
Semalam Leez telefon. Dia kata ada cerita best! Rupanya cerita tentang abang sepupunya tu. Abang sepupunya yang pernah menyuarakan hasrat pada saya. Sah dia dengan awek Kelate tu. Khabarnya kawin bulan 8 nanti. Saya ketawa kelegaan, ' what a release..' tp macam ada satu hentakan kuat terasa di dada. Sampai bila. Itu persoalannya. Sudah acapkali penolakan demi penolakan. Mungkin kata-kata dulu akan jadi realiti jika keadaan masih tak berubah.
Malam tadi tidur agak lewat, jam 2am. Gara-gara menonton Gila-Gila Pengantin. Kali pertama menonton dulu bersama kawan-kawan di cinema. Ketika itu gelodak remaja baru mahu menunjuk taring. Input yang diperoleh dari filem itu cuma kelakar dan indahnya fairy tales! Tapi semalam saya melihat sesuatu yang saya tak nampak sebelum ini. Sesuatu yang saya tak rasai, ya itu lebih tepat! Kali ini saya dapat rasai persamaan situasi Aleya yang sudah serik untuk keluar mencari makna kehidupan. Bezanya saya masih belum sanggup jadi seperti Aleya yang sanggup bermain dengan takdirnya [kalau berkahwin tanpa cinta itu yang dipanggil takdir?]. Tapi kesudahannya dia sedar tindakannya itu bakal merosakkan masa depan lalu menolak perkahwinan kilat itu. Ya, itu yang sepatutnya dilakukan!!
Pagi-pagi tadi lagi terima SMS dari orang tu. Dia beritahu dia mimpikan saya lagi. Dia taip di situ dia mungkin kerana terlalu rindukan saya hingga termimpi-mimpi. Oh ya, orang tu bukan dia yang mimpi saya dan kawan-kawan bak cerita ala-ala hindustan. Atau pun suami orang itu yang mimpi menonton wayang dengan saya. Ini orang lain! [ramai pulak orang yang bermimpikan saya rupanya!].
Dia, saya jumpa hampir setiap hari. Tapi dia tak pernah mahu menegur. Saya yang muka tak malu menegurnya. Jika bersembang dengannya di talian, dia cuma tertawa mendengar dan bercakap apa yang perlu sahaja. Tapi selepas meletak gagang, pasti akan sampai SMS darinya.
SMS yang diterima selalunya berbunyi begini dan panjangnya hingga 3x page tp saya pendekkan saja,
"saya tak boleh nak tido. asyik teringatkan awak... "
"saya dah cuba nak lupakan awak. tp bial saya keluar dengan orang lain pun saya tetap teringat awak..."
"saya tak tahu apa yang saya boleh buat utk hilangkan ingatan pada awak. saya rasa macam nak gila fikirkannya!"
Awalnya walau sedikit terganggu, saya biarkan saja dia. Bila sudah penat, bosan.. berhentilah dia nanti.
Tapi SMSnya yang terbaru benar-benar buat saya rasa sakit hati dan sedikit tertekan.
"saya mimpi kita bersembang dan bergelak ketawa. haii.. agaknya dlm mimpi sajalah saya boleh berdua dengan awak. Realitinya ada ke saya peluang tu.."
Cukuplah! This is really torturing me. Saya yang tak pernah beri peluang? atau dia sendiri yang tak tahu atau tak mahu mencari peluang itu?! Selama ini bukan kita tak pernah bersembang, bergelak ketawa.. Bukan kah itu peluang? Malah banyak masa kita habiskan bersama ketika latihan bowling tiap-tiap minggu bersama. Masib bukan peluang kah itu?! Saya bukan perempuan yang akan menyorong peluang itu di depan muka dia dan berkata, 'nah peluang kau!'. Saya tak kisah jika orang kata saya konservetif. Tapi kata-kata itu umpama satu tuduhan kekejaman saya terhadap dirinya. Dan ianya tidak adil untuk diri saya.
Hati saya rasa sakit sangat. Jika dia merasakan bagai nak gila untuk menepis ingatan terhadap saya, jangan ingat saya ketawa gembira di sini. Sejujurnya saya langsung tak bangga kerana membuat seorang lelaki jadi gila kerana diri saya yang serba kekurangan ini. Malah saya rasa diri saya begitu jahat dan kejam kerana sampai kini masih tidak mampu menerima.
Baru-baru ini saya didatangi rakan sekerjanya yang sebaya ibu kami. Sebagai orang tua, dia menasihati saya supaya menerima lelaki itu. Antara alasannya, lelaki itu baik.. punya harta.. punya rupa.. dan punya agama. Saya tahu itu semua. Saya kenalnya sudah bertahun [kami mewakili company utk acara sukan jadi selalu pergi training bersama]. Tapi bagaimana untuk menerima jika rasa itu tiada.
Saya cuba meluahkan kebenaran dengan mengatakan usahanya tak saya rasai. Sekadar kata-kata melalui SMS! SMS pula seminggu atau 2 minggu sekali [alasannya dia cuba tak mahu ingat saya sangat tp setiap kali dia SMS saya maknanya dia sudah tak dapat membendung ingatan terhadap saya la tu..]
Saya sudah lali dengan kata-kata. Apa yang saya perlukan lebih dari itu. Walaupun saya bukan bidadari atau ratu cantik dunia tapi saya perlukan kesungguhan. Saya mahu hidup bersama orang yang menunjukkan kesungguhan dan keinginannya bukan melalui kata-kata saja. Saya mahukan bukti! Kesungguhan yang bagaimana, bukan mengejar saya ke sana ke mari tapi kesungguhan yang saya tak mampu jelaskan dengan kata-kata.
Orang selalu kata, pilih lelaki yang sayangkan kita sesungguhnya.. Jangan kata saya tak cuba, percayalah.. Itu sudah saya lakukan. TApi ketahuilah.. menipu hati kesannya lebih menyakitkan. Dan saya tak sanggup menipu hati sendiri untuk membahagiakan orang lain. Bila saya memandangnya, hati saya kosong. Tiada sebarang rasa. Kelak bagaimana mahu meneruskan hidup jika itu yang saya rasa? Saya tidak mahu lagi memperjudikan hidup saya semata-mata seorang lelaki. Tidak!
Mungkin kamu bisa berfikir, betapa cerewetnya perempuan ini. Tapi ketahuilah manusia yang bekerja keras, merangkak-rangkak untuk bangun dari kegagalan dan kegelapan, akan menyiapkan diri dengan tabir yang akan menjadikannya imun dengan banyak perkara. Kadang-kala menjadi terlalu awas dengan setiap sesuatu. Percayalah, saya sendiri tidak mahu diri saya menyendiri selamanya. Tapi hati saya di mana, saya tak tahu.
Entri ini bukan untuk membuktikan apa-apa.. hanya luahan rasa yang kadang-kala mengganggu ruang fikiran. Kata-kata ini juga tak bermakna saya memaksudkan sesuatu kepada sesiapa, tidak sama sekali. Malah saya tak pernah menolak untuk berkawan dengan sesiapa, silaturahim tak pernah saya biarkan tanpa sambutan.
Saya mohon doa anda, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik dan kawan-kawan.. yang sentiasa ada bersama saya. Doakan saya sentiasa terpelihara dalam kandunganNya dan melakukan perkara yang betul untuk masa depan saya.
Saya cuma berharap orang fahami hati saya.
37 comments:
wagh... heheheh emosinyer ternsentuh jiwa nie.. naper jiwa ni kosong plak... erm bila nk bagi komen kosong jer.. ngehehehehheh! lawan nafsu mati... ikut nafsu...pun mati jugak(rosak iman)... ngehehhehe! pehtu ikut saper? ngehehhehehe!
anda mahu petunjuk? lakukanlah solat hajat atau istikharah. insyaAllah.
pastu, jika rasa masih kosong. jelaskan secara baik. jangan paksa diri sendiri..
anne..anne..anne..aku rase msti kau susah nak tdo kan mlm tadi..bla cite bab hati ni..susah lah anne nak cite kat cni nnti aku merapu pnjng sgt tp yg pasti cite hati satu bende subjektif..telampau subjektif..kalau ianye objektif pasti mudah kan..kau kasi lah aku emel kau..mana tau aku ni salah sorng stranger yg boleh tolong kau..x pun kau emel je lah kat aku...nasib baik ah ade blog ni..kurang²nye ade kekawan yg baca boleh kasi opinion...ok ye kak anne..take care..hakikatnye bende ni kau mmg x nak pikir tp dia akan dtng gak tanpe diundang...
emelku:noeja_68@yahoo.co.uk
klu dah berani berumah ditepi pantai, terima la hakikat akan selalu dilambung ombak:)...
sindrom lelaki pasif,isk bahaye sungguh.kajian menunjukkan 70%pompuan suke lelaki yang berani dan extrovert,kenape masih ada yang introvert.kan ke membazir peluang namenye
kak anne, pi bc entry keretamayat yg ni,
http://keretamayat.blogspot.com/2006/11/ada-apa-dengan-cinta.html
mungkin dpt sedikit informasi, keretamayat nasihat, kalo susah bertemu jodoh, rajin2 buat solat hajat 12 rakaat, bkn 2 rakaat ;)
*err...topik ni kes jodoh kan? ke daku yg out of topic,ehe :D*
another wussy..hahahaa!
seriusly no joke, rekemen dier ebook neh..takyah beli though, limewire is the rite way to go..:)
btw, dorang neh tak tau ker awk neh ader blog? hehe..
sunan jati,
sy tak tahu mcmana nk jwb soalan awk tu. maaf.
king,
ya, sy sedia maklum yg itu adalah cr terbaik. ada juga amalknnya. cuma akhir2 ini sejak berkongsi bilik dgn makcik, ruang utk sy utk lakukannya agak terbatas.
acik aminbakish,
memang kosong. cuma rasa simpati yg melimpah ruah. saya sudah jelaskan pdnya lama dulu da yg kami hanya kawan. tp dia masih blm mahu lepaskn tangan.. saya kira.
r0b|n,
aku mmg tak nak pk. tp aku ada 3 isu pending, isu yg sama. aku dr dulu asik menolak je. aku tak tau apa yg tak kena dgn diri aku.
nnti aku emel kau.
sangka buana,
kata2 tu utk saya atau dia?
jika utk saya, adakah maksud kamu sy yg create mslh dan mencari risiko?
atau pandai2 lah setel sendiri?
maaf. sy masih emo.
kurekure,
seorg rakan beritahu sy perempuan yg sukakan cabaran. ya sy suka.. tp hanya SUKA.
lelaki dicipta dgn sifat kepimpinan. jika sy yg kena mengepalai tiap sesuatu itu, apa guna jadi lelaki! sy mahu lelaki yg tahu memimpin tp bukan diktator!
dayah,
ok nnti sy pergi jengok.
akhirnya komen dayah jugak buat sy tersenyum. :) akak rs mmg ada sket lari topic. hehe. bukan sbb susah dpt jodoh dik tp lbh kepada mcmana nk buka hati. akak kwan2 mmg no hal tp lps tu... akak tak berani kata or janji apa2. akak ni asik menolak org je. apa kesss?!!
err.. tp lau nk rumuskn pun lbh kurang ssh jumpa jodoh gak kan ;p haha!
tp mekasih sbb concern :)
ad3ck,
sy ke yg kena buat benda tu sumer??
kenapa? tp kalau buku tu gud for him sy akan pertimbangkan tp jangan sampai dia jd berani dan ganggu hidup sy pula sudahlah.
sy tak mahu fikir ttg dia. kata lah sy kejam atau apa saja. biarlah sbb tuhan lbh mengetahui tiap sesuatu.
dorang kat sini tatau. sbb sy tak bitau. ;p
ok kak anne..i'll be aiting 4 ur emel..ape yg aku mampu..aku akan tolong..kau tu bebaik²..jgn stress tau~!~!..
sungguh panjang entri ni..
kalau betul2 ada org yg 'tak mendatangkan' masalah, bagilah dia peluang..
hidup ni ada mcm2 fasa anne..tak semestinya pada permulaan kita rasakan telah bertemu org yg betul,selama2nya ia akan jd org yg betul utk kita, dan tak mesti juga sampai penghujungnya ia tak berubah jadi baik semula.tidak ada benda yg kekal melainkan Allah SWT.
dan satu lagi, bercinta dan berumahtangga itu adalah benda yg berbeza.
sangat2 berbeza.
nanti kau rasainya.
maybe dia takut kalau dia straight fwd kang kena reject so maybe dia rasa bg sms ala2 kiasan tu dpt sampaikan maksud... entah maybe la kot...
Anne...cinta takperu diterima kerana simpati..jangan sekali2. simpati takkan kekal takkan ke akhir hayat.
perasaan kepada orang yg kita benar2 suka, sayang, care and rindu tak mudah digambar. bila kita alaminya sendiri, baru kita akan tau, "ya..inilah perasaan sayang". aku sendiri xreti nak kata, tapi aku dapat rasakannya..
Jadi, selagi rasa "POP!" tu xterdetik, lebih baik jgn diterimapaksa..
ps : cuma kalu dah rasa2 cam terlanjut usia sangat tapi masih tak ketemuan..pergilah kepada seseorang yang paling selalu kau teringatkan.. (",)
amin ahmad,
:)
kak luna,
sy selalu pujuk diri sy dgn mengatakan blum berjumpa dgn lelaki yg sesuai lg. sy tak pastilah itu cr yg baik atau tidak.
"dan satu lagi, bercinta dan berumahtangga itu adalah benda yg berbeza." <--- ya, sy setuju. dan itu yg sy slalu dgr. tp utk berumahtangga tanpa cinta, sy tak berani ambil risiko itu. berumahtangga perlukan komitmen dan keikhlasan utk lakukannya.
kadang-kala bila smpai di satu tahap sy sudah jd manusia yg terlalu tegar..'tak kawin pun takpe. masih boleh hidup'.
achik,
sy da beritahu rejection melalui cara yg sama juga. sy pernah nk selesaikan face to face. dulu ms sy kuat. tp skrg sy tak berapa berani. takut2 kalah dgn rasa kasihan.
org biasa,
..begitu juga dgn harta & rupa. bila pinjaman itu ditarik balik, bila tiada apa lagi yg tinggal... cinta pun mula hilang.
"perasaan kepada orang yg kita benar2 suka, sayang, care and rindu tak mudah digambar...
Jadi, selagi rasa "POP!" tu xterdetik, lebih baik jgn diterimapaksa.."
ya, itulah yg berlaku pada sy. rasa itu tiada.
p/s: jika masih tidak ketemu bila sampai ke usia 'itu', pergilah kepada sesiapa yg plg sy ingt?! hahaha.. kalaulah semudah itu ;)
err.. ttg jodoh, sy ada perspektif lain ttg perkara ini. sy fikir tuhan mahu memberi ruang kepada sy utk sy lakukan perkra2 yg sy ingin lakukan [yg baik2 saja tentunya].
Be strong!
apa kata Anne amik cuti lama sikit, pegi lepak mana2 tempat yg rileks sikit...tenangkan kepala Anne yg tgh berat tuh...
13may,
thanks. teringin nk ke penang! hahaha.. tp utk pengetahuan awk cuti sy dibekukan due to tight schedule sekurang2nya hingga penghujung dec tahun ni. kasihan kan?!!
takpela. sy mahu pulang awal harini. jumpa lg esok :)
p/s saya tu jgn diambik serius lah! hehe...tu kalu dah terrrdesak sgt mungkinla kot..
yup...konsep jodoh mmg subjektif. tapi sesungguhnya akupun pegang pada pendirian yg sama. bukan jodoh tak sampai, tapi tuhan ingin memberikanku kesempatan utk menyempurnakan perkara2 lain yg lebih perlu didahulukan..
Nantik kalu dah jupe "POP!" jgn lupa bagitau kami semua ya...
dan jangan sesekali menjadi syirik dgn menuturkan "aku ni mmg tak de jodoh kot..", bukankah firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 21 "..dan Kami jadikan manusia itu berpasang-pasangan....",maknanya memang ada, pasti ada pasangan utk setiap org, jadi siapalah kita untuk menafikan janji Ar-Rahman.
ni my opinion sj, sometimes it takes two to tango, rasulullah dulu pun wife dia masuk meminang. sy rasa tk salah kalau u show some interest, or ask his intention. kalau u interestedlah. just my opinion, x semestinya betol tu bah. sbb kadang2 laki 'introvert' they're very honest and loyal to the end. tp tak semua lah, tu yg kena check tu.. again, my opinion onli
konflik hidup neh...baik nasib dikau management bagus..kalau tidak..ade dah masuk spital tempat afdlin shauki masuk tuh kat filem buli tuh..hiksss
neway..be strong..
anne~!~!~!ok x?ke masih dlm mood entry 15/11@6.41pm lagi?ilek ah kak anne...
aku,
juga mimpikan kamu
ehehe
orang biasa,
insyaAllah.. :)
utk mendptkan POP[haha!]tu, apa yg perlu sy lakukan.. keluar & meet people. betul kan?! ;D
Tuhan itu adil. ms ni Dia memberi sy peluang & kejayaan dlm kerjaya sy. smpai satu tahap nnti br diberinya kebahagian bekerluarga pulak. w/apapun sy bersyukur ats apa yg sy miliki dan perolehi hari ini :)
kak luna,
astagfirullahal'zim.. sesungguhnya jelas kata2 akak tu. dan sy malu & insaf dgn diri sy bila teringat sy pernah menutur kata2 sperti itu.
terima kasih kak :)
azahari,
manusia berubah. sikit2 lg mungkin sifat introvet tu akan berkurangan. tp biar se'extrovet' mana pun dia jika rs itu tiada, jwpan sy ttp tidak.
sy juga maklum dgn kisah Rasulullah saw yg itu. w/pun sy jrg2 approach org, tak bermakna sy tak boleh buat. boleh.. cuma sy tak mahu. sbb mungkin blum berjumpa dgn lelaki yg buat hati sy tergerak, 'owh, sy mahu kahwin dgn dia!' hahaha.. satu hari nnti mungkin.
ais putih,
hahaha! insyaAllah.. selagi Dia memberi kekuatan utk terus bertahan.. selagi itu hidup perlu diteruskan. dengan gembira dan tersenyum seperti ini.. :D
TQ!
r0b|n,
aku ok da. tengok.. :D
aku nk post entri br la jap2 lg.
thanks for y concern. appreciate sgt :)
dingin,
mimpilah sesuka hati kamu. aku tak kisah sudah.. hahaha!
hmm...rajin2 baca Al-Quran yer.. mudah2an hati tenang..
senyum sokmo,anne!:)
ok?nak tengok mcm ne??nak tengok pakai ape?khhkekhehkheh...alrite.. boleh baca lagi kisah hidup kau..suka betul aku baca kisah hidup org...khehhkhehe...oits kak .aku rasa ni bende last aku nak cakap psl entry kau be4 entry baru...when the time come the right person akan dtng gak..rilek je..pada aku..3 perkara ni penting usaha,doa n tawakal<--relevan ke dgn isu kau ni ek?khekheh..pepandai je aku ni..
aduh..lupa letak nama pulak..aku ni penat sebnarnye..dlm masa 2 ari ni aku cuma tido less then 5 hours..seteruk² keje kau..x de lah sampai kau x tdo kan..aku minggu ni kena gasak gila² nye..kalau next monnth x dapat ape yg aku target x tauh ah nak cakap ape..Ya Allah mintak² dapat ah ape yg aku taerrget bulan ni..Amin.
hmmm... kalau anne rasa ragu-ragu nak terima atau tak... find new fling...new infatuation... new love... cek camne.. still tak ragu-ragu tu ade kat dia? kalau new fling etc etc tu tak berkesan jugak (bukan jodoh yg berkenaan) then go for him... mungkin syaitan sedang permainkan perasaan anne... mana ta pulak kalau-kalau new person tu adalah jodoh sebenar, sbb anne tak cari maka tak tiba... mungkin begitu route dia nak sampai ke anne...
cara moden lah... nak cara agama buat istikharah...(ramai dah nasihat bab ni kan...maleh anne nak baca) tapi ustaz akak dulu kata, istikharah ni kena buat sebelum ada favorism kat mana-mana phak atau keputusan... kalau dah ada susah nak nampak solution sbb hati tu dah berat kat mana-mana...entah lah wallahu'alam...
skidg8,
tengah senyum lah ni.. :)
thanks.
r0b|n,
amin utk kau. kau keje apa ni? mcm ssh sgt je aku bc.
kak yan,
bc komen yg atas tu rs cam nk peluk je kak yan! hahaha.. ;p sy terfikir jugak mcmtu tp sy tak tau betul atau salah. memandang kak yan pun berpendapat yg sama, senanglah sikit hati sy.. :) sy umpamakan diri sy burung yg masih mahu terbang bebas melihat dunia. thanks kak!
a'ah betul la tu kak. ikut fahaman sy it's more to buat pilihan. so sama mcm yg akak bitau tulah. sbb sy ni isunya bukan tentang memilih. tp lbh kepada hajat. maka solat hajat lah lebih tepat bukan.
hmm...jgn pikir " tak kawin pun takpe" sebab satu hari nanti bila kita sorang baru kita rasa..baru kita paham...
takpe..pelan2 nanti ade la tu..ok!!..
all the best!!
Antara sifat2 perempuan yg lelaki harus tahu bila nak mengorat :-
1. Keikhlasan - sentiasa berkata-kata dgn ikhlas...memberi dan menerima dgn ikhlas...attitude pun kena nampak ikhlas...be cool...
2. Jangan memaksa - paksaan bukan satu penyelesaian...bila perempuan cakap taknak...be cool...ikut saje katanya...tunggu the right moment..
3. Kesungguhan - Perempuan sememangnya mahu melihat kesungguhan seorang lelaki dalam mendapatkannya. Tak hairanlah sekiranya lelaki itu diuji dgn pelbagai ujian termasuk tahap kekalutan seseorang lelaki itu. Kalau lelaki itu terlalu kalut dan terlalu gelabah dan tak sabar, maka gagal lah lelaki itu...
4. Caring - sentiasa mengambil berat tentang diri perempuan. Walaupun satu hari sekali sms utk bertanyakan khabar. Jgn terlalu caring kerana ianya akan merimaskan contohnya si perempuan nak gi mana2 tapi lelaki tu asyik call je tanye kat mana itu ini..
5. Understanding - sentiasa faham keadaan seorang perempuan. Biarpun si perempuan menengking lelaki(kerana dtg bulan atau yg sewaktu dgnnya), just relax..bersabar..tunggu reda..Dan fahami naluri seorang perempuan yg sememangnya unpredictable. Sentiasa berjaga-jaga dan jgn terlalu berharap walaupun sudah berkapel.
6. Toleransi - Sentiasa mengamalkan sikap give and take sesama lelaki dan perempuan. Jgn berat sebelah dalam apa jua situasi.
7. Kepercayaan atau Trust - elakkan perasaan syak wasangka. Bila dah built trust, InsyaAllah tak akan ada masalah terlalu caring.
8. Communication - ini salah satu yg paling penting. Kalau ada sesuatu, harus tanya. Jangan diam. Jangan simpan. Jangan assume. Kalau rasa marah atau rasa sangsi, sila tanya. Jangan sampai jadi miscommunication. Buruk padahnya. Pernah terjadi pada sy...akibatnya terlalu teruk..;)
9. Kelakar & sense of humour - pandai buat lawak atau menjadi seorang yg kelakar adalah satu bonus...;)
10. Usaha tangga kejayaan - best man wins...nuff said...
11. Rendah diri - jgn berlagak. Sentiasa rendah diri. Jgn suka menunjuk unless perempuan tu materialistik..hahahaha
11. Be gentleman & confident. And BE YOURSELF. Don't pretend that you're someone else. Think positive.
Ishh..byk le pulak...huhuhu...cukuplah setakat ini...nnt bleh sambung lagi :D
*hug you back* good luck! :D
Post a Comment