Just went back from Mersing. Not really jalan-jalan-makan-angin la.. tapi lebih kepada berehat-rehat lagipun tujuan asal nak jengok nenek yang tak sihat tu. Ada tak ada pun, pusing-pusing bandar Mersing dan berpiknik sakan di pantai Air Papan.
Pada awalnya aku tak jadi ikut tapi aku mengalah lepas dipujuk Eda. Ni gara-gara membalas budi sebab aku temankan dia jumpa ex-bfnya la kot, yang berkesudahan aku pun menangis sama. Huh, emo betul aku. Rugi airmata je. Tambahan pulak bila mengenangkan dah 8 tahun tak jejak ke Mersing, apa lah salahnya mengorbankan cuti yang tinggal berapa hari je lagi tu. Arghh, takpe.. lagipun aku bukan nak kawin pun nak sibuk-sibuk simpan cuti. *sigh*.
Aku ingat mama nak lalu hi-way exit segamat tapi bila tau mama nak lalu kampung-kampung.. terus rasa berdebar-debar. Dari Senawang, Kuala Pilah, Jempol, Serting, Muazam, Rompin, ok lagi. Sampai Endau... air mata aku dah bergenang. Ah, sudah.......... DJ radio pulak mendajal aku lagi.
" .. so long, it was sooo long ago, but i still got the blues for u.."
For God sake, aku rasa macam nak berhenti kat tepi jalan tu! Ya, kalau boleh aku mmg nak menangis puas-puas macam budak kecik. Tapi sepanjang lalu jalan Endau aku hanya mampu menyorok muka sambil sesekali mengesat airmata dengan lengan baju.
".. so many years since i see your face, here in my heart.. there's an empty space you used to be...".
Nasib baik yang lain tengah tido. Kalau tak, masak aku kena soal. Dengan Eda pun aku diam. Takut dia membebel lagi. So, begitulah.. sepanjang hari pertama aku di Mersing.. layan blues. Pada mereka yang sms hari tu, thanks. I appreciate it. Sekurang-kurangnya bila dah teralih sikit tumpuan, taklah teringat sangatkan.
Hmm, malam di Mersing.. sejuk! Walaupun petang tu aku makan 2 biji durian.. share dengan mama la tapi masih terasa sejuk. Emm, cerita tentang durian.. 3 hari dekat sana, tetiap hari ler aku makan durian.. entah berapa biji durian aku bedal entah! Nak kata hantu durian.. tidak. Tapi aku terasa nak makan.. makan jelah.
Hari kedua, aku dan Eda bawak lari kereta kancil Acik Mah,.. pegi piknik kat pantai Air Papan. Acik Mah cikgu kat SMK Ungku Husin Endau (pesal aku rasa berat je nak taip Endau..). Pantai tu tak jauh, lebih kurang 4km je dari rumah. Kitorang keluar pun da tengahari, pukul 12 masa tu. Sampai-sampai je kat pantai.. rasa kembang je hati.. rasa bahagia.. erm, rasa macam-macam lah.. (korang pergi sendiri baru korang tau rasanya..)

Inilah Pantai Air Papan!!! Orang tak ramai, tak sesak macam PD. Airnya hijau...

Yeayyy!!... Tak sabar nak berendam..

Lagu Sudirman dulu, "tulis nama atas batu...". La ni, "tulis nama atas pasirrr..." :D
Berjam-jam jugaklah kitorang kat pantai. Eda macam budak kecik, main air tak ingat! Aku, leka baring berjemur atas pasir basah.. sambil merenung awan-gemawan di langit.. diiringi lagu ombak.. gila-gila layan blues!! *Tak abih-abih!* Aku ingat Eda tak perasan. Rupanya dia nampak.
"Ko apsal ni?".
"Aku cakap ko jangan marah tau..".
"Apanya?" .
"Semalam kan kita lalu Endau.. aku tingat ******..".
"Ya Allah ko niiii............. kan tu citer lama. Buat pe nak ingattt!".
"Ko jangan marah...".
"Mana aku marah.. benda tu dah lama lah takyah nak ingat-ingat. Ngko nii.. Nah, makan ayam ni lagi bagus dari ingat orang camtuuu!! ".
Eda ni memang tak habis-habis dengan ayam laa.. Aku senyum je, kelat.
" Perkara yang aku pernah ingin lakukan tapi tak berkesempatan.. dan peluang berakhir di situ. Masa demi masa aku terlupa bahawa aku pernah ingin lakukannya. Lalu hasrat itu terpendam..dalam. Tapi bila ianya tiba-tiba wujud di depan mata.. mestilah aku teringatkannya sekaligus terkenangkan segala perkara yang berkaitan dengannya.. Aku bukan sengaja nak ingat....... ". Aku cuma mampu berkata dalam hati je. Selebihnya aku bersyukur ada kawan yang sayangkan aku.. yang kuat memegang agar aku tak hanyut dalam kenangan lama yang membuai tapi penuh lumpur hitam. Hm, aku mesti kuat. Tak mahu biarkannya menguasai pemikiran dan hati aku! Mesti!! Itu azamku sebelum melangkah meninggalkan pantai.
Lebih kurang pukul 4 petang baru kitorang balik. Dalam perjalanan mulut masing-masing mengomel.. "hitammm"! sedangkan masa berjemur tadi tak ingat.. hmmm..
Gerai jual keropok lekor, ikan kering, udang kering dan macam-macam lagi lah.. betul-betul sebelah rumah nenek. Sebelum balik singgah je kat situ, senang.. dekat.
Sebenarnya nak tunjuk pokok manggis tp kereta ter'interprem' lah pulak... Pokok manggis tu lah.. puas aku mendongak.. mengait manggis.

Senja di Hi-way. Gerak dari Mersing jam 3 petang. Lalu jalan yang sama tapi.. alhamdulillah.. blues tu dah hilang sikit. Endau pun Endau la.. pedulik ape! Huh. So sampai hi-way PLUS exit Senawang dah dekat Maghrib.
Aku ngan mama. On d way balik kami singgah maghrib di R&R Dengkil. Sampai rumah lepas Isya'. Sembang-sembang jap, around 9.15 baru aku gerak balik rumah. Tepat 9.46 aku sampai rumah. Dah keluarkan barang-barang, terus aku mengadap TV tengok cerita korea. *Terima kasih sms ingatkan saya jangan mandi lewat malam..* Sebelum tido, belasah sebiji durian dengan makcik. Belum habis sebijik dan mula berpeluh, panas. Apalagi, malam tu.. angkat comforter, letak kat ruang tengah. On TV tengok sampai TV pulak tengok aku balik.. Haha!
Well, itu je kot cerita dari Mersing. Cerita blues dari Mersing. Aku dah OK, no worries kawan-kawan.
Nak tengok gambar lain, jengoklah kat fotopages. Itu je yang 'ter'sempat..
Ok, good day everybody!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!