya aku dapat mendengar baki tiga suku yang aku tak dapat lihat dan capai. Tapi kenyataannya memang susah betul nak memenuhi kehendak orang..hmm. Dalam dok fikir-fikir tu, aku terbaca satu artikel ni dan nak share dengan korang.

IT women take off clothes to shed geek image

A group of female professionals in Australia has struck sexy poses for a calendar to try to shake off their geeky image and encourage women to take up technology studies.

"The IT Screen Goddesses Calendar features beautiful photos of real women working in the IT in poses inspired by movies goddesses old and recent", the group says on its website.

"The method of this madness is to get to a broader audience so that people can see that it's not nerds in the IT industry", said organiser.

"They are full bodied, fully intelligent, fully socialesed women who absolutely love what they do".

The calendar includes a picture of a woman in the famous pose of the bikini-clad Ursula Andress in the James Bond movie Dr No and another nude except for strategically-strewn rose petals, as in the film American Beauty.

"Each month includes a biography of the woman featured that month, as well as a significant date in technology history".

Profits form the sale of the calendar will be distribute among organisations promoting careers in IT for women and girls.

Five years ago women made up 25% of the IT industry worldwide and now it's down to 16%.

"Statistics show us that one of the biggest barriers to entry is the perception of the industry. We want to completely smash this by doing this in a parody way".

They came out wif this! Aku boleh kata ianya an immoral strategy tp mengikut pandangan mereka ianya betul sbb prinsip.. niat yang menghalalkan cara! *negeri omputih.. tau-tau jelah*. They tried to commercial the industry by doing dis, pulisiti kata orang melayu.. giler glam kata orang pekan. Tp kalau tanya pendapat orang lain mungkin ada banyak cara lain yang tak perlu exploit women.. contohnya free members card or discount rate to any famous boutique or cosmetics brand for women who interested to join IT industry. Atau nak lebih gila-gila, practise akta berpakaian; mesti pakai three-piece-suit, heels and make-up (yg macam aku kena dulu masa stadi..). To them, berjaya atau tidak, aku sendiri tak pasti. Yang aku pasti sangat-sangat.. kalendar tu akan laris di pasaran. Hingga perlu diulang cetak barangkali.

Hmmm... Manusia dan pemikiran mereka. Bila aku tak faham.. kau tak faham.. dia pun semakin tak faham.. maka tak perlulah kita faham semuanya. :D

* Exposing old bodies ~ Italian screeen legend Sophia Loren has posed for the 2007 edition of the Pirelli calendar. The world has been wanting to see her without clothes for well over 50 years. Mak aihh... tahun 2007 tahun bukak baju ke hape nih??? ;p

Friday, July 14, 2006

I just called to say........

Semalam aku tertidur di meja 'stadi'. Tertidur ketika menyiapkan report. Aku terjaga bila hp berlagu. Aku tengok jam, sudah hampir jam 2 pagi. Sambil tangan kanan menggosok mata, tangan kiri mencapai hp. +6019xxxxxxx! Eh, tak kenal pun nombor ni. Dalam teragak-agak untuk menjawab, bunyi hp berhenti. Tapi tak lama.. 2 saat kemudian kembali berbunyi. Nombor yang sama. Perlahan-lahan aku menjawab.

x : hello.

aku : ya..

x : may i know who's on the line pls?

eh, dia yang telefon.. dia tanya aku pulak!

aku : anne.

x : n?? *sambil gelak2*

aku : it' s my name, anne.

x : o.. ok. my name is Hafifi and i'm calling from Southern Bank.

aku: O... *Sape pulak Hafifi nih???*

x : u called me dis morning rite?

aku : ha?? nop. i think u got to d wrong no's.

x : o.. but my PA told me dat u called dis morning. and u asked to return ur call.. she gv me dis no's. u r miss ***** rite??!

aku : who?? *****?? sorry but it wasn't me. i don't even know anybody in Southern bank. in fact i didn't call anyone since last 2 days. i off hp i.

Aku terkaku seketika. Mungkin perkara biasa kalau orang tersalah nombor tapi bila dia menyebut nama ***** itu, pastinya dia seseorang yang aku kenali. Panggilan nama itu hanya diketahui oleh orang-orang tertentu saja. Takkan lah...

aku : i'm sorry but may i know ur PA's name?

x : sheera. .

Oow.. I don't have any friends named Sheera.

x : where are u actually?

aku : somewhere.. * sambil gelak kecil *

x : o.. i kat wangsa maju. so u keja kat mana?

Aku garu kepala yang tak gatal. Siapa dia ni?

aku : cognis..

x : company apa tu? sori i tak pernah dengar?

aku : oleochemicals.. ya, ramai orang tak tau. based in Germany.

x : uii, jauhnya.. so u kat mana?

aku : somewhere.. *senyum*

x : haha.. u takut i cari u ye. no la, i tak kan pergi cari u. mesti ofis u jauh kan.. i dekat wangsa maju ni..

E'eh.. makin rancak pula dia bercerita.

aku : i'm sorry but.. is it a joke ?? or r u playing a prank on me??? *ketawa*

x : no, i am not joking.. memang i ada received ur called.

aku : err, encik.. i memang tak called u. i rasa u kena tanya semula dgn ur PA. mungkin dia tersilap.

x : yelah.. i tanya dengan PA i dulu. nanti i call u balik ok. nice talking to u..

Talian dimatikan. Aku kemas barang-barang yang bersepah di atas meja. Satu-satu aku kutip sambil fikiran melayang teringatkan panggilan tadi. Siapa ya?? Macamana dapat no aku?? Mamcamana tau nama tu?? Jeng.. jeng..jeng..

Sehingga jam 3.40 pagi, aku masih belum berjaya melelapkan mata. Aku tak sedar jam berapa aku terlena. Pagi tadi tidur aku dikejutkan alarm clock. Kepala terasa berat. Badan pun terasa sengal semacam. Aku capai beg dan keluarkan penyukat suhu (dah lupa nama benda tu.. ).

Seminit kemudian, dengan pandangan yang berpinar-pinar aku cuba dapatkan bacaan di penyukat. arghh... 37.5degrees!!

Aku demam... rupanya.

Tak taulah demam sebab penat atau demam kerana terlalu memikirkan tentang panggilan tadi. Hahaha..

Sepanjang hari tadi aku asyik bersin. Muka pun merah. Macam patung lilin kata Steph. Haha.. Dari pagi aku cuma minum saja. Makan malam aku tadi; maggi porridge. Rasa semacam je tapi entah, itu je yang aku lalu makan. Mungkin berat aku akan semakin turun kalau selalu begini.. ( jangan jeles kak masy! ;P )

Yin masih belum pulang dari petang tadi. Katanya ke Fifth Avenue. Pagi tadi dia mengusik aku. Katanya,

"Barangkali kau demam sebab rindukan orang jauh.. kot!". Terkekeh-kekeh Yin ketawa. Pantas tangan aku menampar pehanya. Perlahan-lahan si amoi menggosok pehanya yang berbekas jemariku. Padan muka.

Aku ceritakan pada Yin tentang panggilan pagi semalam. Dia senyum semacam kemudian dengan selambanya menyanyi, " I just called to say... i luv u...". Geram dengan reaksinya, tanganku menampar lagi sebelah pehanya. Terjerit Yin. Pantas dia melompat ke atas katilku dan bermulalah aksi membaling-baling bantal pagi itu.. Hahaha.. Macam budak-budak tapi kadangkala kita ni, walaupun da cukup dewasa tapi sifat keanak-anakan tu masih ada dalam diri masing-masing. Hmmm.. memang pagi yang menceriakan walaupun tengah demam! Hilang sekejap persoalan tentang panggilan 'pelik' tu.

Pagi tadi tinggalkan katil tu bersepah tak 'hengat'. Petang tadi balik, tengok dah kemas, cantik aje. Agaknya kalau lama macamni naik lemak la aku bila balik nanti!

Pemandangan dari living room. Waktu malam suhu rendah, sejuk. Grrrr... Sebelah kiri tu Westin Hotel.

Hmmm... time to go. Semoga malam ni tiada lagi panggilan 'pelik' seperti semalam. Gud nite everybody...

Thursday, July 13, 2006

Crazy Buffet

The Durian Buffet on July 15, 2006 (Saturday).

Please note that there are limited tickets available and i would suggest purchasing the tickets fast.

Interested? Anyone??

* macam da terbau durian kat sini..... :D

Wednesday, July 12, 2006

Zonked

Bermusim kutinggalkan pelabuhan

Layari hidup sendirian

Kukembali kumencari fajar suci

Mengisi sepi hati ini..

Seperti camar pulang ke pangkuan

Merindu kedamaian dulu

Begitulah harapan ku terhadapmu

Semoga kasih belum layu..

Dihati ini sering melagukan rindu

Senyum tangismu dimataku

Andai waktu bisa menemukan semula

Akan kubina kasih dulu.. bersamamu...

Siapa yang menduga segalanya

Suratan takdir Maha Esa

Sepintas kutemui senyumanmu

Memberi daku sinar baru..

~ camar yang pulang~

* " if i had 8 hours to cut down a tree, i spend six sharpening my axe " ~ Abraham Lincoln.

* if i had 8 hours... well, i have no interest to cut any trees. i just.. i wanna go home....

Friday, July 07, 2006

The Splendour

Dua tiga hari ni jadual kami agak longgar. Mungkin kerana memberi laluan kepada WC. Semalam sebelum tidur, Yin telah mengemukakan satu cadangan. Patutlah haritu berkali-kali dia mengingatkan aku supaya tidak lupa membawanya. Pada awalnya aku menolak tapi setelah didesak, dengan berat hati aku bersetuju. Aku bukan apa, segan..

Pagi itu langkah rasa berat semacam. Aku membiarkan Yin berjalan mendahului. Sesampai di lobi, manusia bermata biru yang keluar masuk tempat tersebut asyiklah menoleh ke arah kami. Ada yang senyum.. tak kurang juga yang berkerut-kerut dahi.. mungkin pelik, mungkin juga kagum. Tiba-tiba selendang di bahuku terasa seperti dicuit. Lantas aku berpaling.

" Gayanya seperti mau ke pesta gini..", Tuti menegur sambil membetulkan kain selendangku. Terjerit kecil aku melihat Tuti yang berpakaian sama seperti kami.

Belum sempat aku membuka mulut, aku ternampak seseorang yang aku kenali tersenyum-senyum berjalan menuju ke arah kami. Berkerut dahi aku. Aku pandang Yin kagum.

" Aku yang plan dengan Tuti semalam..", Yin bercerita bila melihat aku yang diam, terkejut.

Sophie pun turut berkebaya!!

Bayangkan 4 orang wanita yang berlainan bangsa memperagakan kebaya!!.. Yin anak cina peranakan yang tinggi lampai memang nampak cantik bila berkebaya. Sekali-sekala bila ditegur rakan-rakan, dengan lagak model dia akan berpusing-pusing di hadapan mereka. Haha.. Sophie pun nampak gembira sangat. Aku? Mm.... dari perasaan malu timbul rasa bangga kerana keunikan kebaya itu sendiri mengangkat pandangan orang luar tentang kehebatan budaya kita.

Tengahari tadi sedang leka mendengar ceramah, Bernie menghulurkan sekeping kertas kecil berlipat. Nota barangkali. Aku buka dan baca. Hm, tepat sekali. Aku toleh, lihat Bernie sedang tersenyum.

"Kamu nampak hebat dengan pakaian yang kamu pakai hari ini. Aku ingin sekali lihat Angie memakainya seperti kamu. Haha.. Hey, aku ada koleksi foto pakaian seperti ini. Petang nanti kita lihat bersama.."

Aku capai pen dan menulis sesuatu di kertas kecil tadi. Aku lipat dan dengan hujung jari telunjuk aku tolaknya ke arah Bernie. Dia membaca dan tersenyum. Aku membalas senyumannya dan meneruskan tumpuan pada ceramah.

Sepanjang hari puas kami diusik. Hari yang agak menggembirakan bagi aku (selepas kekalahan Germany... ) setidak-tidaknya kurang sikit tekanan dan keletihan di sini. Acara glamor kami tidak berakhir di pejabat sebaliknya kami terus keluar menonton perlawanan WC bersama rakan-rakan yang lain.

Malam itu ketika hendak tidur, aku masih tersenyum..

*Vote for iTAlY!!

Wednesday, July 05, 2006

Bye bye German

Semalaman aku tak tidur. Leka. Aku tengok Yin pun bulat matanya sepanjang malam semalam. Akibatnya pagi kami di Mauldin jadi perlahan. Mungkin kerana masing-masing sudah kehabisan stamina. Aduh, baru satu.. entah bagaimana pula Charlotte dan Kankakee nanti. Kalau begini gayanya aku rasa kami akan jadi lempeng bila pulang nanti.

As everybody knows, perlawanan antara pasukan German dengan pasukan Itali telah berlangsung beberapa jam yang lalu. Aku penyokong German. Aku dan Yin dapat meloloskan diri pergi menonton perlawanan German - Itali dengan bantuan brother Bernie. Sesampai kami di tempat tersebut, ada skrin besar (mengingatkan aku kedai mamak cuma bezanya tempatnya di dalam bangunan). Aku lihat Tuti, awek Cimanggis dan seorang brother (aku tak ingat namanya, biar aku gelar Totti saja kerana dia dari Itali) dah tunggu di situ. Melihat kami sampai, Tuti melambai tangannya menyuruh kami duduk bersama.

"Kemana aja kamu? Di kantor bapak Soonthornthira ya?" , tanya Tuti sambil mengenyit mata kirinya.

"Ah, usah bikin gusip. Aku...", jawabku perlahan sambil aku menekup kedua tapak tangan dan letak di tepi telinga sebagai isyarat. Tuti senyum tanda faham.

Sepanjang 2 jam perlawanan, beberapa kali jugalah aku menguap hingga di jeling lelaki di meja sebelah. Seawal minit ke-6 sudah jelas permainan berat sebelah. Brother Totti pun semakin lebar senyumannya setiap kali pemain Itali memegang bola. Kekalahan pasukan favourite aku tadi agak mengecewakan aku. Walaubagaimanapun, aku respect dengan team Itali yang beraksi hebat tadi. Thumbs up!!

Balik dari menonton perlawanan, aku baca e-mail. Mata aku terpandang satu nama. Lambat-lambat aku buka.

"Anne,

How's life? Hope everything are going ok. Just want to update u, manalah tau.. kalau-kalau u tak sempat tengok game Germany vs Italy. Your team da kalah. So jangan buat-buat lupa pulak.. u owe me a date! Haha.

Oklah. Take care. See ya soon.

Regards,

Mr XXX. "

Alahai... macamana lah aku boleh lupa aku terpengaruh buat janji macamtu dengan Mr XXX! Padan muka aku. Huh!

Pandang ke kiri, tengok Yin dah selamat belayar. Mungkin sudah sampai ke China. Atau barangkali singgah sebentar di Itali, meraikan kemenangan pasukan kegemarannya. Hehe..

Aku teringat Clara dan Daniela di Illertissen yang sudahpun apply cuti untuk menonton final WC. Agak-agaknya mereka masih ingin teruskan cuti ataupun tidak memandangkan German tak berjaya ke final. Ah, sudahlah penat saja memikirkan hal orang lain. Aku pun perlu tidur. Loxstedt masih jauh lagi. Selamat malam semua.

Monday, July 03, 2006

B. Bridge in the Big Apple

Received some photos from my cousin who staying in the big apple.

Who can tell me the name of the bridge? Anyone??..

* i was shaking when he asked me that killer question. 'how do u find me?'. 'what if.....' . oooh, i hate this kinda situation...

Hello, once again~

Bismillahirrahmanirrahim.. Helooo from Anne di tahun 2025!!! Subhanallah... dah bulan 9 ye. 3 bulan saja lagi sebelum kita nak menjengah ke ...